Anda di halaman 1dari 4

KOLEJ PROFESIONAL MARA MELAKA

URUSAN ALUMNI

1.0 PENGENALAN

Alumni merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan para


graduan lepasan institusi-institusi pendidikan tinggi yang tertentu.
Penubuhannya bukan sekadar mengumpul semula para graduan malah
mempunyai fungsi yang lebih fleksibel seperti pembangunan dan
perkongsian idea-idea bagi mencapai objektif tertentu.

Sejajar dengan itu, pihak pengurusan Kolej Profesional MARA Melaka


telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Alumni KPMM dengan
harapan ia akan dapat memberi faedah kepada ahli persatuan dan
keseluruhan KPMM.

2.0 MATLAMAT

Penubuhan Alumni KPMM adalah bertujuan untuk menghimpunkan


semula bekas pelajar KPMM dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
di antara mereka dan warga KPMM.

3.0 OBJEKTIF

Mewujudkan satu hubungan yang harmoni di kalangan ahli, pelajar


dan staf KPMM dengan saling menghubungi dan ingat-mengingati
di antara satu sama lain,
Mewujudkan saluran komunikasi di antara KPMM dan bekas
pelajar,
Menganjurkan dan melaksanakan program yang dapat memberi
pulangan yang bermanfaat kepada ahli dan KPMM,
Berusaha membantu mempertingkatkan imej dan nama baik kolej
dan organisasi Alumni KPMM,
Membantu menjadikan Kolej Profesional MARA Melaka sebuah IPT
MARA yang unggul dan disegani,
Bersama-sama mengembeling tenaga dan minda untuk melahirkan
golongan intelek dan berakhlak mulia yang bergerak berlandaskan
dasar-dasar Islam serta dapat merealisasikan aspirasi Negara.

4.0 AKTIVITI

BIL TARIKH AKTIVITI

1 Di akhir semester Pengumpulan data pelajar semester


akhir

2 Setahun sekali (Ogos) Jamuan makan malam / High Tea


URUSAN ALUMNI

PROSES KERJA

AKTIVITI 1

1. Urusan ini akan mendapatkan maklumat mengenai pelajar yang telah


tamat pengajian dari borang clearance yang dikeluarkan oleh urusan
mentor.

2. Urusan ini akan mendapatkan pengesahan mengenai aktiviti-aktiviti yang


disertai oleh pelajar dengan Unit Ko-Kurikulum dan pensyarah terlibat.

3. Nama-nama pelajar yang telah tamat pengajian didaftarkan di dalam


pengkalan data bekas pelajar KPMM.

4. Urusan ini bekerjasama dengan Urusan Mentor untuk menyediakan


format surat akuan kepada mentor.

5. Mendapatkan kembali surat akuan dari mentor untuk urusan penaipan


oleh jurutaip.

6. Surat akuan yang telah siap ditaip akan disemak sebelum dihantar
kepada Pengetua untuk ditandatangani.

7. Surat akuan yang telah siap akan diserahkan kepada mentor untuk
urusan penyerahan kepada pelajar.

AKTIVITI 2

1. Menentukan projek / acara yang akan diadakan.

2. Memilih dan menyediakan senarai peserta projek / acara.

3. Memilih tarikh, masa dan tempat projek / acara.

4. Merancang belanjawan bagi perjalanan projek / acara.

5. Menyiapkan kertas kerja projek / acara.

6. Memajukan kertas kerja projek / acara kepada Pengetua untuk proses


kelulusan.

7. Melaksanakan projek / acara.


8. Membuat penilaian projek / acara yang telah dijalankan.

RANCANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN URUSAN ALUMNI

Nama Aktiviti Kuantiti Kos / Kualiti Pencapaian


Fungsi Perlaksanaan Sasaran & Prestasi

Pengumpulan 2 kali Pelajar Berdasarkan


data pelajar setahun semester bahagian
semester akhir akhir dalam Buku
Panduan
ALUMNI Pengurusan
Unit

Jamuan makan Sekali Bekas pelajar Berdasarkan Borang Soal


malam / High setahun KPMM Kertas Kerja Selidik
Tea

Anda mungkin juga menyukai