Anda di halaman 1dari 53

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.

com

KANDUNGAN
Bil.

Latar belakang,
Kandungan
Objektif

A. Peralatan Asas
B. Kaedah Memasang Bow
Memasang Bow string
Bow setting
Menentukan Nocking point
C. Penyediaan Arrow
D. Langkah Keselamatan
1. Peralatan Memanah
2. Lapang sasar
3. Teknik Memanah yang betul.
4. Jurulatih
5. Penyelenggaraan
E. Memanaskan Badan Dan Regangan
F. Kemahiran Asas Memanah
Stance, Nocking Arrow, Drawing hand and Bow hand,
Pre-draw, Full draw, Anchor, Holding and Aiming, Release,
Follow through, Relaxing.
G. Pembetulan Kemahiran / Kesalahan
H.
Program Pembangunan, Latihan Dan Pengurusan
Pertandingan
1. Program Pembangunan Dan Latihan
2. Pengurusan Pembangunan
I Lampiran
1. Gambarajah Target Butt
2. Gambarajah dan kedudukan Target Faces
3. Gambarajah Pelan Padang
4. Contoh Borang Markah
5. Contoh Buku Log
6. Peraturan Pertandingan Memanah MSSM

manual latihan memanah 1


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

LATAR BELAKANG

Memanah merupakan salah satu sukan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Jasmani
dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sukan Prestasi Tinggi Sekolah bermula 1
Januari 2008.

Kecemerlangan sukan ini memerlukan satu perancangan yang teratur dan efisyen. Sebagai
permulaan program pembangunan untuk tempoh tiga tahun bermula dari tahun 2008 hingga 2010
telah dirancang. Program ini adalah bertujuan mengenalpasti dan melatih bakat-bakat memanah
yang terdapat di sekolah-sekolah seluruh negara, untuk menjadi atlet memanah peringkat remaja,
peringkat kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Bagi mencapai matlamat program ini, buku Manual Latihan Memanah SPTS ini disediakan
sebagai asas sumber rujukan dan panduan untuk semua Panel Jurulatih Sekolah yang terlibat.

manual latihan memanah 2


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

TUJUAN PROGRAM

Program Memanah SPTS adalah bertujuan untuk:

1. Menambahkan kuantiti atlet sukan memanah di kalangan pelajar sekolah di seluruh


negara.
2. Meningkatkan kualiti pemanah-pemanah di peringkat sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua pelajar yang menceburkan diri dalam aktiviti sukan
dengan perancangan yang sistematik dan berterusan.
4. Menggalakkan pelajar memperbaiki kemahiran dan meningkatkan kecemerlangan di dalam
aktiviti sukan.
5. Menerapkan etika kesukanan yang tulen ke arah melahirkan atlet yang berdisiplin, dan
berusaha mencapai kemenangan.
6. Melahirkan bakat-bakat dalam sukan memanah yang dapat mewakili negara di peringkat
antarabangsa.
7. Mempertingkatkan kualiti dalam pengurusan sukan memanah di peringkat sekolah.

manual latihan memanah 3


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

OBJEKTIF

Buku Manual Latihan secara umumnya mengandungi keseluruhan latihan sukan memanah yang
bersistematik dan terancang serta contoh-contoh berbentuk latihan dan latih tubi.
Jurulatih digalakkan memenuhi kehendak garis panduan yang diberi dengan sebaik
mungkin.Sehubungan dengan itu, manual ini diharap dapat membantu jurulatih dalam melahirkan
pemanah-pemanah yang seimbang dalam ciri-ciri berikut:
1. Berkemahiran tinggi dalam sukan memanah sehingga layak mewakili negara.
2. Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai atlet yang dapat dijadikan contoh oleh
masyarakat.
3. Berkemampuan untuk mengukuhkan jalinan perpaduan antara semua kaum di Malaysia
melalui pertandingan sukan yang diceburi.

Dari segi kejurulatihan, manual ini diharap dapat dijadikan panduan untuk:
1. Mengenal pasti jenis-jenis kemahiran, sistem latihan, konsep dan pengetahuan yang perlu
diasuh dikalangan atlet mengikut keperluan dan keutamaan.
2. Merangka dan menjalankan aktiviti-aktiviti untuk sesi-sesi latihan sesuai dengan
kemampuan dan kesediaan fizikal dan mental atlet.
3. Menjalankan ujian-ujian yang sesuai bagi tujuan menilai keberkesanan latihan dan objektif
program.

manual latihan memanah 4


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH @ nyong75.wordpress.com

A. PERALATAN ASAS MEMANAH

Busar Panjang (Long Bow)


Long bow merupakan busar yang paling asas.
Long bow Inggeris adalah seperti yang
dipaparkan di sebelah. Bentuknya tidak berubah
semenjak 9,000 - 6,000 SM. Ianya dibentuk dari
sebatang kayu dan pemegangnya selalunya di
perbuat dari sekeping kulit yang diikat di
sekeliling busar. Satu lekukan di potong di
sebelah kiri atau kanan busar bertujuan untuk
meletakkan anak panah (arrow rest). Pejera
(sight) tidak digunakan. Panahan di lakukan
dengan cara membidik hujung anak panah
semasa tarikan penuh. Titik bidikan akan
berbeza bergantung kepada jarak sasaran.

Busar
Mongol
(Mongol
bow)
Busar
Ainu dari
Jepun
(Ainu
bow)

Busar Jawa (Java bow)

manual latihan memanah 5


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Busar Asas Recurve (sesuai untuk kategori 15


tahun dan kebawah)
Busar Recurve mempunyai panjang yang
berbeza iaitu 1220mm(48 inci) sehingga
1780mm (70 inci).Kebanyakan busar yang
digunakan dalam pertandingan Target Archery
biasanya adalah 1675mm (66inci). Sebagai
panduan asas untuk memilih panjang busar
yang sesuai , individu yang mempunyai jarak
tarikan penuh yang kurang dari 710mm(28 inci)
boleh menggunakan busar antara 1575mm-
1675mm (62 - 66 inci) sementara individu yang
mempunyai tarikan penuh melebihi 710mm (28
inci) boleh menggunakan busar antara
1575mm-1780mm (66-70 inci). Kekuatan busar
biasanya tertulis di belakang lengan bawah
busar. Kekuatan busar berdasarkan kepada
panjang limb. Kekuatan sesebuah busar ditulis
dalam paun (lbs). Contohnya busar yang
mempunyai kekuatan 28 lbs dan panjang 28
inci ditulis seperti berikut: #20 @ 28. Ini
bermaksud tenaga yang diperlukan bagi tarikan
penuh (28 inci) ialah 20 lbs (9 kg). Pemanah
baru patut menggunakan busar yang
mempunyai kekuatan 15-20 lbs (kanak-kanak)
dan 20-25 lbs bagi orang dewasa. Kebanyakan
busar asas diperbuat daripada kayu berlapis.
Pemegang dan lengan dilapisi oleh fiberglass
untuk ketahanan limbs. Busar yang di kenali
sebagai "Take-Down Recurve" mempunyai
poket di atas dan di bawah pemegang
bertujuan untuk melekatkan limb busar. Jenis
ini boleh di pisahkan supaya senang untuk
dibawa ke mana-mana. Lengan yang
dipisahkan boleh diganti dengan lengan yang
sesuai untuk pemanah.

manual latihan memanah 6


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Advanced Recurve Bow (untuk kategori 15


tahun ke atas)

Contoh busar recurve seperti ditunjukkan di


sebelah. Pemegangnya diperbuat dengan
aluminium yang di mesin untuk
mengurangkan beratdan mengekalkan
keseimbangan geometri. Limbs adalah
selari dengan tepat. Pemegangnya juga
mempunyai poket untuk memasukkan
limbs. Ia juga mempunyai poket untuk
pressure button dan clicker. Tempat
pemegang boleh ditanggalkan dan boleh
diganti mengikut kesesuaian.

Anak Panah

manual latihan memanah 7


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Anak panah biasanya diperbuat daripada kayu, fiberglass, aluminium dan karbon graphite.
Anak panah aluminium mempunyai ukur lilit dan ketebalan yang tepat. Setiap anak panah ditanda
dengan nombor, contohnya 2013 yang bermaksud anak panah tersebut mempunyai
ukur lilit 20/64th inci(7.94mm) dan ketebalan dindingnya adalah 13/1000th inci(0.33mm) semasa
pertandingan. Anak panah yang melebihi 9.3mm (2312, 2314, 2315 dan 2317) tidak boleh
digunakan dalam pertandingan.
Anak panah sepatutnya dipotong bersesuaian dengan tarikan penuh (full draw) seseorang
pemanah. Kesesuaian anak panah untuk setiap pemanah boleh ditentukan dengan merujuk
kepada carta pemilihan anak panah Easton. ( lihat lampiran A)

NOCKS

Nocks diperbuat daripada plastik keras


dan digam di hujung belakang anak
panah. Barisan atas adalah nocks
untuk anak panah aluminium. Nocks
mempunyai 6 saiz yang berbeza untuk
disesuaikan dengan ukur lilit anak
panah.
Nocks yang mempunyai insert adalah
untuk anak panah karbon atau karbon-
aluminium .

manual latihan memanah 8


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

FLETCHERS ( SAYAP )

Fletchers diperbuat daripada plastik


lembut dalam pelbagai bentuk dan
saiz.
Fletchers bulu ayam juga boleh
digunakan tetapi tidak begitu tahan
berbanding dengan fletchers plastik.
Kebiasaannya terdapat tiga fletchers
dilekatkan pada bahagian berhampiran
dengan nocks. Ia biasanya dilekatkan
pada sesuatu sudut supaya anak
panah itu berputar dengan sempurna,
lebih stabil dan lurus semasa terbang.
Kedudukan fletchers mestilah sesuai
dengan jenis arrow rest yang
digunakan.

ARROW POINTS ( MATA ANAK PANAH )

Diagram di sebelah adalah mata anak


panah yang digunakan dalam
pertandingan (target archery). Tiga
anak panah di barisan atas digunakan
untuk anak panah aluminium. Mata
anak panah yang bertanda 7% akan
memberikan 7% keseimbangan di
bahagian hadapan dan seterusnya.
Mata anak panah yang lain adalah
untuk anak panah karbon.
Terdapat perbezaan berat mata anak
panah, oleh itu keseimbangan anak
panah dapat dikawal. Ini adalah sangat
penting kerana sekiranya terdapat
sedikit perbezaan dalam berat anak
panah, ianya boleh mengubah
penerbangan (flight) anak panah
tersebut.

manual latihan memanah 9


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

FINGER TABS ( PELINDUNG JARI )

Pelindung jari digunakan untuk


melindungi jari pemanah dari
sebarang kecederaan dan juga
memberikan permukaan yang
licin untuk tali panah
mengelungsur.
Kebanyakan pelindung jari
diperbuat daripada kulit ataupun
bahan lain . Saiz pelindung jari
tidak sepatutnya melebihi jari
pemanah.

ARM GUARDS ( PELINDUNG LENGAN )

Pelindung lengan diperbuat daripada kulit yang


dikuatkan atau plastik yang dipakai di sebelah
dalam lengan yang memegang busar (bow arm).
Ianya di pakai untuk mengelakkan kecederaan
lengan pemanah.

QUIVERS ( KANTUNG ANAK PANAH )

Kantung anak panah


digantung di pinggang.
Ianya digunakan untuk
membawa anak panah.

manual latihan memanah 1


0
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

CHEST GUARD ( PELINDUNG DADA )

Pelindung dada digunakan untuk mengelakkan


kecederaan dada terutamanya bagi pemanah
wanita. Tekanan berpanjangan dari tali panah
boleh menyebabkan timbulnya satu
kebengkakkan pada tisu lemah yang sukar untuk
dibezakan dengan tisu kanser.
Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan baju
besar daripada mengganggu tali panah.
Pelindung dada diperbuat daripada nylon
ataupun plastik.

Pressure Button (Plunger Button)

Plunger button digunakan dengan


dua tujuan iaitu :
a. Untuk melaras kedudukan
melintang semasa anak panah
berada di atas arrow rest supaya
panahan lebih tepat.
b. Untuk menyerap lencongan
semasa pelepasan anak panah.
Pelarasan plunger button akan
menjadikan penerbangan anak
panah lebih lurus apabila busar
telah diselaraskan.

manual latihan memanah 1


1
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

CLICKER

Clicker merupakan sekeping logam nipis


berspring yang dilekatkan di pemegang
busar. Anak panah diletakkan di antara
clicker dan pemegang busar supaya apabila
anak panah ditarik dengan tarikan penuh
( full draw), ianya akan memetik pemegang
busar dan menghasilkan bunyi. Semasa
inilah pemanah akan melepaskan anak
panah. Clicker juga boleh digunakan
sebagai pengesan panjang tarikan.
Sebelum pemanah boleh menggunakan
clicker, tarikan penuhnya hendaklah
konsisten. Untuk memasang clicker, ia
sepatutnya dilekatkan pada kedudukan di
mana separuh mata anak panah berada di
bawah clicker semasa tarikan penuh (full
draw).

SIGHTS ( PEJERA )

Sight digunakan bagi kedua-dua


jenis busar Recurve dan
Compound. Ianya diletakkan di tepi
pemegang busar. Lengan
penyambung melintang
membolehkan sight dilaraskan ke
dalam atau ke luar dari busar.
Lengan membujur biasanya
disertakan dengan sukatan bacaan
bagi memudahkan pelarasan
ketinggian.

FINGER SLING ( PENGIKAT JARI )

Pengikat jari diperbuat daripada


seutas tali kasut ataupun sebarang
tali yang kedua-dua hujungnya
diikat bersama. Ianya diikat pada
jari telunjuk dan ibu jari.

manual latihan memanah 1


2
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

STABILISERS ( PENGIMBANG)

Pengimbang ditambah kepada busar


dengan tujuan memberi lebih
kestabilan semasa membidik ( aiming)
dan melambatkan sebarang
pergerakan tindakbalas selepas anak
panah dilepaskan. Kebanyakan
pengimbang merupakan batang
aluminium kosong. Pangkal yang lebih
besar dilekatkan pada pemegang
busar dan hujung yang lebih kecil
mempunyai pemberat yang boleh
ditambah dan diubahsuai dari masa ke
semasa. Tujuan lain ialah supaya
busar akan menjadi lebih selesa untuk
dipegang semasa tarikan dan
pembidikan. Batang pengimbang yang
lebih pendek di bahagian belakang
bertujuan memberikan keseimbangan
di sebelah kiri dan kanan. Selain itu ia
juga digunakan untuk menyerap
gegaran semasa pelepasan anak
panah

KISSER BUTTON

'Kisser Button' ialah sebuah piring plastik yang


kecil (10 mm diameter) yang dilekatkan pada tali
busar. Kedudukannya pada tali tersebut ialah
apabila tarikan penuh dilakukan, ianya akan
menyentuh bibir pemanah. Ia juga boleh
diletakkan bagi menyentuh hidung pemanah
juga, bergantung kepada pemanah. Tujuan
kisser button adalah sebagai tanda tambahan
untuk membantu pemanah.

NOCKING POINT LOCATORS (PENANDA TITIK NOCKING)

Gambar di sebelah adalah penanda titik nocking


yang diperbuat dari aloi.Ia mempunyai lapisan
dalaman yang diperbuat daripada plastik untuk
memberikan cengkaman dan melindungi tali
busar. Ianya diletakkan pada tali busar dan
diketatkan dengan menggunakan playar.
Kebiasaanya dua nocking point digunakan.
Nocking point ini tidak sesuai untuk Recurve
bow.

manual latihan memanah 1


3
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

B. KAEDAH MEMASANG BOW


1. Pastikan kedudukan handle (upper part dan lower part).
2. Pasang limb atas (upper limb) dahulu. Upper limb mempunyai cop dimuka depan. Pastikan
skru dikunci ketat jika ianya menggunakan skru. Terdapat limb yang menggunakan klip seperti
jenis Hoyt GM. PSE dan Win & Win.
3. Lower limb mempunyai cop di muka belakang dan ada tercatat take down serta panjang limb
dan juga foundage. Contoh 68 34lbs.

Lower limb terdapat cop


Bahagian bawah di muka belakang dan
handle tertulis take down

Upper limb, terdapat cop


di muka depannya

manual latihan memanah 1


4
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

2.1) MEMASANG BOW STRING

1. Tentukan dahulu kedudukan center serving. Tali dilipat jadi dua supaya dapat menentukan
loop yang akan dipasang pada tip limb atas dan bawah. Loop bahagian limb atas biasanya
lebih besar dari limb bawah.
2. Biasanya center serving pada bahagian limb atas adalah panjang sedikit bila tali dilipat dua.
Rujuk rajah.

Bow string dilipat dua bagi


menentukan loop yang Center serving
akan dipasang pada tip
limb atas dan bawah.

Hujung loop pada bahagian


string yang lebih panjang
sedikit ini hendaklah
dimasukkan ke limb atas

3. Salah satu loop adalah lebih besar saiznya. Ini bertujuan memudahkan pemasangan tali.
4. Sebelum tali dipasang tentukan dahulu panjang limb (64/66/68/70). Ini kerana panjang tali
mestilah sesuai dengan panjang limb. Jika tali yang siap dibeli biasanya tercatat panjang tali
dan bilangan lembarnya. Contoh PLY 16s Light 68 bermaksud 16 lembar dan panjang 68.
Tali ini hendaklah dipasang pada bow yang mempunyai panjang limb 68.
5. Bilangan lembar bermula dari 12, 14, 16 & 18. Ketebalan tali bergantung pada bilangan
lembar benang. Penggunaannya bergantung kepada jenis arrow, panjang dan saiz arrow,
panjang limb dan foundage. Masukkan loop yang besar pada limb atas dahulu dan kemudian
diikuti dengan loop pada hujung yang satu lagi pada limb bawah. Lihat gambar di bawah.

manual latihan memanah 1


5
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Masukkan loop yang besar


pada limb atas terlebih dahulu.

Loop pada hujung yang satu


lagi dimasukkan kepada
limb bawah

6. Dengan menggunakan bow stringer seperti gambar di bawah, tolak loop ke hujung tip pada
limb atas. Penggunaan bow stringer dapat menjamin keselamatan limb kerana kedua-dua
limb menerima daya yang seimbang. Kaedah yang lain boleh digunakan tetapi tidak
digalakkan kerana ini memungkinkan limb twist ( terpusing) atau patah.

Loop pada limb atas


ditolak ke arah hujung
limb agar tersangkut
pada tip.

Bow stringer
digunakan untuk
memasang bow string.
Kaedah ini adalah
yang lebih selamat.

manual latihan memanah 1


6
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

2.2) BOW SETTING

1. Bow Setting bermaksud melaraskan busar / bow. Dalam proses ini kita perlu mengukur
brest hight (jarak dari tali ke pivot point) jarak dari tiler ke tali dan menentukan nocking
point.

Jarak yang biasa digunakan bagi brest hight ialah 22cm. Apabila jarak ini digunakan ,
busar tersebut akan bertindak mengikut foundagenya. Tambahan brest hight akan
mengubah 'foundage busar.Setiap tambahan 1cm pada brest hight akan meningkatkan
1lbs 2lbs foundage busar. Ini bermakna jika busar mempunyai foundage 34lbs,
tambahan 1cm akan menjadikan foundagenya berubah kepada 36lbs.
2. Brest hight boleh diubah dengan cara memintal tali. Untuk menambah jarak, kita harus
memintalnya mengikut arah lawan putaran jam dan sebaliknya. Semasa memintal perlulah
dikira bilangan putaran yang dibuat. Ini memudahkah kita untuk melaraskan jika terlebih
jaraknya.

2.3 MENENTUKAN NOCKING POINT

1. Kedudukan nocking pada bow string di center serving adalah penting kerana ianya akan
mempengaruhi pelancaran arrow.
2. Kedudukan nocking point yang terlalu ke bawah atau ke atas akan menyebabkan arrow
menggelepar apabila dilancarkan dan apabila mengenai sasaran ia akan terus
menggelepar. Ini boleh merosakkan arrow. Ianya juga boleh menyebabkan arrow tersasar
jauh dari target.
3. Kedudukan nocking point yang terbaik boleh ditentukan setelah brace height ditetapkan
pada 22cm.
4. Dengan menggunakan pembaris T, letakkan di atas arrow rest. (Rujuk gambar).

manual latihan memanah 1


7
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

5. Dengan menggunakan pen penanda atau benang buatkan satu tanda mengikut skala 4.5
mengikut tanda pada skala pembaris T.

6. Dengan menggunakan benang , buatkan lilitan agar ianya kelihatan seperti biji kacang.
Ada juga pemanah yang menggunakan nocking point logam yang dijual.
7. Setelah siap sapukan gam dan balut dengan menggunakan white tape agar ianya tidak
mudah terbuka.
8. Jika nocking point dibuat pada tempat yang betul, anda akan dapati arrow akan membuat
satu sudut tepat dengan tali apabila arrow dipasang dan diletakkan pada arrow rest.

manual latihan memanah 1


8
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

C. PENYEDIAAN ARROW

1. Terdapat beberapa jenis arrow yang biasa digunakan.


a. Aluminium :- contoh jenama Jazz ( pelbagai saiz )
b. Platinum
c. Carbon:- contoh jenama Carbon Red Line , Cartel ( pelbagai saiz )
d. Aluminium/carbon :- contoh jenama Eston A/C/E ( pelbagai saiz )
e. X-10/X-7:- jenis aluminium yang lebih keras
f. Fiber :- sesuai untuk permulaan(murah)
2. Saiz arrow hendaklah sesuai dengan pemanah kerana setiap pemanah mempunyai kekuatan
dan draw length yang berbeza. Panjang limb dan foundage juga mempengaruhi saiz arrow.
Rujuk carta arrow.
3. Dalam pertandingan, jenis yang biasa digunakan ialah dari jenis karbon
aluminium/platinum/aluminium.
4. Bagi kategori 12 tahun ke bawah hanya jenis aluminium sahaja yang dibenarkan. Sementara
bagi kategori bawah 15 tahun ke atas dibenarkan menggunakan semua jenis arrow.
5. Komponen yang perlu ada pada sebatang arrow ialah point/bullet head, fletchers dan nocks.
6. Point/bullet head dan nocks haruslah mengikut saiz arrow. Biasanya ia dihantar bersama
dengan arrow kosong (shaft).
7. Fletchers ada beberapa jenis dan penggunaannya haruslah bersesuaian dengan arrow.
a. Spin wing - pelbagai saiz
b. Dimon - pelbagai saiz.
8. Bagi menentukan saiz arrow yang perlu digunakan oleh pemanah, perlulah diketahui panjang
tarikannya (draw length).
9. Gunakan beberapa batang arrow tanpa bulet/point. Pemanah hendaklah menarik busar
bersama arrow tersebut ( full draw ). Buat tanda pada jarak 1cm dari titik tengah plunger.
10. Ulang sebanyak tiga kali bagi beberapa batang arrow untuk mendapatkan purata panjangnya.
11. Setelah mendapat ukurannya rujuk carta apakah saiz yang sesuai digunakan oleh pemanah
tersebut.
12. Potong arrow mengikut ukuran purata yang didapati.

** Ukuran diambil bermula dari nocks.


13. Setelah arrow dipotong, pasangkan bullet head. Semasa memasang bullet head, jangan
panaskan shaft tetapi panaskan inserting atau bullet head. Jangan gunakan terlalu banyak
gam kerana ia boleh mempengaruhi berat arrow.
14. Nocks hendaklah dilekatkan dengan menggunakan gam yang sesuai supaya tidak mudah
tanggal ketika arrow digunakan. Tetapi bagi sesetengah arrow karbon, nocks tidak perlu
digam.
15. Arrow yang telah dipasang dengan nocks dan point perlulah dipasangkan fletchers supaya ia
dapat bergerak dengan lebih baik dan dapat mengenai sasaran dengan sempurna.
16. Terdapat beberapa jenis flecthers. Secara umumnya terdapat dua jenis yang biasa digunakan
iaitu bentuk dimon dan Spin Vane.
17. Cara memasang bagi kedua-dua jenis flecthers ini adalah berbeza.
18. Rujuk carta yang disediakan.
19. Flecthers jenis dimon.
20. Dengan menggunakan flecthing jig, letakkan arrow pada tapaknya.
21. Pastikan tanda pada nocks sama dengan tanda pada tapak flecthing jig. (Rajah)

manual latihan memanah 1


9
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

22. Letakkan flecthers pada penyepit flecthing jig dan tentukan jarak melalui skalanya (2cm
3cm). Ini bertujuan, supaya jari tidak diganggu oleh flecthers ketika hendak memanah.
23. Biasanya flecthers yang digunakan untuk setiap arrow mempunyai warna yang sama. Ini
bertujuan untuk memudahkan pemanah mengenali arrow kepunyaannya. Bagaimanapun ada
juga pemanah yang memasang flecthers yang mempunyai warna yang berbeza (dua sama
warna dan satu ganjil). Rujuk gambar.

24. Bagi arrow karbon cara memasang flecthers adalah berbeza. Anda hanya perlu membuat
garisan dengan menggunakan pen silver / lain-lain pen yang mudah dilihat warnanya. (Rujuk
gambar)
25. Setelah ditanda , lekatkan double sided tape mengikut garisan luar tanda yang dibuat.
Kemudian lekatkan flectherc spin wing padanya.
26. Dengan menggunakan pemutar nocks, laraskan nocks dengan flecthers pertama. Ini perlu
dilakukan agar fletchers tidak menganggu arrow rest dan merosakkannya.
manual latihan memanah 2
0
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

D. LANGKAH KESELAMATAN

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil :

I. Peralatan Memanah

Pastikan peralatan memanah anda sentiasa dalam keadaan yang baik. Anda perlu selalu
mengawal anak panah dan jangan sesekali hilang kawalan dari segi langkah-langkah
keselamatan. Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu dipatuhi:

JANGAN SAMA SEKALI :

a. MELAKUKAN DRY FIRE ( Panahan tanpa anak panah).Ini akan menyebabkan kerosakkan
kepada busar.
b. MENARIK DAN MENGHALAKAN BUSAR ATAU MELAKUKAN PANAHAN KETIKA
TERDAPAT SASARAN BERGERAK DI HADAPAN (busar hanya boleh diarahkan kepada
target butt sahaja).
c. MELAKUKAN PANAHAN KE UDARA.
d. BERGURAU SENDA ATAU BERMAIN-MAIN DENGAN PERALATAN MEMANAH.

PERHATIAN : Pemanah-pemanah yang melakukan kesalahan di atas boleh disingkirkan dari


pertandingan .

Periksa peralatan anda selalu. Pastikan ianya dililin dan tidak rosak. Baiki sebarang kerosakan
sekiranya perlu.

Periksa samada nocking point berada di kedudukan yang betul. Anda sepatutnya tahu
bagaimana untuk menggantikan knocking point yang telah rosak.

Periksa nocks dan mata panah.

Pastikan batang anak panah adalah lurus.

Pastikan semua peralatan seperti finger tab, arm guard dan lain-lain dalam keadaan yang baik,
selamat dan sesuai untuk digunakan.

II. Lapang Sasar

Pastikan rumput padang dalam keadaan pendek supaya senang mencari anak panah yang
hilang.

Penanda padang dan garisan mestilah jelas dan kekal.

Pastikan target stand dalam keadaan yang baik dan selamat.

Sekiranya target butt menjadi lembut dan anak panah boleh menembusinya, gantikan dengan
lebih baik.

Gunakan whistle yang kuat atau beri arahan dengan jelas dan kuat supaya semua orang
dengar dengan jelas dan faham.

manual latihan memanah 2


1
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

III. Teknik memanah yang betul

Kecederaan yang biasa dalam sukan memanah ialah apabila lengan dilibas oleh tali
panah.Punca utama kecederaan berlaku ialah kerana pemanah membuat kesilapan semasa
memanah.

Sekiranya anak panah jatuh ke atas tanah berdekatan dengan shooting line, JANGAN AMBIL
ANAK PANAH TERSEBUT, kecuali selepas semua pemanah menghabiskan panahan.

Semasa mencari anak panah yang hilang , pastikan pemanah MEMANDANG KE HADAPAN
supaya tidak tertikam anak panah sendiri atau kepunyaan orang lain.

Anak panah yang tercacak pada sasaran adalah sama bahaya dengan anak panah yang
sedang terbang.

Semasa mencabut anak panah dari sasaran, letakkan sebelah tapak tangan ke target butt dan
sebelah lagi memegang anak panah. Tarik dengan cara memusingkan anak panah tersebut.
Pemanah boleh menggunakan alatan mencabut anak panah. Pastikan muka pemanah tidak
berada di belakang anak panah kerana ia mungkin terkena muka atau mata semasa cabutan
dilakukan.

Gunakan alat pelindung ( chest guard, arm guard )semasa memanah bagi mengelakkan
kecederaan.

IV. Jurulatih.

Pastikan tiada manusia atau binatang berada di hadapan shooting line. Jangan benarkan
pemanah bermain-main dengan peralatan memanah.

Tentukan jarak yang sesuai antara satu sama lain bagi mengelakkan pemanah bersentuhan.
Jarak yang dicadangkan adalah lebih kurang 0.5 meter di antara pemanah.Ini memberikan
ruang yang cukup untuk pemanah melakukan panahan.

Pastikan semua orang berada dibelakang shooting line selepas arahan memanah diberikan.

Jangan sama sekali menyentuh atau memegang busar yang sedang ditarik dengan tujuan
untuk menunjuk cara atau membetulkan sesuatu.Jurulatih perlu berada di belakang pemanah.

Sekiranya lengan seorang pemanah dilibas oleh tali panah, gunakan ketulan ais atau sebarang
air yang sejuk bagi mengurangkan lebam dan bengkak. Pemanah baru hendaklah memakai
pelindung lengan pada setiap masa.

Galakkan pemanah memberitahu sekiranya mereka mengalami sebarang kesakitan ataupun


ketidakselesaan pada bila-bila masa.

Tunjukkan langkah-langkah yang betul kepada semua pemanah.

manual latihan memanah 2


2
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Penyelenggaraan peralatan

Memasang mata panah ( point ) pada hujung batang anak panah aluminium ( shaft )

Shaft aluminium disertakan dengan point jenis masuk ( insert ). Cara memasukkan point jenis ini
kebiasaannya dengan menggunakan gam ( hot melt glue ) yang dipanaskan terlebih dahulu.

Proses memasang point adalah seperti berikut :

1) Bersihkan kotoran pada shaft.

2) Menggunakan nyalaan api yang kecil, untuk memanaskan gam ( hot melt glue ).

3) Tekan mata anak panah lebih kurang 6 mm dalam batang shaft.

4) Panaskan gam ( hot melt glue ) dan lekatkan sedikit gam yang telah cair pada point.

5) Tekan perlahan-lahan point ke dalam shaft.

Proses menanggalkan mata anak panah ( point ) dari shaft :

1) Panaskan sedikit hujung point.

2) Pegang hujung point dengan menggunakan playar.

3) Putar dan tarik keluar point.

4) Sekiranya point tidak dapat dicabut, ulangi langkah-langkah di atas.

Memasang point ke dalam anak panah karbon

Gunakan hot melt glue. Perhatian : Anak panah karbon tidak boleh dipanaskan terlalu lama.

Proses pemasangan mata anak panah adalah seperti berikut :

1) Bersihkan bahagian dalaman anak panah.

2) Panaskan hot melt glue sehingga cair dan lekatkan kepada batang mata anak panah.

3) Pegang hujung mata anak panah dengan sepasang playar.

4) Panaskan sedikit mata anak panah .

5) Tekan mata anak panah perlahan-lahan ke dalam batang anak panah. Bersihkan lebihan gam.

6) Ulangi langkah-langkah di atas sekiranya perlu.

PERHATIAN Kepanasan yang melampau boleh merosakkan anak panah.

manual latihan memanah 2


3
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Menanggalkan point dari anak panah karbon.

1) Panaskan sedikit point.

2) Gunakan sepasang playar untuk mencabut point.

3) Putar dan cabut point perlahan-lahan.

4) Sekiranya gagal, ulangi kembali proses di atas.

Menyapu lilin pada tali panah

Untuk melindungi tali panah daripada lusuh, ianya perlu disapu dengan lilin selalu.

Lilin boleh dibeli daripada kedai peralatan memanah.

Anda hanya perlu menyapukan lilin pada keseluruhan tali panah.JANGAN LILINKAN CENTER
SERVING

Tali panah patut dililin selalu, lebih kurang setiap tiga minggu.

E. MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN

Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari tiga faktor utama:

Kelembutan sendi-sendi badan dikawal oleh beberapa faktor : struktur tulang, otot, tendon dan
ligamen.

Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan.

Untuk meningkatkan kadar pergerakan, latihan regangan berikut dicadangkan:

Latihan regangan

Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan
mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa
melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas anda kerana ia akan menjadikan anda pening.Semasa
melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda
bertambah.

manual latihan memanah 2


4
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Melonggarkan lengan atas dan otot dada.

Cantumkan jari dengan kedudukan tapak atas


kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu
sama lain. Regangkan ke atas dan tahan selama
10 saat.Tangan keluar. Luruskan tangan anda .

Melonggarkan dada,bahu atas dan otot bawah


lengan.

Bengkokkan satu tangan melepasi kepala dan dan


turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi
satu dari bawah ke atas.Cuba pegang jari-jari anda
dan tahan selama 10 saat. Biarkan keadaan
belakang anda dalam keadaan tegak semasa
latihan ini.

Melonggarkan bahu dan otot belakang.

Kuncikan jari kedua-dua tangan bersama-sama,


keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri
dan kekanan pelahan-lahan selama 10 saat.

Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan


merosakkan sendi-sendi tulang belakang.

manual latihan memanah 2


5
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Melonggarkan otot belakang dan bahu.

Gunakan seutas getah, pegang kedua-dua


hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras
bahu dan depangkan tangan.Biarkan bahu pada
kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan
dengan cara mengembang dan menguncup otot
belikat. Lakukan selama 10 saat.

Melonggarkan otot bahu.

Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya,


angkat sebelah tangan melepasi kepala dan
sebelah lagi separas dengan bahu.Tarik tangan
separas bahu ke bawah kemudian tukar hala.
Ulang lebih kurang 6 kali.

Melonggarkan otot dada dan bahu.

Gunakan seutas getah, pagang kedua hujung


ketika getah berada di bahagian belakang badan.
Angkat kedua tangan separas bahu kemudian
hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan
getah. Tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak
6 kali.

Melonggarkan otot memanah.

Gunakan seutas getah. Ikat kedua hujungnya untuk


membentuk satu lingkaran, buat aksi seprti meanrik
tali panah. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak
6 kali. Ulang latihan menggunakan tangan yang
sebelah lagi.

manual latihan memanah 2


6
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

F. KEMAHIRAN ASAS MEMANAH DAN AKTIVITI SOKONGAN

F-1. KEMAHIRAN ASAS

10 langkah asas dalam aktiviti asas memanah adalah seperti berikut:

1. Stance (cara berdiri)


2. Nocking the Arrow ( memasukkan anak panah)
3. Drawing Hand (tangan penarik ) dan Bow Hand ( tangan pemegang busar)
4. Bow Arm and PreDraw ( Tangan menarik dan tangan memegang )
5. Drawing the Bow
6. Anchoring
7. Holding and Aiming
8. The Release
9. Follow Through
10. Relaxing

1. STANCE ( DIRIAN )

Pemanah berdiri tegak dengan keadaan selesa dan relaks. Kedudukan kaki pemanah hendaklah
mengangkangi garisan panahan.Kaki pemanah sepatutnya lebih kurang sama jarak dengan bahu
pemanah di mana berat pemanah sepatutnya ditanggung oleh kedua-dua belah kaki dengan
nisbah yang lebih kurang sama, berat tersebut hendaklah ditanggung oleh tumit dan hujung kaki
pemanah. Ini dapat membantu keseimbangan dan menjadikan badan pemanah lebih stabil.
Semasa memanah secara berturutan , kedudukan badan mestilah dikekalkan dalam keadaan
stabil dimana tidak ada perubahan berat akibat dari bongkokkan badan.Sekiranya terdapat
masalah dengan tali panah semasa pelepasan anak panah,pemanah harus menukar cara berdir
kepada open stance. Apabila cara berdiri yang sesuai telah diperolehi, pemanah harus
mengekalkan kedudukan ini bagi setiap panahan.

manual latihan memanah 2


7
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

2. NOCKING THE ARROW ( MEMASUKKAN ANAK PANAH )

Anak panah dimasukkan ke tali panah dengan cara


meletakkan nock anak panah ke tali panah di bawah
penanda nocking. Pastikan Index Fletch menghala
ke arah pemanah dan tolakkan ianya dengan lembut
ke tali panah. Kemudian letakkan anak panah pada
atas arrow rest.

manual latihan memanah 2


8
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

3. DRAWING HAND AND BOW HAND ( TANGAN MENARIK DAN TANGAN MEMEGANG )

Kebiasaanya tiga jari digunakan untuk tujuan menarik tali panah iaitu jari telunjuk, jari h antu dan
jari manis. Jari telunjuk diletakkan di
sebelah atas anak panah sementara jari
hantu dan jari manis disebelah bawah.
Bengkokkan jari supaya sendi ketiga-
tiga jari tersebut sebaris dengan tali panah.
Berikan sedikit ruang antara jari telunjuk
dan jari hantu supaya kedua-dua jari
tersebut tidak menyentuh anak panah.
(Ini untuk mengelakkan dari anak panah
itu dicubit (pinching)) Biarkan
belakang tangan serata yang boleh.Be ngkokkan ibu jari ketapak tangan supaya dapat diletakkan
pada pipi semasa tarikan penuh.
Tarik sedikit tali panah untuk menyediakan jari-jari tersebut untuk tarikan penuh.Semasa menarik
tali panah, tekanan hendaklah dibahagikan samarata kepada ketiga-tiga jari tersebut.

manual latihan memanah 2


9
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Letakkan tangan pemegang bow pada tempat pemegang dengan garis tengah berkedudukan di
antara ibu jari dan jari telunjuk sebaris dengan pusat busar seperti yang dipaparkan dalam rajah di
atas. Tapak otot ibu jari hendaklah diletakkan pada garis tengah pemegang busar. Semasa
menarik, tekanan sepatutnya diterima oleh otot ibu jari dan terus kepada pergelangan tangan
(Kedudukan pergelangan tangan rendah). Jari dan ibu jari patut dibiarkan dalam keadaan relaks.
Sekiranya pengikat jari atau pengikat busar tidak digunakan, hujung jari hendaklah dibengkokkan
sedikit supaya menyentuh busar dengan lembut.Ini akan menghalang busar daripada terlepas
semasa anak panah dilepaskan. Kedudukan tangan pada pemengang busar hendaklah konsisten
pada setiap kali panahan dilakukan.

manual latihan memanah 3


0
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

4. PREDRAW

Luruskan lengan pemegang busar untuk


mendapatkan kedudukan tangan pada tempat
pemegang busar. Kemudian angkat lengan
pemegang busar dan lenganpenarik tali
serentak pada kedudukan seperti yang
ditunjukkan dalam gambarajah. Kekalkan bahu
hadapan pada kedudukan rendah. (Bahu tidak
boleh dibiarkan bergerak ke hadapan atau ke
belakang kerana ini akan mengubah jarak
tarikan) Kekalkan siku lengan penarik pada
kedudukan separas mata kerana ini akan
membantu menggerakkan otot belakang
menarik pada tarikan penuh.

manual latihan memanah 3


1
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

5. FULLDRAW ( Tarikan penuh )

Pada kedudukan sebelum menarik( Pre-Draw position), gunakan otot belikat untuk menarik siku
lengan penarik kebelakang dalam satu tarikan yang licin sehinggalah tangan penarik terkena dagu
pemanah. Kedudukan kepala dan badan tidak boleh bergerak. (Tarik tali ke arah muka, bukan muka
bergerak kepada tali) Daya tolakan pada busar dan daya tarikan pada lengan penarik akan
memberikan keseimbangan pada badan.

6. ANCHOR
Istilah anchor ialah apabila tangan penarik
diletakkan pada tulang dagu dan tali panah
menyentuh muka.Adalah sangat penting
jari telunjuk menyentuh rahang dengan
lembut, ibu jari dibengkokkan ke dalam
tapak tangan supaya senang untuk
menyentuh leher dan tali panah menyentuh
dagu dan hidung sekiranya boleh. Kaitan
antara kedudukan-kedudukan ini adalah
penting kerana ianya bertindak sebagai
pandangan dari belakang,jadi adalah
penting untuk mengekalkan kedudukan-
kedudukan tersebut dengan konsistan. Ia
juga untuk mendapatkan tarikan penuh
yang konsisten.Sebarang perubahan
terhadap kedudukan-kedudukan tersebut
akan mengubah tenaga yang digunakan seterusnya mempengaruhi penerbangan anak panah.

7. HOLDING ( MENAHAN ) AND AIMING ( MEMBIDIK )

manual latihan memanah 32


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Istilah holding(menahan) ialah apabila tekanan ditanggung oleh otot belakang (belikat) dan apabila
tangan yang memegang panah digerakkan selari dengan sight ( tempat membidik) dan ditengah-
tengah sasaran. Semasa sight digerakkan ke arah tengah sasaran keselarian tali panah patut
diperiksa. Keselarian tali panah, seperti yang di tunjukkan di dalam gambar, tali panah adalah
selari dengan dengan busar dan pin sight. Apabila busar dipegang dengan betul pada kedudukan
menegak tali panah dan hujung busar akan kelihatan selari.Terdapat beberapa langkah yang perlu
diperiksa untuk memastikan semuanya berada dikedudukan yang betul. Sekiranya sebarang
bahagian badan dirasakan tidak betul, adalah lebih baik berhenti dahulu, turunkan busar dan mula
semula. Apabila membidik ke tengah sasaran , adalah pekara biasa apabila pandangan sight pin
itu seperti berputar di sekitarnya. Dengan melakukan banyak latihan, pekara ini akan berkurangan.
Apabila sight pin digerakkan ke atas, anak panah akan ke bawah dan apabila sight pin ke bawah,
anak panah akan bergerak ke atas.

manual latihan memanah 33


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

8. RELEASE ( PELEPASAN )

Melepaskan tali panah adalah langkah yang


paling penting semasa memanah. Sekiranya
tidak dilakukan dengan betul, semua langkah
yang telah diambil sebelum itu adalah sia-sia.
Untuk melepaskan anak panah dengan betul,
tali panah yang dipegang hendaklah dibenarkan
mengelongsor (slip) dari jari.Ketiga-tiga jari
mesti melepaskan tali panah dengan serentak.
Ini hendaklah dilakukan dengan biasan yang
sedikit. Apabila pelepasan anak panah
dilakukan dengan baik, tangan penarik
sepatutnya bergerak ke belakang kerana otot
belakang (belikat) akan menarik tangan penarik
ke belakang dan jari-jari sepatutnya berada di
belakang leher

9. FOLLOW THROUGH ( IKUT LAJAK )

Ikut lajak (follow through) ialah mengekalkan kedudukan lengan pemegang busar pada kedudukan
pelepasan anak panah sehinggalah anak panah mengenai sasaran. Sebarang pergerakan
semasa pelepasan anak panah akan mempengaruhi cara penerbanganya. Kedudukan kepala dan
badan patut dikekalkan, tangan penarik hendaklah digerakkan ke belakang semasa pelepasan
anak panah. Adalah penting untuk tidak menjatuhkan tangan pemegang busar selepas pelepasan
anak panah, ia akan menyebabkan anak panah mendarat rendah daripada sasaran.
Menggerakkan kepala ke kiri atau ke kanan untuk melihat anak panah juga akan menyebabkan
tangan pemegang busar bergerak ke kiri atau kanan.

manual latihan memanah 34


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

10. RELAXING ( REHAT )

Pemanah mesti merehatkan diri selepas setiap panahan dibuat supaya


otot-otot dapat pulih daripada kerja yang dilakukan sebelumnya. Rehat
dalam tempoh 20 hingga 30 saat adalah mencukupi untuk otot-otot
bersedia bagi panahan seterusnya. Sekiranya otot-otot tidak mendapat
rehat yang secukupnya, ia akan menjadi kebas selepas beberapa
panahan yang berterusan. Memanah dalam keadaan otot-otot yang
letih akan menyebabkan panahan menjadi tidak konsisten. Masa rehat
juga digunakan untuk manganalisis keputusan panahan sebelumnya
dan memikirkan cara-cara membetulkan kesilapan yang telah
dilakukan.

Adalah penting untuk memeriksa kesemua 10 langkah asas bagi setiap


kali panahan dibuat. Sekiranya salah satu daripada 10 langkah itu
mempunyai kecacatan, maka pamanah tidak akan dapat menghasilkan
panahan yang tepat dan jitu.

manual latihan memanah 35


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

G. MENGESAN DAN MEMBETUL KEMAHIRAN DAN KESALAHAN

Anak Panah Ke Kanan/Kiri Pembetulan

Bow condong ke sebelah kanan Sebelum memanah, periksa samada limbs berada dalam
atau kiri kedudukan yang sejajar atau berkedudukan yang sama
dengan pandangan mata.

Mata menjajarkan tali terlalu jauh Sebelum membidik, pastikan tali berada di tengah-tengah
ke kanan/kiri dari bowsight limbs dan sedikit ke kanan/kiri pandangan mata.

Pergelangan tangan patah ke Tahan bow hand dan pergelangan tangan semasa
kanan/kiri semasa melepas tali memanah sehingga selesai memanah.

Bow arm bergerak ke kanan /kiri Tahan bow hand separas target sehinggalah selesai ikut
semasa melepas tali lajak. Pastikan mata tetap memerhati Bulls Eye sehingga
anak panah mengenai sasaran.

Meletakkan tangan lebih ke Pastikan tekanan pada tapak tangan betul dan tepat pada
kanan/kiri pada handle grip. handle grip semasa menarik tali.

Anak Panah Ke Kanan atau Kiri Pembetulan

Jari memetik tali sewaktu Melepaskan tali secara melembutkan jari dan tekanan
melepas anak panah. belakang semasa membidik.

Kegagalan menggunakan otot Memulakan tarikan dengan menggerakkan siku ke belakang


belakang semasa menarik dan dan memastikan tangan relaks dan tiada tekanan.
menahan busar.

Badan condong ke hadapan Agihkan berat badan sama rata, berdiri tegak tetapi relaks.

Cara berdiri yang tidak selari Mengubah cara berdiri dengan membayangkan garisan
dengan sasaran. lurus terus ke sasaran.

Angin bertiup dari kiri ke kanan Mengubah tetapan sight. Tunggu tiupan angin reda.
Meletakkan tali terlalu jauh pada Cangkuk tali pada sendi pertama jari sahaja, kekalkan tapak
jari. tangan rata.

Mengintai anak panah terbang. Tetap melihat sasaran bulls eye sehingga anak panah
mengenai sasaran.

manual latihan memanah 36


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Anak Panah Ke Kiri Pembetulan

Memasang anak panah dengan Pasang anak panah dengan Index Fletcher mengadap anda.
Index Fletcher di bawah

Menahan anchor ke kanan dari Turunkan bow dan melakukan draw semula. Rasa tali
anchor kebiasaan. mengenai hidung dan dagu.

Jari mengeras semasa menahan. Kekalkan belakang tangan rata dan relaks.

Jari mengepit nock. Buat nocking point yang sempurna dan tahan jari dari
terkena nock semasa melakukan draw.

Anak panah tergelincir dari rest. Jangan kepit anak panah, melepas dengan relaks.

Tangan memegang handle terlalu Tolak dan tahan handle tanpa memegang grip.
kuat.

Kepala ditekan kehadapan Kepala kekal tegak, bawa tali kemuka semasa draw.
semasa draw

Gagal mengekalkan form semasa Ikut lajak selepas memanah, kekal melihat bulls eye
melepaskan anak panah. sehingga anak panah mengenai sasaran.

Tali terkena bow arm atau baju Pusingkan siku sebelum draw. Pakai pakaian yang sesuai
semasa melepas anak panah atau menggunakan chest guard. Buka sedikit kaki semasa
berdiri ( Stance )

Arrow TINGGI / RENDAH Langkah Pembetulan

Kedudukan anchor tinggi dari Anchor perlulah konsisten/ guna kisser button
biasa

Tidak guna otot belakang untuk Mula draw dengan draw siku ke belakang, lengan relaks
draw/ hold.

Condong ke belakang/ depan dari Imbangi berat. Berdiri tegak.Guna otot belakang untuk draw
target

Angin lintang Betulkan sight. Laraskan kedudukan aiming mengikut arah


tiupan angin dan kesesuaiannya

manual latihan memanah 37


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Arrows TINGGI Langkah pembetulan

Anchor dengan mulut terbuka Pastikan gigi rapat dengan mulut tertutup

Cuba intai penerbangan arrow. Kekalkan focus pada bulls eye

Tangan menggenggam bow Pastikan bow hand relaks sewaktu shoot


Tolak bow arm ke bulls eye sewaktu shoot

Lengan tolak bow ke depan Gerakkan genggaman tangan ke atas. Pastikan genggaman
semasa Genggaman terlalu konsisten
bawah pada bow ( handle )

Anchor tidak konsisten Gunakan kisser button

Drawing melebihi dagu/ tali tidak Pastikan kedudukan tangan di bawah dagu dan tali
rapat ke hidung mengenai hidung

Menahan kepala jauh ke Luruskan kedudukan kepala dan tarik tali hingga ke hidung
belakang ketika anchor

Dagu ke bawah ketika anchor Tarik siku hingga paras bahu

Siku naik ( tinggi ) ketika draw Tarik siku ke paras bahu dan tingkatkan back tension
apabila menahan tarikan

Siku turun ( ke bawah ) ketika Draw guna otot belakang. Bahagianbawah siku berada pada
draw paras bahu.

Penggunaan tekanan yang tidak Relakskan jari ketika release . Hock tali dengan jari-jari dan
sekata pada jari pastikan belakang tapak tangan rata

Arrows MENDATAR Langkah Pembetulan

Guna mata yang salah ketika Cari mata dominan. Jika mata dominan bukan pada draw,
aiming tutup mata yang tidak aim/ guna penutup mata

Tali tidak sejajar pada kedudukan Pastikan tali sejajar pada tengah limb dan kedudukan tali
yang sama setiap kali shoot pada bahagian kiri atau kanan sight pin

manual latihan memanah 38


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Arrows ke BAWAH Langkah Pembetulan

Genggaman tangan pada Rapatkan gigi dan tutupkan mulut


handle tidak tetap Kekalkan tumpuan bulls eye hingga arrow kena target

Bow arm jatuh/turun semasa Pastikan bow arm dalam keadaan relaks
release

Bow arm bengkok Panjangkan/regangkan bow arm ke arah bulls eye

Pergelangan tangan atau bahu Gerakkan tangan ke atas dan pastikan kedudukan yang
naik ketika menahan draw konsisten setiap panahan

Kepala bergerak ke hadapan Tarik tali hingga kena dagu dan hidung
atau ke atas semasa release

Draw tidak sampai ke dagu atau Tingkatkan back tension ketika hold ( keep hand relax )
anchor point

Tension/tekanan pada draw Tingkatkan back tension ketika hold


hand

Siku menurun ketika release Gerakkan siku ke belakang pada paras bahu

Draw dengan siku tinggi apabila Gerakkan tangan ke bawah ; semak ketepatan setiap
menggunakan side anchor panahan

Menggenggam terlalu tinggi Tingkatkan back tension ketika hold supaya tangan bergerak
pada handle ke atas bahu ketika release
Release tanpa follow through

Taburan MENDATAR LANGKAH PEMBETULAN

Guna mata yang salah untuk Semak semula mata yang dominan. Jika mata dominan bukan
aim mata aim tutup mata bukan aim/ guna penutup mata

Tidak selaraskan tali bow pada Sebelum aim, selaraskan tali bow pada tengah limb pada
tempat yang sama setiap kali kanan atau kiri sight
shoot

manual latihan memanah 39


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Arrows ke BAWAH LANGKAH PEMBETULAN


.
Genggaman tangan pada Tingkatkan back tension semasa menahan. Guna clicker
handle tidak tetap

Bow arm jatuh / turun semasa Panjangkan/ regangkan bow arm ke arah bulls eye
release

Bow arm bengkok Relakskan bow hand, draw guna otot belakang

Pergelangan tangan atau bahu Regangkan bow arm ke arah bulls eye, guna otot belakang
naik ketika menahan draw untuk draw. Rapatkan kedua-dua tulang selangka

Kepala gerak ke hadapan Kekalkan posisi kepala atas, tarik tali ke bibir

Kepala terangkat semasa Kekalkan fokus kepada bulls eye hingga arrow mengenai
release sasaran.

Tak cukup draw ( anchor tidak Tingkatkan back tension ketika menahan sementara tangan
sampai ) hadapan berada dalam keadaan rehat.
Tekanan pada draw hand

Siku menurun semasa release Tarik siku selari ke arah bahu.

Menggunakan siku tinggi untuk Tarik siku selari ke arah bahu sehingga tali mencecah hidung
draw dengan anchor tepi. dan bibir.

Kesilapan TEKNIK PEMBETULAN

Punca arrow ke kiri


Arrow jatuh dari arrow rest Hock ( cangkukkan) jari semasa draw hand dengan belakang
tapak tangan rata dan tenang. Elakkan mengepit arrow
dengan jari.

Kepala pemanah tertolak ke Pastikan kepala lurus/tegak. Tarik tali ke arah hidung dan
hadapan semasa aiming dan bibir.
release.

Punca arrow ke kanan


Draw hand ditarik keluar dari Tenangkan draw hand, ketatkan otot belakang semasa proses
leher sewaktu release shoot. Tenangkan jari-jari untuk release tali dan tangan follow
:plucking through di atas bahu

Bow bergerak/goyang ke kiri/ Pastikan limb sejajar dengan sight sewaktu atau sebelum
kanan sewaktu draw penuh. aiming

Kepala bergerak untuk melihat Kekalkan kedudukan kepala supaya proses draw, aim dan
penerbangan arrow. follow through. Kekalkan focus pada bulls eye sehingga arrow
kena butt.

manual latihan memanah 40


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Punca arrow bawah

Kedua-dua bahu tidak sama Semasa melakukan draw, angkat dan tolak bow sebaris/lurus
tinggi ketika release. ke target. Kemudian gerakkan siku ( menarik ) ke aras bahu

Bow arm bawah atau ke tepi Kekalkan bow menghala ke bulls eye sehingga arrow kena
apabila arrow dilepaskan ke butt, bow hand kekal tenang
target

Pinggang bergerak ke arah Berdiri tegak. Gunakan otot belakang untuk draw dengan
target, bahagian atas badan cara menarik siku ke belakang . Gunakan bow yang lebih
bongkok ke arah target ringan untuk membetulkan form

Badan bergerak sedikit ke arah Melihat stance untuk membetulkan alignment/ jajaran kaki
target ( berdiri ). Mulakan dengan tepi badan dan bahu menghala ke
target.

Tali bow di hadapan badan dan Berdiri tegak/ lurus, kekalkan kedudukan badan yang betul
tidak selari dengan target ketika ketika melakukan draw selari dengan bow arm
shoot

Anchor dalam keadaan yang Mulakan draw dengan menggerakkan siku ke belakang pada
tidak stabil paras bahu, bawa draw hand terus ke anchor. Gunakan otot
belakang

Tali ditarik ke muka , memaksa Tarik draw terus ke belakang di bawah dagu. Letakkan jari
kepala digerakkan supaya telunjuk di bawah dagu
hidung dan dagu mengenai tali

Ketika release tali terkena pada Tarik siku ke bawah/ luar sebelum tarik penuh. Pastikan bow
bow arm hand tepat di belakang bow handle

Melakukan release sebelum full Pastikan berat bow sesuai dengan kemampuan pemanah.
draw Kekalkan back tension ketika hold. Relaks jari untuk release.

Jari-jari terasa sakit ketika Pastikan tangan lurus dan draw hand relaks
menarik

manual latihan memanah 41


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Kesalahan BOW HAND LANGKAH PEMBETULAN

Jari-jari terbuka ketika hold dan Relakskan jari-jari


aiming

Jari-jari ditegangkan dan keras Relakskan jari-jari. Teknik nampak seperti mengelak daripada
menggenggam bow tetapi sebenarnya berlaku ketegangan
pada bow hand dan memudahkan pemanah
menggenggam/pegang bow apabila release

Muka bow bergerak ke kanan/ Tekan tapak tangan pada handle. Relakskan jari
kiri semasa draw

Arrow tertumpu pada sebelah Relakskan bow hand supaya tidak menggenggam handle.
kiri pada target butt Gunakan bow sling. Pastikan bow hand tidak lebih ke kanan
pada handle

Arrow tertumpu pada sebelah Pastikan bow hand tidak lebih ke kiri pada bow handle.
kanan pada target butt

Arrow tertumpu pada atas Elakkan menolak bow dengan bow hand apabila release
target butt

KESALAHAN CARA BERDIRI LANGKAH PEMBETULAN

Cara berdiri yang berbeza-beza Gunakan tanda di tempat berdiri pada shooting line
setiap kali release

Dalam dirian terbuka tekanan Pusing bahagian atas badan untuk kekalkan bahu supaya lurus
tertumpu pada draw arm dengan target

Dalam dirian tertutup badan Pastikan berat badan tertumpu pada kedua-dua tapak kaki.
condong dari target Badan mestilah tegak. Cuba buka sedikit kedua-dua belah kaki

Kepala bergerak ke belakang Kekalkan posisi kepala. Kalau dirian tertutup cuba buka sedikit
menyebabkan tarikan melebihi kedua-dua belah kaki
had overdraw

manual latihan memanah 42


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

KESALAHAN ANCHORING LANGKAH PEMBETULAN

Draw hand keluar dari dagu Pastikan daya tarikan datang dari otot belakang dan draw hand
semasa release plucking sentiasa relaks. Semak tanda-tanda tekanan pada tangan
seperti jari terbuka/ tegang

Tidak melakukan follow through Release dengan menenangkan tangan bukan memaksa jari-jari
semasa release untuk dibuka

Membuka tiga jari pada waktu Release dengan menenangkan tangan bukan memaksa jari-jari
yang tidak sama untuk dibuka. Pastikan ketiga-tiga jari dibuka serentak

Tarikan memintal tali semasa Pastikan belakang draw hand selari ke bawah
full draw

Draw hand hanya menyentuh Rapatkan draw hand apabila mencapai tarikan penuh supaya
dagu pada hujungnya tangan menyentuh dagu dengan rapat

Tekanan dirasa pada otot Pastikan draw terus ke belakang pada anchor point. Bukan ke
biceps / lengan luar dan kemudian ke dalam. Gunakan otot dengan arm relaks.

manual latihan memanah 43


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

H . PEMBANGUNAN, PROGRAM LATIHAN DAN PENGURUSAN


PERTANDINGAN

H-1 PEMBANGANUNAN DAN PROGRAM LATIHAN

Pembangunan

Secara amnya aktiviti sukan adalah terdiri daripada acara berpasukan dan individu .Sukan
memanah adalah dikategorikan kepada acara individu . Dalam acara ini kekuatan individu akan
menyumbang kepada kedudukan pasukan .Ini bermakna sekiranya pasukan tidak dapat
meneruskan cabaran, ahli pasukan masih mampu meneruskan perjuangan dan masih berpeluang
menjadi pemenang.
Dalam Sukan Olimpik 2001 di Atlanta , pasukan Australia telah tewas tetapi dalam acara individu
Simon Fearweather telah memenangi Emas . Begitu juga dalam Sukan Olimpik 2005 di Athens ,
pasukan Jepun tidak dapat mara tetapi pemain individu Shami Moto telah memenangi pingat
Perak .

Oleh itu pengurusan sukan diperingkat akar umbi masih berpeluang untuk membangunkan atlet
memanah dan seterusnya menjadikan pesertanya mara jauh walaupun atletnya hanyalah cuma
seorang .

Pemilihan Pemanah

Bilangan pemanah yang ingin dikembangkan bakat adalah bergantung kepada kemampuan
pihak pengurusan . Pihak pengurusan mungkin menghadapi banyak kekangan seperti
kekurangan jurulatih yang berpengalaman dan kemampuan kewangan yang terhad . Halangan
dan kekangan ini akan mempengaruhi bilangan pemanah yang akan dilahirkan.

Kriteria Pemanah

Pada umumnya seorang ahli sukan mempunyai ciri diri yang berbeza dengan seorang ahli
akademik atau orang awam yang menjadikan sukan untuk riadah .

Ciri diri adalah aset atau perkara asas yang harus diambil kira oleh seorang jurulatih dalam
mengesan individu . Berdasarkan aset inilah individu itu akan dibimbing, diasuh dan digilap .
Walaupun pertimbangan seorang jurulatih akan berbeza dengan jurulatih yang lain namun jika
dihalusi seorang ahli sukan yang terpilih akan mempunyai ciriciri yang memenuhi kriteria
sebagai seorang ahli sukan.

Berikut adalah antara ciri diri seorang pemanah:

a. Tubuh gempal dan tidak terlalu langsing atau kurus .


b. Berpotensi untuk mencapai ketinggian sederhana tinggi atau tinggi .
c. Aras kecerdikan yang lebih baik dan munasabah .
d. Peribadi tenang dan tidak terburu-buru.
e. Mudah menerima teguran dan berfikiran terbuka .
f. Sabar, tekun dan mempunyai kesungguhan aras tinggi .
g. Lainlain ciri diri dan keistimewaan .

manual latihan memanah 44


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Latihan

Lazimnya seorang jurulatih memerlukan masa antara 12 tahun untuk menyediakan seorang
pemanah. Masa yang panjang ini diperlukan kerana sukan memanah adalah sukan yang amat
memerlukan kemahiran individu. Di samping kemahiran yang akan diterapkan, jurulatih
memerlukan tempoh yang panjang untuk membina dan meningkatkan daya tumpu pemanah dari
aras rendah kepada aras tinggi. Berikut adalah antara aktiviti asas dan kandungan sukatan dalam
peringkat asas:

Perkara / Aktiviti Tempoh


1. Proses mengesan bakat :

Pemerhatian 4 jam
Uji bakat
Uji minat
Uji paras kebosanan
Kemampuan diri
Kesesuaian fizikal

2. Pendedahan:

Kelenturan anggota badan 18 jam


Mengenal alatan dan aksesori ( 6 jam / bulan )
Latihan kemahiran asas memanah
Teknik memanah dengan betul:- -padang
Bow arm lurus -bilik darjah
Bow arm tidak bergerak
Badan tidak senget
Kepala tidak mendongak
Tidak memuncungkan bibir
Tidak menjatuhkan bow arm
Merapatkan gigi
Memetik tali (plucking)
Draw hand bergerak ke hadapan semasa
melepaskan anak panah

Memasang dan membuka alatan


Tarikan bow tanpa arrow ( mimicking )
Latihan menarik dengan getah
Latihan mencabut arrow
Memasang dan merawat arrow
Ujian dan penilaian / maju dan gugurkan
3. Latihan memanah:

Kemahiran memanah ansur maju 60 jam


Memanah jarak dekat: 10 15 meter ( 6 jam / bulan )
Memanah jarak sederhana
Memanah jarak jauh -padang
Memanah dengan kepersisan -bilik darjah
Memanah dengan kejituan
Ujian dan penilaian/ maju dan gugurkan

manual latihan memanah 45


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

H-2. PENGURUSAN PERTANDINGAN

Pengurusan pertandingan merupakan himpunan segmen tugasan untuk menyediakan suatu


menu/ tempat pertemuan yang sesuai bagi membolehkan pertandingan dijalankan dengan lancar
dan tanpa gangguan. Dalam setiap kejohanan terdapat seorang Pengerusi Kejohanan. Pengerusi
Kejohanan biasanya ialah Pengerusi Permainan yang digilirkan kepada penyandang berdasarkan
lantikan oleh pihak yang melantik atau majikan .

Pengurusan pertandingan secara amnya boleh dibahagikan kepada :

i. Pengurusan atlet
ii. Kepegawaian
iii. Logistik dan Persiapan Padang

Pengurusan Atlet

Lazimnya segmen ini meliputi tugasan yang menentukan tempat penginapan untuk atlet,
pengangkutan pergi dan balik ke tempat pertandingan, makanan, keselamatan, kemudahan, dan
kesihatan.

Segmen ini hendaklah dibahagikan kepada unit-unit kecil dan dikelolakan oleh jawatankuasa kecil
yang bertanggungjawab. Secara keseluruhannya bahagian ini adalah di bawah kelolaan urus
setia. Dalam kejohanan memanah peringkat sekolah terdapat 3 peringkat kejohanan iaitu
kejohanan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Pegawai tertinggi bahagian ini ialah
penyelia-penyelia sukan yang mewakili Setiausaha MSSD, Setiausaha MSSN dan Setiausaha
MSSM .

Kepegawaian

Segmen ini meliputi tugasan menentukan pegawai yang berkelayakan dan mempunyai
pengalaman yang munasabah dalam sukan yang diwakili. Tugasan ini adalah merupakan bidang
kemahiran Pengerusi Teknik Permainan ( PTPS ). Terdapat seorang PTPS yang bertanggunjawab
untuk setiap permainan. Untuk bidang kepegawaian, pengerusi permainan boleh meminta
bantuan, pandangan dan nasihat PTPS yang berkaitan.

Logistik dan Persiapan Padang .

Bahagian ini akan menghuraikan segmen teknikal, statistik, alatan, aksesori dan penyediaan
padang untuk tujuan pertandingan.

Dalam menganjurkan pertandingan memanah semua keperluan logistik dan persiapan padang
adalah sama dan serupa. Perbezaan yang jelas adalah dari segi bilangan atau kuantiti. Sebagai
contoh, pengelolaan peringkat MSSD akan berbeza dengan MSSN atau MSSM kerana bilangan
peserta adalah berbeza.

manual latihan memanah 46


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Senarai semak alatan pertandingan adalah seperti berikut :

Bil Alatan Catatan


1 Target Buttresses Maksimun 4 peserta / target
2 Kaki target buttresses 1 / target
3 Target faces 122cm ( 1 ) , 80cm ( 1 ) , 40cm(4)
4 Paku zing 4 (min) / target
5 Cat putih / minyak hitam Untuk membuat garis
6 Target / lane no. 2 / target
7 Papan Tanda Jarak 2 untuk setiap jarak
8 Papan tanda :
a. Waiting line 2 unit
b. Shooting line 2 unit
c. Equipment line 2 unit
9 Meja dan kerusi hakim 1 unit / 6 target ( Maximum )
10 Payung meja hakim 1 unit / meja
11 Khemah peserta 1 khemah untuk 3 pasukan ( Max )
12 Meja dan kerusi khemah 2 meja/ khemah ( besar )
13 Bendera arah angin Untuk 1 target ( 1 biru, 1 kuning dan 1 merah )
14 Tali pengikat target butt 5 meter / target
15 Khemah DOS 1 ( dengan meja dan kerusi )
16 Alatan PA Sesuai untuk mengawal kejohanan
17 Lain lain keperluan Ikut kesesuaian

manual latihan memanah 47


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

AKTIVITI SOKONGAN

I. BASIC BOW TUNING ( ASAS PELARASAN BUSAR)

Pelarasan busar adalah untuk menyesuaikan busar dengan cara panahan seseorang pemanah
untuk mendapatkan penerbangan anak panah dan keputusan yang terbaik. Melaraskan busar dan
menentukan jenis anak panah sepatutnya seganding dengan cara panahan seseorang pemanah.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dari pelarasan busar, cara panahan seseorang pemanah
itu mestilah konsisten.

Terdapat empat faktor utama yang memberi kesan kepada persembahan sesebuah busar:

Bahan Tali busar


Brace Height ( jarak antara tali panah dan pemegang busar)
Arrow Nocking Point ( titik meletak anak panah pada tali panah)
Pressure Button ( butang tekanan)

1.1 Bowstring Material (Bahan tali)

Dacron B50 - (kekuatan bagi setiap helai = 22.5 kg. , regangan = 2.6%)
disebabkan oleh ketahanannya, ia kebanyakkannya digunakan oleh pemanah baru. Ia senang
dijaga dan boleh tahan sehingga beberapa tahun.

Kevlar 7-11 - (kekuatan bagi setiap helai = 31.8 kg. , regangan = 0.8%)
merupakan bahan yang mempunyai kepadatan yang tinggi, ukur lilit yang lebih kecil dan lebih
ringan dari tali Dacron dan menjadikan penerbangan anak panah lebih laju. ( 2 meter per saat).
terdapat dua masalah dengan jenis tali ini, iaitu oleh kerana daya reganganya yang kurang, ia
akan memberikan tekanan yang lebih kepada lengan busar ( bow limbs). Masalah kedua adalah
dari segi ketahanan. Ia hanya boleh bertahan sebanyak 1000 panahan sahaja.

Fastflite - (kekuatan bagi setiap helai = 45.5 kg. , regangan= 1.0%)


ia adalah bahan baru yang boleh digunakan. Ia mempunyai ketahanan yang sama seperti tali
Dacron serta lebih ringan dan mempunyai kelajuan yang melebihi tali Kevlar dan lebih ringan. Ia
diperbuat dari polyethylene dan kelihatan seperti plastik. Ia sangat licin, oleh itu apabila membuat
ikatan sokongan (serving), pastikan ianya dilakukan dengan ketat agar ianya tidak
menggelongsor. Terdapat tali serving yang khas bagi tujuan ini.

Fastflite S4 - (kekuatan bagi setiap helai = 73 kg. , regangan = less than 1.0%)
adalah bahan tali yang terbaru di pasaran. Diperbuat dari gabungan 50% Fastflite dan 50%
Vectran menjadikan helainya lebih tebal. Oleh itu hanya separuh helaian diperlukan bagi
mendapatkan kekuatan yang sama dengan tali fastflite.

Perlu diingat, gunakan bilangan helaian yang dicadangkan oleh pengilang untuk kesesuaian tali
dengan kekuatan busar atau ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada lengan busar (
bow limbs)

manual latihan memanah 48


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

1.2 Brace Height ( jarak tali panah dengan pemegang busar)

Jarak tali panah dengan pemegang


busar (Brace Height) diukur dari pusat
pemegang busar sehingga ke tali
panah pada 90 darjah. Kebanyakan
busar menggunakan brace height yang
dicadangkan oleh pengilang.Sekiranya
brace height tidak diketahui, berikut
adalah cadangan kasar brace height
bagi busar recurve: Busar 70
inci = 8.50 sehingga 9.75 inci,
Busar 68 inci= 8.25 sehingga 9.50 inci,
Busar 66 inci= 8.00 sehingga 9.25 inci.
Busar 64 inci= 7.75 sehingga 9.00 inci.
Brace height yang paling sesuai ialah
apabila ia menghasilkan bunyi yang
paling senyap semasa panahan
dilakukan.

Brace Height Tuning ( Pelarasan brace height)

Langkah 1.

Brace height yang dicadangkan oleh pihak pengilang adalah minimum. Oleh itu tali panah yang
agak panjang mungkin terpaksa dipintal bagi mendapatkan brace height yang betul.

Langkah 2

Lakukan beberapa panahan pada jarak dekat dan perhatikan penerbangan anak panah.

Langkah 3.

Tambahkan jarak tali panah dengan pemegang busar dengan cara memintal tali panah sebanyak
5 kali.( Pastikan pintalan dilakukan pada arah yang sama kerana ini akan memendekkan lagi tali
panah. Juga laraskan kedudukan nocking point.)

Langkah 4.
Lakukan panahan beberapa kali lagi dan lihat cara penerbangan anak panah.

Langkah 5

Ulangi langkah-langkah di atas beberapa kali sehinggalah jarak maksimum brace height yang
dicadangkan diperolehi.

manual latihan memanah 49


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Langkah 6.

Di antara jarak minimum dan maksimum, prestasi yang paling senyap akan dijumpai dengan kadar
gegaran yang paling kurang. Apabila ini berlaku, ini bermakna jarak tersebut adalah jarak yang
paling sesuai bagi busar tersebut. Untuk membantu panahan anda, jarak tali panah dengan
pemegang busar ( brace height) mestilah konsisten. Sebarang perubahan kepada brace height
akan akan memberi kesan kepada penerbangan anak panah.

ARROW NOCKING POINT ( TITIK MELETAK ANAK PANAH PADA TALI PANAH )

Untuk mendapatkan penerbangan


anak panah yang betul, satu titik mesti
didapati pada tali panah yang mana
tenaga dari tali panah bertindak secara
langsung dengan anak panah. Titik
permulaan adalah antara 3 sehingga
10mm (1/8 sehingga 3/8 inci) 90
darjah lebih tinggi dari tempat meletak
anak panah pada pemegang busar
(arrow rest).
Kedudukan ini adalah kerana
pemanah menggunakan dua jari di
bawah anak panah dan satu jari di
atasnya untuk menarik tali panah dan
mendapatkan tekanan yang seimbang
pada tali panah.

NOCKING POINT TUNING ( PELARASAN TITIK NOCK)

Langkah 1.

Cara yang paling cepat adalah dengan


menggunakan cara paper tuning.
Satu petak diletakkan pada jarak 2
meter (6 kaki) dihadapan sasaran.
Sekeping kertas dilekatkan pada petak
tersebut.
Kemudian pemanah berdiri lebih
kurang 1 meter (3 kaki) dari petak
yang dilekatkan kertas tadi.
Seterusnya lakukan panahan sehingga
menembusi kertas tersebut.
Dari kesan tembusan pada kertas
tersebut, pelarasan titik nocking boleh
dilakukan.

manual latihan memanah 50


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

Koyakan di sebelah kiri menunjukkan


yang titik nocking terlalu tinggi.
Koyakan di sebelah kanan
menunjukkan bahawa titik nocking
terlalu rendah.

Langkah 2.

Laraskan titik nocking berdasarkan


kepada kesan koyakan pada kertas di
atas.
Panah kepada kertas yang baru dan
periksa kesan koyakan pada kertas.
Ulangi langkah ini sehinggalah kesan
koyakan yang paling kecil didapati.
Kesan koyakan seperti tertera di
sebelah boleh diterima, kerana kesan
koyakan yang sempurna mungkin tidak
boleh didapati kerana faktor-faktor lain.

Langkah 3.

Catatkan kedudukan titik nocking yang sesuai untuk anda sebagai rujukan pada masa hadapan.

Selalu periksa titik nocking setiap kali panahan hendak dibuat.

(Sekiranya anda tidak mendapat koyakan seperti gambarajah di atas, mungkin anak panah anda
under spine ataupun terlalu kecil berbanding dengan kekuatan busar)

manual latihan memanah 51


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

I. LAMPIRAN

1. Gambarajah Target Butt

2. Gambarajah dan kedudukan Target Faces

3. Gambarajah Pelan Padang

4. Contoh Borang Markah

5. Contoh Buku Log

6. Peraturan Pertandingan Memanah MSSM

manual latihan memanah 52


Sukan Prestasi Tinggi Sekolah - MEMANAH

PANEL PENGGUBAL MANUAL LATIHAN MEMANAH

1. IZHAM BIN MD. ISA


2. TENGKU MUHAMAD KHAIZUL ANUAR BIN TENGKU ZULKORNAIN
3. NORDIN BIN YUSOP
4. HASRUDIN BIN MOHD ZAIN
5. ABD MANAF BIN MOHD
6. JASNI BIN IBRAHIM
7. ABU BAKAR BIN ABD MAJID
8. MAT ZAKI BIN AHMAD
9. MOHD YUSOFF BIN ISHAK
10. NAZER BIN SENAFI
11. KAMAL ARRIFIN BIN HAMID
12. SAIFULLIZAM BIN IBRAHIM
13. MOHD HUSNEY BIN REDZUAN
14. MOHD LATIF BIN MAT
15. NAZRY BIN HASHIM
16. MEOR HASNAN SHAZALI BIN MEOR AMRI
17. MOHAMAD ROSLI BIN MD RASHID
18. ABDUL RASHID BIN MD REDZUAN
19. ARSELAN BIN ABDUL MAJID
20. ZAMZURI BIN MD DAUD

manual latihan memanah 53

Anda mungkin juga menyukai