Nota EDU
Nota EDU
KANAK-KANAK
Bab 1 Bimbingan dan Kaunseling
Konsep asas bimbingan, kaunseling dan psikoterapi
Matlamat bimbingan dan kaunseling
Objektif bimbingan dan kaunseling
Prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling
Falsafah bimbingan dan kaunseling
Pendekatan bimbingan dan kaunseling
Kepentingan bimbingan dan kaunseling
Bimbingan
Konteks pendidikan bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul
kepada murid berkenaan. (Crow & Crow, 1983)
Kaunseling
Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
(Shertzer & Stone, 1968)
Perhubungan profesional antara kaunselor terlatih dan klien. (Burks & Stefflre,
1979)
Proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan
kliennya yang membawa kepada perubahan klien pada akhirnya. (Patterson &
Eisenberg, 1983)
Psikoterapi
Terapi rawatan sesuatu penyakit fizikal dan mental melalui proses pemulihan
tanpa penggunaan ubat atau pembedahan.
Terapi berasaskan psikologi (psikoterapi) - pemulihan minda atau pemulihan
kendiri iaitu rawatan sakit jiwa atau gangguan mental dengan menggunakan
kaedah psikologi.
Matlamat Bimbingan dan
Kaunseling
Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah kendiri.
Membantu klien menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan
penyesuaian diri.
Menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang ada untuk mencapai prestasi
lebih baik.
la k u p o s it if
t in g k a h yang
han ahan
P e ru b a P e ru b
d ir i
L im a M a tla m a t usan
B im b in g a n d a n Pengur
K a u n s e lin g
e f e k t if
san i
k e p u tu p o te n s
at p a ia n
m em bu P enca
P ro s e s
Objektif Bimbingan dan Kaunseling
Pendekatan pemulihan
1. Fokus kepada kekurangan / masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke
semasa
2. Objektif : mengubah perlakuan untuk mengelakkan situasi krisis.
3. Contoh: ponteng, bergaduh, lawan guru
4. Penyelesaian:
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Pendekatan pencegahan
1. Bimbingan / usaha untuk menyekat kemungkinan berlakunya masalah / aktiviti
2. yang tidak sihat.
3. Guru meramal masalah yang akan timbul.
4. Contoh: Penyalahgunaan dadah
5. Peranan guru:
Mendedahkan pengetahuan untuk mencegah masalah (contoh:
Pendidikan Pencegahan Dadah - PPD)
Menganjurkan Kempen / taklimat / kem / ceramah
Pendekatan perkembangan
1. Usaha kenal pasti aspek keperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka
dapat dilengkapi dengan pengetahuan / kemahiran / pengalaman serta akhlak
mulia.
2. Beri peluang kenali diri dan atasi masalah kendiri
3. Contoh: Bimbingan kerjaya, teknik menjadi pelajar cemerlang
Membantu menangani
masalah disiplin dengan Mengenalpasti tingkah
membimbing murid laku bermasalah oleh
menguasai kemahiran murid untuk diatasi.
mendisiplinkan diri.
5. Kerahsiaan
Keperluan kerahsiaan
Kerahsiaan dalam kaunseling kelompok
Kerahsiaan rekod sesi kaunseling
Kerahsiaan pemindahan rekod kaunseling
Konsep-konsep asas
1. Pandangan terhadap manusia mengikut teori tingkah laku adalah seperti berikut :
Penghasil dan hasil persekitarannya, iaitu ia tidak semata-mata ditentukan
oleh persekitarannya, atau oleh naluri-naluri tertentu, malah ia turut
mempunyai keupayaan-keupayaan tertentu untuk mencorakkan
persekitarannya
Mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambah ruang kebebasan
manusia
Bukanlah model-model yang berbentuk mekanistik dan deterministic semata-
mata (bukan bersifat mutlak)
Mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan
mengubah satu atau lebih faktor yang mempengaruhi tingkah laku mereka
yang mana mereka boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan mempunyai
arahan kendiri
Matlamat
1. Matlamat untuk menyediakan keadaan-keadaan dan persekitaran agar tingkah
laku yang kurang sesuai itu boleh dihapuskan
2. Seterusnya, klien akan diajar untuk menguasai tingkah laku yang baru dan yang
lebih sesuai bagi menggantikan tingkah laku yang kurang sesuai itu
3. Matlamat yang hendak ditujui sebenarnya adalah ditentukan oleh klien itu sendiri
4. Peranan kaunselor adalah membantu klien memilih matlamat yang hendak
ditujui agar ia bersesuaian bagi dirinya dan dapat diterima oleh masyarakat
5. Matlamat behavioris ini juga menekankan kepada kejayaan yang khusus yang
boleh dilihat, dinilai dan diukur. Matlamat ini dinyatakan secara tingkah laku dan
realistik
Teknik-teknik
1. Latihan istirahat
2. Desensitisasi bersistem
3. Teknik implosive
4. Teknik aversif
5. Ekonomi token
6. Modeling
7. Latihan asertif
Kelebihan dan kekurangan
1. Hanya memfokuskan kepada perubahan tingkah laku dan bukannya perasaan
atau pemikiran kognitif klien
2. Kurang mementingkan isu hubungan mesra atau yang lebih kondusif dan
terapeutik antara kaunselor dan klien semasa sesi dijalankan
3. Kurang mendorong klien kepada pencapaian celik akal secara peribadi
4. Lebih fokus kepada rawatan tanda-tanda luaran pada klien dan bukan punca
penyebab masalah tersebut
5. Ia mengenepikan faktor-faktor sejarah (dulu) yang mungkin merupakan
penyebab kepada masalah tingkah laku klien sekarang
Teori Pemusatan Perorangan (Humanistik) Carl Rogers
1. Pendekatan pemusatan perorangan yang terlebih dahulu dikenali sebagai
pendekatan pemusatan klien pada asalnya dikenali sebagai terapi tanpa arahan
Konsep asas
1. Individu adalah unik, mempunyai potensi diri untuk berkembang, boleh
dipercayai dan manusia berkemampuan untuk menyelesaikan masalah demi
menuju ke arah kesempurnaan
2. Pandangan terhadap sifat semula jadi manusia terbahagi kepada empat iaitu :
a. Individu mempunyai harga diri dan penghormatan diri
b. Tingkah laku dilihat dari sudut persepsi
c. Cenderung ke arah kesempurnaan kendiri
d. Manusia baik dan boleh dipercayai
Matlamat
1. Kaunselor lebih membenarkan klien menetapkan matlamat sendirinya
2. Kaunselor percaya bahawa individu mempunyai motivasi dalaman, keperluan
mencapai kesempurnaan kendiri yang membolehkan klien membina dan
mengubah tingkah laku mereka sendiri
Teknik-teknik
Matlamat kaunseling
1. Mengubah pemikiran tidak rasional klien kepada rasional dan dapat menerima
setiap yang berlaku dengan seadanya
2. Penekanan konsep ABCDE akan diberi perhatian kepada klien
A - peristiwa yang berlaku kepada diri klien
B - kepercayaan tidak rasional klien
C - emosi yang terhasil
D - kaedah yang digunakan
E - emosi yang normal
Teknik-teknik
1. Kaedah kognitif
Mempertikai idea yang tidak rasional
Kerja rumah
Menukar penggunaan bahasa seseorang
2. Kaedah emosi
Rasional-Emotif Imageri (REI)
Main peranan
Menggunakan tenaga
3. Kaedah tingkah laku
Kelebihan dan kekurangan
Teori RET menekankan bahawa proses kognitif yang tidak rasional aka
menyebabkan gangguan emosi berlaku
Teori Rasional-Emotif Tingkah laku mendorong klien mencuba cara tingkah laku
yang baharu dalam kehidupannya
Bab 4 Kemahiran-kemahiran Asas
dan Tahap-tahap Kaunseling
Kemahiran berkomunikasi / kemahiran melaksanakan intervensi
Fasa-fasa atau proses kaunseling
1. Pra-sesi
2. Membina hubungan rapport
3. Meneroka dan menganalisa isu perbincangan
4. Mengenal pasti sebab-sebab di sebalik isu
5. Mengambil alternatif atau langkah-langkah yang wajar
6. Menamat sesi
7. Langkah susulan
3. Kemahiran melayan
Kontak mata
Kualiti vokal
Bahasa tanpa lisan
Kemahiran memfokus
Ekspresi muka
Tahap tenaga
Kedudukan dan jarak
Dorongan minimum
5. Kemahiran mendengar
Mendengar secara fizikal
Mendengar dengan psikologi
Mendengar dengan perasaan
9. Pendedahan kendiri
Pendedahan kendiri ialah keadaaan di mana kaunselor berkongsi
maklumat berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman lain
yang berkaitan
10. Kemahiran menyemak persepsi
Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor
tentang apa yang klien katakan
6. Menamat sesi
Peringkat penamatan adalah peringkat akhir dalam sesi kaunseling
Ia dibuat semasa setiap sesi atau setelah satu permasalahan dapat
diuruskan
7. Langkah susulan
Bab 5 Intervensi Kaunseling
Kanak-kanak
Terapi bermain
Terapi bercerita
Terapi seni
Terapi muzik
Kaunseling biblio
1. Terapi bermain
Pengenalan
Bermain merupakan suatu aktiviti bagi anak yang menyenangkan dan merupakan suatu
metode bagaimana mereka mengenal dunia. Bagi anak bermain tidak sekadar mengisi
waktu, tetapi merupakan kebutuhan anak seperti halnya makanan, perawatan, cinta
kasih dan lain-lain. Anak-anak memerlukan berbagai variasi permainan untuk kesihatan
fizik, mental dan perkembangan emosinya.
Dengan bermain anak dapat menstimulasi pertumbuhan otot-ototnya, kognitifnya dan
juga emosinya karena mereka bermain dengan seluruh emosinya, perasaannya dan
fikirannya. Elemen pokok dalam bermain adalah kesenangan dimana dengan
kesenangan ini mereka mengenal segala sesuatu yang ada di sekitarnya sehingga
anak yang mendapat kesempatan cukup untuk bermain juga akan mendapatkan
kesempatan yang cukup untuk mengenal sekitarnya sehingga ia akan menjadi orang
dewasa yang lebih mudah berteman, kreatif dan cerdas, bila dibandingkan dengan
mereka yang masa kecilnya kurang mendapat kesempatan bermain.
Definisi
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa
main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid menunjukkan
komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
Masalah perlaksanaan
2. Terapi bercerita
Teknik bercerita merupakan satu teknik untuk menyalurkan sesuatu maklumat
melalui perkataan, gambar dan bunyi yang sering kali dilakukan melalui teknik
improvisasi. Cerita atau naratif telah lama dikongsi dalam setiap budaya sebagai
hiburan, pelajaran, penyampaian budaya dan menyampaikan nilai-nilai kepada
masyarakat. Elemen yang penting dalam teknik ini ialah plot, watak dan persoalan
sesuatu cerita.
Bentuk penceritaan yang paling awal mempunyai kombinasi lisan berserta mimik
muka dan gaya badan. Masyarakat peribumi Australia melukis simbol daripada cerita
yang didengar pada dinding gua untuk membantu pencerita mengingati cerita. Seiring
dengan peredaran zaman dan peradaban, cerita-cerita yang didengar kemudiannya
ditulis di atas kayu, buluh, tulang, batu, kulit kayu, kulit binatang, kertas, sutera, kanvas,
dirakam pada filem dan disimpan dalam bentuk digital.
Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara ahli terapi
dan klien. Komunikasi ini digunakan sebagai terapi psikologi untuk meyakinkan klien
untuk membangunkan atau meningkatkan diri mereka melalui satu kaedah yang telah
dipersetujui antara ahli terapi dan klien.
Terapi bercerita merupakan salah satu terapi yang mengetengahkan konsep
bercerita sebagai idea utama dalam terapi bercerita. Pada masa yang sama, ahli teori
menganggap bercerita adalah satu cara yang berkesan untuk membina rapo. Di
samping itu, terapi ini dapat mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra lagi. Semasa
mereka menyampaikan cerita masing-masing, kanak-kanak berkongsi maklumat
penting mengenai diri serta keluarga mereka, di samping melahirkan perasaan yang
terpendam. Akibatnya, guru bimbingan dan kaunseling lebih memahami konflik kanak-
kanak serta dinamika keluarga mereka.
Selain daripada itu, melalui terapi ini murid dapat menyerap nilai-nilai
pembelajaran melalui watak di dalam sesebuah cerita tanpa memikirkan tentang
masalah mereka sendiri. Murid yang telah melalui pengalaman yang menakutkan akan
memproses pengalaman tersebut dan secara tidak langsung akan belajar untuk
mempercayai dan rasa selamat apabila mengingati pengalaman yang lalu dengan
pandangan yang positif.
Terapi bercerita sesuai dijalankan secara berkelompok ataupun individu.
Kaunseling kelompok melibatkan perhubungan individu yang menekankan aspek
kekuatan, fikiran, perasaan dalam aktiviti pembelajaran, peribadi dan sosial. Corey
(1981). Oleh sebab itu pelaksanaan terapi bercerita dalam kelompok memudahkan
perkongsian pengalaman antara ahli kelompok. Namun demikian penggunaan teknik ini
dalam kaunseling kelompok memerlukan syarat proses kaunseling berpusatkan klien
iaitu empati, penerimaan tanpa syarat, dan kongruen/ keikhlasan.
3. Terapi seni
Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku
Terapi seni menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak
balas individu untuk menghasilkan produk
Kepentingan terapi seni
Catan
Kolaj dan asemblaj
Reka bentuk
Anyaman
Kraf tangan
Pengubahsuaian alat untuk jadikan benda lain
4. Terapi muzik
Terapi muzik berguna untuk meredakan tekanan akibat kerja, tersepit dalam
pergolakan hidup berumah tangga atau stress menghadapi peperiksaan.
Ia merupakan alternatif rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik. Tujuannya adalah untuk pemulihan, pemeliharaan dan
peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik
muzik tertentu. Malah, seramai antara 6,000 hingga 10,000 pakar terapi muzik
terlatih ada di seluruh dunia dan bersedia memberi perkhidmatan kepada
masyarakat terutama yang menghadapi trauma, gangguan emosi, terencat akal,
ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS dan lain-lain lagi
Matlamat Utama Terapi Muzik
Ada kajian menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart boleh diguna untuk
mengurangkan penderitaan pesakit dan meredakan tekanan.
Terapi muzik boleh digunakan dalam rawatan pesakit yang mengalami trauma,
gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser, juga AIDS.
Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej
menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan
mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyhur itu berupaya
menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai. Maka, tidak
hairanlah jika muzik digunakan sebagai alat terapi.
Ada dua keadaan yang menggunakan terapi muzik. Satu daripadanya ialah
keadaan klinikal, di mana terapi muzik itu digunakan untuk tujuan pembetulan.
Keadaan yang satu lagi ialah keadaan pendidikan, di mana terapi muzik itu
digunakan untuk meningkatkan kecerdikan.
Terapi muzik dalam keadaan pendidikan membantu pelajar belajar dengan lebih
baik.
Di samping meningkatkan kecerdikan, ia juga sangat berkesan untuk membaiki
ingatan. Pelajar yang melalui terapi muzik itu juga menunjukkan keupayaan daya
ingatan yang lebih kuat.
Dalam keadaan klinikal itu, penyelidikan mendapati bahawa orang yang
mengalami masalah psikiatri bertindak balas dengan lebih baik kepada rawatan
apabila mereka diberikan terapi muzik pada masa yang sama
5. Kaunseling biblio
Kaunseling biblio terapi paling awal digunakan pada zaman Yunani yang mana
terdapat satu papan kenyataan yang tergantung di pintu masuk sebuah pusat
sumber. (Zaccaria dan Moses, dalam Nystul, 2003)
Perkembangannya selepas Perang Dunia Kedua. Buktinya - tentera yang cedera
mendapati membaca adalah satu proses pemulihan (healing process) yang lebih
pantas dan tenang.
Terapi biblio ini juga dikenali sebagai terapi buku.
Terapi ini juga boleh digunakan untuk semua lapisan masyarakat.
Dalam konteks pendidikan pula, ia dapat meningkatkan motivasi intrinsik murid
terhadap sesuatu mata pelajaran.
Kaunseling biblio terapi juga bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau
menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak.
Penggunaan biblio terapi agak popular sebagai pelengkap dalam sesi kaunseling
Fasa 4 - Penghasilan
Fasa 5 - Penamatan
Cerita Pendek
Biografi
Buku Bantu-kendiri
Cerita Dongeng
Buku Gambar
Video
Bab 6 Kaunseling Kelompok
Jenis-jenis kaunseling kelompok
Proses kaunseling kelompok
Peranan kaunselor sebagai pemudah cara
Dinamika dalam kelompok
2. Kelompok psikoterapi
Kelompok psikoterapi ini lebih merupakan kelompok merawat bagi ahli-
ahli dalam kelompok
Tujuan kelompok ini dibentuk adalah untuk membantu ahli-ahli
membentuk semula tingkah laku mereka yang positif melalui analisis yang
mendalam atau teknik kesedaran diri yang tertentu
3. Kelompok tugasan
Kelompok ini khas dibina untuk mencapai matlamat tertentu dalam
kumpulan itu
Kelompok tugasan biasa bergerak dalam keadaan brainstorm dan
menunjukkan kehandalan ahli-ahli kumpulan dari segi menyelesaikan isu
perbincangan dalam kumpulan
4. Kelompok perkembangan
Kelompok pengalaman atau perkembangan ini merujuk kepada tiga jenis
kelompok di bawah
i. Kelompok latihan
ii. Pertembungan
iii. Kelompok maraton
Ciri-cirinya termasuk keutamaan berdasarkan pengalaman, lebih
berstruktur dan here and now difokuskan
5. Kelompok terapeutik
Kelompok ini lebih menyerupai keadaan hidup sebenar harian bagi ahli-
ahli kumpulan
Tujuan dan sasaran kelompok ini memberi peluang bagi ahli-ahli
meluangkan perasaan tidak puas hati mereka dan belajar menangani
masalah daripada ahli-ahli dalam kumpulan