Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Tudung Saji

Aku dibuat daripada daun mengkuang.

Cara membuatku sungguh unik dan memerlukan


kesabaran kerana mengambil masa yang agak lama untuk
disiapkan. Sebab itulah, hargaku agak mahal berbanding
dengan kawan-kawanku yamg lain.

Badanku diwarnakan dengan warna kuning dan hijau.


Aku dianyam oleh seorang perempuan yang cantik dan
penyabar orangnya. Setelah siap dianyam, aku dibalutkan
dengan plastik supaya tidak berhabuk serta dipamerkan pada
suatu sudut kedainya.

Tidak sampai sehari aku telah dibeli oleh seorang


wanita. Aku dibawa pulang ke rumahnya. Sejak itu,
bermulalah tugasku untuk menutup makanan supaya tidak
dihinggapi lalat. Aku digunakan pada setiap hari. Jika tiada
makanan yang perlu aku tudung, tuan aku akan menyangkut
diriku pada sebatang paku.

Setelah hampir tiga tahun aku berjasa kepada tuanku,


badanku mulai uzur. Aku sudah tidak dapat menjalankan
tugas dengan baik. Tuan aku menggantikan diriku yang sudah
tidak bermaya.
Kini, aku tidak digunakan lagi lalu dibuang ke dalam tong
sampah.

Anda mungkin juga menyukai