....................................
YG BERUSAHA
EN ABANG FADHLI BIN ABG MUHI PEGAWAI KHAS KETUA PENGARAH DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA KUCHING,MEWAKILI KETUA PENGARAH DEWAN
BAHASA DAN PUSTAKA.
YANG DIHORMATI
PN..........................................................
EN .............................................PENYELARAS PKBP
...........................................
BACAAN DOA
TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIN BIN HALING ATAS BACAAN DOA ITU
TADI..
UCAPAN PENYELARAS
UCAPAN PENGETUA
HADIRIN SEKALIAN,
KUIZ BUKU
PENYERAHAN SUMBANGAN
DIPERSILAKAN
PENYAMPAIAN SIJIL.
DIJEMPUT..
PENYAMPAIAN HADIAH
TEMPAT KEDUA PN DORA WAN DAN TEMPAT PERTAMA GURU YANG PALING
BANYAK MEMBACA DIBERIKAN KEPADA PN STINA KUTENG.
PENUTUP
.TERIMA KASIH.SEKIAN
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul
di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang
STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti
Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat
sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan
berseri.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin
bacaan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas
bacaan doa sebentar tadi.
Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua
Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji
Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu
kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti
Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah
Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari
Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti
Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi.
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-
guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah
Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid,
Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan
anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis
memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden
STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR
untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato
Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian
anugerah sebentar tadi.
Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada
persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral
Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua
merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu
Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi
penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis baru-
baru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar
sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan
nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan
persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid
dan Cik Norhidayah Abdullah.
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke
tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha
Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan
diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk
menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima
anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus
cemerlang dalam bidang masing-masing.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama
dalam menjayakan majlis pada hari ini.