Anda di halaman 1dari 5

CIRI UTAMA PAPAN TANDA DAN PAPAN IKLAN

Papan tanda dalam Core Zone terbahagi kepada dua ciri utama, iaitu :

i. Papan Tanda Asal Bangunan Rumah Kedai Tradisional

Papan tanda jenis ini adalah terdiri dari tulisan terus huruf huruf dan ukiran, logo di
atas dinding fasad hadapan atau sisi bangunan atau ukiran di atas pintu kayu yang
dilekatkan frieze, di tiang tingkat bawah bangunan (column) sama ada dengan tulisan
rumi, tulisan jawi atau tulisan cina. Penggunaan papan tanda jenis ini masih terdapat
di sebahagian bangunan-bangunan rumah kedai lama dalam Core Zone. Tulisan
timbul yang digunakan tersebut dibuat dari pelbagai bahan di antaranya, besi, lepaan
kapur atau konkrit (Shanghai Plaster untuk Art-Deco).

ii. Papan Tanda Berciri Moden

Papan tanda dan papan iklan berciri moden yang digunakan sebagai papan tanda
komersil atau pengiklanan dipasang tanpa melihat kepada reka bentuk bangunan
dan selalunya dipasang dengan saiz yang besar dan melindungi pandangan ke arah
fasad bangunan. Papan iklan dan papan tanda ini akan diterangi dengan pelbagai
konsep lampu yang akan memberi kesan kepada fabrik bangunan. Pemasangan
papan tanda dan papan iklan yang seperti ini hendaklah dikawal dari segi saiz, reka
bentuk dan warna supaya persekitaran warisan terpelihara. Papan tanda iklan yang
terlalu besar yang diletakkan di bahagian frieze didapati menghalang karakter
bangunan, cornice serta ukiran-ukiran di bahagian bawah tingkap di tingkat atas
bangunan. Saiz minimum yang mengikut saiz tanda nama tradisional yang terdapat
pada bangunan-bangunan asal dan ciri-ciri huruf hendaklah dipatuhi.
GARIS PANDUAN PAPAN TANDA DAN PAPAN IKLAN PADA BANGUNAN DALAM KAWASAN WARISAN
CORE ZONE

Pada bangunan warisan, ruang untuk papan tanda seperti asal hendaklah digunakan sepenuhnya,
sama ada di bahagian tiang, bahagian rasuk hadapan, bahagian di atas pintu masuk utama, iaitu di
bahagian fasad tingkat bawah dan bahagian ruang pejalan kaki. Dikenalpasti beberapa posisi yang
sering digunakan untuk menggantung papan tanda khususnya iklan. Setiap posisi papan tanda iklan
ini memberi implikasi tersendiri. Pemasangan papan tanda dan papan iklan hendaklah tidak
menghalang elemen-elemen hiasan yang tedapat pada fasad bangunan. Untuk rumah kedai yang
digunakan sebagai premis komersil yang memerlukan papan pengiklanan, perletakan papan tanda
hendaklah diletakkan pada bahagian rasuk hadapan dan boleh dibiarkan tergantung dengan
ketinggian bersih tidak kurang dari 2.5m.

i. Garis Panduan Am Untuk Rumah Kedai Tradisional:

a. Pemasangan papan tanda hanya pada lokasi yang dibenarkan (lihat rajah di sebelah).

b. Had ketinggian bersih (clearance height) untuk pemasangan di kawasan laluan


pejalan kaki adalah 1700mm dan tidak boleh menutup bentuk arch.

c. Pemasangan hendaklah dilakukan dengan kaedah yang sensitif supaya tidak


merosakkan fabrik bangunan.

d. Penggunaan sistem pencahayaan yang panas adalah tidak dibenarkan kerana haba
boleh merosakkan integriti fabrik.

e. Penggunaan pemasangan berbentuk huruf adalah digalakkan, warna yang digunakan


hendaklah bersesuaian.

f. Lokasi dan reka bentuk hendaklah mendapat kelulusan dari MBI.

g. Pemasangan papan iklan di atas bumbung adalah tidak dibenarkan.

h. Kaedah pemasangan papan tanda tergantung hendaklah menggunakan bahan


binaan dan reka bentuk yang sesuai serta kukuh.

ii. Garis Panduan Am Papan Tanda Dan Papan Iklan Untuk Rumah Kedai (Komersil)

a. Papan tanda dan papan iklan yang besar yang menutupi elemen istimewa fasad
adalah tidak dibenarkan.

b. Bahan dan warna yang digunakan untuk membuat kotak iklan hendaklah sensitif
dengan bangunan warisan, bahan yang berkilat adalah tidak digalakkan.

c. Hanya lokasi yang ditandakan sahaja boleh digunakan.

d. Kaedah pemasangan hendaklah sensitif dengan fabrik bangunan supaya tidak


merosakkan lepaan dan struktur bangunan
e. Papan tanda dan papan iklan hendaklah tidak terlalu berat dan tidak menggunakan
bahan bercahaya/lampu yang boleh merosakkan fasad. Papan tanda atau papan
iklan yang berbentuk huruf adalah digalakkan.

f. Papan tanda yang digantung diluar dari garisan bangunan sediada hendaklah tidak
melebihi 800mm.

g. Hanya satu papan tanda atau papan iklan yang dibenarkan.

h. Kelulusan pemasangan hendaklah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa


tempatan.

i. Had ketinggian bersih (clearance height) hendaklah tidak kurang dari 1700mm.

iii. Garis Panduan Am Untuk Pembangunan Infill

a. Saiz papan tanda yang boleh dibenarkan adalah 450mm x 3000mm sahaja.

b. Warna dan pencahayaan hendaklah bersesuaian.

c. Penggunaan iklan berbentuk huruf adalah digalakkan.

d. Kelulusan MBI hendaklah diperolehi sebelum pemasangan dibuat.

e. Permohonan untuk membaharui lesen perlu melalui proses kelulusan yang sama.

f. Papan tanda atau papan iklan di atas bumbung adalah tidak dibenarkan.
Bagi mempamerkan papan iklan dan papan penerangan sama ada kekal atau sementara di dalam
kawasan warisan atau pemeliharaan atau pada bangunan yang diwartakan (bangunan yang telah
tersenarai sebagai bangunan warisan), sokongan kelulusan perlulah diperolehi daripada Unit Warisan
MBI sebelum diluluskan oleh Jabatan Perlesenan MPI. Permohonan perlu disertakan dengan empat
salinan lukisan menunjukkan lokasi papan tanda pada bangunan, ukuran, tulisan dan lukisan, serta
warna cadangan papan tanda tersebut. Lukisan perlu dilengkapi dengan nama penuh, alamat dan
nombor telefon serta tandatangan pemohon dan atau pemilik. Pemohonan juga digalakkan
menghantar lakaran, foto berwarna dan/atau katalog iklan tersebut. Prosedur ditunjukkan di Rajah
7.1

Anda mungkin juga menyukai