Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU


PENYAYANG, PROGRAM CAKNA DAN USRAH 2016

Ketibaan Perasmi Mengumumkan, Ketibaan PPD Kemaman, Tuan Haji Idris Bin Bidin dengan
diiringi Warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman.

Nyanyian Bagi Meneruskan Acara Kita Pada Pagi Yang Berkat Ini, Marilah Sama-
Asma Ulhusna Sama Kita Mengalunkan Asma Ulhusna. Wahid Isnaani.. Salasah

Bacaan AL-Quran Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,majlis menjemput anak soleh
pintar _______________________________________________ untuk
mengalunkan ayat-ayat suci AL-Quran

Ucapan Pengerusi
Majlis
















Sayang Selasih Berisi Minyak,


Bunga Cengkih Di Atas Jerami;
Terima Kasih Banyak-Banyak,
Kerana Tuan Sudi Datang Ke Majlis Kami.

Melayang Serindit Di Atas Permatang,


Merbah Berkicau Di Hujung Muara,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Yang Berbahagia Tuan Haji Idris Bin Bidin


Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman

Yang Berusaha Encik Awang Bin Abdullah @ Sulong


Pengetua Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman

Barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru


Akademik, Kakitangan Sokongan, Para Pelajar Yang Di Rahmati Allah
Sekalian.
Assalamualaikum. Selamat Datang Ke :
Majlis Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang, program
Cakna dan Usrah 2016

Terlebih Dahulu Kami Ingin Mengucapkan Syukur Alhamdulillah Dan


Ucapan Jutaan Terima Kasih Kepada Tuan PPD kerana Sudi Hadir Ke Majlis
Ini. Dengan Limpah Dan Kurnianya Maka Kita Dapat Bersama-Sama
Berhimpun Pada Pagi Ini Untuk Menjayakan Majlis Ini.

Hadirin Warga Dewan Yang Dihormati Sekalian;

Sehubungan Dengan Itu, Majlis perasmian program amalan penyayang


Ini Diadakan Untuk Merealisasikan Cita-Cita Dan Harapan Tersebut.
Ucapan Aluan Hadirin Dan Hadirat warga dewan Yang Dihormati Sekalian
Pengetua
Bergema Sudah Bunyi Paluan
Paluan Kompang Di Tanjung Jati
Sungguh Penting Ucapan Aluan
Sebagai Tanda Berbesar Hati

And For Now Ladies And Gentlemen, Please Welcome The Honourable
Principal Of sekolah menengah imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman
Ust. Awang Bin Abdullah @ Sulong To Give His Welcoming Speech. Please
Welcome.
Ucapan Perasmian Jutaan Terima Kasih diucapkan kpd tuan pengetua.

Sidang Dewan Yang Dihormati,

Daun Teratai Daunnya Kalis


Banyak Ditanam Di Tapak Semaian
Belum Lengkap Kiranya Majlis
Jika Tiada Ucapan Perasmian

Sampai Masa Yang Kita Nantikan Untuk Mendengar Bingkisan Kata,


Lontaran Idea Dan amanat. Bagi Maksud Itu, Majlis Dengan Penuh
Hormat Dan Sukacitanya Mempersilakan Tuan pegawai pendidikan
daerah kemaman, Tuan Idris Bin Bidin Untuk Menyampaikan Ucapan
Perasmian. Dipersilakan.
Gimik pelancaran

Penyerahan Majlis diteruskan lagi dengan acara penyerahan cenderahati kepada Tuan
Cenderahati Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu, Encik
Mazlan Bin Che Wil.

Bacaan Doa Majlis Merakam Penghargaan Terima Kasih Kepada Tuan KPP dan Tuan
Pengetua Atas Penyampaian Anugerah tersebut

Hadirin & Hadirat Yang Dihormati,


Menadah Tangan Tanda Kerendahan
Lafaz Bismillah Memperkukuhkan Tautan
Doa Dipohon Penuh Pengharapan
Agar Majlis Mendapat Keberkatan


.

.
.
. .
Ucapan Penutup Amin Amin Ya Rabbal Alamin

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Anak Soleh Pintar


Muhammad Irfan Bin Malik Atas Bacaan Doa Itu Tadi.

Saya Mewakili Majlis, Ingin Mengucapkan Ucapan Rasa Syukur Dan


Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Terlibat Di Dalam Menjayakan
Majlis Kita Pada Hari Ini Samada Secara Langsung Mahupun Tidak.

Moga Kita Semua Akan Beroleh Keberkatan Daripada-Nya. Dan Tiada


Untaian Kata Yang Mampu Dilafazkan Selain Ungkapan Rasa Syukur Dan
Ucapan Terima Kasih Yang Tulus Ikhlas Buat Semua, Atas Kesudian Hadir
Memeriahkan Majlis Temu Murni Sekolah Menengah Imtiaz
Yayasan Terengganu Kemaman 2015.

Kami Selaku Pengacara Ingin Memohon Ribuan Kemaafan Andai Ada


Salah Dan Silap Sepanjang Mengacarakan Majlis Ini.

Bunga Seroja Di Atas Para


Jatuh Ditimpa Buah Berangan
Andai Kata Tersilap Bicara
Kemaafan Jua Saya Pohonkan.

Dengan Ini, Berakhirlah Sudah Majlis Kita Pada Hari Ini. Majlis diteruskan
lagi dengan sesi temu murni bersama ibu bapa dan guru. Dipersilakan

Sekian Sahaja, Salam Hormat, Wa Billahit Taufiq Walhidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai