Anda di halaman 1dari 2

Ikhtiar Hidup

Pengertian : Keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup ketika menghadapi
ancaman

Situasi ikhtiar hidup


1. Kehabisan bekalan makanan dan minuman.
2. Ancaman binatang liar.
3. Masalah perlindungan.
4. Tersesat

Prinsip Ikhtiar Hidup

Keselamatan : Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh


membahayakan keselamatan dan nyawa. Contoh, elakkan dari makan tumbuh-tumbuhan yang
tidak diketahui sama ada boleh dimakan ataupun tidak.

Usaha : Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke
semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri
dan berserah kepada nasib semata-mata adalah tidak membantu. Lebih banyak usaha yang
dilakukan, maka makin cerahlah peluang seseorang untuk terus hidup dalam situasi ini.

Kawalan diri : Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan
dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan
akan menyebabkan seseorang bertindak tanpa berfikir panjang.

Kerjasama : Kerjasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu
dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan
akan bertambah rumit. Oleh itu, arahan ketua pasukan perlu didengari dan jika ada
bantahan perlulah berbincang terlebih dahulu.
Persiapan

1. Tahap kecergasan yang mencukupi


2. Latihan yang perlu dilakukan
3. Peralatan, bekalan dan pakaian yang sesuai, tahan dan mencukupi
4. Langkah-langkah keselamatan

Alat

Makanan Perubatan Alat Kegunaan

Makanan dari jenis yang Ubat-ubatan juga penting Alat yang boleh
ringan dan mudah dimasak dalam menjalani ikhtiar membantu usaha
serta mempunyai kalori hidup. Kita tidak tertentu. Alat perlulah
yang tinggi. Kuantiti yang mengetahui kemungkinan ringan dan bersaiz kecil.
diperlukan kira-kira yang berlaku di dalam
mencukupi bagi keperluan hutan. Oleh itu, persiapan Contoh: 2 utas tali
selama 24 jam. awal perlu dilakukan. pancing, 3 bentuk mata
kail, 2 utas tali untuk
Cadangan : 2 keping Cadangan : 5 pil anticirit- buat jerat, 2 batang lilin,
coklat, 2 bungkus sup birit, 1 pil antimalarial, 1 pemetik api, cermin muka
segera, 4 sudu oat dan set alat khusus patukan kecil, pisau/parang untuk
sebungkus garam 40gm. ular, 4 pil paracetamol, 10 ikhtiar hidup,
biji antibiotic, ubat luka.

Anda mungkin juga menyukai