Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

PROTOKOL Melati kuntum tumbuh melata


Sayang merbah di pohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Bismillah
Assalamualaikum wbt
Yang berusaha Encik Komodin bin Slamah, GB SK Sundar
Yang dihormati Encik Manudin bin Tassim, PK1
Puan Teo Ah Geok, PK HEM
Encik Ladis bin Sapar, PK Koku
Rakan-rakan guru, staf-staf sokongan serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

KESYUKURAN Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Ramah tamah di aidilfitri
Bersamalah kita meraikannya.

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnianya, kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah
sebulan Ramadhan kita berpuasa seterusnya dapat bersama-sama berkumpul di
Dewan Mini yang ceria ini untuk meraikan majlis ramah tamah aidilfitri peringkat SK
Sundar.

Majlis ramah tamah aidilfitri ini merupakan program tahunan sekolah yang diadakan
bagi meraikan kemenangan dan kejayaan kita dalam beribadah sepanjang bulan
ramadhan. Selain itu juga, majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan silaturrahim antara semua warga sekolah.

BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuh tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput
.. untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin..
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GB Lemang ketupat serta pulut


Rendang dan serunding sedia menanti
TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

Besar hajat kami menjemput


Besar niat di dalam hati.

Agenda majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang berusaha Guru Besar SK
Sundar, Encik Komodin bin Slamah untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan


sebentar tadi.

*****if any******
Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan
pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk
menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari
raya pada tahun ini.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang


Berusaha. Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan
penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

ANAK ANGKAT Agenda berikutnya merupakan acara penyerahan anak angkat Tahun 6 kepada guru-
guru SK Sundar. Untuk itu, saya serahkan majlis ini kepada Puan Jaimah bin Japar
untuk meneruskan acara.

PERTANDINGAN Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Pertandingan busana hari raya penceria acara

Majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Busana Hari Raya. Dipersilakan para
peserta untuk beratur di sebelah kanan dewan bagi memulakan pertandingan. Para
pengadil juga dijemput untuk mengambil kedudukan di bahagian hadapan pentas.

Dijemput peserta pertama dari untuk memperagakan


busana.
Seterusnya, .

Terima kasih diucapkan kepada para peserta.


TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

Adat nan baharu berubah-ubah


Adat manusia mengandung salah
Keputusan permainan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik Komodin Bin Slamah, GB SK
Sundar untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan peserta.

Majlis merakamkan ucapan teripa kasih kepada GB atas kesudian beliau


menyampaikan hadiah sebentar tadi.

JAMUAN Terbang rendah burung tempua


Hinggap berdua di dahan ara
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Kini tibalah kita kepada acara yang paling dinantikan. Dipersilakan hadirin hadirat dan
semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan sambil
mendengar gemersik alunan lagu-lagu raya sepanjang zaman.

Murid-murid diminta untuk beratur mengikut kelas masing-masing untuk mengambil


juadah yang telah sedia terhidang di meja.

Guru-guru serta staf-staf sokongan dijemput untuk ke dewan RMT untuk menikmati
juadah yang telah disediakan.
TEKS PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SUNDAR

PENUTUP Salam ukhwah di aidilfitri


Ceria syawal sama dirai
Selesai sudah tugas di beri
Di lain masa bersua lagi

Dengan berakhirkan agenda terakhir kita sebentar tadi, maka majlis kita juga sudah
sampai ke penghujungnya. Pihak majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan ramah tamah
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi meharmonikan
majlis ini.

Songket biru tampak berseri


Tenunan indah buat arjuna
Tersilap bicara harap dimaafi
Ketemu lagi di lain acara.

Sekian, wabillah.wassalamualaikum wbt

Anda mungkin juga menyukai