Anda di halaman 1dari 19

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBIS 3203-V2
FIQH II
2016

NAMA

SITI DAHARAH BT OTHMAN

NO. MATRIK

NO. KAD PENGENALAN

NO. TELEFON

E-MEL

NAMA PENSYARAH

LEARNING CENTRE
ALOR SETAR, KEDAH

1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

1.1 PENGERTIAN ZAKAT 4


1.2 TUNTUTAN MENUNAIKAN ZAKAT 4
1.3 SYARAT-SYARAT WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT 5

2.0 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT 6

3.0 GOLONGAN ASNAF GHARIMIN MENGIKUT SYARAK 8

3.1 KATEGORI ASNAF GHARIMIN 8

3.2 PUSAT ZAKAT YANG MENYALURKAN ZAKAT KEPADA

ASNAF GHARIMIN 12

3.3 BENTUK BANTUAN KEPADA ASNAF GHARIMIN 13

4.0 KEBERKESANAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT KEPADA

ASNAF GHARIMIN 14

4.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 15

4.2 CONTOH PROGRAM-PROGRAM ASNAF ANJURAN

PUSAT ZAKAT NEGERI 16

5.0 PENUTUP 18

BIBLIOGRAFI 19

2
1.0 PENGENALAN

Zakat merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Oleh demikian, mengeluarkan
zakat adalah wajib berdasarkan dalil al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Mengabaikan
zakat adalah berdosa besar. Mengingkari kewajipannya akan menyebabkan seseorang muslim itu
murtad dari agama.

Kalimah zakat telah diulang sebanyak 30 kali oleh Allah di dalam al-Quran. 27 kali darinya
disebut di samping solat (sembahyang) dalam ayat yang sama. Antara ayat yang menyebut
tentang zakat ialah;

Dan dirikanlah solat serta tunaikan zakat. Apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk
diri kamu, pasti kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah
sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan.

(al-Baqarah; 110).


: " : :
"



.

Dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan; Rasulullah s.a.w. telah bersabda; Di bina Islam di atas
lima rukun;

1. Penyaksian bahawa Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.

2. Mendirikan solat.

3
3. Mengeluarkan zakat.

4. Mengerjakan haji.

5. Berpuasa di bulan Ramadhan. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

1.1 PENGERTIAN ZAKAT

Selain daripada perkataan ZAKAT di dalam al- Quran dan as-Sunnah digunakan
kalimah as-Shadaqah(sedekah) sehingga Imam al-Mawardi pernah berkata; as-Shadaqah
(sedekah) adalah zakat dan az-Zakah (zakat) adalah sedekah. Berbeza nama tetapi makna adalah
serupa

(Rujuk Fiqhu az-Zakah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, )

Pengertian Zakat Dari Sudut Bahasa

Zakat dari sudut bahasa beerti suci, bersih, subur, berkat dan berkembang. Pengertian
bersih dan suci dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan diri orang kaya daripada
bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata lain membersihkan diri daripada sifat dengki dan
dendam daripada golongan kaya.

Pengertian Zakat Dari Sudut Syarak

Pengertian zakat dari sudut syarak pula, mengeluarkan sebahagian harta-harta tertentu kepada
golongan asnaf yang layak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
syarak.

1.2 TUNTUTAN MENUNAIKAN ZAKAT

Kesedaran membayar zakat dalam kalangan masyarakat Islam masih lagi rendah.
Kesedaran ini amat penting memandangkan ini merupakan tuntutan agama ke atas umat Islam.
Ramai yang mengambil mudah dan tiada kesedaran dalam hal pembayaran zakat terutamanya

4
zakat harta. Ini kerana masyarakat Islam hanya mengetahui kewajipan menunaikan zakat fitrah
sahaja. Sekiranya masyarakat Islam mengetahuinya sekalipun, kesedaran membayar masih lagi
rendah.

Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan
solat lima waktu. Zakat mula diwajibkan ke atas orang Islam sejak dari zaman Rasulullah S.A.W.
lagi iaitu pada bulan Syawal dalam tahun ke 2 hijrah (Ahmad Syafii, 2005).Perintah yang
mewajibkan zakat telah termaktub dalam Al-Quran dengan terdapatnya beberapa ayat yang
menyuruh seseorang yang mengaku dirinya muslim menjalankan kewajipannya itu. Antaranya
dengan firman Allah



Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu
semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk

(Surah Al Baqarah, ayat 43)

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya
engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang
buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi
ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui

(Surah At-Taubah, ayat 103).

1.3 SYARAT-SYARAT WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT

5
Zakat tidak secara mutlak wajib kepada selurah manusia. Ada syarat-syarat tertentu
(sesuai syariat) yang menyebabkan seseorang wajib mengeluarkan zakat. Jika seseorang Muslim
itu telah cukup syarat seperti yang ditetapkan oleh syarak, maka wajiblah ke atasnya untuk
mengeluarkan zakat.

Menurut bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam ceramahnya, beliau
telah berkata bahawa Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada
seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa
kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat
perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar
(bebas) dari wilayah kefakirannya itu

Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat.
Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut
adalah:

Islam
Merdeka
Mampu
Harta dari Sumber yang Baik
Cukup Nisab
Cukup Haul

2.0 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT

Terdapat lapan golongan yang layak menerima zakat. Golongan-golongan ini telah disebutkan
dalam Surah at- Taubah ayat 60.

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,


pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,
orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam

6
perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana.

Surah at- Taubah ayat 60.

Berikut merupakan golongan yang layak menerima zakat :

a. Asnaf Fakir
Orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil pekerjaannya yang halal dan layak
dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan,
pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

b. Asnaf Miskin
Orang Islam yang mempunyai harta hasil daripada pekerjaannya yang halal dan layak
dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk diri dan tangunggannya.

c. Asnaf Amil
Orang yang dilantik oleh Sultan atau untuk menyelenggrakan hal-hal berkaitan zakat.

d. Asnaf Muaalaf
Orang yang baru memeluk Islam dan memerlukan bantuan untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan baru.

e. Asnaf Riqab
Iaitu hamba Mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.

f. Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri
atau keluarga tanggunggannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah
orang lain.

g. Asnaf Fisabilillah
Tiap-tiap perbuatan dan perlakuan yang menjurus kepada masalah dan keperluan dalam
menegakkan syiar Islam.

h. Asnaf Ibnu Sabil


Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalan perjalanan atau orang yang ingin
memulakan perjalanan tetapi tidak mempunyai sumber untuk dibenjakan dengan syarat :
- Dia mengembara dari negeri tempat tinggalnya,
- Mengembara yang diharuskan oleh syarak.

7
3.0 GOLONGAN ASNAF GHARIMIN MENGIKUT SYARAK

Salah satu golongan asnaf yang berhak menerima zakat dari orang kaya dan berkemampuan
adalah golongan al-ghrim (orang yang terlilit hutang). Namun penerima zakat yang satu ini
harus memenuhi beberapa kriteria sehingga zakat yang dikeluarkan oleh orang-orang kaya
diagihkan kepada yang benar-benar memerlukan. Dengan demikian, hikmah zakat akan
dirasakan oleh semua lapisan masyarakat. Yang berhak menerima, merasa terbantu dan tidak
berfikir untuk melakukan tindakan negatif. Sementara golongan kaya merasa tenang kerana
sudah melaksanakan tuntutan syariat. Ini akan mengukuhkan lagi penyatuan ummah antara
golongan atasan dan golongan marhein

3.1 KATEGORI ASNAF GHARIMIN

Terdapat tiga (3) pembahagian al-Gharimin yang masyhur di sisi mazhab al-Syafie, iaitu:

Kategori Pertama

Berhutang kerana masalah diri sendiri dan keluarga.

a. Mereka yang berhutang disebabkan masalah diri sendiri dan keluarga.Terdapat beberapa
syarat yang telah ditetapkan untuk diberikan zakat kepada mereka yang berhutang bagi
dirinya sendiri antaranya:

Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya. Sekiranya dia
berkemampuan untuk melangsaikan hutangnya, maka tidak diberikan zakat kepadanya.
Sekiranya dia memiliki harta yang hanya dapat menampung sebahagian daripada
hutangnya, maka dia layak menerima bantuan zakat untuk menyelesaikan hutang yang
berbaki.

Jika individu tersebut mampu membayar hutang setelah dia bekerja dan mampu bekerja,
maka dia tetap layak menerima zakat untuk melangsaikan hutangnya kerana dia perlu
menyelesaikannya dalam tempoh masa yang mendesak. Ini kerana untuk dia bekerja bagi
mendapatkan harta untuk membayar hutang memerlukan tempoh masa yang lebih lama

8
sedangkan keperluan sedia ada buat diri dan juga keluarganya perlu juga diutamakan
disamping hutang yang terbeban.

b. Jika seseorang individu yang berhutang itu memiliki tanah, rumah, pakaian, perabot atau
pinggan mangkuk tetapi dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar
hutang, dia masih layak menerima zakat. Ini disebabkan dia masih memerlukan aset
tersebut untuk meneruskan kehidupan seharian. Perlulah apa yang dihutangkannya itu
adalah dalam perkara yang baik dan bukannya berhutang di dalam perkara maksiat
seperti arak dan zina.

c. Perlulah hutang itu dalam keadaan semasa iaitu sedang berlaku atau telah sampai tempoh
untuk dilunaskan. Sekiranya hutang itu ditangguhkan (boleh di bayar dalam masa yang
lama) di sini terdapat tiga pendapat mengenainya :-
Diberikan juga zakat meskipun hutang itu ditangguhkan. Ini berdasarkan dalil
umum yang mengatakan bahawa golongan ini juga pada hakikatnya adalah
penghutang.
Tidak diberikan zakat kepadanya kerana ianya tidak diperlukan pada waktu
tersebut.
Diberikan sekiranya tangguhan hutang itu masih berada pada tahun tersebut.
Sekiranya tangguhan hutang itu memasuki tahun yang baru, maka tidak diberikan
zakat kepada golongan ini.

Kategori Kedua

Berhutang kerana masalah orang lain.


a. Mereka yang berhutang demi membantu orang yang lain.Mereka yang berhutang
demi masalah orang lain adalah golongan yang dimuliakan kerana kesanggupannya
untuk berhutang demi membantu menyelesaikan masalah orang lain. Contohnya
seseorang yang menjadi orang tengah dalam memperbaiki hubungan di antara dua
kaum/kabilah yang bertelagah disebabkan harta ataupun darah (membayar diyat dsb.),
maka dikeluarkan darinya harta sehinggakan dia terpaksa berhutang, maka golongan
ini berhak juga mendapat zakat untuk menutup hutangnya.

b. Begitu juga bagi mereka yang yang berhutang demi kepentingan orang ramai seperti
mengasaskan rumah anak yatim, hospital awam, membina masjid dan juga amal-amal

9
kebajikan yang lain sehingga manfaatnya mengalir kepada orang awam. Maka
diberikan zakat berdasarkan apa yang dihutangkan olehnya untuk menutup hutang
tersebut meskipun dia seorang yang kaya seperti pendapat sebahagian al-Syafieyyah.

Kategori Ketiga

Individu yang menjamin orang yang berhutang.

a. Penjamin dan orang berhutang yang dijamin berada dalam keadaan tidak mampu
melangsaikan hutang. Penjamin layak menerima zakat untuk menyelesaikan hutang
tersebut. Jika penjamin tidak mampu untuk membayar hutang, manakala orang
berhutang yang dijamin mampu, maka penjamin layak menerima zakat jika dia
menjamin tanpa kebenaran orang yang berhutang. Jika penjamin mampu membayar
hutang, manakala orang berhutang yang dijamin tidak mampu membayarnya, maka
orang berhutang itu sahaja yang layak menerima zakat untuk membayar hutang
tersebut.

Ini berdasarkan hadith daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali yang mana
menyebutkan:

Aku telah menanggung bebanan yang banyak lantas aku pergi mengadu kepada
Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda mafhumnya : Tetaplah kamu di sini
sehingga datang kepada kami sedekah dan kami akan perintahkan supaya diberi
kepadamu. Kata Qabisah : Kemudian Baginda SAW bersabda : Hai Qabisah!
Sesungguhnya meminta-minta tidak halal kecuali untuk tiga golongan sahaja. Lelaki
yang menanggung bebanan maka halallah baginya meminta sehingga
menyelesaikannya kemudian menyimpannya, lelaki yang ditimpa bencana sehingga
binasa hartanya maka halal baginya meminta sehingga mencukupi bagi dirinya
dalam meneruskan sisa kehidupan atau menyelesaikan keperluannya, lelaki yang
ditimpa kefakiran sehingga datang tiga orang lelaki yang berakal dan bermaruah
daripada kaumnya mengiyakannya yang dia telah ditimpa kefakiran maka layaklah
untuknya meminta sehingga menyelesaikan keperluan hidupnya. Hai Qabisah! Selain
daripada itu, meminta-minta itu dianggap sebagai haram dan memakannya adalah
haram.

10
Riwayat Muslim (1044) & Abu Daud (1640)

Kategori Keempat

Orang yang berhutang kerana ditimpa musibah dan bencana alam.

a. Melalui artikel Irsyad al-Fatwa ke-14 telah mengeluarkan hukum untuk diberikan
zakat kepada mangsa bencana alam bersandarkan pendapat Mujahid yang
berpandangan bahawa golongan al-Gharimin termasuk didalamnya ialah seseorang
yang hartanya rosak kerana banjir, terbakar dan seseorang yang mempunyai ahli
keluarga tetapi tidak dia tidak memiliki harta lalu dia berhutang untuk memberi
nafkah kepada ahli keluarganya.
b. Berdasarkan hadith Qabisah yang dikemukakan sebelum ini, di dalam syarah hadith
tersebut, Syeikh al-Azim al-Abadi menyatakan: Siapa yang ditimpa hartanya
dengan sebab kebinasaan daripada langit atau bumi seperti kesejukan, air batu,
tenggelam dan seumpamanya yang menyebabkan tiada lagi baginya barangan untuk
hidup maka haruslah baginya meminta sehingga dapat menyelesaikan kehidupannya
semula. [Aun al-Mabud 3/36]
c. Beberapa ulama telah memberi fatwa antaranya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang berkata
: Aku khususkan yang mengenai sifat al-gharimin bagi golongan yang terkena
bencana alam sehingga binasa harta bendanya dan terpaksa kepada berhutang maka
hukumnya dibolehkan. [Fiqh al-Zakat, 2/62

3.2 PUSAT ZAKAT YANG MENYALURKAN ZAKAT KEPADA ASNAF GHARIMIN

Atas pelbagai hujah, maka Islam telah menyediakan garis panduan yang terbaik di dalam
menunaikan zakat. Ia boleh disabitkan kepada hujah naqal mahu pun akal. Al-Quran dan hadis
adalah hujah kukuh yang tidak mampu disangkal. Hujah akal juga menunjukkan, zakat hanya
mampu berperanan secara efektif apabila ia dikumpulkan dalam dana yang besar dan dijana pula
secara sistematik.

Oleh itu, mengeluarkan zakat kepada amil adalah lebih tepat dan menepati saranan Islam.
Amil atau pengurus zakat adalah satu pekerjaan yang jelas disebut di dalam dalil naqli. Perkataan
amil misalnya ada dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu pada ayat ke-60 surah at-Taubah, Allah

11
SWT menyatakan: Sesungguhnya sedekah (zakat) itu adalah untuk para fakir, miskin, amil (para
pengurus zakat).

Atas dasar maslahah ummah dan demi memaksimumkan potensi zakat, maka zakat telah
diinstitusikan pengurusannya. Para amil juga dilantik oleh pemerintah dan diinstitusikan.
Rakyat pula diminta (diperintahkan) menyalurkan zakat mereka kepada institusi zakat. Maka
lahirlah organisasi zakat yang dinamakan pusat zakat atau lembaga zakat dan sebagainya.

Aktiviti pengagihan zakat biasanya dilaksanakan oleh institusi zakat negeri masing-masing
dan pelaksanaan zakat di Malaysia telah diperuntukkan dalam Enakman Pentadbiran Agama
Islam yang dibuat oleh Majlis Perundangan Negeri tersebut. Bukan semua negeri
memperuntukkan zakat kepada golongan al-gharimin ini. Negeri-negeri besar dan mempunyai
dana dan kutipan zakat tertinggi sahaja yang menyalurkan kepada golongan ini. Kebanyakkan
negeri memperuntukkan agihan zakat kepada golongan fakir dan miskin. Antara institusi zakat
yang terlibat adalah seperti berikut:

Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di WilayahPersekutuan


Lembaga Zakat Selangor (Mais)
Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang
Pusat Kutipan Zakat (PKZ)di Pahang
Pusat Zakat Melaka (PZM)

Kuasa untuk memungut dan mengagihkan zakat diberi tanggungjawab kepada institusi zakat
masing-masing. Walaubagaimana pun, terdapat kekurangan yang berlaku terhadap institusi zakat
seperti yang selalu dipersoal adalah berkenaan dengan kutipan atau pengumpulan dana zakat dan
pengagihan dana zakat kepada golongan yang berhak. Oleh itu, terdapat kaedah bagi
mengurangkan berlakunya masalah tersebut dan salah satu kaedah adalah dengan kerjasama
dengan institusi korporat atau institusi kewangan. Institusi kewangan yang melaksanakan
pengagihan zakat kepada golongan asnaf ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

3.3 BENTUK BANTUAN KEPADA ASNAF GHARIMIN

Pada 13 Disember lalu, akhbar ini (Utusan Malaysia) ada melaporkan mengenai program
bantuan perkahwinan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mana

12
pada tahun ini seramai 1,310 orang asnaf dengan jumlah RM1,624,300 telah menerima bantuan
tersebut.

Tujuan inisiatif ini adalah bagi membantu meringankan bebanan golongan asnaf
terutamanya golongan fakir, miskin dan mualaf yang ingin mendirikan rumah tangga. Usaha dan
kreativiti dalam mengagihkan bantuan zakat seperti ini adalah amat baik terutamanya bagi
mengurangkan masalah peningkatan kes pembuangan bayi yang disebabkan oleh pergaulan
bebas antara lelaki dengan wanita. Justeru, ia wajar diteruskan pada masa hadapan dan
dikembangkan lagi dalam aspek yang lain pula.

Setiap negeri yang memberi zakat kepada asnaf gharimin tidak tetap dan sama. Ini mengikut
penetapan yang telah dibuat oleh jawatankuasa tertinggi zakat negeri tersebut. Antara contoh
bantuan yang disalurkan kepada asnaf gharimin adalah seperti berikut :

Lembaga Zakat Selangor (MAIS)


Bentuk bantuan yang diagihkan oleh MAIS kepada Asnaf Gharimin adalah seperti
berikut :
Hutang Rawatan Dialisis
Hutang Perubatan
Hutang Kerana Keperluan Hidup
Pengurusan Jenazah Tanpa Waris
Hutang Badan/Persatuan

Pusat Urus Zakat (PUZ) di Pulau Pinang


Kesusahan Berat / Hutang
Rawatan Kronik / Dialisis
Yuran STAM / STPM
Pengurusan Jenazah Tak Berwaris
Baik Pulih Pondok Pengajian
Sumbangan Kepada Institusi Khas ( Sek.Terencat Akal / Anak Yatim /
Buta / Pekak )

4.0 KEBERKESANAN BANTUAN AGIHAN ZAKAT KEPADA ASNAF GHARIMIN

13
Peranan pengagihan zakat hakikatnya untuk menegakkan keadilan ekonomi dan keadilan
sosial dalam masyarakat serta meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan serta
mengeluarkan mereka dari kepompong kemiskinan. Pembayaran zakat juga berperanan untuk
membentuk jiwa dan menyucikan diri serta hati manusia dari cengkaman dunia, dan juga
dianggap sebagai pelaburan untuk hari akhirat.

Zakat juga memainkan peranan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara iaitu
berkeupayaan membasmi kemiskinan dan menjamin keseimbangan jurang antara golongan kaya
dan miskin melalui mekanisme agihan semula kekayaan dalam masyarakat.

Dalam konteks ini, semakin banyak orang Melayu Islam yang muflis, semakin sukar untuk
ummah membangun. Justeru,, membebaskan orang Islam daripada muflis merupakan antara
jalan bagi terus memperkasa ekonomi bumiputera.Membebaskan mereka daripada muflis bererti
pembangunan ekonomi Melayu Islam akan bertambah baik. Walaupun inisiatif ini mungkin
bakal mengundang pelbagai kontroversi, namun setidak-tidaknya mampu membuka jalan kepada
pihak berwajib untuk merencana satu kaedah efektif bagi menyalurkan dana zakat kepada
Muslim muflis.

Dengan adanya bantuan seperti ini, akan meringankan bebanan yang ditanggung oleh
golongan ini. Contohnya bantuan rawatan dan perubatan. Kos perubatan yang tinggi amat
membebankan. Oleh itu, dengan wujudnya bantuan seperti ini akan meringankan beban
golongan ini.

4.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Atas dasar tersebut, saya ingin mencadangkan bahawa transformasi agihan dana boleh
dilakukan bagi tujuan membayar hutang bagi pihak penghutang-penghutang Melayu Islam yang
telah diisytihar sebagai muflis untuk membantu mereka keluar daripada masalah tersebut. Satu
laporan telah menunjukkan bahawa setiap hari seramai 41 belia diisytihar muflis perkara ini amat
membimbangkan semua pihak.

Oleh hal demikian, bagi mengatasi masalah ini Institusi zakat negeri-negeri boleh
mengambil contoh daripada tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama

14
Negara Brunei Darussalam. Dana zakat di sana digunakan untuk membantu penghutang kad
kredit membayar hutang bagi mengelak masalah muflis. Pembiayaan dilakukan hanya sekali
sahaja bagi setiap penghutang. Langkah yang diambil tersebut mungkin boleh dipelajari dan
dikaji dengan lebih menyeluruh jika ingin dilaksanakan di negara kita. Justeru, sudah tiba
masanya dana zakat diperluaskan penggunaannya bagi membantu orang Islam yang muflis untuk
keluar daripada masalah tersebut.

Selain itu, pelbagai program juga boleh dilaksanakan bagi membantu golongan-golongan
ini. Seperti beberapa negeri yang menganjurkan program-program khas buat asnaf negeri
tersebut. Dengan adanya program kepada asnaf ini, diharap agar kadar kemiskinan dapat
dikurangkan.

4.2 CONTOH PROGRAM-PROGRAM ASNAF ANJURAN PUSAT ZAKAT NEGERI

15
Gerak Asnaf Jahitan

16
Gerak Asnaf Niaga

Projek Baik Pulih Rumah dan Bencana Alam

5.0 PENUTUP

Peningkatan kos sara hidup telah memberikan tamparan hebat kepada hampir semua
penduduk di Malaysia. Kadar muflis dalam kalangan rakyat Malaysia juga semakin tinggi.
Bangsa Melayu telah menduduki tangga teratas dengan kadar hampir 50%, berdasarkan data
yang dikeluarkan oleh Bank Negara pada tahun 2012. Secara purata 1,631 rakyat Malaysia telah
muflis setiap bulan. Namun demikian, jumlah kutipan zakat tidak dapat menampung keseluruhan
golongan gharimin ini disebabkan jumlah pendapatan yang kurang memberangsangkan.

Oleh itu pihak institusi zakat perlu mempertingkatkan lagi kempen serta ceramah untuk
memastikan masyarakat Islam di Malaysia sedar akan kepentingan pembayaran zakat. Dengan
ini dapat menampung dan membantu golongan-golongan asnaf yang semakin meningkat ekoran
kos sara hidup yang semakin tinggi.

( 2980 patah perkataan )

17
BIBLIOGRAFI

Al-Quran, Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. (1998). Jabatan Perdana

Menteri, Kuala Lumpur.

Wahid, Hairunnizam; Mohd. Noor, Mohd Ali & Ahmad, Sanep (2005). Kesedaran Membayar

Zakat: Apakah Faktor Penentunya? IJMS, 12(2), 171-189.

Abdul Ghafar, I. & Hailani Muji, T. (2006). Zakat: Pensyariatan, perekonomian dan

perundangan. Penerbit UKM: Bangi.

Hairunnizam Wahid, et.al (2009). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia:

Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?. Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil.
1Hairunnizam Wahid, et.al (2009). Pengagihan Zakat Oleh Institusi Zakat Di Malaysia:
Mengapa Masyarakat Islam Tidak Berpuas Hati?. Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 1

Abdul Monir Yaacob.(2001).Garis Panduan Agama dalam Pengagihan Dana Zakat. Dalam Nik

Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah Pengagihan Dana Zakat; Satu Perspektif Islam.
Kuala Lumpur: IKIM

http://www.masuk-islam.com/pembahasan-zakat-lengkap-pengertian-zakat-macam-macam-
zakat-dll.html

18
http://www.slideshare.net/bpbpt/keutamaan-zakat-dan-sedekah

https://almanhaj.or.id/2796-kriteria-gharimin-penerima-zakat.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131220/re_01/Dana-zakat-dan-Melayu-Islam-
muflis#ixzz4OdrDpu1u

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/1203-irsyad-al-fatwa-ke-
131-al-gharimin-di-dalam-asnaf-zakat

www.muip.gov.my/v3/index.php/jenis-jenis- asnaf/asnaf-gharimin

http://www.zakatpenang.com/zpp/

http://www.zakatselangor.com.my/

http://www.izakat.com/

19

Anda mungkin juga menyukai