Buku Panduan Segak
Buku Panduan Segak
BUKU PANDUAN
SEKOLAH RENDAH
(NATIONAL PHYSICAL FITNESS STANDARD FOR MALAYSIAN SCHOOL CHILDRENS)
0
OGOS 2006
PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Pengenalan SULIT
Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah
dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Sekolah Menengah
Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum
boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu.
Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan
sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut
norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.
SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian
ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun
2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan
berpusat.
Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian
yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat
memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi
dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai
penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan
keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya
kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.
Falls, 1980
Matlamat
1
Objektif
Murid dapat :
1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui
perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.
Prosedur
Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam
buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur,
kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur
murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.
Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani.
Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih
dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau
keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.
Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;
1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )
2. Tekan Tubi ( 1 minit )
3. RIngkuk (1 minit )
4. Jangkauan Melunjur (3 kali percubaan)
Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini
perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada
bulan yang sama.
Persediaan
1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan
aerobik.
2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani
ujian.
Keselamatan
1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :
(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan
fizikal;
(b) mengidap penyakit kronik; dan
(c) tidak sihat pada waktu ujian.
2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.
2
3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.
4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.
5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.
6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.
Prinsip Latihan
Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi
prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut:
3. Prinsip kekhususan
Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan
kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.
4. Prinsip kebolehbalikan
Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak
dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.
Pelaporan
1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.
2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.
3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.
3
Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)
Tujuan:
Menilai komposisi badan
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Prosedur:
Lelaki
4
16 <17.2 17.2 - 24.2 >24.2 - 27.6 >27.6
17 <17.8 17.8 - 24.8 >24.8 - 28.2 >28.2
Perempuan
(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)
5
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar
40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah
ditegur oleh guru.
Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Perempuan
Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar
40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit
Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina :
Lelaki dan perempuan
1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak
antara pita adalah 10 cm.
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.
Prosedur :
Panduan guru
9
Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur (Seat and reach test)
Tujuan:
Mengukur fleksibiliti
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan perempuan
Prosedur:
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23
sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke
dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.
10
Sedia Jangkau Rehat
Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular
Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5
Jantina:
Lelaki dan Perempuan
Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat mula.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun
diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.
11
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)
LELAKI 10 - 17 TAHUN
TEKAN TUBI
ULANGAN SKOR
5
4
3
2
1
RENGKUK 1 MINIT
ULANGAN SKOR
5
4
3
2
1
JANGKAUAN MELUNJUR
JARAK SKOR
5
4
3
2
1
12
NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)
PEREMPUAN 10 - 17 TAHUN
TEKAN TUBI
ULANGAN SKOR
5
4
3
2
1
RENGKUK 1 MINIT
ULANGAN SKOR
25 kali 5
23 24 kali 4
21 22 kali 3
16 20 kali 2
Kurang drp 15 kali 1
JANGKAUAN MELUNJUR
JARAK SKOR
5
4
3
2
1
13
KEPUTUSAN KESELURUHAN
14
ULASAN SKOR AKTIVITI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
UJIAN RENGKUK
16
PERNYATAAN UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT
JUMLAH SKOR PERNYATAAN
KESELURUHAN
5 Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti
mematuhi prinsip latihan.
4 Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap
cemerlang seperti aktiviti senamrobik dan
joging.
3 Tahap kecergasan yang lebih baik boleh
dicapai dengan melakukan aktiviti seperti
berenang, fartlek dan par course.
2 Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap
pencapaian yang dikehendaki dengan
melakukan aktiviti naik turun tangga 3 kali
seminggu.
1 Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan
daya tahan kardiovaskular lebih kerap seperti
lompat tali, berbasikal dan joging
17