Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Reflektif - Tugasan 1

Bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana masih lagi memberi saya kesempatan ruang dan waktu
serta kesihatan yang baik semasa melaksanakan tugasan bagi subjek Pendidikan Islam
MPU3092. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan mengikut kehendak soalan. Bagi
tugasan satu saya dikehendaki untuk menghasilkan satu teks pidato yang berkaitan dengan
keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja secara berkumpulan.

Ahli kumpulan saya terdiri daripada Wan Nur Afina Bt Wan Yusuf dan Mohd Daniel Adha Bin
Mohd Nazri. Soalan meminta kami untuk membincangkan pelbagai isu dalam sudut ekonomi,
sosial, politik dan pendidikan amnya. Melalui hasil perbincangan bersama ahli kumpulan, saya
sebagai bakal guru semakin jelas bahawa institusi perguruan merupakan satu profesion yang
amat diperlukan bagi membentuk dan mendidik akhlak remaja. Misalnya, pembuangan bayi,
murid membelasah guru, murid yang setahun jagung sudah mulai terlibat dengan vape dan
keluar rumah pada pukul tiga pagi. Baru-baru ini satu isu hangat yang berlaku di Johor Bahru
segerombolan kanak-kanak berbasikal dilanggar kereta serta mengakibatkan sembilan
kematian.

Kupasan isu-isu ini seterusnya membuatkan saya memuhasabah diri saya kembali sebagai
seorang bakal guru. Isu ini tidak seharusnya sekadar dibaca namun saya perlu hadamkan untuk
mencari solusi yang boleh saya lakukan sebagai seorang bakal guru. Proses merangka teks
pidato ini juga secara tidak langsung membuatkan saya lebih mahir berkenaan kemahiran
membuat rujukan terutamanya daripada Al-Quran dan Hadis. Disamping saya mengetahui isu
semasa berkenaan remaja yang berlaku saya juga dapat menambah ilmu terutamanya dalam
ilmu agama.

Seterusnya, melalui tugasan pertama ini juga dapat membaca kalam suci Al-Quran serta
terjemahannya. Tambahan saya juga dapat membincangkan isu-isu seperti riba dan rasuah
bersama rakan-rakan saya. Sebagai siswa pendidik saya merasakan kita perlu peka dengan
pelbagai isu yang berlaku di sekeliling kita agar dapat mencari penyelesaian kepada isu
tersebut, tidak sekadar berbincang kerana tuntutan tugasan. Saya juga dapat mempelajari
bagaimana untuk merangka teks pidato sepanjang melakukan tugasan ini. Kami juga ada
bertanya kepada saudari Shafiqah iaitu rakan sekelas kami bagaimana mana untuk
menghasilkan teks pidato ini hal ini kerana beliau mempunyai pengalaman dalam pertandingan
pidato di sekolah.
Walaubagaimanapun, sepanjang melakukan tugasan ini terdapat juga masalah seperti
pencarian dalil-dalil untuk teks pidato. Namun Ustazah Rozita telah mengesyorkan laman
sesawang yang boleh dijadikan rujukan seperti Mufti wilayah, JAKIM dan JAIS. Bukan semua
laman sesawang boleh dijadikan rujukan hal ini kerana terdapat pihak seperti Syiah dan ajaran
sesat yang lain cuba untuk memutar belit maklumat yang benar. Oleh itu, sebagai pendidik kita
perlu mengetahui sumber rujukan yang sahih dalam menyampaikan kepada orang lain
terutamanya anak murid. Hal ini meneyedarkan saya betapa pentingnya sumber yang sahih
sebagai panduan menulisa panduan akademik

Manakala, bagi tugasan seterusnya saya dikehendaki untuk menyampaikan


pemmbentangan selama 30 minit secara kreatif dengan isu-isu yang diberikan. Melalui
pembentangan ini saya dapat meningkatkan lagi keberanian saya untuk bersuara di khalayak
ramai. Selain itu, melalui pembentangan saya dapat menambah keyakinan saya untuk
berinteraksi dengan pendengar. Bukan mudah untuk berinteraksi dengan pendengar pelbagai
aspek perlu diambil kira terutamanya body language, eyes contact dan confident-level.

Bagi proses penambah baikan untuk masa akan datang mungkin saya perlu mengurus
masa dengan baik. Hal ini kerana banyak tugasan subjek lain yang tidak dapat disiapkan
mengikut masa kerana pengurusan masa yang tidak efisien Selain itu, saya juga perlu banyak
lagi memperbaiki cara penulisan saya terutama dalam membuat teks pidato. Seterusnya, saya
juga perlu baiki cara penulisan APA yang merupakan perkara penting dalam membuat rujukan.

Kesimpulannya, sebagai pendidik saya perlu fahami bahawa guru merupakan orang
yang rapat dengan murid-murid. Jadi, tugas saya sebagai guru untuk memperbaiki, menasihati
dan menegur kelakuan anak murid sekiranya mereka tidak berkelakuan sopan. Keruntuhan
akhlak semakin hari semakin parah kerana peranan setiap individu yang penting tidak
menjalankan peranan yang sepatutnya. Melalui tugasan ini saya menyedari betapa pentingnya
pembentukan akhlak remaja sejak daripada kecil bukan sahaja daripada pihak ibu bapa tetapi
juga daripada guru itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai