Anda di halaman 1dari 3

1.

0 RUMUSAN ARTIKEL

Artikel Taking Time to Understand Telling Time yang ditulis oleh Sue
McMillen dan Beth Ortiz Hernandez membincangkan kajian terhadap pendekatan
yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca waktu. Artikel ini
menyatakan bahawa pembelajaran untuk membaca waktu sering kali diajar
sebagai satu kemahiran hafalan tetapi tidak memastikan kanak-kanak memahami
jangka masa waktu dan hubungan antara nombor pada jam dengan jarum jam.
Kajian ini memberi peluang kepada murid untuk belajar dengan dua jenis jam
yang hanya mempunyai satu jarum bagi murid menerokai perbezaan dan
perhubungan antara jarum jam dan jarum minit dengan bermakna. Kajian ini telah
membahagikan pengajaran dan pembelajaran kemahiran ini kepada empat sesi
pengajaran dan pembelajaran. Setiap sesi ini membantu murid untuk
memperkembangkan kefahaman mereka terhadap bacaan waktu, seperti dalam
Jadual 2.1.

Jadual 2.1. Fokus Setiap Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.


Sesi Pengajaran
Fokus
dan Pembelajaran

Pembelajara tentang piawai jangka masa satu saat dan


Sesi 1 satu minit dan penerokaan perhubungan antara jam dan
minit melalui aktiviti.

Pembelajaran tentang bacaan jarum jam untuk


Sesi 2 mengenal pasti waktu apabila satu jam hanya
mempunyai jarum jam tanpa adanya jarum minit.

Pembelajaran tentang bacaan jarum minit dengan


Sesi 3
gandaan lima tanpa adanya jarum jam.
Perkaitan hubungan antara minit dengan jam akan
Sesi 4 diperkembangkan dengan menggunakan jam yang
sebenar. Murid belajar membaca waktu.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pertama, perkembangan murid


terhadap piawai jangka masa satu saat dan satu minit dan penerokaan
perhubungan antara jam dan minit diutamakan. Persoalan seperti Berapa lama
satu saat dan apa yang boleh anda buat dalam satu saat? dan Bagaimana pula
dengan rasa satu minit? boleh ditanya untuk menggalakkan pemikiran logik
murid. Pada masa yang sama, memberi peluang kepada murid untuk merasai
satu minit dan satu saat melalui aktiviti seperti membawa bola selama satu minit,
mengira dan berhenti mengira apabila berasa masa sampai satu minit dan lain-
lai lagi tanpa memberitahu satu minit mempunyai berapa saat.

Untuk sesi yang kedua pula, objektifnya adalah bagi murid menyiasat apa
yang boleh dikenal pasti tentang waktu apabila satu jam hanya mempunyai jarum
jam tanpa adanya jarum minit. Jam bercelah (slit clock) yang dihasilkan sendiri
boleh digunakan dengan menyuruh murid menunjuk jarum jam tepat pada satu
nombor dan membaca waktu tersebut. Di sini, murid lain akan membaca waktu
itu pukul nombor tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan.
Seterusnya, aktiviti boleh diteruskan dengan menggerakkan jarum jam kepada
posisi sedikit selepas nombor itu, sedikit sebelum nombor itu atau di antara dua
nombor. Aktiviti ini boleh membantu murid membina konsep untuk membaca
waktu khasnya pada unit jam.

Sesi yang ketiga pula beralih kepada membina konsep untuk membaca
waktu dalam unit minit dan berfokus kepada perkaitan gandaan lima dengan minit.
Setiap murid boleh diberi lima kubus Unifix yang digabung dan meminta murid
mengira dalam gandaan lima. Kemudian, jalur kubus Unifix dalam bentuk 2D
boleh diberi kepada murid, dikira dalam gandaan lima semula dan kemudiannya
melekat secara mendatar pada papan hitam. Satu garis lurus dilukis pada hujung
setiap jalur. Kemudian guru boleh membimbing murid untuk membuat perkaitan
antara gandaan lima minit dengan minit pada jam melalui pertanyaan dan
menghasilkan satu jam dengan gandaan lima minit seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 2.1. Jam yang digunakan pada kali ini ialah jam yang mempunyai jarum
minit yang lebih panjang sahaja supaya guru boleh membimbing murid untuk
membaca unit minit pada lingkaran luar bulatan.

Rajah 2.1. Jam dengan gandaan lima minit.

Dalam yang sesi yang keempat, hubungan antara minit dengan jam akan
diperkembangkan. Dengan menggunakan jam yang sebenar, guru boleh
menyuruh murid untuk menunjuk jarum yang lebih pendek (jarum jam) tepat pada
satu nombor dan memerhati ke mana jarum yang lebih panjang (jarum minit) akan
menunjuk. Kemudian, murid boleh disuruh untuk menggerakkan jarum pendek ke
posisi tepat di antara dua nombor dan memerhati lagi ke mana jarum panjang
akan bergerak. Kemudian, murid disuruh untuk memerhatikan bagaimana dua
jarum tersebut bergerak apabila dari pukul 2:00 ke 3:00. Di situ, murid dibimbing
untuk memperkembangkan konsep terdapat 60 saat dalam 1 minit. Seterusnya,
murid boleh dibimbing untuk membaca waktu dengan cara yang betul, bermula
dengan jarum jam dan diteruskan dengan jarum minit.

Sumber Artikel:

McMillen & Hernandez. (2008, Nov). Taking Time to Understand Telling Time.
Dipetik pada 30 Julai, 2016 dari
maccss.ncdpi.wikispaces.net/file/view/Taking+Time+to+Understand+Time.pdf

Anda mungkin juga menyukai