Anda di halaman 1dari 2

PENUTUP

Kepemimpinan membawa kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam


lapangan masing-masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh
memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih
untuk tidak mempunyai pemimpin.

Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu


dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-
kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai
matlamat organisasi. (Zainal Abidin Mohamad, 1998).

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif


pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan
keseluruhannya. Pemimpin secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama
secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang
melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati Halim & Iran Herman, 1997).

Selain itu, pemimpin juga membawa maksud seorang daripadanya cuba


membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem.
Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi
anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi
bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu.

Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya Asas Pentadbiran


Pendidikan, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang
boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu iaitu yang pertama, kuasa yang datang
dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca
daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut
dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-
anggotanya.Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia
mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya.
RUJUKAN

Alias Mohamed. (1984). Kepimpinan, demokrasi dan tradisi. Kuala Lumpur: AMW
Comunications Management.

Aminudin Moh. Yusof (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Azizan Bahari. (2009). Menjadi pemimpin. Petaling Jaya: Qarya Sdn. Bhd.

Dr Robiah Sidin (1988). Asas Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa & Putaka.

Fatimah Wati Halim & Iran Herman, (1997). Hubungan Nilai Kerja, Prestasi Kerja
dan Kualiti Kehidupan Bekerja di Kalangan Pekerja Sektor Awam & Swasta. Jurnal
Psikologi Manusia. Bil 11:97-114

INTAN. 1996. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional.

Ismail, A. 2005. Public Sector Service Delivery Excellence. Research & PlanningDivision,
Public Service Department, Malaysia.

Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and transformational leaders. Canadian


Journal of Administrative Sciences, 18: 257-265.

Mustafa Hj. Daud. (1996). Pemimpin Mengikut Pandangan Tokoh Barat,


(Terjemahan), Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors Sdn. Bhd.

Roslan, M. & Nik Rosnah, W. A. 2008. Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Organisasi
Sektor Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan Awam, Jilid 7, Bil 1, Jun 2008.

Zainal Abidin Mohamad. (1998). Pengurusan Strategik. Kuala Lumpur: Utusan


Distributian and Publication.

Anda mungkin juga menyukai