Anda di halaman 1dari 4

Struktur Binaan Menara Condong

Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk


tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari
kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya
ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan
batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi
menguncup ke atas sebanyak 27 kaki.

Kecondongan menara ini sering di bandingkan dengan Menara Condong Pisa


di Itali. Namun begitu menara ini hanya mempunyai ketinggian 25 meter
dengan jumlah anak tangga sebanyak 110, berbanding menara Pisa yang
berketinggian 55 meter.

Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Di setiap
tingkat, dilengkapi dengan lorong kakilima jalan 6 kaki lebar berdindingkan
tembok rendah 2 kaki yang dihiasi dengan batu seramik berwarna hijau. Di
setiap tingkat di selenggarakan dengan pagar gerigi untuk tujuan
keselamatan para pengunjung.
Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam
13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di
persekitarannya. Dinding bangunan pula di hiasi gambar-gambar lama,
kesan sejarah dan peristiwa yang berlaku.

Dari tingkat 2 pula, kita boleh lihat lantainya yang menggunakan kayu, dan
siling juga dari kayu.Disini juga kita akan dapat lihat takal jam yang
mengerakkan jam pada menara condong ini. Rupa bumbungnya yang
bercirikan bumbung rumah tradisi masyarakat Cina. Bumbung pisang sesikat
dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah
menyembunyikan susunan batu-bata itu.

Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut
daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak
lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan
dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika
malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang
siap dibina pada tahun 1885.
Cara Memelihara Dan Memulihara
Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini,
Malaysia sedang giat melaksanakan pelbagai pembangunan demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Mercu tanda negara
yang serba moden seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar
Petronas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur telah
dibina agar Malaysia dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju yang lain. Pada masa yang sama, pelbagai
pihak terutamanya pihak kerajaan tidak pernah terlepas pandang
terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dan tempat
bersejarah. Menara Condong Teluk Intan merupakan antara contoh
bangunan serta tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia. Hakikatnya,
terdapat pelbagai kepentingan khazanah negara yang tidak ternilai ini.

Pertama sekali, Menara Condong Teluk Intan harus dipelihara dan


dipulihara supaya sejarah tanah air tidak mudah hilang ditelan zaman.
Hal ini demikian kerana Menara Condong Teluk Intan mampu menjadi
bukti yang penting berlakunya sesuatu peristiwa pada masa lampau.
Generasi muda kini lebih gemar melihat sendiri bukti sebenar sesuatu
sejarah berbanding dengan membaca mengenainya dalam buku sahaja.
Secara tidak langsung, apabila generasi muda melawat Menara Condong
Teluk Intan, mereka dapat mengetahui dan mempelajari sejarah
Malaysia secara lebih mendalam.

Di samping itu,Menara Condong Teluk Intan juga penting untuk


menyemai semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.
Golongan belia yang merupakan insan kerdil ciptaan Tuhan bakal
menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Namun begitu, kumpulan
individu ini perlu dipupuk dengan rasa cinta akan Malaysia sejak mereka
kecil lagi supaya kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa kekal. Salah
satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan mempelajari dan
menghayati sejarah negara. Generasi muda boleh mengetahui
perjuangan tokoh-tokoh negara sebelum kemerdekaan tanah air dengan
melawat tempat-tempat bersejarah. Maka, keadaan inilah yang mampu
melahirkan golongan muda yang bersemangat patriotik tinggi.

Seterusnya, Menara Condong Teluk Intan mampu menaikkan nama


negara di persada antarabangsa. Pelbagai langkah sentiasa dilaksanakan
oleh pihak kerajaan untuk mengekalkan Menara Condong Teluk Intan di
Malaysia kerana ia salah satu mampu memberi sumbangan yang besar
terhadap ekonomi negara. Menara Condong Teluk Intan sememangnya
mampu menjadi tempat pelancongan yang menarik. Keadaan ini
seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara apabila pelancong-
pelancong tersebut sanggup berbelanja semata-mata untuk melihat
tinggalan Menara Condong. Lebih-lebih lagi, situasi ini akan turut
mengharumkan nama negara.

Intihanya, semua pihak, terutamanya pihak kerajaan dan badan-badan


bukan kerajaan harus berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke
lurah sama dituruni dan melaksanakan langkah-langkah kami untuk
memelihara dan memulihara Menara Condng di negara kita secara
bersama kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
Pemodenan tidak harus dijadikan alasan untuk memusnahkan warisan
negara yang berharga ini. Oleh itu, kita harus mencontohi negara-negara
asing seperti China dan Egypt yang telah menjadi negara membangun
tanpa mengorbankan khazanah negara.

Anda mungkin juga menyukai