Anda di halaman 1dari 8

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(2), 2015: 71 - 78

(http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2015-0302-07)

Pemikiran Sastera Islam dalam Perkembangan Sastera Arab Moden

Islamic Literary Thought in The Development of Modern Arabic Literature

Rosni Samah

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pemikiran sastera Islam dalam sastera Arab moden. Ia muncul semula dalam
sastera moden hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh reformasi Islam untuk dijadikan sastera sebagai wasilah dakwah.
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti kemunculan pemikiran sastera Islam, tokoh pelopor dan perdebatan
definisi. Hasil kajian ini menunjukkan pemikirannya muncul sekitar 50-an dekad lalu melalui laungan tokoh-tokoh
reformasi Islam yang terkenal, iaitu Abu Hassan al-Nadawi, Sayyid Qutub, M. Qutub, Rafat Basha dan Imaduddin
Khalil. Definisi ini telah diperdebatkan dan mencapai kemantapannya. Definisi ini boleh diaplikasikan dalam menilai
bahan sastera di Malaysia.

Kata kunci: Sastera Islam; sastera Arab; definisi; moden; kemunculan

Abstract

This study carried out to investigate the thought of Islamic literature in modern Arabic literature. Islamic literature
appeared in modern Arabic literature resulting from the effort brought by the Islamic reformists. They claimed literature
to become as a tool in disseminating the Islamic teaching. The aim of this study is to investigate the origin of its thought,
scholars and polemics of definition. The result shows that its thought appeared in 50s previous decade through the
efforts contributed by the Islamic reformist. Among them is Abu Hassan al-Nadawi, Sayyid Qutub, M. Qutub, Rafat
Basha dan Imaduddin Khalil. Its definition debated by literary scholars and reached the level of maturity. The definition
can be applied in evaluating the literary works in Malaysia.

Keywords: Islamic literature; Arabic literature; definition; modern; appearance

Pendahuluan Kajian ini bertujuan menyingkap pemikiran sastera


Islam dalam perkembangan sastera Arab moden
Gema ke arah bersastera mengikut perspektif dengan meneliti sejarah kewujudan idea yang
Islam mula dirasai di awal dekad lima puluhan. Ia menyumbang ke arah sastera Islam, sarjana yang
muncul kesan dari arus pergerakan kebangkitan telah menyumbang idea mereka dan teori yang
Islam sendiri dan dibawa oleh tokoh-tokoh reformasi diperdebatkan. Hasil kajian ini juga dapat membantu
Islam yang ingin menjadikan bahan sastera sebagai perkembangan sastera Islam di Malaysia, khususnya
media dakwah untuk menyedarkan masyarakat dan dalam memantapkan teorinya.
membawa mesej reformasi.
Sastera Islam merupakan terminologi baharu
yang muncul dalam arus moden, bahkan ia lebih Kemunculan Idea sastera Islam
merupakan arus kritikan sastera yang muncul hasil Moden
daripada arus kebangkitan Islam. Ia merupakan
sastera Islam moden yang muncul semula di zaman Dalam sejarah perkembangan sastera dunia,
moden ini selepas terpinggir buat beberapa dekad. didapati pelbagai mazhab sastera muncul hasil
Walau bagaimanapun konsep dan fungsinya tetap daripada pergolakan pemikiran, kehidupan dan alam
sama dengan sastera Islam yang pernah lahir di sekeliling, seperti mazhab Kelasiki, Romantis, dan
zaman permulaan Islam dahulu. sebagainya. Mengikut Al-Tahir Muhammad Ali
Bagi menghidupkan semula sastera Islam, ia (1989: 109) kebangkitan pergerakan Islam di zaman
memerlukan sumbangan sarjana-sarjana Islam moden ini, menyumbang ke arah melahirkan satu
untuk menggaris semula ciri-ciri, definisi, dimensi, arus sastera mengikut perspektif Islam. Tujuannya
tema serta beberapa syarat dan saranan yang lain. ialah untuk menjadikan sastera sebagai wadah dan
72 Rosni Samah

media dakwah seperti yang pernah berlaku di zaman yang diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1967
awal Islam. oleh Pustaka al Saudiah, Jeddah.
Mengikut Said Abu al-Redha (1983:36) Sumbangan idea-idea kritikan yang beliau
sarjana Islam pertama yang meneroka bidang ini kemukakan boleh dilihat dengan jelas semasa beliau
dan melaungkan gagasan ke arah menghidupkan mengemukakan pandangannya terhadap gambaran
semula sastera Islam, ialah Syeikh Abu Hasan al- Islam tentang Allah, alam, kehidupan dan manusia.
Nadawi. Beliau merupakan seorang tokoh pelopor Beliau membincangkan hubungan antara perkara-
dalam bidang ini yang melaungkan gagasan dan perkara di atas dengan lebih jelas. Di samping itu,
saranan ke arah bersastera mengikut perspektif beliau turut menterjemahkan gambaran Islam dalam
Islam. Rahmah Ahmad Osman dan M. Shahrizal bahan bacaan yang lebih realiti, iaitu Tafsir Dzilal.
Nasir (2011) menyatakan pemilihan al-Nadawi Dalam buku AlNaqd alAdabi (Kritikan
dan pandangannya dalam membincangkan sastera Sastera) beliau membincangkan pandangannya
Islam amat signifikan. Beliau banyak menulis esei terhadap sastera Islam. Antaranya ialah sastera
dan buku tentang sastera Islam. atau seni yang terpancar daripada gambaran Islam
Said Abu al-Redha (1983: 86) menjelaskan tentang kehidupan tidak banyak menggambarkan
lagi dalam menjayakan gagasan tersebut, beliau detik-detik kelemahan manusia dan pendedahannya
menerbitkan satu esei ke arah sastera Islam semasa juga tidak meluas dan menyeluruh. Islam tidak
dipilih sebagai seorang ahli anggota Dewan Ilmu di menolak seni tetapi tidak dapat menerima beberapa
Damsyik. Hasil usaha beliau jugalah, satu seminar gambaran salah yang digambarkan oleh seni tersebut.
antarabangsa yang pertama bagi sastera Islam dapat Sewajarnya seni sastera lebih menggambarkan
dianjurkan bertempat di India. Cetusan daripada kehidupan masyarakat mengikut gambaran Islam
seminar ini, tertubuhlah Liga Sastera Islam Sedunia. yang telus dan menyeluruh (Sayyed Qutub 1948).
Beliau sendiri diamanatkan sebagai pengarahnya. Dalam buku Khasais al Tasawwur al
Sumbangan gagasan ke arah Sastera Islam Islami (1978: 5) (Ciri-Ciri Gambaran Islam),
dalam dekad 50-an bersambung dengan kemunculan beliau membincangkan tujuh ciri-ciri tersebut,
seorang tokoh pengkritik sastera dan pendakwah iaitu ketuhanan, kemantapan, menyeluruh,
Islam yang tidak asing lagi dalam kalangan keseimbangan, positif, realiti dan tauhid. Buku
masyarakat dan dunia Islam. Beliau ialah al- ini merupakan satu pendekatan untuk mengenal
Marhum Sayyid Qutub yang merupakan pembuka pasti ciri-ciri gambaran Islam dan nilai-nilainya
jalan ke arah sastera Islam Moden. Beliau menyeru yang menggambarkan sistem realiti kehidupan dan
dan melaungkan agar dapat dikembalikan arus dasar pemikiran seni yang boleh diambil daripada
sastera hari ini kepada arus sastera Islam. Banyak gambaran telus lagi menyeluruh tentang kehidupan.
penulisan beliau tentang ke arah sastera Islam Sastera Islam kreatif hendaklah memancarkan
disiarkan di dada-dada akhbar Ikhwan Muslimin. ciri-ciri gambaran Islam yang berinteraksi dengan
Beliau sendiri merupakan ketua editor di samping naluri, emosi, pandangan yang luas lagi terbuka
penyelia ruangan sastera dalam akhbar tersebut. dan selera manusia. Dalam skop yang luas tanpa
Kedudukan ini membolehkan beliau melontar sempadan itu, ia hendaklah sentiasa berada dalam
pandangan dan kritikan dengan bebas. Beliau ruang lingkup Islam.
juga menulis beberapa artikel tentang gagasan ke Ciri ketuhanan ini merupakan tunggak utama
arah sastera Islam di bawah tajuk Manhaj al-Adab yang membawa dan melahirkan ciri-ciri yang lain.
(Manhaj Sastera). Segala gambaran kehidupan yang digambarkan
Beliau turut mengemukakan beberapa oleh sasterawan hendaklah mempunyai ciri-ciri
pandangan umum terhadap sastera Islam untuk ketuhanan ini, bagi menjelaskan bahawa alam
membuka tirai perbincangan, yang boleh menarik dan manusia dicipta oleh Allah. Kehidupan dan
perhatian ramai sarjana, sasterawan dan pengkritik segala-galanya kembali kepada Allah. Beliau
sastera. Dalam masa yang sama, beliau menyeru turut membincangkan pengertian manusia dalam
supaya ditulis semula sejarah Islam mengikut gambaran Islam dan hubungannya dengan alam dan
perspektif Islam sebenar dan membetulkan penciptanya (Sayyed Qutub 1978:66).
semula kesalahan dan kesilapan yang berlaku Ciri kemantapan pula dinyatakan bahawa
dalam penulisan sedia ada. Kemudian pandangan- gambaran Islam yang mempunyai ciri ini tidak
pandangan beliau itu dikumpul dan dijadikan sebuah akan sesat dan menyesatkan orang lain. Walaupun
buku kecil berjudul Fi al Tarikh: Fikrah wa ruang lingkup gambaran tersebut tidak mempunyai
Manhaj (Dalam Sejarah : Pemikiran dan Kaedah) sempadan, tetapi pergolakan hendaklah berpaksikan
Rosni Samah 73

kepada tunjang ketuhanan. Sasterawan boleh Ciri realiti pula, beliau menjelaskan maksud realiti
menggambarkan gambaran yang bebas tetapi tersebut dalam gambaran Islam, iaitu apa yang ada
hendaklah berasaskan kepada paksi ketuhanan dalam alam realiti ini. Gambaran Islam menekankan
dalam apa keadaan sekalipun. Bagi menjelaskan realiti hakikat ketuhanan, realiti hakikat alam dan
ciri ini, beliau menyatakan beberapa hakikat yang realiti hakikat kemanusiaan. Realiti ini hendaklah
perlu dicapai. Dengan berpandukan kepada hakikat digambarkan dengan telus dan tidak disalah tafsir.
ini sasterawan tidak akan tergelincir daripada Ciri tauhid pula merupakan ciri terakhir yang
landasan gambaran Islam dalam karyanya. Antara menjadi pengikat dan simpulan bagi ciri-ciri di atas.
hakikatnya: Dimaksudkan dengan tauhid di sini ialah gambaran
1. Hakikat kewujudan Allah. yang dibuat oleh sasterawan hendaklah jangan
2. Hakikat alam daripada ciptaan Allah. menyalahi akidah tauhid atau menggambarkan
3. Hakikat keabadian hanya untuk Allah. kepercayaan khurafat atau syirik.
4. Hakikat keimanan syarat penerimaan Buku ini merupakan lontaran idea-idea kritikan
amalan. beliau dalam usaha membina pendekatan sastera
5. Hakikat Islam agama Allah. Islam. Ia merupakan garis panduan bagi membentuk
6. Hakikat keutamaan manusia daripada definisi sastera Islam. Keberkesanan idea-idea ini
segala makhluk. terbukti dengan munculnya sarjana-sarjana yang
7. Hakikat ketakwaan garis pengukur kepada membincang dan menghuraikannya.
hamba. Dalam tahun 1961, usaha beliau diteruskan oleh
8. Hakikat matlamat kehidupan manusia untuk saudaranya Muhammad Qutub yang memperjelaskan
beribadah. lagi konsepnya dengan menerbitkan sebuah buku
9. Hakikat aqidah pengikat perpaduan. berjudul Manhaj al-Fanni al-Islami (Manhaj
10. Hakikat dunia tempat beribadah dan akhirat Kesenian Islam) sebagai menyambung dan menyahut
tempat balasan. seruan yang dilaungkan oleh saudaranya Sayyid
Qutub. Beliau cuba menghurai dan menjelaskan
Ciri menyeluruh pula menunjukkan bahawa pandangan dan permasalahan yang ditimbulkan
gambaran Islam tidak dibatasi oleh sempadan oleh saudaranya dengan lebih terperinci. Beliau
tempat dan juga masa. Ia bukanlah untuk masyarakat membincangkan permasalahan seni termasuk bidang
tertentu sahaja dalam sesuatu masa, tetapi untuk sastera dengan meluas mengikut perspektif Islam.
semua masyarakat tanpa mengira tempat dan masa. Buku ini merupakan buku pertama dalam bahasa
Dengan tidak ada batasan ini, sasterawan bebas Arab yang membincangkan permasalahan sastera
menggambarkan perasaannya terhadap apa yang mengikut perspektif Islam. Berdasarkan pendapat
berlaku dalam alam ini. dan pandangan beliau, definisi sastera Islam ialah:
Ciri keseimbangan pula memberi keadilan Ungkapan yang indah tentang alam, kehidupan dan
dan saksama dalam gambaran dengan tidak manusia menurut perspektif Islam (Muhammad
menggambarkan kebaikan atau keburukan semata- Qutub 1981: 6).
mata. Beliau membincangkan keseimbangan antara Gagasan ke arah bersastera mengikut perspektif
pengabadian manusia dan cintanya kepada alam, Islam berkembang lagi dengan kemunculan seorang
keseimbangan antara kehendak Ilahi dan perjalanan novelis Islam daripada kalangan doktor perubatan
alam dan keseimbangan antara kehendak Ilahi dan yang banyak memberi sumbangan teori dan kreatif.
kehendak manusia. Beliau ialah Najib al-Kilani berasal dari Mesir. Dalam
Ciri positif daripada dua sumber utama turut tahun 1963 beliau menerbitkan bukunya berjudul
dibincangkan. Pertama, positif dalam hubungan Al-Islam wa Al-Mazahib al-Adabiyyah (Islam dan
antara Allah dan alam, kehidupan dan manusia. Mazhab Sastera). Shaltagh (1992: 23) menjelaskan
Kedua, positif hasil daripada manusia dalam ruang buku tersebut membincangkan perspektif Islam
lingkup kemanusiaan. Beliau menjelaskan lagi ciri- terhadap seni, pertembungan antara agama dan
ciri positif ini dengan membincangkan hubungan seni, kebebasan dan iltizam, iltizam dalam sastera
positif antara alam, manusia dan kehidupan dengan dunia, Islam dan sastera, sastera Islam dan seks,
Allah. Gambaran Islam menggambarkan hubungan permasalahan bahasa, sastera Islam tradisi, sastera
tersebut dengan sifat positif. Segala hubungan yang Islam moden, mazhab-mazhab sastera dunia dan
bersifat negatif antara perkara-perkara di atas ditolak diakhiri dengan contoh-contoh dari kreatif Islam
oleh Islam. seperti novel, cerpen, drama dan syair (Najib al-Kilani
1987).
74 Rosni Samah

Bagi menyambung siri perkembangan sastera sarjana dan sasterawan yang berkecimpung dalam
Islam moden, muncul seorang lagi tokoh yang bidang tersebut sehinggalah tercetus idea untuk
banyak memberi sumbangan dalam perkembangan menubuhkan liga untuk sastera Islam. Sumbangan
sastera Islam. Beliau ialah Abdul Rahman Rafat yang tidak asing lagi, yang dilaungkan oleh al
al-Basya yang bertugas sebagai dekan di Fakulti Syeikh al-Maulana Abu Hassan al-Nadawi untuk
Bahasa Arab, Universiti Imam di Riyadh, Arab menubuhkan sebuah Liga Sastera Islam Sedunia
Saudi ketika itu. Ahmad Muhammad Ali (1991: 8) akhirnya menjadi kenyataan.
menjelaskan beliau berjaya menerbitkan beberapa Satu seminar antarabangsa sastera Islam telah
buah buku tentang sastera Islam hasil kerja diadakan di Lucknow, India. Seminar tersebut
sama dengan beberapa orang pelajarnya. Buku- berjalan selama tiga hari iaitu pada 17, 18 dan
buku tersebut diterbitkan oleh Universiti Imam 19 April tahun 1981. Turut hadir dalam seminar
sendiri. Antaranya ialah Sastera dalam Membantu tersebut perwakilan daripada beberapa buah
Kehidupan dan Aqidah, Syair Dakwah Islamiah universiti, pusat-pusat pengajian tinggi dan badan-
di Zaman Nabi dan Khulafa al-Rasyidin, Syair badan sastera dari India, negara-negara Arab dan
Dakwah Islamiah di Zaman Umawi, Syair Dakwah negara-negara Islam yang lain. Kemudian disusuli
Islamiah di Zaman Abbasi Kedua dan Kisah-Kisah pula dengan seminar sastera Islam bagi kali kedua
Islam di Zaman Nabi dan Khulafa al-Rasyidin. yang diadakan di Universiti Islam Madinah selama
Pandangan-pandangan beliau tentang gagasan lima hari bermula dari 5 hingga 9 Rejab tahun 1402
ke arah sastera Islam dimuatkan dalam bukunya Hijrah.
yang berjudul Nahwa Mazhab Islami fi al-Adab wa Berikutan dari dua seminar di atas, tertubuhlah
al-Naq. (Ke Arah Mazhab Islam dalam Sastera dan Liga Sastera Islam Sedunia pada bulan Rabiulawal
Kritikan). Beliau turut membincangkan beberapa tahun 1405 Hijrah yang diterajui oleh al-Syeikh
permasalahan pokok terhadap sastera Islam. Abi Hassan al-Nadawi berpusat di Dar al-Ulum,
Antaranya ialah sikap dan pandangan Islam melalui Luchnow, India. Cawangan-cawangannya juga
hadis dan al-Quran terhadap seni sastera khususnya ditubuhkan di negara-negara Arab dan Islam seperti
syair, arus mazhab sastera dunia yang dominan di Riyadh, Jordan, Mesir dan Turki.
serta pandangan Islam terhadapnya, mazhab dan Dalam bidang pembelajaran pula, Said Abu
arus sastera yang diperlukan, gambaran Islam Redha (1983: 37) menjelaskan Universiti Imam
terhadap Allah dan makhluknya, ciri-ciri umum bagi Muhammad Ibni Suud al-Islamiah, di Riyadh
sastera Islam, permasalahan iltizam dalam sastera, merupakan institusi pendidikan yang pertama
kebebasan sasterawan, sikap sastera Islam terhadap muncul dalam bidang ini. Subjek sastera Islam
qada dan qadar, corak etika sastera Islam dalam Moden dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya.
menggambarkan kejahatan dan keburukan, sikap Kemudian ditubuhkan pula satu jabatan yang diberi
sastera Islam terhadap hubungan seks, kisah Islam, nama Jabatan Rhetorika, Kritikan dan Manhaj
teater Islam dan beliau mengakhiri perbincangannya Sastera Islam. Jabatan tersebut berasal daripada
dengan memaparkan beberapa contoh teater Islam. Jabatan Rhetorika dan Kritikan.
Perkembangan sastera Islam moden berkembang Universiti Islam Madinah turut menjejaki usaha
lagi dengan kemunculan seorang lagi tokoh dari Iraq. yang sama. Hasil kerjasama daripada timbalan
Beliau ialah Imaduddin Khalil yang banyak memberi rektor dan dekan Fakulti Bahasa Arab, subjek sastera
sumbangan dan usaha gigih dalam perkembangan Islam Moden berjaya dimasukkan ke dalam sukatan
gagasan ke arah sastera Islam. Beliau berjaya pelajarannya. Ia mula ditawarkan kepada pelajar-
menerbitkan sebuah buku berjudul Fi Naqdi Islami pelajar tahun ke tiga dan ke empat sejak dari sesi
Muasir (Dalam Kritikan Islam Semasa) pada tahun pengajian 1401/1402 Hijrah.
1972. Buku ini pada asalnya merupakan beberapa Kedua-dua buah universiti di atas dikira institusi
artikel dan kertas kerja yang membincangkan kritikan yang terawal memberi perhatian dan sumbangan
mengikut perspektif Islam yang telah beliau siapkan kepada perkembangan sastera Islam Moden
sejak tahun enam puluhan lagi. Dalam tahun 1981 di peringkat awal dalam bidang pembelajaran.
beliau menerbitkan sebuah lagi buku membincangkan Kemudian usaha tersebut diikuti oleh universiti-
kritikan sastera yang berjudul Muhawalat Jadidah fi universiti lain seperti Universiti al-Azhar yang
al-Naqd wa al-Adab (Beberapa Percubaan Baharu menawarkan subjek sastera Islam moden kepada
dalam Kritikan Islam). pelajar tahun akhir fakulti bahasa Arab.
Bertolak dari sini, bidang sastera Islam
moden terserlah luas hasil dari sumbangan para
Rosni Samah 75

Beberapa Definisi Sastera Islam beliau berusaha untuk menggambarkannya dengan


ungkapan indah yang dapat mempengaruhi jiwa
Sastera Islam moden merupakan arus mazhab sastera masyarakat supaya mereka dapat merasai seperti
yang muncul hasil daripada kebangkitan pergerakan apa yang dirasainya. Sebenarnya tidak dimaksudkan
Islam. Arus ini bertujuan untuk menghidupkan dengan ungkapan di sini, semata-mata ungkapan
semula sastera Islam dan memartabatkan karya kosong sahaja, tetapi yang dikehendaki ialah
kreatif sebagai media dakwah seperti yang pernah ungkapan yang dapat membentuk satu gambaran
dicapai di zaman permulaan Islam dahulu. Seruan indah, dinamis, inspirasi, memberi kesan dan boleh
ke arah bersastera mengikut perspektif Islam mula menimbulkan pergolakan perasaan dalam jiwa
dirasai sejak dekad empat puluhan lagi. orang lain.
Menurut Shaltagh (1992: 5) definisi sastera Islam Seimbas pandang, didapati bahawa definisi
berkembang berperingkat-peringkat sehinggalah beliau di atas tidak menggambarkan dengan jelas
mencapai kematangan sekitar dekad 80-an kurun apa yang dikehendaki dengan pengertian sastera
lepas. Tokoh pelopor yang tidak asing lagi dalam Islam, sebaliknya lebih mirip kepada ke arah
bidang ini ialah Sayyid Qutub yang merupakan bersastera atau berseni secara umum. Bagi sastera
seorang sarjana Arab pertama yang melaungkan Islam sudah tentu ia mempunyai garis panduan dan
gema ke arah bersastera mengikut perspektif syarat-syarat yang tersendiri mengikut perspektif
Islam dan mengemukakan teori sastera Islam. Islam. Apabila kita mengamati dan meneliti definisi
Kemunculan penulisannya memberi kesan positif tersebut, kita akan menemui dengan garis panduan
kepada perkembangan teori sastera Islam yang dan syarat-syarat tersebut. Contohnya kita melihat
mula diperkatakan dan mendapat sambutan panas semula kepada definisi di atas, kita dapati perkataan
daripada para sarjana sastera khususnya mereka gambaran khusus bagi kehidupan dan hubungannya.
yang mempunyai kesedaran Islam. Menurut Imaduddin Khalil (1984: 69) gambaran
Pada peringkat awal perkembangan, beliau inilah yang menjelaskan kehendak sastera Islam
cuba mendefinisikan sastera Islam dengan katanya sebenar kerana dalam Islam sendiri terdapat
(1948: 8): gambaran khusus tentang kehidupan yang terpancar
Ungkapan tentang pergolakan atau dorongan perasaan dalam
daripadanya nilai-nilai tersebut yang mempunyai
bentuk yang boleh memberi inspirasi. sifat-sifat tersendiri. Gambaran tersebut berbeza
dengan gambaran yang menyalahi gambaran yang
Kemudian beliau menghurai dan menjelaskan bukan daripada perspektif Islam.
lagi definisi tersebut dengan lebih jelas dengan Dari sini dapat digariskan definisi Sayyid Qutub
katanya (1993:11): (1992: 28) seperti katanya pada tempat yang lain:
Ungkapan inspirasi tentang nilai-nilai dinamis yang bergolak Ungkapan yang lahir daripada jiwa yang dipenuhi dengan
dengan perasaan sasterawan yang terpancar daripadanya semangat dan kesedaran Islam.
gambaran khusus tentang kehidupan dan hubungannya antara
manusia dan alam dan hubungan sesama manusia Bagi memeriahkan lagi perbincangan tentang
Bertolak daripada dua definisi yang didedahkan teori sastera Islam muncul pula adiknya Muhammad
oleh Sayyid Qutub, kita dapati bahawa ia tidak Qutub (1981: 6) dengan definisi seni Islam
bertentangan antara satu sama lain, bahkan definisi yang merangkumi di dalamnya sastera Islam. Ia
yang kedua lebih merupakan huraian dan penjelasan merupakan penjelasan dan huraian yang lebih
bagi definisi pertama. Kedua-dua definisi tersebut jelas lagi terhadap definisi yang dikemukakan oleh
jelas menggambarkan bahawa bersastera mengikut abangnya Sayyid Qutub. Definisi tersebut ialah:
perspektif Islam hendaklah berlandaskan kepada dua ungkapan indah tentang alam, kehidupan dan manusia
perkara pokok. Pertama; pergolakan dalaman atau mengikut perspektif Islam terhadap perkara tersebut.
dorongan perasaan yang jujur. Kedua; ungkapan Dimaksudkan dengan ungkapan yang indah
dinamis yang indah tentang pergolakan dalaman dalam definisi di atas, ialah ungkapan yang
atau dorongan tersebut yang memberi inspirasi memenuhi ciri-ciri berkarya atau bersastera sama
kepada nilai-nilai murni. ada dalam bidang syair atau prosa seperti novel,
Salleh Adam Bilu (1985: 52) menjelaskan cerpen dan teater. Jika ungkapan tersebut tidak
maksud pergolakan dalaman atau dorongan perasaan memenuhi ciri-ciri tersebut, maka sudah tentu ia
ialah pergolakan perasaan yang berlaku dalam jiwa tidak tergolong dalam golongan sastera dan tidak
sasterawan hasil daripada sesuatu pengaruh luar atau dinamakan sastera Islam atau pun bukan Islam.
situasi yang boleh mengerakkan perasaannya, lalu
76 Rosni Samah

Tahir M. Ali (1989: 7) menjelaskan kedua-dua menilai sastera Islam. Kedua-duanya tidak boleh
tokoh adik-beradik ini merupakan tokoh pelopor dipisahkan antara satu sama lain. Pertama; ialah
dalam mendefinisikan sastera Islam. Kemudian ungkapan indah. Kedua; gambaran atau perspektif
muncul pula para sarjana dan penyelidik yang cuba Islam tentang alam, kehidupan dan manusia. Hasil
mengetengahkan definisi mereka tersendiri tentang daripada gabungan kedua-dua unsur tersebut maka
sastera Islam. Boleh dikatakan keseluruhan definisi lahirlah sastera Islam.
mereka berteraskan atau bertitik tolak daripada Unsur pertama iaitu ungkapan indah yang
definisi yang telah diutarakan oleh Sayyid Qutub bertujuan untuk menilai sesebuah karya supaya boleh
dan saudaranya Muhammad Qutub. Definisi mereka di golong dalam golongan karya sastera atau tidak.
merupakan penjelasan dan huraian dari definisi Sekiranya unsur ini tidak diambil kira, sudah tentu
kedua-dua tokoh sarjana di atas. karya sastera tidak akan muncul. Justeru daripada
Muhammad al-Majzub (1981: 68) menyatakan itu, dengan sendirinya karya sastera Islam tidak
sastera Islam ialah satu seni yang menggambarkan dapat dihasilkan kerana ia merupakan pra syarat bagi
peribadi kemanusiaan melalui perkataan yang boleh menilai sastera Islam. Unsur ini merupakan bakat
memberi pengaruh. atau keupayaan kreatif yang perlu ada pada peribadi
Mengikut pendapat Imaduddin Khalil (1987: seseorang sasterawan Islam. Tanpa bakat tersebut
69), sastera Islam ialah: sudah tentu sastera Islam tidak dapat dihasilkan.
Ungkapan indah tentang gambaran Islam terhadap alam, Unsur kedua pula, ialah gambaran atau perspektif
kehidupan dan manusia yang boleh memberi pengaruh. Islam tentang alam, kehidupan dan manusia. Ia
bertujuan untuk menilai sesuatu karya sastera yang
Abdul Rahman Basha (1996: 92) pula dihasilkan itu supaya dapat di golong dalam golongan
mendefinisikan sastera Islam sebagai: sastera Islam atau sebaliknya. Sebenarnya unsur
Ungkapan seni yang bermotif tentang realiti kehidupan, alam kedua ini dapat dicapai selepas terhasilnya unsur
dan manusia berdasarkan perasaan sasterawan yang terpancar pertama. Sesebuah karya sastera dapat di golong
daripadanya gambaran Islam tentang hubungan Allah dengan
dalam golongan sastera Islam dengan memenuhi
makhluknya dan sebaliknya.
dua unsur tersebut yang merupakan garis pengukur
Boleh disimpulkan bahawa sastera Islam ialah bagi sastera Islam.
satu tema yang muncul dalam bentuk ungkapan Imaduddin Khalil (1987: 82) menegaskan untuk
dengan gaya bahasa yang baik hasil daripada menghasilkan dan menjayakan sesebuah karya
pancaran pergolakan pemikiran dan perasaan yang sebagai karya sastera Islam, hendaklah digabungkan
berlaku kesan dari sesuatu peristiwa. Ia tercetus kedua-dua unsur tersebut. Adnan Nahwi (1987: 23)
ketika bakat sastera mendorong sasterawan untuk menjelaskan ia bertitik tolak dengan syarat hendaklah
berkarya. sasterawan itu menganuti agama Islam dan berpegang
Ahmad Muhammad Ali (1991: 64) menjelaskan kepada iltizam Islam. Mahjat Kamil Darwish (1996:
bagi mencapai penilaian sastera Islam yang 155) menjelaskan maksud iltizam Islam di sini ialah
sebenar, sesuatu karya tersebut hendaklah dinilai berpegang dengan nilai-nilai Islam dan gambarannya
pada peringkat pertama dari sudut nilai sasteranya, bagi setiap tema yang hendak digambarkan atau
samada ia memenuhi kehendak ciri-ciri sastera setiap masalah yang hendak dipaparkan.
ataupun tidak. Sekiranya ia memenuhi kehendak Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada
ciri-ciri tersebut barulah dinilai pula di peringkat perbincangan teori sastera Islam di atas ialah,
kedua, iaitu dari sudut Islamnya atau tidak. Garis sasterawan Islam hendaklah berpandukan atau
pengukur bagi menentukan sesuatu karya itu berasaskan kepada perspektif Islam tentang alam,
di golong dalam golongan sastera Islam ialah manusia dan kehidupan dalam sesebuah karya.
perspektif Islam bagi tema dan mesej yang hendak Dengan termeterainya dua unsur tersebut dalam
diungkapkannya. Sekiranya ia lahir dari jiwa sesebuah karya sastera, maka terhasil sastera Islam.
sasterawan yang mempunyai pengetahuan dan Daripada definisi yang dibentangkan di atas,
kesedaran Islam serta menepati kehendak nilai jelas menggambarkan bahawa ia memusatkan
sastera dan perspektif Islam, maka sudah tentu perbincangan kepada dua unsur utama di atas, bagi
ia memenuhi kehendak sastera Islam. Tetapi jika menilai sesebuah karya sastera Islam dan merupakan
sebaliknya, ia tidak dikira sebagai sastera Islam. garis pengukur bagi sastera tersebut.
M. Hassan Barighah (1992: 108) membuat Daripada penelitian kepada beberapa definisi
kesimpulan secara keseluruhannya didapati definisi yang dibentangkan di atas, didapati ia tidak
mereka berteraskan kepada dua faktor utama bagi membincangkan atau menjelaskan siapakah
Rosni Samah 77

sasterawan sebenar bagi ungkapan tersebut. Ini Islam merupakan media dakwah yang merangkumi
boleh menyebabkan sesetengah sarjana berpendapat keseluruhan aspek kehidupan.
bahawa karya sastera yang menepati kehendak Daripada perbincangan di atas, dapat dibentuk
sastera Islam boleh digolongkan dalam sastera satu definisi sastera Islam dengan pengertian yang
Islam walaupun sasterawannya bukan orang Islam, merangkumi syarat-syarat yang dibincangkan di
asalkan karyanya menepati garis panduan di atas. atas seperti di bawah:
Ini sudah tentu tidak menepati kehendak sebenar. Ungkapan indah tentang alam, kehidupan dan manusia serta
Muhammad Qutub (1981) sendiri dalam hubungannya dengan penciptanya mengikut perspektif Islam
definisinya tidak menyebut siapakah sasterawan yang lahir dari jiwa sasterawan Islam yang berpegang kepada
yang boleh melahirkan sastera Islam. Dalam akidahnya dengan penuh kesedaran untuk menyampaikan mesej
bukunya, beliau membawa beberapa contoh Islam kepada manusia sejagat.
daripada sasterawan yang bukan Islam. Seperti Hasil daripada definisi di atas, dapat dirumuskan
syair daripada pensyair India dan teater daripada bahawa untuk memenuhi kehendak sastera Islam,
G. M. Sing. Tetapi dalam perbincangan yang lain, akidah adalah asas kepada kemunculannya. Ia
beliau menyebut bahawa seni Islam semestinya merupakan niat suci yang muncul dari kesedaran
muncul daripada artis atau sasterawan Islam yang sasterawan untuk menyampaikan mesej kepada
mempunyai gambaran Islam yang jelas tentang masyarakat dalam karyanya. Unsur kedua ialah
alam, kehidupan dan realiti dengan makna dan sasterawan Islam. Terdapat juga karya sastera
pengertian yang luas. yang dibawa oleh sasterawan bukan Islam dengan
Daripada perbincangan ini, jelaslah bahawa penuh nilai kemanusiaan. Karya sastera seperti
sastera Islam mempunyai hubungan yang rapat ini tidak digolongkan dalam sastera Islam kerana
dengan sasterawan Islam yang merupakan sumber sasterawannya bukan Islam. Ia hanya dinamakan
kemunculannya. Muhammad Hasan Barighash sastera kemanusiaan. Unsur ketiga ialah gambaran
(1992: 159) menjelaskan sastera Islam hendaklah yang digambarkan oleh sasterawan atau tema yang
lahir dari sasterawan Islam. Walau bagaimanapun dibawanya. Tanpa tema yang jelas dan membawa
terdapat juga karya sastera yang mempunyai nilai- mesej, karya tersebut tidak dinilai sebagai sastera
nilai murni dan gambaran seperti yang dikehendaki Islam. Unsur keempat ialah ungkapan indah yang
oleh Islam, tetapi ia dicipta oleh sasterawan bukan muncul daripada sasterawan Islam. Ungkapan
Islam. Karya sastera seperti ini tidak boleh di indah inilah yang dinilai sama ada ia di golong
golong dalam golongan sastera Islam. Sebaliknya dalam golongan sastera atau tidak. Hasil gabungan
dinamakan sastera berunsur Islam atau sastera daripada keempat-empat unsur ini terpancarlah
fitrah manusia yang memerlukan kepada nilai- sastera Islam yang dapat membawa mesej dan nilai-
nilai kebaikan semula jadi. Terdapat sasterawan nilai murni kepada masyarakat.
Islam yang melahirkan karya mereka, tetapi tidak
menepati kehendak perspektif sastera Islam, maka
ia juga tidak dinamakan sebagai sastera Islam Penutup
meskipun lahir dari orang Islam.
Kesimpulannya, sastera Islam hendaklah lahir Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa
daripada jiwa sasterawan Islam yang berpegang sastera Islam dalam sastera Arab moden muncul
kepada akidahnya, keimanan, amalan, budi pekerti semula hasil dari pada pergerakan reformasi Islam.
dan akhlak. Perkara tersebut perlu bagi melahirkan Pemikiran ke arah menghidupkan semula sastera
karya sastera yang membawa mesej Islam dengan Islam dicetuskan oleh tokoh-tokoh reformasi Islam
penuh kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat. dengan tujuan menjadikannya sebagai wasilah
Ini tidak bermakna bahawa sastera Islam hanyalah dakwah. Kemuncak perkembangannya dapat
membincang soal ibadah sahaja seperti sembahyang, dilihat dengan kemunculan Liga Sastera Islam
puasa, haji dan wataknya terdiri daripada ustaz, yang berpusat di Riyadh, dan kursus sastera Islam
tok imam, tok lebai serta pakaiannya berjubah, ditawarkan di beberapa buah universiti. Perdebatan
serban, kopiah dan seumpamanya. Karya seperti definisinya mencapai tahap kematangan sekitar
ini dinamakan karya agama atau sastera agama. dekat 80-an kurun lepas hasil daripada sumbangan
Sebaliknya sastera Islam mempunyai dimensi dan idea tokoh-tokoh reformasi Islam.
ruang lingkup yang luas. Ia merangkumi bidang
alam, kehidupan dan manusia serta hubungannya
dengan penciptanya. Pada hakikatnya sastera
78 Rosni Samah

Rujukan Najib al-Kilani. 1987. Al-Islamiah wa al-Mazahib al-Adabiah.


Beirut: Muassasah al-Risalah.
Abdul Rahman Basha.1996. Nahwa Mazhab Islami fi al-Adab Rahmah Ahmad & M. Shahrizal Nasir. 2011. Sastera Islam: Satu
wa al-Naqd. Kaherah: Dar al-Adab. Perbandingan Antara Pandangan Mohd. Affandi Hassan
Adnan Ali Ramdan. 1987. Al-Adab al-Islami: Insaniyyatuhu dengan Abu Ali Al-Nadwi. Jurnal e-Utama. Vol. 3.
wa Alamiyyatuhu. Riyad: Dar al-Nahwi. Said Abu al-Redha. 1983. al-Adad al-Islami: Qadiah wa Bina.
Ahmad Muhammad Ali. 1991. Al-Adab al-Islam: Dharurah. Jeddah: Alam al-Marifah.
Kaherah: Dar al-Shahah. Salleh Adam Bilu. 1985. Min Qadhaya al-Adab al-Islami.
Imaduddin Khalil. 1984. Fi Naqdi Islami Muasir. Beirut: Jedah: Dar al-Manarah.
Muasasah Risalah. Sayyid Qutub. 1948. Al-Naqd al-Adabi. Beirut: Dar al-Syuruq.
Imaduddin Khalil. 1987. Madkhal ila Nadhariah Adab Islami. Sayyid Qutub. 1978. Khasais al-Tasawur al-Islami. Jedah:Ittihad
Beirut: Muassasah Risalah. al-Islami.
Mahjat Muhamad Kamil. 1996. Qadhaya wa Aara Hawla al- Sayyid Qutub. 1993. Fi al-Tarikh Wa al-Manhaj. Kaherah:
Adab al-Islami. Kaherah: University al-Azhar. Dar al-Syuruq.
Muhammad al-Majzub.1981. Majallah Basi Islami. Bil. 1-2. Sayyid Qutub. 1992. Madkhal Ila Nazariyyat al-Adab al-Islami.
India: Nadwah Alamiah li Adab Islami. Beirut: al-Risalah.
Muhammad Hasan Barighas. 1992. Al-Adab al-Islami: Usuluhu Shaltagh.1992. Malameh Ammah li Nadzariayyah Adab Islami.
Wasimatuhu. Aman: Dar al-Bashir. Damsyik: Darul Marifah.
Muhammad Qutub. 1981. Manhaj al-Fanni al-Islami. Beirut: Tahir Muhammad Ali. 1989. Al-Malamih al-Ammah li
Dar al-Syuruq. Nazariati al-Adab al-Islami. Beirut: Darul Marifah.

Rosni bin Samah, Ph.D.


Profesor Madya
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
Universiti Sains Islam Malaysia
E-mail: rosni@usim.edu.my

Anda mungkin juga menyukai