Anda di halaman 1dari 2

PERKEMBANGAN TEORI NATURALISME

Realisme merupakan satu aliran teori dalam kesusasteraan, aliran seni yang

mengatakan bahawa tujuan seni adalah untuk melukis kehidupan dengan kejujuran yang

sempurna dan objektif. Gambaran tentang manusia dan pelbagai kelas masyarakat yang

melibatkan diri dengan pencarian- pencarian biasa dan merakam kegiatan mereka dengan

cara konkrit dan meluas. Realisme boleh dikatakan cuba memberi satu gambaran kehidupan

biasa yang sebenar-benarnya. Daripada teori Realisme menjadi teori naturalisme. Naturalisme

adalah pecahan dari realisme yang lebih ekstrim.

Naturalisme merujuk kepada kepada pergerakan sastera lewat abad ke-19 dan awal

abad ke 20 yang pengikutnya mengunakan teknik dan teori sains untuk menyampaikan

gambaran sebenar kehidupan .Aliran naturalisme bermula pada tahun 1850-an di Perancis.

Aliran naturalisme ini mengalami perkembangan setelah mendapat pengaruh daripada Emile

Zola seorang pengarang Prancis. Emile Zola adalah antara yang pertama memahami potensi

idea saintifik untuk fiksyen, dimana permulaannya dengan Theresa Raquin 1867 umumnya

dianggap naturalis terawal menyiarkannya. Kenyataan naturalisme yang lebih lengkap di

dalam karya Le Roman Experimental 1880 yang mana menghuraikan idea kaedah experimen

yang perlu digunakan untuk watak-watak di dalam novel.

Kemarahan terhadap Zola dan Naturalisme tersebar di sepanjang Eropah dan Amerika

Latin pada tahun 1880 dan 1890. Diikuti juga dengan kutukan naturalisme oleh beberapa

pengkritik dan penerimaan prinsip oleh novelis dan dramalis yang melihatnya sebagai salah

satu cara untuk menyatakan kebenaran sosial. Walaupun fasa klasik naturalisme berakhir

sebelum perang dunia pertama, namun novel pengaruh naturalisme telah diterbitkan

sepanjang abad ke 20. William James dan kemudiannya Sigmund Fread dan Carl Jung telah
menambahkan pemahaman terhadap kuasa kekuatan psikologi dan mereka menambahkan

penentuan untuk sosial dan bahan penentuan untuk naturalisme klasik.

Di barat aliran ini mempunyai Emile Zola sebagai model Naturalisme dengan

karyanya Lassomoir dan Theresa Raquin. Di Asia Timur pula terdapat A. Samad Said iaitu

karya Salina dan Sungai Mengalir Lesu. Naturalisme sebagai pergerakan sastera ini

mempunyai ciri yang sama walaupun ianya berada dalam zaman yang berbeza. Naturalisme

di Eropah berkembang pada penghujung abad ke 19 manakala di Malaysia pada abad ke 20.

Seiring perkembangannya, aliran naturalisme mulai mengalami pertentangan kerana

umumnya aliran ini banyak membahaskan bahagian yang buruk daripada kehidupan manusia

secara terangan. Oleh itu muncul kesusasteraan yang mengambarkan seni keindahan.

Aulia, K. B. (2014). Analisis Unsur Naturalisme Pada Novel L'Inondation Karya Emile

Zola : Melalui Pendekatan Strukturalisme Genetik . Jawa barat : Universitas Pendidikan

Indonesia.

George, O., & Logan, P. M. (2011). The encyclopedia of the novel. Wiley-Blackwell. Dilayari

Mac 23, 2017, from https://analepsis.files.wordpress.com/2015/02/loganencnovnat.pdf.

Anda mungkin juga menyukai