Anda di halaman 1dari 3

Kem Komandan akan sengaja memarahi murid dengan menyatakaan bahawamereka adalah murid yang

tidak bertanggungjawab..Guru kecewa dengan

komitmen yang ditunjukkan sepanjang programTanya apa tujuan murid

menghadiri perkhemahan ini? Tanya seorang atau dua orang murid. Jikaseorang murid menjawab
datang untuk menimba ilmu..katakan kepada

mereka TIPU. Kemudian tnya pelajar lainJika pelajar menjawab katakanlagi kepada mereka KAMU
HIPOKRIT. Selepas itu kem komandan akan

memanggil s

eorang pelajar dan bertanya adakah kamu tidak puas hatidengan saya.. Jika pelajar tersebut menjawab
TIDAK maka hemburannyaialah KAMU HIPOKRIT. Jika pelajar menjawab YA, kem komandon
akanmengucapkan terima kasih dan hemburannya ialah SAYA SUKA

KAMU,

KAMU SEORANG PELAJAR YANG JUJUR.

Sesi rasa sedih dan keinsafan bermula secara perlahan-lahan. KemKomandan akan menenangkan
pelajar dan memberitahu apakah motif berbuat demikian. Nasihat turut diberikan.

( Bunyi muzik kitaro) Assalamualaiakum adik2 yang dikasihi. Alhamdulillah dapat kita sama-sama
berkumpulpada malam yang indah ini, duduk bersama-sama menikmati kebesaran ilahi. Lihat la diluar
sana, pada bintang diangkasa, pandanglah bulan yang menerangi langit malam,betapa indahnya ciptaan
Tuhan. Subhanallah.(Tutup lampu-biarkan suasana dalam keadaan gelap) Adik-adik sekarang
pejamkanlah mata kalian, hilangkan segala kekusutan yang adadalam diri, tarik nafas dalam-dalam,
hembuskan dengan perlahan, tarik nafas sekali

lagi.hembuskantarik..hembuskan

(Lagu ayah dan ibu)Sekarang cuba bayangkan wajah ayah dan ibu, fikirkan seketika pengorbanan
yangmereka lakukan kepada kamu. Betapa besarnya kasih ayah dan ibu kepada kamu. Kasihsayangnya
bermula sejak dari rahim ibu, walau peritnya mengandungkan kamu, cintadan kasih saying mereka tidak
pernah padam, terlalu banyak rintangan yang ditempuhhanya kerana kamu yang bergelar anak.

Kertas Hati
Adik adik akan diberikan sehelai kertas A4. Abang nak awak lukiskan gambar
hati di atas kertas tersebut. Kata Shauqi.

Peserta pun mulai melukis gambar hati seperti yang diarahkan.

Baik, adik adik. Sila angkat kertas tersebut.


Peserta pun mulai mengangkat kertas tersebut.

Apa yang abang nak adik adik buat adalah, sila genggam kertas tersebut.

Peserta pun mulai menggenggam kertas tersebut. Kertas yang tadinya cantik
kini mulai berkedut.

Adik adik, genggam sekuatnya. Arah Shauqi lagi.

Peserta mulai gelak. Ada yang ketawa kecil. Ada yang masih serius. Ada
yang over apabila disuruh untuk menggenggam kertas tersebut.
Adik-adik, sekarang genggam lagi kuat. Kuat seolah olah kamu nak
hancurkan kertas itu.

Peserta pun menggenggam kertas tersebut sekuat kuatnya.

Adik-adik, sila buka kertas adik adik semua sekarang.

Peserta pun mulai membuka kertas tersebut. Adik-adik, cuba lihat lukisan
hati yang ada dalam kertas masing masing. Apa yang adik adik nampak?

Kertas ini berkeronyot. Berkedut.

Kertas ini dah tak tegang macam mula mula. Betul kan? Tanya Shauqi.

Peserta mengangguk.

Begitulah perasaan ibu dan ayah kamu adik adik. Bila kali pertama kamu
lukakan hati mereka, mereka akan terasa dengan sikap kamu adik adik.

Peserta mulai tunduk.

Ingat tak masa mak kamu panggil kamu. Masa tu kamu tengah tengok cerita
kartun kat TV. Mak panggil kamu berulang kali. Kamu tak menyahut panggilan
mak. Apa perasaan mak kamu ya ketika itu?

Soalan diajukan lagi.


Cuba tengok kertas kamu. Betapa hancurnya perasaan mereka apabila
kamu bersikap acuh tak acuh dengan mereka. Kamu sakitkan hati mereka.
Kamu lukakan hati mereka.

Kertas itu, kalau kamu iron sekalipun. Dia takkan jadi seperti sedia kala.
Kamu buatlah apa pun, kertas tersebut takkan pulih seperti asalnya. Shauqi
terus melakukan provokasi.

Peserta tunduk. Ada yang mulai mengalirkan air mata. Ada yang sudah
menangis teresak esak.

Baiklah, sekarang abang nak kamu capai pen kamu. Dan tuliskan warkah
buat ibu dan ayah kamu. Tuliskan di atas kertas yang telah kamu genggam
tadi. Tuliskan ucapan permohonan maaf kepada ibu dan ayah kamu.
Ungkapkan betapa kamu amat sayangkan mereka. Kata Shauqi lagi.

Anda mungkin juga menyukai