Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN BIMBINGAN COACHING

Coaching merupakan aktiviti yang dilaksanakan oleh penyelia atau pengurus atau jurulatih untuk
meningkatkan kapasiti kemahiran, keupayaan pekerja di tempat kerja .Menurut Hameed dan Waheed
(2011) Coaching adalah penting dan harus dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekaligus memberi
sumbangan terhadap pembangunan kompetensi pekerja di dalam sesebuah organisasi selain
mengembangkan kapasiti kemahiran mereka di tempat kerja dan kesan yang positif kepada
perkembangan diri dan organisasi di mana mereka bekerja (Wilson,2012) . Cumming dan Worley
(2009)pula berpendapat coaching merupakan salah satu intervensi yang terdapat di dalam sumber
manusia di mana intervensi tersebut memberi perhatian terhadap pengurusan bakat individu pekerja di
dalam organisasi selain penglibatan mereka dalam coaching dapat mempengaruhi perkembangan
individu pekeIja dan juga peningkatan prestasi (Hameed & Waheed, 2011).Coaching juga merupakan
satu proses latihan untuk melakukan kerja dengan lebih baik dan meningkatkan kemahiran (Turnbull,
Lea, Parkinson, Phillips, Francis, Webb, Bull, & Ashby, 2010).

Cummings, T.G..& Worley, C.G .2005.Organization Development and Change.8 th Edition,Ohio.Thomson South -Western.

Hameed, A. & Waheed, A., (2011), Employee Development and Its Affect on Employee Performance, International Journal of
Business and Social Science. 2(13).

Turnbull, J., D. Lea, D. Parkinson, P. Phillips, B. Francis, S. Webb, V. Bull, and M. Ashby. Oxford Advanced Learner's
Dictionary, 8th Edition: Paperback. OUP Oxford, 2010

Wilson, C. 2011. Performance Coaching.PPM Management. Jakarta.

McCarthy dan Milner


(2013), antara faktor yang boleh menghalang keberkesanan coaching adalah faktor
persekitaran organisasi yang tidak menggalakkan, pekerja kurang bersedia untuk
menerima pembelajaran dan penyeJia tidak memiliki kemahiran dalam coaching
(Agarwal a, Angst & Magni, 2009; Hameed & Waheed, 2011; Passmore & FilleryTravis,
2011; McCarthy & Milner, 2013).

McCarthy, G. & Milner, J. (2013). Managerial coaching: challenges, opportunities and training. Journal of
Management Development, 32 (7), 768-779.

Coaching
Bond dan Seneque (2012) telah menyatakan bahawa definisi awal coaching di
dalam literatur pengurusan menekankan sumbangan coaching terhadap peningkatan
prestasi individu pekerja dan juga sesebuah organisasi (Fournies, 1987; Evered dan
Selman, 1989; Orth et ai, 1987.; Popper dan Lipshitz, 1992). Berdasarkan Cumming dan
Worley (2009), coaching merupakan salah satu intervensi yang terdapat di dalam
pengurusan sumber manusia di mana intervensi tersebut memberi perhatian terhadap
pengurusan bakat individu pekerja di dalam organisasi. Menurut Wilson (2011),
coaching adalah aktiviti untuk membantu pekerja untuk belajar dan mengembangkan
kapasiti kemahiran mereka di tempat kerja dan secara tidak langsung, perkara ini dapat
memberi kesan yang positif kepada perkembangan diri pekerja dan juga perkembangan
organisasi di mana mereka bekerja (Cox et aI., 2010). Kamus Oxford (2010)
mendefinsikan coaching sebagai proses latihan untuk dapat melakukan kerja dengan
lebih baik dan untuk meningkatkan kemahiran (Turnbull, Lea, Parkinson, Phillips,
Francis, Webb, Bull, & Ashby, 2010).

Cummings, T.G..& Worley, C.G .2005.Organization Development and Change.8th Edition,Ohio.Thomson


South -Western.

Bond, Christopher, & Seneque, Megan. (2013). Conceptualizing coaching as an approach to


management and organizational development. Journal of Management Development, 32(1), 57-72

Di dalam kajian ini, coaching merupakan sebuah aktiviti yang dilaksanakan oleh
penyelia atau pengurus atau jurulatih untuk meningkatkan kapasiti kemahiran,
pengetahuan dan keupayaan pekerja di tempat kerja. Fokus utama pelaksanaan coaching
ini adalah untuk memastikan pekerja dapat meningkatkan kapasiti kemahiran,
pengetahuan dan keupayaan mereka terhadap sesuatu tugasan tersebut. Dari tiada
kemahiran dalam sesuatu tugasan tersebut ke perolehan kemahiran baru, dari tidak
mengetahui cara pelaksanaannya ke perolehan pengetahuan baru tentang cara
pelaksanaanya, dan dari tidak boleh melaksanakannya ke perolehan keupayaan untuk

melaksanakannya. Penyelia berperanan dalam memberi tunjuk ajar dan galakan kepada
pekerja untuk memastikan matIamat mereka dalam pelaksanaan sesuatu tugasan tersebut
dapat dicapai. Pencapaian pekerja dalam sesuatu tugasan tersebut akan memberi kesan
terbadap perkembangan dan peningkatan prestasi mereka di dalam organisasi dan secara
langsung dapat memberi kesan terhadap keberkesanan sesebuah organisasi.

coaching kerana
coaching merupakan salah satu intervensi penting dalam pembangunan prestasi peketja
di tempat kerja dan juga kepada pembangunan sesebuah organisasi. Kesan coaching
terhadap peningkatan prestasi individu peketja tidak dapat dinafikan oleh penyelidik.

Hameed dan Waheed (2011), penglibatan individu pekerja di


dalam coaching dapat mempengaruhi perkembangan individu pekeIja dan juga
peningkatan pre stasi pekerja. Hameed dan
Waheed (2011), coaching dapat memberi kesan terhadap keberkesanan sesebuah
organisasi melalui pencapaian matlamat organisasi telah tetapkan.

Anda mungkin juga menyukai