Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Asma bronkiol adalah masalah kesihatan global yang serius, di mana semua negara di

seluruh dunia terjejas disebabkan oleh penyakit ini. Penyakit asma bronkiol adalah

penyakit respiratori yang melibatkan inflamasi atau penyempitan pada salur

pernafasan. Penyakit asma bronkiol bukan sahaja terjadi kepada golongan dewasa

malah, kanak-kanak juga sering mendapat penyakit ini. Sekiranya penyakit ini tidak

dikawal akan menyebabkan aktiviti-aktiviti seharian tersekat dan yang lebih teruk

akan membawa maut. Anggapan masyarakat yang menyatakan bahawa penyakit asma

bronkiol tidak serius adalah salah kerana asma bronkiol merupakan penyakit yang

serius dan membimbangkan pelbagai pihak.

Menurut sejarah, Asma adalah perkataan Asthma yang berasal daripada

bahasa Yunani yang bermaksud sukar bernafas. Asma adalah keadaan pesakit yang

mengalami penyempitan saluran pernafasan yang akan berubah sekiranya secara

spontan setelah diberi rawatan pada masa yang singkat dan ia bukan disebabkan oleh

penyakit kardiovaskular (Woolcook, 1997).


Menurut Ngui, R. et al., (2011) menyatakan bahawa di Malaysia, asma bronkiol

adalah penyakit yang biasa didapati di klinik-klinik kesihatan. Lebih daripada 73%

pesakit luar yang datang ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan adalah

pesakit yang mempunyai masalah dalam sistem pernafasan dan asma bronkiol

merupakan salah satu kes yang diambil perhatian untuk dirawat di klinik kesihatan.

Adalah dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 1.6 juta hingga 2 juta pesakit asma

bronkiol di malaysia dan ia akan meningkat lebih daripada itu. Kes yang dimasukkan

ke wad dan kematian yang disebabkan oleh asma bronkiol turut dilaporkan akan

meningkat dalam beberapa tahun iaitu pada tahun 1990 hingga 1995. Second

Malaysian National Health and Morbidity Survey (NHMS11) yang dijalankan pada

tahun 1996 menunjukkan bahawa kes asma bronkiol dalam kalangan rakyat Malaysia

adalah 4.5% dan dalam kalangan kanak-kanak serta dewasa adalah 4.1%. ia juga

menunjukkan bahawa 9.9% dan 2.7% kes-kes asma bronkiol yang sederhana dan

teruk telah dimasukkan ke hospital. Pesakit yang mengalami penyakit asma bronkiol

akan menderita 3.7 hingga 4.6 hari semasa dalam tempoh serangan asma bronkiol. Ini

bermaksud, penyakit asma bronkiol akan kehilangan produktiviti dan kualiti hidup

untuk 2.4 hari setiap serangan.

Di United States, kes kematian disebabkan oleh asma bronkiol mencatat 3384

orang pada tahun 2005. Kes asma bronkiol meningkat sebanyak 75% pada tahun 1980

higga 1994 dan dianggarkan bahawa jumlah penghidap asma bronkiol akan meningkat

sehingga 100 juta pada tahun 2025. Selain itu, dianggarkan 34.1 juta orang rakyat

United States telah didiagnosa menghidap asma bronkiol sepanjang hayat mereka oleh

pakar kesihatan di sana.


Menurut World Health Organization (WHO, 2006), ia menganggarkan seramai 300

juta orang menderita kerana mengalami penyakit asma bronkiol dan 255 000 orang

mati kerana penyakit tersebut pada tahun 2005. Asma bronkiol juga merupakan

penyakit kronik yang paling biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Asma

bronkiol bukan hanya satu masalah kesihatan awam bagi negara-negara

berpendapatan inggi tetapi ia juga berlaku di semua negara tanpa mengira tahap

pembangunan dan dianggarkan lebih daripada 80% kematian asma bronkiol berlaku di

negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana rendah. Sekiranya langkah

kawalan tidak diambil, kematian akbibat penyakit asma bronkiol akan meningkat 20%

pada 10 tahun akan datang.

Asma bronkiol juga merupakan penyakit biasa yang boleh didapati semasa

kanak-kanak dan ia semakin meningkat dan amat membimbangkan. Kes asma

bronkiol dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia telah dilaporkan kira-kira 4.9%

hingga 13.8% (Azizi, 1990 ; Quah et al., 1997). Selain itu, kes asma bronkiol dalam

kalangan pelajar sekolah rendah dilaporkan sebanyak 13.8% dan kanak-kanak

berumur 13 hingga 14 tahun adalah 9.6%. Kelazimannya, asma bronkiol bagi orang

dewasa pula adalah sebanyak 4.1% yang dilaporkan di Kementerian Kesihatan Kedua

Kebangsaan dan Morbiditi. Di United States pula, asma bronkiol merupakan penyakit

kronik yang menyerang kanak-kanak (Kelly dan kamada, 1998). Kira-kira 23 juta

orang termasuk hampir 7 juta kanak-kanak menghidap asma bronkiol. Pada tahun

2007, 29% kanak-kanak yang mempunyai alahan pada makanan juga menghidap asma

bronkiol.
Pada tahun 1993, National Heart, Lung and Blood Institute (NHLBI) bekerjasama

dengan World Health Organization mengadakan satu bengkel yang membawa kepada

laporan bengkel : Strategi Global untuk asma dan pengurusan pencegahan. Ia

membentangkan satu pelan menyeluruh untuk menguruskan penyakit asma dengan

matlamat dapat mengurangkan kecacatan kronik dan kematian pra matang.

1.2 Pernyataan Masalah

Peningkatan penghidap asma bronkiol semakin meningkat setiap tahun dan

melibatkan semua peringkat umur. Di mana menurut WHO, sekiranya langkah

kawalan penyakit asma bronkiol tidak diambil kira, kadar kematian akibat penyakit ini

akan meningkat sebnayak 20% pada 10 tahun akan datang. Terdapat banyak faktor

yang menyebabkan peningkatan penyakit ini dari semasa ke semasa. Salah satu

faktornya adalah daripada pengetahuan pesakit itu sendiri mengenai penyakit yang

dihidapi.

Asma bronkiol merupakan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor yang

boleh menyebabkan serangannya. Faktor yang utama adalah genetik, dimana penyakit

tersebut diperoleh daripada ibu atau bapa itu sendiri kepada anak di mana,

kecenderungan seseorang itu menghasilkan Ige (Immunoglobulin E) dan menurunkan

ia kepada keluarga (Abbas et al. 2007).


Sempena Hari Asma Bronkiol atau Lelah Sedunia, didapati bahawa 30 hingga 40

peratus pesakit asma bronkiol terganggu kualiti hidupnya di mana, mereka tidak

bekerja dan tidak bersekolah dan 30 hingga 40 peratus lagi tidak dapat menyertai

aktiviti sukan, aktiviti fizikal atau bersantai. Penyakit asma bronkiol di negara ini

memang tidak dikawal dengan baik terutamanya pengurusan rawatan di mana, ubat

hanya digunakan apabila sakit sahaja di samping, pengambilan ubat yang tidak teratur

dan salah (Harian Metro, 2011). Pertumbuhan pembangunan perindustrian dengan

pesat mungkin mempengaruhi perkembangan ekonomi dunia namun, ia memberi

kesan buruk kepada alam sekitar, kesihatan dan kualiti hidup penduduk di

sekelilingnya (dahl, 2004). Bagi kawalan yang berkesan, adalah penting untuk

membuat ubat yang berpatutan yang boleh didapati oleh semua terutamanya,

penduduk yang berpendapatan rendah.

Menurut University of Maryland Medical Centre, pendedahan kepada

pencemaran udara luaran dan dalaman boleh memburukkan lagi , dan mencetuskan

penyakit pernafasan tertentu seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, batuk kering

dan kanser paru-paru. Pencemaran udara adalah antara salah satu faktor yang boleh

menyebabkan serangan asma bronkiol berlaku dalam kalangan kanak-kanak (Peter et

al. 1997; Romiue et al. 1995; dan Richard et al. 1981). Pesakit juga dinasihatkan agar

tidak keluar ke tempat yang sesak untuk mengelakkan jangkitan virus pada saluran

pernafasan seperti influenza dan rhinovirus. Merokok boleh membahayakan

kesihatan, oleh itu, pesakit asma bronkiol digalakkan tidak menghisap rokok atau

mendedahkan diri pada asap rokok, terutamanya bagi kanak-kanak di mana terdapat

ahli keluarga yang menghisap rokok. Sumber dari persekitaran luar atau dalam rumah

seperti asap rokok, debunga, debu permidani dan bulu binatang peliharaan seperti
kucing dan burung merupakan penyebab serangan asma bronkiol dalam kalangan

kanak-kanak (Rahmat, 1992 dan Paulmels et al. 1986).

1.3 Objektif

Mengenalpasti tahap pengetahuan pesakit yang menerima rawatan penyakit asma

bronkiol di Klinik Kesihatan Seremban. Objektif khusus ialah :

1. Menilai tahap pengetahuan pesakit asma bronkiol mengenai faktor penyebab

asma bronkiol di Klinik Kesihatan Seremban.

2. Menyatakan simptom dan punca penyakit asma bronkiol kepada orang

awam yang datang ke Klinik Kesihatan Seremban.

3. Menyatakan langkah-langkah pencegahan penyakit asma bronkiol di Klinik

Kesihatan Seremban.

1.4 Hipotesis

Anda mungkin juga menyukai