Anda di halaman 1dari 1

JERUK MANGGA ASAM BOI

4 biji mangga muda


20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ saya tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!
Lagi satu klu suka boleh letak asam kulit limau(di potong halus) tak da pun tak pa..
Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis.
Saya rendam dahulu mangga dengan air kapur... ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita
supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.
Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Saya tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi
sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan
menghasilkan air jeruk.
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.
Selamat mencuba!!
P/s: Jika ada yg nak beriklan untuk berniaga khususnya makanan,sila pm admin.. like emoticon

Anda mungkin juga menyukai