Anda di halaman 1dari 16

Amali 2

Topik

Momentum dan perlanggaran.

Tujuan

Untuk mengesahkan eksperimen ini sama ada mengikut prinsip keabadian momentum linear
bagi satu perlanggaran antara dua jasad yang berjisim sama.

Teori

Rajah 1 menunjukkan ladung suatu bandul dilepaskan dari P ke Q.

P
h

Q
z

Rajah 1.
Jika v ialah halaju bandul di Q dan m adalah jisim ladung, maka,

mgh = mv2 ... (1)

z = sesaran mengufuk bandul dari Q

L = panjang bandul

= sesaran sudut ladung

Maka h = L L kos

h = L (1 kos )


h = L (2 sin2 2 )


Bagi < 15o , maka sin2 2 = 2 ;z=L

z2
2
Maka h =L = L

Dari persamaan (1).. v2 = 2gh

2 2
gz mg z
v2 = L dan tenaga kinetik, Ek = mv2 = 2L

maka v z dan tenaga kinetik Ek z2


Hipothesis

Tenaga bagi satu perlanggaran di antara dua jasad yang berjisim sama diabadikan.

Pembolehubah

i. Dimanipulasi : Sesaran ladung A dari titik perlanggaran, Xon / Xon

ii. Dimalarkan : Jisim ladung, Panjang tali ladung

iii. Bergerak balas : Sesaran ladung B seletah pelanggaran berlaku, Xn / Xn

Radas

i. Papan
ii. Dua ladung sama jisim
iii. Dua utas benang dengan panjang 1.6 meter
iv. Dua kaki retort dengan pemegang
v. Satu wayar logam sebagai penunjuk
vi. Satu skrin sebagai penanda kepada jarak perlanggaraan
vii. Sebatang pembaris meter
viii. Plastisin
ix. Sepasang angkip vernier
x. Blok blok untuk menaikkan kaki retort
Kaki retot
dengan
Pembaris kayu pemegang

Ladung Skrin penanda

Angkup vernier

Gambar 1: Radas yang digunakan dalam eksperimen.

Prosedur

Kaki retort
dengan
pemegang
Benang
Pembaris kayu

Ladung A
Ladung B

Pembaris kayu

Gambar 2: Susunan radas dalam eksperimen ini.

1. Peralatan dipasangkan seperti dalam Gambar 2.


2. Diameter ladung bandul diukur dengan menggunakan sepasang angkup vernier.
3. Ladung bandul dicangkukkan pada papan mencangkuk seperti dalam Gambar 2. Pusat
kedua-dua ladung bandul dipastikan berada pada aras yang sama dan tidak kurang
daripada 80cm dari papan mencangkuk.
4. Satu pembaris meter diletakkan di bawah kedua-dua ladung. Pembaris meter dilaraskan
supaya tanda 50cm berada betul-betul dibawah titik sentuhan kedua-dua ladung.
5. Ladung A dijauhkan dan kedudukan pusat ladung B ditentukan. Bacaan pada pembaris
meter direkodkan sebagai X01. Proses diulangi dan kedudukan ladung B direkodkan sebagai
X02.
6. Ladung A disesarkan menjauhi lebih kurang 20 cm dan kedudukan pusat dan direkodkan
sebagai X1. Ladung A dilepaskan supaya ia membuat perlanggaran tepat dengan ladung B.
(Ladung A dipastikan menjadi hampir pegun selepas perlanggaran tepat).
7. Jikalau perlanggaran adalah tepat, kedudukan skrin yang bertindak sebagai penanda bagi
jarak perlanggaran direkodkan. Proses diulang sekali lagi jika perlanggaran tersebut bukan
perlanggaran tepat.
8. Kedudukan pusat ladung yang kedua direkodkan sebagai X 2, jika perlanggaran adalah
tepat.
9. Langkah-langkah (5) sehingga (7) bagi sesaran antar 20cm sehingga 60cm.
10. Semua bacaan direkodkan dan dijadualkan X1, Z1 = (X1 X01), (Z1)2, X2, Z2 = (X2 X02), (Z2)2

z2
dan ( z 1 )2.

11. Seketul kecil plastisin dilekatkan pada salah satu ladung bandul dan langkah-langkah
daripada (5) sehingga (7) diulangi. Selepas perlanggaran, kedua-dua ladung mestilah
bergerak bersama-sama.
12. Semua bacaan direkodkan dan dijadualkan X1, Z1 = (X1 X01), (Z1)2, X2, Z = (X2 X02),

z2
(Z2)2 dan ( z 1 )2.

13. Daripada keputusan yang diperolehi, satu kesimpulan tentang momentum dan tenaga
kinetik kedua-dua sistem dibuat.
Laporan Perlanggaran Kenyal

Penjadualan data

Diameter ladung : 3.10cm

n X on X
n1 X
n2 Xn = ( Zn = ( Zn2 (cm2)

(cm) X n 'X on )
(cm) (cm) X n1+ X n2
2
(cm)

) (cm)
1 20.0 17.5 15.5 16.50 -3.50 12.25
2 30.0 22.0 24.0 23.00 -7.00 49.00
3 40.0 32.5 32.0 32.25 -7.75 60.06
4 50.0 39.0 40.0 39.50 -10.50 110.25
5 60.0 49.0 47.0 48.00 -20.00 400.00
Jadual 1: Dapatan data bagi perlanggaran kenyal.

Analisis Data

Z2 Z22 49.00
( Z1 2
= Z12 = ( 12.25 ) = 3.68

Z3 Z32 60.06
( Z2 2
= Z22 = ( 49.00 ) = 1.23

Z4 Z4 2 110.25
( Z3 2
= Z3 2 = ( 60.06 ) = 1.84

Z5 Z5 2 400.00
( Z4 2
= Z4 2 = ( 110.25 ) = 3.63
Perbincangan

Dalam eksperimen ini, saya ingin menguji kesahihan eksperimen ini jika mengikut
prinsip keabadian momentum linear bagi satu perlanggaran diantara dua jasad yang berjisim
sama. Dua ladung yang berjisim sama telah dipilih agar apabila ladung A melanggar ladung B,
kita akan menganggap kesemua tenaga ladung A akan dipindahkan kepada ladung B.
Perlanggaran kenyal berlaku.

Daripada Jadual 1, kita dapat lihat bagi n = 1, ladung A disesarkan dan dilepaskan
20.0cm daripada titik tengah dan melanggar ladung B seterusnya menyesarkannya sejauh
16.5cm. Mengikut prinsip keabadian tenaga momentum linear, ladung B sepatutnya tersesar
20.0cm dari titik tengah namun melalui eksperimen ini, ia kehilangan 3.5cm daripada yang
sepatutnya.

Di sini tenaga daripada ladung A tidak dipindah sepenuhnya kepada ladung B. Ini kerana
beberapa tenaga lain dihasilkan semasa perlanggaran. Contohnya tenaga haba dan tenaga
bunyi. Daya geseran udara juga mempengaruhi semasa pemindahan tenaga ladung A ke
ladung B. Terdapat tenaga yang digunakan untuk melawan daya geseran udara. Keadaan yang
sama juga berlaku bagi n = 2, 3, 4 dan 5.

Bagi n=1, ladung B kehilangan tenaga sebanyak 12.25J.

n=2, ladung B kehilangan tenaga sebanyak 49J.

n=3, ladung B kehilangan tenaga sebanyak 60.06J.

n=4, ladung B kehilangan tenaga sebanyak 110.25J.

n=5, ladung B kehilangan tenaga sebanyak 400J.

Daripada dapatan di atas, boleh disimpulkan bahawa semakin jauh jarak sesaran ladung
A daripada titik tengah, maka makin besar ladung B kehilangan tenaga untuk menyesarkannya
ke jarak yang sama dengan sesaran ladung A. Hal ini kerana makin jauh sesaran ladung A dari
titik tengah, maka makin besar sudut bukaan mencancang ladung A. Ini menyebabkan daya
unggul ladung A semakin rendah.

Daya ladung A: FA = TA cos


Jika sudut bukaan sesaran ladung A , semakin besar, maka daya unggul F A yang dihasilkan
semakin rendah.

Berikut merupakan urutan perpindahan tenaga dari ladung A ke ladung B.

Tenaga Keupayaan [A] Tenaga Kinetik [A]

Tenaga Kinetik [B] + Tenaga Haba [B] + Tenaga Bunyi [B]

Tenaga Keupayaan [B]

Daripada dapatan analisis data, kita dapat simpulkan bahawa untuk membuktikan
eksperimen ini mengikuti prinsip keabadian tenaga momentum linear yang paling ideal, sesaran
ladung A dari titik tengah adalah diantara 30cm ke 50cm. Hal ini kerana jika semakin rendah

Z n+1
nilai ( Z n )2, maka semakin tinggi kesahan eksperimen ini mengikut prinsip keabadian

tenaga momentum linear.

Terdapat ralat yang berlaku semasa menjalankan eksperimen ini. Antaranya ialah;

1. Semasa menyesarkan ladung A daripada titik tengah, kedudukan mata tidak serenjang
dengan bacaan pembaris. Ralat parallax berlaku.
2. Pembaris yang digunakan tidak cukup panjang untuk mengukur sesaran bagi ladung A dan
ladung B. Pembaris berlainan digunakan untuk mendapatkan sesaran ladung. Ralat sifar
berlaku.

Ralat yang berlaku boleh diatasi dengan langkah-langkah tersebut;

1. Pastikan kedudukan mata semasa membaca skala pada pembaris adalah serenjang. Jika
tidak dapat melihat dengan tepat, gunakan pembaris untuk mendapatkan bacaan yang
tepat.
2. Pembaris yang perlu digunakan semasa menjalankan eksperimen haruslah. Jika tidak
cukup panjang, cari pembaris yang sama seperti pembaris yang digunakan dan susun
dengan rapi, semak samaada terdapat ralat sifar atau tiada. Pastikan tiada ralat sifar hadir,
barulah eksperimen dijalankan.
Laporan Perlanggaran Tidak Kenyal

Penjadualan data

Diameter ladung : 3.10cm

n X on (c X
' n1 X
' n2 Xn = ( Zn = ( Zn2 (cm2)

m) X ' n ' X ' on )


(cm) (cm) X ' n1+ X ' n2
2
(cm)

) (cm)
1 20.0 6.0 7.5 6.75 -13.25 175.56
2 30.0 13.0 12.5 12.75 -17.25 297.56
3 40.0 18.0 18.0 18.00 -22.00 484.00
4 50.0 24.0 24.0 24.00 -26.00 676.00
5 60.0 26.0 27.0 26.50 -33.50 1122.25
Jadual 2: Dapatan data bagi perlanggaran tak kenyal.

Analisis Data

Z '2 Z' 22 297.56


( Z '1 2
= Z '12 = ( 175.56 ) = 1.69

Z '3 Z' 32 484.00


( Z' 2 2
= Z ' 22 = ( 297.56 ) = 1.62
Z' 4 Z' 42 676.00
( Z' 3 2
= Z ' 32 = ( 484.00 ) = 1.40

Z' 5 Z' 52 1122.25


( Z '4 2
= Z '4 2 =( 676.00 ) = 1.66

Perbincangan

Dalam eksperimen ini, saya ingin menguji kesahihan eksperimen ini jika mengikut
prinsip keabadian momentum linear bagi satu perlanggaran diantara dua jasad yang berjisim
sama. Ladung A dilekatkan dengan plastisin agar apabila ia melanggar ladung B, kedua-dua
ladung tersebut akan bergabung seterusnya bergerak bersama-sama. Perlanggaran tak kenyal
berlaku.

Secara pengiraan, eksperimen ini boleh dibuktikan bahawa ianya merupakan


perlanggaran tak kenyal. Ladung A dan B bergerak bersama-sama dengan halaju yang sama
selepas perlanggaran, maka dengan menggunakan prinsip keabadian momentum linear,

2mv = mu

u
v = 2

Halaju akhir bersamaan dengan separuh halaju awal. Daripada Jadual 2, kita dapati bahawa

Xn adalah kurang dari separuh daripada X on . Ini membuktikan bahawa perlanggaran bagi

eksperimen ada perlanggaran tak kenyal.

Dalam jadual 2 kita dapat lihat bagi n= 1, ladung A disesarkan dan dilepaskan 20.0cm
daripada titik tengah dan melanggar ladung B seterusnya menyesarkannya sejauh 6.75cm.
Mengikut prinsip keabadian tenaga momentum linear, ladung B sepatutnya tersesar 10.0cm dari
titik tengah namun ia kehilangan 3.25cm daripada yang sepatutnya.

Kehilangan tenaga ini adalah disebabkan tenaga kinetik dari pada ladung A tidak
dipindah sepenuhnya kepada tenaga kinetik pada ladung B. Tenaga kinetik daripada ladung A
telah berpindah kepada tenaga kinetik, tenaga haba dan tenaga bunyi semasa perlanggaran
berlaku. Selain itu, sebelum ladung A melanggar ladung B, ladung A menggunakan tenaga
untuk mengatasi daya rintangan udara. Situasi yang sama telah berlaku bagi n=2, 3, 4 dan 5.

Bagi n=1, ladung A kehilangan tenaga kinetik sebanyak 175.56J.

n=2, ladung A kehilangan tenaga kinetik sebanyak 297.56J.

n=3, ladung A kehilangan tenaga kinetik sebanyak 484J.

n=4, ladung A kehilangan tenaga kinetik sebanyak 676J.

n=5, ladung A kehilangan tenaga kinetik sebanyak 1122.25J.

Daripada dapatan di atas, boleh disimpulkan bahawa semakin jauh jarak sesaran ladung
A daripada titik tengah, maka makin besar ladung B kehilangan tenaga untuk menyesarkannya
ke jarak yang sama dengan sesaran ladung A. Hal ini kerana makin jauh sesaran ladung A dari
titik tengah, maka makin besar sudut bukaan mencancang ladung A. Ini menyebabkan daya
unggul ladung A semakin rendah.

Daya ladung A: FA = TA cos

Jika sudut bukaan sesaran ladung A , semakin besar, maka daya unggul F A yang dihasilkan
semakin rendah.

Berikut merupakan urutan perpindahan tenaga dari ladung A ke ladung B.

Tenaga Keupayaan [A] Tenaga Kinetik [A]

Tenaga Kinetik [B] + Tenaga Haba [B] + Tenaga Bunyi [B]

Tenaga Keupayaan [B]

Daripada dapatan analisis data, kita dapat simpulkan bahawa untuk membuktikan
eksperimen ini mengikuti prinsip keabadian tenaga momentum linear yang paling ideal, sesaran
ladung A dari titik tengah adalah diantara 40cm ke 50cm. Hal ini kerana jika semakin rendah
Z ' n+1
nilai ( Z ' n )2, maka semakin tinggi kesahan eksperimen ini mengikut prinsip keabadian

tenaga momentum linear.

Terdapat ralat yang berlaku semasa menjalankan eksperimen ini. Antaranya ialah;

1. Semasa menyesarkan ladung A daripada titik tengah, kedudukan mata tidak serenjang
dengan bacaan pembaris. Ralat parallax berlaku.
2. Pembaris yang digunakan tidak cukup panjang untuk mengukur sesaran bagi ladung A dan
ladung B. Pembaris berlainan digunakan untuk mendapatkan sesaran ladung. Ralat sifar
berlaku.
3. Plastisin yang digunakan telah lama dan telah kehilangan sensitivitinya, dimana selepas
ladung A melanggar ladung B, mereka tidak bergerak bersama-sama.

Ralat yang berlaku boleh diatasi dengan langkah-langkah tersebut;

1. Pastikan kedudukan mata semasa membaca skala pada pembaris adalah serenjang. Jika
tidak dapat melihat dengan tepat, gunakan pembaris untuk mendapatkan bacaan yang
tepat.
2. Pembaris yang perlu digunakan semasa menjalankan eksperimen haruslah. Jika tidak
cukup panjang, cari pembaris yang sama seperti pembaris yang digunakan dan susun
dengan rapi, semak sama ada terdapat ralat sifar atau tiada. Pastikan tiada ralat sifar hadir,
barulah eksperimen dijalankan.
3. Gunakan plastisin yang baharu dan mempunyai sensitiviti yang tinggi. Dimana ladung A dan
ladung B akan bergergerak bersama-sama selepas perlanggaran berlaku.

Perlanggaran kenyal Perlanggaran tak kenyal


Jumlah momentum adalah tetap Jumlah momentum adalah tetap
Jumlah tenaga kinetik adalah tetap Jumlah tenaga kinetik tidak tetap, kerana
sebahagian daripadanya akan dipindahkan
kepada tenaga lain seperti haba
Jumlah tenaga adalah tetap Jumlah tenaga adalah tetap
Jadual 3: Perbandingan perlanggaran kenyal dan perlanggaran tak kenyal.

Kesimpulan

Hipothesis diterima. Tenaga bagi satu perlanggaran di antara dua jasad yang berjisim sama
diabadikan. Jika terdapat kehilangan tenaga, ini kerana tenaga tersebut dipindah kepada
tenaga haba dan tenaga bunyi. Selain itu, tenaga juga digunakan dalam mengatasi daya
rintangan udara.

Refleksi

Sejuta kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapatlah saya
sempurnakan amali fizik 2 ini. Sebelum melangkah ke intipati refleksi seterusnya, terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing amali fizik
2, Pn. Low Kee Sun kerana telah banyak menyumbangkan jasa dalam memberikan tunjuk ajar
sepanjang amali ini dijalankan. Komitmen beliau yang tinggi dalam memastikan setiap dari kami
dapat mengikuti interaksi dengan berkesan telah mendorong saya dan rakan-rakan untuk turut
memberikan kerjasama yang maksimum. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang
sudi berkongsi dan bertukar-tukar maklumat sepanjang proses menyiapkan amali fizik 2 ini.

Amali fizik 2 merupakan satu amali yang mencabar. Semasa amali, kami dibahagikan
kepada tiga kumpulan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya, Erma dan Ariff. Setiap ahli
dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk menyediakan radas, kerana kami perlu menambah
ketinggian kaki retort. Kotak-kotak kecil telah kami gunakan untuk menambahkan ketinggian
kaki retort. Disini saya dapat rasakan bahawa semangat berpasukan kami sangat tinggi. Kami
saling bertukar pendapat bagaimana melaksanakan amali ini. Kami saling menghormati
keputusan antara satu sama lain dan menerimanya dengan hati yang terbuka senghinggalah
mendapat kata putus yang dipersetujui bersama. Kami tidak menyisihkan sesiapa dalam
kumpulan kami. Boleh dikatakan bahawa semangat berpasukan dalam diri saya dipupuk
melalui amali ini.

Semasa menjalankan amali ini saya mendapati bahawa semua objek di dunia
mempunyai tenaga. Antara tenaga yang telah saya pelajari dalam amali ini adalah tenaga
kinetik, tenaga keupayaan, tenaga haba dan tenaga bunyi. Tenaga ini tidak dapat dihapuskan
tetapi ianya boleh dipindahkan dari satu bentuk tenaga ke tenaga yang lain. Melalui prinsip
keabadian tenaga, tenaga itu tidak boleh dibuat mahupun dihapuskan. Melalui amali ini, ia
membolehkan saya lebih memahami dengan lebih dalam apa yang diajarkan oleh cikgu secara
teori dikelas.

Selain itu, saya telah belajar bagaimana untuk mengimprovisasikan benda persekitaraan
untuk dijadikan alat untuk amali. Contohnya, kami menggunakan kotak untuk meletakkan kaki
retort kami untuk membolehkan ladung tidak mencapai lantai. Kaki retort yang rendah
menyukarkan kami untuk menyangkutkan ladung pada pembaris kayu. Kotak digunakan untuk
meninggikan kaki retort tersebut. Selain itu, kami menggunakan dawai sebagai tempat untuk
mengikat benang ladung. Benang ladung agak sukar untuk disangkutkan pada permukaan
pembaris kayu yang lebar. Dengan bantuan daripada cikgu, kami berjaya menyangkutkan
pemberat pada pembaris kayu dengan mudah.

Apabila berjaya menyiapkan amali fizik 2 ini, saya dapat simpulkan bahawa amali
merupakan satu amali yang mencabar dan menarik. Saya diajar bagaimana untuk
berkerjasama dalam pasukan, bagaimana untuk mengimprovisasikan objek sekeliling dan juga
mendapat ilmu pengetahuan tentang prinsip keabadian momentum linear. Antara kelemahan
dan kekangan yang saya hadapi semasa menjalankan eksperimen ini adalah yang pertama
ialah masalah internet yang sangat lambat dan melengahkan masa saya mencari maklumat
tambahan semasa membuat laporan amali. Seterusnya ialah saya kurang mahir dalam memilih
maklumat yang releven maklumat di internet. Justeru itu, saya berharap agar kesilapan dan
kelemahan saya dalam menyiapkan amali ini akan menjadi pengajaran dan iktibar kepada saya
untuk memperbaiki diri pada masa akan datang. Sekian terima kasih.
Rujukan

Hinder, S. D. (n.d.). Physics Interactives: Momentum and Collisions. Diambil pada 27hb
Februari 2017 daripada http://ww.physicsclassroom.com/Physics-
Interactives/Momentum-and-Collisions.

Jewett, J. W., & Serway, R. A. (2008). Physics for Scientists and Engineers (7th ed.). Belmont,
CA, USA: Thomson Learning, Inc.

Mohd Zain bin Mohd Fakrul. (n.d.). Momentum dan keabadian momentum. Diambil pada 27hb
Februari 2017 daripada http://vifizik.tripod.com/momentum.html.

Walker, J. S. (2004). Physics (2nd ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Educarion.
Inc.

Lampiran

Gambar 3: Pn Low Kee Sun sedang menerangkan cara-cara mengendalikan eksperimen.


Gambar 4: Pembaris
dilaraskan ke 50cm serenjang dengan kedudukan pegun ladung.

Gambar 5: Ladung disesarkan pada jarak 60cm daripada titik tengah, pembaris tambahan
diperlukan kerana panjang pembaris tidak mengcukupi.

Anda mungkin juga menyukai