Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Kokurikulum


Kelas : Tahun Emapat, Lima dan Enam
Bilangan Murid : 29 Orang
Tarikh : 24 Ogos 2017 (Khamis)
Masa : 0715 pagi 0740 pagi
Tajuk : Bola Keranjang (Kemahiran membuat jaringan kaku)
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah bermain bola keranjang di luar waktu
persekolahan.
2 .Murid pernah mempelajari kemahiran mengelecek
bola.
3. Murid pernah mempelajari kemahiran menghantar
bola.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat:
1. Psikomotor :
a. Membuat jaringan kaku ke sasaran dengan
menggunakan teknik dan gaya yang betul.
b. Membuat jaringan lompat ke sasaran dengan
menggunakan teknik dan gaya yang betul.
2. Kognitif : Menerangkan teknik membuat jaringan
kaku dan lompat dengan cara yang betul dan jelas.
3. Afektif : Meningkatkan keyakinan diri melalui
aktiviti yang dijalankan.
EMK
Nilai : Kerjasama, Keyakinan diri
Penggabungjalinan : Tunjang kecergasan Pergerakan asas (Lokomotor,
buka lokomotor dan manipulasi alatan)
Kemahiran berfikir : Memahami, Mengaplikasi
Bahan Bantu Mengajar : Wisel (1), Kon (12), Bola Keranjang (4)
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
Masa
1. 1. Regangan kepala 1. Murid melakukan BBM:
Persediaan
regangan dalam 1. Wisel
(5 minit)
dalam kawasan kon 2. Kon
mengikut lakuan
ketua kumpulan. Nilai:
2. Tolakkan kepala ke Keyakinan diri
atas, bawa, kiri dan
kanan. Fasa Permulaan

2. Regangan tangan 3. Tekankan tangan


ke bahagian dada.
4. Letakkan tangan ke
belakang bahu dan
menolak ke bawah.
5. Letakkan tangan ke
belakang dan tarik
dengan tangan
sebelah.
6. Ulang perlakuan
dengan menukar
tangan kanan.

3. Regangan kaki
7. Bengkokkan lutut
dan tarik ke bahagian
dada.
8. Ulang perlakuan
dengan menukar kaki
kanan.
4. Memanaskan badan 9. Murid berlari satu
pusangan di
Berlari anak di kawasan gelangang bola
gelanggang bola keranjang. keranjang secara
berkumpulan.

2. 1. Pengetahuan dan aplikasi 1. Guru mendedahkan BBM:


Perkemba
kemahiran membuat jaringan cara membuat 1. Wisel
ngan
(8 minit) kaku. jaringan kaku kepada 2. Kon
murid. 3. Bola keranjang
2. Guru
mendemonstrasi cara EMK:
yang betul untuk Nilai :
membuat jaringan Bekerjasama,
kaku. keyakinan diri
3. Murid secara
bergiilir-gilir diberi Kemahiran
peluang untuk berfikir:
Kemahiran membuat jaringan membuat cubaan 1. Memahami
gaya kaku membuat jaringan 2. Mengaplikasi
kaku.
4. Murid-murid Fasa
dikehendaki membuat perkembangan
jaringan kaku
sehingga mahir.
5. Murid adalah
bertindak dalam satu
kumpulan. Oleh itu,
Murid secara bergilir-gilir kumpulan yang dapat
membuat jaringan gaya kaku membuat jaringan
Teknik membuat jaringan pada sasaran dengan
1. Penglihatan pemain paling banyak kali
hendaklah ditumpukan pada adalah pemenang.
bola keranjang. 6. Guru menerapkan
2. Pegang bola dengan cara nilai kerjasama
yang betul pada kedua-dua semasa aktiviti
belah tangan dengan jari dijalankan.
terbuka.
3. Gunakan sebelah tangan
untuk menolak bola dengan
kekuatan daripada pergelangan
tangan, manakala tangan yang
tidak menolak pula menekar bola
itu.
4. Lakukan jaringan dengan
suatu kuisan pada pergelangan
tangan dan jari dengan pantas.

Jaringan gaya kaku


Jaringan gaya kaku merupakan
jaringan dalam permainan bola
keranjang yang dilakukan
daripada kedudukan pemain
yang tetap, seperti membuat
jaringan daripada lontaran
percuma. Jaringan cara ini boleh
dilakukan dari jarak jauh atau
sederhana jauh dari keranjang
lawan.

3. 1. Pengetahuan dan aplikasi 1. Guru mendedahkan BBM:


Kemuncak
kemahiran membuat jaringan cara membuat 1. Wisel
(8 minit)
lompat. jaringan lompat 2. Kon
kepada murid. 3. Bola keranjang
2. Guru
mendemonstrasi cara EMK:
yang betul untuk Nilai :
membuat jaringan Bekerjasama,
lompat. keyakinan diri
3. Murid secara
bergiilir-gilir diberi Kemahiran
peluang untuk berfikir:
membuat cubaan 1. Memahami
membuat jaringan 2. Mengaplikasi
lompat.

Kemahiran membuat jaringan 4. Murid-murid Fasa Kemuncak

lompat dikehendaki membuat


jaringan lompat
sehingga mahir.
5. Murid adalah
bertindak dalam satu
kumpulan. Oleh itu,
kumpulan yang dapat
membuat jaringan
Murid secara bergilir-gilir pada sasaran dengan
membuat jaringan gaya kaku paling banyak kali
adalah pemenang.
Teknik membuat jaringan 6. Guru menerapkan
1. Penglihatan pemain nilai kerjasama
hendaklah ditumpukan pada semasa aktiviti
bola keranjang. dijalankan.
2. Pegang bola dengan cara
yang betul pada kedua-dua
belah tangan dengan jari
terbuka.
3. Gunakan sebelah tangan
untuk menolak bola dengan
kekuatan daripada pergelangan
tangan, manakala tangan yang
tidak menolak pula menekar bola
itu.
4. Lakukan jaringan dengan
suatu kuisan pada pergelangan
tangan dan jari dengan pantas.

Jaringan gaya lompat


Jaringan gaya lompat
merupakan sejenis jaringan
untuk jarak dekat. Jaringan ini
merupakan suatu kemahiran
asas membuat jaringan dalam
permainan bola keranjang yang
biasanya dilakukan berikutan
daripada hantaran atau kelecek
pemain berkenaan. Pemain
hendaklah membuat jaringan
dengan melontar bola supaya
menyentuh papan pantulan dan
terus melambung dan memasuki
keranjang lawan.

Penutup 1. Guru bersoal jawab dengan 1. Guru membuat BBM:


(4 minit)
murid perbincangan dengan 1. Wisel
Contoh soalan guru: murid tentang teknik 2. Kon
1. Apakah teknik telah anda membuat jaringan
pelajari pada hari ini? kaku dan lompat. Nilai:
2. Apakah tekbik dan gaya yang 2. Guru membuat Keyakinan diri
betul bagi teknik membuat tunjuk cara yang
jaringan kaku dan lompat. betul. Fasa Penutup
3. Ketua kumpulan
Ramalan jawapan murid: memberi arahan
1. Teknik membuat jaringan kaku untuk menyejukkan
dan lompat. badan.
2. (Murid demonstrasi) 4. Murid dikehendaki
tarik dan hembus
2. Menyejukkan Badan nafas sebanyak 3 kali
a. Mengoyangkan seluruh badan dan akhirnya sebut
dengan perlahan. Hooray.
b. Tarik nafas tiga kali perlahan
dan hembus panyang yang
akhir.
Refleksi:

Pada fasa persediaan, guru dapat menunjukkan kemahiran mengawal murid dengan baik.
Ini telah dibuktikan apabila aktiviti regangan dan memanaskan badan dijalankan dengan
amat lancar. Ketua kumpulan yang dilantikkan dapat menlaksanakan tugasnya dengan
sempurna iaitu membawa sesi regangan dan memanaskan badan dengan baik. Kelemahan
pada sesi ini ialah proses mengambil kehadiran adalah agak memakan masa. Ini mungkin
akan menyebabkan seluruh pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru
menjadi lambat. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa orang murid tidak memandang serius
tentang aktiviti regangan. Penambahbaikan yang boleh dibuat ialah guru boleh
mengarahkan murid agar mereka menghadirkan diri ke gelangang tiga minit lebih awal untuk
mengambil kehadiran agar tidak mempengaruhi kelancaran aktiviti seterusnya. Guru juga
harus memberitahu murid tentang kepentingan melakukan regangan.

Pada fasa perkembangan, guru telah melaksanakan tugas dengan sempurna iaitu
mendemonstrasi gaya dan teknik membuat jaringan dengan betul. Bukan itu sahaja,
pengurusan murid untuk membuat jaringan adalah sistematik dan tersusun. Guru juga
memberi maklum balas dengan segera terhadap kesilapan yang dilakukan oleh murid.
Kelemahan pada fasa ini ialah jaring yang ada di sekolah ini adalah terhad. Ini telah
menyebabkan murid harus menunggu giliran untuk membuat jaringan. Walau
bagaimanapun, ini dapat memupuk sikap kesabaran murid. Murid boleh menggunakan
masa itu untuk memerhati dan menilai gaya dan teknik rakannya membuat jaringan.

Pada fasa kemuncak, kekuatan yang ada ialah murid-murid dapat bekerjasama dengan baik
semasa membuat jaringan. Hal ini demikian kerana guru telah menerapkan nilai kerjasama
dalam kalangan murid. Selain itu, keyakinan murid ditingkatkan kerana mereka mampu
menjaringkan gol. Kelemahan ialah teknik membuat jaringan lompat adalah lebih susah
dikuasai oleh murid. Ini telah menyebabkan murid tidak dapat membuat jaringan lompat
dengan gaya dan teknik yang betul. Penambahbaikan yang boleh dibuat ialah guru perlu
mendemonstrasi cara ini dengan kadar yang lebih lambat agar murid dapat memerhati
setiap aksi guru dengan jelas. Guru juga harus memberi maklum balas dengan segera agar
murud dapat membetulkan kesalahan dengan segera.

Pada sesi penutup, murid dapat menyatakan isi pelajaran hari ini. Ini telah membuktikan
bahawa mereka telah menguasi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diajar oleh guru
pada hari ini. Kelemahan ialah masa yang diperuntukkan untuk permainan adalah amat
singkat. Ini telah menyebabkan murid masih tidak berpuas hati bermain. Penambahbaikan
yang boleh dibuat ialah guru harus mententeramkan murid agar murid dapat bersedia
dengan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai