Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH.

Kajian tindakan di sekolah haruslah meliputi semua aspek pengurusan sekolah iaitu
pengurusan kepimpinan dan organisasi, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum,
kewangan, pentadbiran pejabat, infrastruktur dan fizikal, pengurusan sumber manusia serta
hubungan luar dan komuniti. Semua warga sekolah mestilah berganding bahu mengenal pasti
masalah-masalah yang wujud di sekolah sebelum mencari penyelesaian masalah bagi tujuan
penambahbaikan. Misalnya dalam pengurusan kurikulum seseorang guru boleh bertindak
sebagai penyelidik yang mengkaji sistem PDPc dikelasnya bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru. Hasilnya guru-guru boleh:

meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

meningkatkan prestasi pencapaian murid.

mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.

membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan
pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk
memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.Di
samping itu Pengurus sekolah perlu menjadi role model kepada guru-guru lain dengan
memulakan kajian tindakan dan membuktikan keberkesanannya dalam meningkatkan prestasi
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai