Anda di halaman 1dari 1

Selain itu, tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang menekan tamazun iaitu

keseimbangan. Ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek

kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebendaan dan

kerohanian serta dunia dan akhirat. Contohnya, Islam tidak membenarkan umatnya

mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan masyarakat dan begitu juga

sebaliknya dan Islam tidak melihat kejayaan serta keutuhan tamadun manusia. Islam juga

tidak membenarkan umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga

mengabaikan aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya. Umpamanya,

seseorang tidak dibenarkan beribadat sepanjang masa sehingga mengabaikan keperluan

menjaga kesihatan tubuh badan atau mencari rezeki yang halal. Begitu juga sebaliknya, umat

Islam tidak dibenarkan mencari rezeki sehingga mengabaikan kepentingan beribadat kepada

Allah. Islam juga tidak membenarkan penganutnya mementingkan aspek kehidupan dunia

sehingga mengabaikan kehidupan akhirat, begitu juga sebaliknya. Islam memerintahkan agar

kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan dalam satu gabungan yang seimbang,

harmonis dan sepadu supaya kehidupan manusia menjadi sempurna dan sejahtera. Islam

mengiktiraf kewujudan manusia dalam dua entiti utama iaitu unsur rohani dan unsur jasmani.

Kedua-dua entiti tersebut sentiasa bersepadu, seiringan dan tidak terpisah sama sekali. Ada

ketikanya, peranan jasmani lebih penting dan ada masanya peranan rohani lebih menyerlah.

Namun, kedua-duanya sentiasa tetap bersepadu. Oleh itu, kita harus berupaya

untuk menyeimbangkan antara aspek fizikal dan iman.

Anda mungkin juga menyukai