Anda di halaman 1dari 4

UNIT TEKNOLOGI ELEKTRONIK

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK &


ELEKTRONIK
KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

KERTAS PENERANGAN

KURSUS / COURSE TEKNOLOGI ELEKTRONIK

KOD DAN TAJUK


MODUL /MODULE NO ETN 101 INDUSTRI SAFETY (KESELAMATAN INDUSTRI )
AND TITLE

TAHUN /SEMESTER 1 SEMESTER 1

UNIT KREDIT 2.0 TEMPOH : 3.0 JAM/SEMINGGU

KEBOLEHAN / K1 APPLY GENERAL SAFETY


MUKA : 1 DRP 3
COMPETENCY REGULATIAON

TAHAP 1.1 Identify safety regulation


PEMBELAJARAN/LEA 1.2 Classification of safety regulation
RNING STANDARD 1.3 Demonstrate safety practice regulation

NAMA PELAJAR TARIKH :

KOMPETENSI 1 - GENERAL SAFETY REGULATION

TAJUK : PERATURAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA


TUJUAN : Supaya pelajar dapat memahami dan mengamalkan
peraturan-
peraturan keselamatan dan menggunakan perkakasan serta
peralatan
elektrik dengan betul sewaktu bekerja

1. PENERANGAN
1.1. Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat penting apabila
menggunakan perkakas elektrik.
1.2. Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang keselamatan diri, alat
dan perkakas akan mengakibatkan kemalangan diri, kemusnahan harta
benda dan kehilangan nyawa.
1.3. Pengetahuan tentang keselamatan amat perlu dipelajari dan diamalkan
terutama sekali di tempat kerja.
NO. KOD ETN101 / M01 / P1 Muka : 2 drp : 4

1.4. Kemalangan dapat dielakkan dengan mematuhi peraturan keselamatan


dan mematuhi arahan yang ditetapkan di samping mempunyai sikap
bertanggungjawab.

2. KESELAMATAN DIRI
2.1. Diri sendiri merupakan ejen terpenting dalam melaksanakan
sesuatu tugas atau kerja. Kemalangan boleh berpunca daripada
kecuaian sendiri.
2.2. Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan, peraturan
keselamatan perlu dipatuhi sepenuhnya. Antara peraturan
keselamatan yang lazim diamalkan adalah:
2.2.1. Cara berpakaian.
2.2.1.1. Memakai pakaian bengkel atau yang bersesuaian
dengan kerja.
2.2.1.2. Memakai kasut yang berpenebat dan bertumit rendah.
2.2.1.3. Tidak memakai barang kemas seperti rantai leher,
gelang tangan, cincin dan sebagainya.
2.2.1.4. Tidak memakai tali leher.
2.2.2. Sikap
2.1.1 Sentiasa mematuhi arahan guru atau penyelia.
2.1.2 Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja.
2.1.3 Memastikan ruang kerja bersih.
2.1.4 Melaporkan sebarang kerosakan.
2.1.5 Menggunakan alat yang betul bagi setiap kerja yang
dijalankan.
2.1.6 Memastikan anda tahu menggunakan sesuatu alat/
perkakas.
2.1.7 Melaporkan kepada guru atau penyelia dengan segera
sekiranya berlaku kemalangan.
2.2.3. Keadaan fizikal diri.
2.2.3.1. Sihat tubuh badan.
2.2.3.2. Tidak mengantuk
2.2.3.3. Penglihatan jelas.
2.2.3.4. Pendengaran jelas.

3. KESELAMATAN ALAT DAN PERKAKAS


3.1. Kebanyakan alat dan perkakas elektrik menggunakan tenaga elektrik
untuk berkendali. Oleh itu, ia hendaklah sentiasa berkeadaan baik serta
dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan Suruhanjaya Tenaga (ST).
3.2. Antara ciri keselamatan alat dan perkakas adalah mempunyai penebatan,
pembumian dan peranti pelindungan pada perkakas elektrik:
NO. KOD ETN101 / M01 / P1 Muka : 3 drp : 4

3.2.1. Penebatan
3.2.1.1. Penebatan ialah kaedah melindungi, menyalut atau
mengasingkan pengalir dengan menggunakan penebat.
3.2.1.2. Penebatan dapat melindungi pengguna daripada tersentuh
bahagian logam yang mengalirkan arus elektrik.
3.2.1.3. Bahan yang digunakan sebagai penebat mestilah
mempunyai rintangan yang sangat tinggi, contohnya: getah,
polivinil klorida dan bakelit.
3.2.2. Pembumian
3.2.2.1. Pembumian adalah satu kaedah menyambungkan
bahagian logam dalam pemasangan elektrik kepada jisim
bumi.
3.2.2.2. Pembumian akan melindungi pengguna daripada bahaya
renjatan elektrik, apabila berlaku aliran arus di mana-mana
bahagian logam yang terdapat pada perkakas atau sistem
pendawaian.
3.2.2.3. Suatu sistem pembumian yang baik adalah apabila litar
pengguna dapat diputuskan oleh pemutus litar baki ketika
berlakunya kebocoran arus ke bumi.
3.2.3. Peranti pelindungan.
3.2.3.1. Peranti pelindung ialah peranti yang bertindak
memutuskan litar apabila berlaku lebihan arus mengalir
dalam litar.
3.2.3.2. Dua jenis peranti pelindung yang digunakan untuk
melindungi litar pengguna dan perkakas elektrik ialah fius
dan pemutus litar.

4. KESELAMATAN BENGKEL DAN PERSEKITARAN

4.1. Bengkel merupakan tempat bagi pelajar/pekerja melakukan kerja-kerja


amali. Oleh itu, bengkel perlu selesa dan selamat digunakan.
4.2. Beberapa peraturan perlu dipatuhi dan diamalkan, iaitu:
4.2.1. Memastikan susunatur semua peralatan dan perabot sentiasa
kemas dan selamat supaya tidak menghalang laluan terutama
laluan kecemasan.
4.2.2. Memastikan bengkel mempunyai pengudaraan yang baik.
4.2.3. Memastikan bengkel mendapat pencahayaan yang mencukupi.
4.2.4. Memastikan persekitaran yang bersih. Ruang kerja perlu
dibersihkan setiap kali selesai bekerja.
4.2.5. Tidak membuat bising supaya semua arahan guru/penyelia
dapat didengar dengan jelas.
4.2.6. Mengenalpasti kedudukan alat pemadam kebakaran supaya
mudah dicapai semasa kebakaran.
NO. KOD ETN101 / M01 / P1 Muka : 4 drp : 4

4.2.7. Memahami arahan yang terdapat dalam Pelan Kecemasan.


4.2.8. Melengkapkan diri dengan latihan kebakaran.
4.2.9. Mengenalpasti kedudukan peti pertolongan cemas. Laporkan
kepada guru sekiranya peti tersebut tidak lengkap dan rosak.
RUJUKAN:

1. Mohd Isa B Idris,2002. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan


4, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai