Anda di halaman 1dari 5

GMGA 3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Soalan Perbincangan / Pembentangan / Latihan Kumpulan


Artikel : 3
Tajuk : Pengangkutan Awam Bantu Lestarikan Bandar

1.0 Pengenalan

Dasar awam adalah merupakan nadi kepada penggerak utama sesebuah Kerajaan ke

arah usaha membangun dan memajukan negara. (Marican, 2008) Ianya diimplimentasikan

sebagai satu panduan dan juga hala tuju bagi pihak Kerajaan untuk memacu negara dalam

mencapai tahap serta status yang telah direncanakan. Dasar Awam yang dipraktikkan ini akan

menjadi penentu sama ada negara tersebut maju atau mundur dan mampu atau tidak mampu

untuk menempuhi cabaran dan persaingan dalam era globalisasi yang semakin mencabar.

Selain itu, Dasar yang diamalkan oleh sesebuah Negara seharusnya memberi satu gambaran

terhadap penerimaan dan juga keyakinan rakyat mengenai hala tuju kerajaan yang mana ianya

berupaya untuk membawa perubahan serta kebaikan kepada rakyat secara keseluruhannya.

2.0 Isu Yang Menjadi Agenda

Kesesakan lalu lintas adalah merupakan satu masalah yang menjadi isu yang masih

belum dapat diselesaikan dan ianya memberi kesan kepada masyarakat terutamanya bagi

penduduk di kawasan Lembah Klang. Masalah ini telah membawa kepada timbulnya

permasalahan lain seperti masalah mental, emosi dan masalah kesihatan lain seperti darah

tinggi, tekanan perasaan dan sebagainya. (Idrus, 2016)

Selain itu masalah ini juga turut mengakibatkan kos penyelengaraan jalan dan lebuh

raya semakin meningkat setiap tahun yang mana kos tersebut terpaksa ditanggung oleh pihak

kerajaan dan juga pemaju jalan raya. Selain itu, penetapan pengecasan tol juga turut dikenakan

yang mana ianya membebankan pengguna. (Idrus, 2016)

Dalam hal ini, isu yang telah dinyatakan sebagai agenda adalah merupakan satu isu

yang boleh diklasifikasikan sebagai Crisis Proportions . Ianya merujuk kepada sejauh mana

besarnya krisis yang wujud dan ianya sukar untuk diselesaikan secara semulajadi. Oleh yang

223704,224222, 223798, 223769, 222983


1
GMGA 3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

demikian pihak kerajaan perlu mengambil perhatian dan tindakan tertentu untuk

menyelesaikan krisis tersebut. (Idrus, 2016) Sebagai contoh isu kesesakan jalan raya yang

wujud khususnya di Lembah Kelang ini tidak dapat diselesaikan.

Selain itu, isu ini juga boleh diklasifikasikan sebagai Wide Impact yang mana isu

kesesakan jalan raya ini telah memberi satu kesan yang mendalam dari sudut mental, emosi

serta masalah kesihatan yang lain bagi penduduk di Lembah Klang khususnya (Zalinah Ahmad,

2007). Justeru itu, pihak kerajaan telah mengambil satu tindakan inisiatif kearah peningkatan

dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam di Negara ini.

3.0 Bentuk Agenda

Pengkelasan bentuk agenda yang dapat dilihat dalam isu ini adalah berbentuk agenda

sistemik. Ini dapat dihuraikan melalui pelaksanaan dasar oleh pihak kerajaan terhadap Dasar

Pengangkutan Awam Negara. (Zalinah Ahmad, 2007) Dasar ini digubal dan diteliti melalui

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang diluluskan pada tahun 2013 dan

ianya dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Negara

(SPAD). (Wahab, 2007)

4.0 Jenis Isu

Dalam agenda ini, terdapat beberapa jenis isu yang dapat di huraikan. Jenis isu pertama

yang dinyatakan adalah project issue yang mana ianya merujuk kepada projek tertentu

seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di antara Kerajaan Malaysia dan

Singapura serta projek Transit Aliran Massa (MRT) dari Sungai Buloh-Semantan dalam

Jajaran I hingga ke Kajang. (Idrus, 2016)

Selain itu jenis isu yang terdapat dalam artikel ini adalah recurrent issue. Ianya

merujuk kepada isu yang dibangkitkan semula disebabkan dasar yang tidak berkesan atau

menjadi perkara baru. (Idrus, 2016) Hal ini dapat dilihat melalui isu kesesakan jalan raya yang

223704,224222, 223798, 223769, 222983


2
GMGA 3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

dibahaskan semula dalam perbincangan di Dewan Rakyat serta ianya juga hangat dibangkitkan

dan diperkatakan dalam media massa.

5.0 Pihak-Pihak Yang Membentuk Agenda

Dalam artikel ini, terdapat pihak-pihak yang memainkan peranan penting dalam proses

pembentukan agenda. Ianya dilihat melalui beberapa perspektif yang menjadi medium dalam

proses penetapan agenda tersebut. Perspektif utama adalah melibatkan Elitist Perspective

yang mana ianya terdiri daripada golongan tentera, ahli perniagaan, golongan bangsawan dan

sebagainya. Sebagai contoh, isu kesesakan lalulintas ini telah dibawa ke Dewan Rakyat untuk

dibahaskan. (Zalinah Ahmad, 2007)

Perspektif seterusnya adalah merujuk kepada Pluralist Perspective yang mana

perspektif ini melihat sesuatu agenda itu akan ditentukan oleh kumpulan berkepentingan yang

memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk menjadikan satu-satu perkara sebagai agenda

kerajaan. (Zalinah Ahmad, 2007) Sebagai contoh, pengguna dan juga pemaju jalan raya adalah

merupakan kumpulan berkepentingan yang memberi tekanan kepada pihak kerajaan untuk

menyelesaikan isu ini.

6.0 Permasalahan Dasar

Permasalahan dasar merupakan satu proses mengenal pasti masalah awam supaya ia

dapat diselesaikan dengan baik (Zalinah Ahmad, 2007). Dalam artikel ini, masalah kesesakan

lalu lintas adalah merupakan masalah awam yang perlu diberi perhatian dan tindakan oleh

pihak pemerintah.

7.0 Teknik-Teknik Penstrukturan Masalah

Proses mengenalpasti masalah adalah merupakan satu proses yang amat penting.

Sekiranya masalah yang dibincangkan dalam sesuatu agenda gagal dikenalpasti maka dasar

223704,224222, 223798, 223769, 222983


3
GMGA 3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

yang benar-benar sesuai akan sukar dibentuk. Selain itu peringkat penstrukturan masalah juga

dianggap penting kerana ia merencanakan bentuk atau penyelesaian yang dikemukakan.

Dalam isu yang dibentangkan dalam artikel ini, dapat dinyatakan bahawa proses

penstrukturan masalah adalah menggunakan teknik Analisis Hierarki. Teknik ini bertujuan

untuk mengenal pasti punca atau sebab sesuatu masalah awam itu berlaku. Teknik ini berupaya

untuk mengenalpasti tiga jenis punca ataupun sebab-sebab berlakunya masalah. (Zalinah

Ahmad, 2007)

Teknik pertama adalah merujuk kepada sebab-sebab yang munasabah. Ianya menjurus

kepada peristiwa atau suasana yang boleh dibuktikan berdasarkan penyelidikan sainstifik atau

pengalaman secara langsung. (Zalinah Ahmad, 2007) Dalam artikel ini menunjukkan satu

dasar yang melibatkan Dasar Pengangkutan Awam Negara telah pun dilaksanakan terlebih

dahulu, namun disebabkan pembangunan fizikal dan infrastruktur awam yang diberi tumpuan

penuh telah mengakibatkan pelaksanaan Dasar Pengangkutan Awam Negara terabai dan tidak

diimplimentasikan secara cekap dan berkesan.

Teknik kedua adalah merujuk kepada sebab-sebab yang mungkin mewujudkan

masalah. Ianya menyatakan tentang peristiwa atau keadaan yang menyumbang kepada

berlakunya sesuatu masalah (Zalinah Ahmad, 2007). Dalam artikel ini, permasalahan yang

dapat dirungkaikan adalah disebabkan penggunaan kereta peribadi atau persendirian yang

mencecah bilangan yang agak tinggi pada setiap masa dan jumlahnya semakin bertambah pada

setiap tahun.

Seterusnya adalah merupakan teknik terakhir yang mana teknik ini melihat kepada

sebab-sebab yang boleh diambil tindakan. Ianya merujuk kepada sesuatu yang boleh

dimanipulasikan atau dikawal oleh pihak pembuat dasar tanpa mengubah struktur sosial

masyarakat keseluruhannya. (Zalinah Ahmad, 2007) Tindakan bersistemetik yang telah

diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas ini boleh dilihat

melalui pelancaran Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di antara Kerajaan Malaysia dan

223704,224222, 223798, 223769, 222983


4
GMGA 3033 OPERASI DAN PENILAIAN DASAR AWAM

Singapura serta pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) dari Sungai Buloh-Semantan dalam

Jajaran I hingga ke Kajang.

8.0 Kesimpulan

Berdasarkan kepada penerangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa dasar awam

merupakan segala keputusan yang dilakukan oleh kerajaan untuk membangunkan negara dan

menjaga kebajikan rakyat. Dasar mempunyai bentuknya tersendiri dan boleh dikategorikan

kepada beberapa jenis bergantung kepada jenis tindakan yang dilakukan oleh kerajaan.

Rujukan

Idrus, D. S. (2016). Pengangkutan Awam Bantu Lestarikan Bandar. Kuala Lumpur: Berita
Harian Online.
Marican, S. (2008). Dasar Awam Di Malaysia : Isu Dan Konsep. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributor.
Wahab, I. (2007). Pengangkutan bandar di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia, 1991.
Zalinah Ahmad, N. S. (2007). Operasi Dan Penilaian Dasar Awam. Sintok Kedah: Pusat
Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia.

223704,224222, 223798, 223769, 222983


5

Anda mungkin juga menyukai