Anda di halaman 1dari 3

IMBUHAN APITAN

Imbuhan Apitan
Penggabungan dengan kata dasar akan membentuk makna
tertentu.
Terdiri daripada beberapa bentuk:

Apitan meN......-kan dan meN............-i


Perkataan yang dihasilkan merujuk kepada:
(a) sesuatu yang dilakukan untuk faedah orang lain
(b) menyebabkan sesuatu hal itu terjadi
(c) perbuatan
Contoh :
membasuhkan , mengikatkan, merekodkan,
melayani, merawati, mengetuai

Apitan ke-..............-an
boleh membawa beberapa maksud:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :
kesakitan, keletihan, kemuraman
kenakalan, kesempitan

Apitan peN-....-an
merujuk kepada tempat dan perbuatan serta keadaan:
(a) menerangkan sesuatu hal yang terdapat dalam kata dasar
(b) tempat
Contoh :
pedalaman, pembunuhan, penginapan,perbarisan, pelabuhan

Apitan di-......-kan, di-.....-i, diper-.....-kan


Digunakan dalam ayat pasif
Contoh :
dianugerahkan, ditemui, diperdebatkan

Contoh ayat:
Murid-murid digalakkan menguasai pelbagai bahasa.
Adik tertidur di ruang tamu kerana keletihan.
Acara perbarisan itu tamat pada pukul 1.00 petang.
Mangsa pembunuhan itu ditemui mati oleh jirannya.

Latihan
A. Letakkan imbuhan pada perkataan di bawah.

1. Kita harus _________________ orang yang lebih tua daripada kita.


( hormat )
2. Salmi _______________________akan tingkah laku pemuda itu. (curiga )
3. Ayah ___________________seekor lembu pada Hari Raya Aidiladha.
(korban)
4. Hanif __________________kasutnya sebelum masuk ke dalam rumah.
(tanggal)

5. Rosnah sering menghabiskan masa lapangnya di ________________.


(pustaka)

B. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Keberanian bertanyakan menghadiahi men


anggalkan permohonan penggunaan
membincangkan
kesunyian kesultanan membai
ki

1. ____________________ komputer dapat mempercepat segala urusan


khususnya dalam penyimpanan data.
2. Asmat berusaha ________________________ basikalnya yang rosak.
3. Mesyuarat yang diadakan akan __________________masalah pencemaran.
4. _________________Zaini untuk melanjutkan pelajaran telah diluluskan
oleh
majikannya.
5. Adik _______________________ kasut sebelum masuk kedalam rumah.
6. Ayah _______________________ saya sebuah buku cerita.
7. Pihak polis telah memberikan pingat ____________________kepada
Amar
kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
8. Seorang pemuda ____________________ arah ke rumah Encik Zahari.
9. Sejak anak-anaknya berpindah ke bandar, Makcik Ani hidup dalam
______________________.
10. Salah seorang sultan pada zaman _______________________Melayu
Melaka

ialah Sultan Mahmud Syah.

Anda mungkin juga menyukai