Anda di halaman 1dari 3

RESEPI RASAM MAMAK PENANG.

BAHAN-BAHAN:

5 tomato (bersaiz sedang dikerat empat bahagian).

1 biji bawang merah labu dihiris.

4 biji bawang putih dibuang kulit dan diketuk. (ada juga tidak membuang kulit tetapi mamak haji
tak galakan cara ini).

asam Jawa bersaiz bebola lemon di larutkan dalam 1 cawan air.

1 sudu besar (tbsp) gula pasir (biasanya menggunakan “jaggery” – gula merah /gula dari tebu
yang belum diproses). Tapi pakai gula pasir warnanya molek.

2 tangkai cili hijau dibelah dua.

1 sudu besar serbuk ketumbar.*

1 sudu besar serbuk jintan putih.*

1 sudu kecil serbuk jintan manis.*

1/2 sudu besar biji lada hitam.*

2 sudu kecil garam atau secukup rasa.

5 cawan air.

BAHAN UNTUK TUMIS DARAT.

1 sudu kecil biji sawi.

1 sudu kecil biji jintan putih.

10 helai daun kari atau dua tangkai.

3-4 tangkai cili kering dipotong dua.

1/2 sudu kecil serbuk kunyit.

secubit serbuk astofida.


2 sudu besar minyak untuk menumis.

Nota: Serbuk Rempah yang bertanda * beli jenis biji dan perlu digoreng kering dan dikisar halus.
kalau malas, tumbuk saja gunakan lesong. Serbuk seperti ini boleh buat lebih dan disimpan
dalam botol yang kedap udara. Rempah-rempah ini sentiasa akan digunakan dalam siri resepi
mamak haji.

CARA-CARA:

1. Perah asam jawa dengan 1 cawan air. Asingkan.

2. Masukkan 5 cawan air kedalam periok bersama dengan tomato, bawang putih dan bawang
yang telah dihiris. Mendidihkan air.

3. Perlahan api dapur dan masukkan semua rempah-rempah yang telah dijadikan serbuk dan
reneh selama 15 minit. Setelah agak mendidih, masukkan air asam, gula dan garam. Pastikan
rasam tidak mendidih, rasam TIDAK BOLEH DIDIH,/boiled. Rasam selepas masukkan air asam
jawa perlu reneh dalam masa 10 -15 minit.

4. Sediakan tumis darat dengan panaskan kuali, masukkan minyak masak. Bila minyak panas
masukkan biji sawi. Bila rempah ini mula meletup (awas jangan sampai hangit, ia akan pahitkan
rasa nanti), masukkan daun kari, cili kering dan serbuk kunyit dan serbuk astofieda.

5. Bila cili kering mula garing, keluarkan kuali dari api dapur dan hasil gorengan tadi, masukkan
dalam bekas rasam. Dah siap.

6. Rasam anda telah siap. Paling mudah dan cepat sekali.

7. Rasam dibuat dengan berbagai cara dan jenis. Ini adalah rasam tomato paling mudah dan lazat.
Rahsia cara buat rasam ialah, “jangan sekali-kali mendidihkan rasam setelah masukkan rempah”.
Cara masak rasam adalah cara simmering iaitu cuma bahgian atas rasam yang mengelegak
dengan api dapur yang kecil.

Anda mungkin juga menyukai