Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha En Juhaili Bin Junaidi, Guru Besar Sk Sayed


Othman, Miri. Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Dayang Rosnah.
Yang Dihormati Guru Penolong Kanan HEM, Puan Sarimah Binti Omar, Guru Penolong kanan
Kokurikulum, Puan Mariyasnie Abdullah, Yang diraikan Cikgu Wong Ai Lee dan barisan guru
serta rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah,


setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana
dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk meraikan
majlis perpisahan Cikgu Wong Ai Lee.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat
menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat bersama Cikgu Wong, pasti ia akan
menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat kami lupakan. Sikap beliau yang
berdedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab, berpegang teguh pada prinsipnya dan rajin
sewajarnya menjadi contoh buat kita semua. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana
kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan
sekadar guru, tetapi ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin
kami menjadi insan yang berguna.

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid Sekolah Kebangsaan Sayed Othman Miri
merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Wong Ai
Lee yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak-
anak muridmu. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Cikgu Wong Ai Lee kerana menyerlahkan bakat saya dalam arena Pidato. Kejuaraan
saya dalam Pertandingan Pidato peringkat Daerah Miri adalah sebagai hadiah saya buat cikgu
Wong Ai Lee yang telah bertungkus lumus melatih dan membimbing saya. Sikap kendiri beliau
yang bertanggungjawab, rajin dan komitmen yang begitu padu di sekolah adalah demi
memastikan kecemerlangan anak-anak didikmu. Semoga semangat Cikgu ini akan
berterusan pada masa-masa hadapan. Kami berdoa, semoga Tuhan akan melimpahkan
rahmat dan peliharaan-Nya kepada Cikgu Wong Ai Lee serta keluarga, dipanjangkan usia,
diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama,
bangsa dan negara.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya mengungkapkan beberapa rangkap
pantun khusus untuk Cikgu Wong Ai Lee,

Patah dahan bunga kemboja,


Pucuk paku subur di titi,
Budi cikgu kami tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.

Asap api embun berderai,


Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu
Salam kemaafan kami hulurkan,
Semoga kemesraan terus berpanjangan;
Ilmu diberi harap halalkan,
Semoga perjuangan mendapat keberkatan.

As One Chapter Ends


Another Begins For You
Enjoy All The Things
You've Been Looking Forward To

Kami ucapkan Selamat Maju Jaya kepada Cikgu Wong Ai Lee di sekolah yang baharu.

Sekian Terima Kasih.

Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai