Anda di halaman 1dari 6

Seni Reka

Grafik

Grafik merupakan tulang belakang untuk menghasilkan produk multimedia seperti yang dilihat di pasaran
hari ini. Penggunaan grafik memerlukan pengguna atau pembangun perisian kursus multimedia faham
dan tahu bagaimana hendak merealisasikan grafik dengan lebih berkesan. Penghasilan produk
multimedia memerlukan kombinasi grafik yang menarik. Dengan itu, elemen-elemen seperti gambar, klip
art, fotograf dan garisan adalah penting untuk membangun dan menghidupkan latarbelakang serta
karaktor.

Selain itu, juga penting untuk kandungan maklumat. Grafik boleh dibangunkan dengan mengguna
pelbagai alatan termasuk perisian melukis seperti Paint Shop Pro, Illustrator dan Adobe Photoshop.
Selain itu, ia boleh direalisasikan dengan bantuan pengimbas imej dan kamera digital.

Untuk menjimatkan ruang dan kualiti yang baik bagi pelbagai aplikasi yang digunakan, grafik boleh
disimpan dalam fail yang mempunyai pelbagai format dan saiz.

Kepentingan Grafik

Secara umumnya grafik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1. Grafik rekabentuk (graphics design)


2. Grafik ilustrasi (graphics ilustration)

3. Grafik pengiklanan.(graphics advertising)

Apa itu grafik rekabentuk?

Grafik rekabentuk ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan
ide-ide. Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu cabaran kepada
perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi
maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna. Perekabentuk grafik yang
mahir adalah mereka yang menggabungkan penilaian astetik, pengeluaran teknologi dan kemahiran
pengurusan projek untuk membangunkan strategi komunikasi yang berkesan.

Apa itu grafik ilustrasi?

Grafik ilustrasi adalah satu bentuk lukisan jelas dan sempurna yang dapat menyampaikan mesej atau
idea tertentu. Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau
lukisan berbantukan teknologi komputer seperti menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand
atau Illustrator. Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan dengan lebih efektif
dalam masa yang singkat. Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandungan yang
panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Fungsi Ilustrasi dalam bidang kehidupan harian.

1. Ia akan muncul bersama-sama artikel dalam majalah atau di laman web pada iklan-iklan, poster,
label-label barangan dan sebagainya.
2. Ia juga terdapat pada kad-kad ucapan elektronik, kalendar, kulit buku yang dipromosikan oleh
syarikat e-dagang di Internet.

3. Untuk menjelaskan isi kandungan buku yang dijual secara atas talian, terutamanya buku-buku
cerita untuk kanak-kanak.
Fungsi ilustrasi dalam kehidupan harian kita sebenarnya terlalu banyak tanpa kita menyedari, contohnya
penggunaan Internet. Banyak barang-barang yang telah dipromosikan seperti pakaian, kek, toys, kad
ucapan, dan juga buku-buku ditawarkan secara atas talian. Barang tersebut disampaikan dalam bentuk
imej yang mempunyai rupa dan bentuk serta warna.

Jenis-jenis ilustrasi.

1. Ringkas, lucu dan menyenangkan hati pembaca.


2. Berbentuk fantasi atau khayalan.

3. Berbentuk sindiran (hampir sama dengan ciptaan komik dan kartun)

4. Jenis representasi dengan memberi gambaran bernyawa kepada benda-benda bukan hidup atau
bukan manusia.

5. Bertujuan untuk hiasan (biasanya digunakan pada tajuk artikel di laman web)

6. Memperjelaskan isi kandungan sesuatu konsep pengajaran atau konteks buku elektronik.

Proses menghasilkan grafik ilustrasi

1. Tentukan tema dan tajuk yang sesuai bagi grafik yang dibina.
2. Lakukan kajian dan pemerhatian berkait dengan tema dan tajuk.

3. Menentukan kesesuaian ilustrasi dengan tema yang dibangunkan.

4. Jika perlu, pilih typeface yang sesuai.

5. Buat lakaran kecil, dan pilih lakaran yang sesuai serta susun mengikut ukuran sebenar.

6. Tentukan warna yang sesuai.

Apa itu grafik pengiklanan?

Pengiklanan meliputi segala bentuk mesej mengenai barangan dan perkhidmatan yang lahir daripada
punca-punca yang berlainan. Kebanyakan pengiklanan disalurkan melalui saluran media seperti,
televisyen, laman web, poster, majalah, papan bulletin dan pelbagai media lagi. Pengiklanan merupakan
seni yang kompleks kerana melibatkan bidang sains dan teknologi, ilmu perniagaan, pengetahuan sosial
dan budaya dan kemahiran dalam bidang seni reka.

Grafik pengiklanan adalah kombinasi teks, warna, audio, video, sudut, garisan dan tekstur. Tujuan
pengiklanan adalah untuk mencari peminat sesuatu produk atau perkhidmatan. Untuk menarik minat
seseorang itu, iklan perlu bersifat cantik supaya ia mempunyai daya tarikan. Selain daripada itu, sifat
iklan untuk menyampaikan maklumat tidak boleh diketepikan. Grafik pengiklanan adalah teknik-teknik
dan proses untuk mewujudkan nilai-nilai kecantikan yang memberi daya tarikan sesuatu produk.
Penggabungan grafik, animasi dan produk memerlukan suatu daya kretaiviti untuk membolehkan mesej
disampaikan dengan mudah kepada kumpulan sasaran.

Dalam pembangunan grafik pengiklanan, terdapat beberapa perkara penting perlu diberi perhatian, di
antaranya:

Tajuk- mesti menarik dan ringkas supaya dapat memikat perhatian orang yang membaca teks
iklan. Biasanya mesti typeface yang besar dan jelas.
Cogankata - amat penting dan mesti dapat menonjolkan kualiti serta keistimewaan barangan
yang diiklankan.
Ilustrasi - menunjukkan imej sebenar barangan yang diiklankan, ketepatan lukisan dan gambar
foto biasanya dalam warna yang menarik.

Rangka reka (Border) - merupakan sempadan bagi isi sebenar iklan, fungsinya untuk mengawal
penglihatan pembaca supaya tumpuan ditarik ke tengah. Rangka reka biasanya menggunakan
garisan mudah diolahkan untuk menjadi corak yang cantik.

Logo - amat penting kerana ia melambangkan syarikat atau pembuat barang.

Nama dan alamat - sebagai pemberitahuan untuk berhubung atau pembuat produk.

Warna - amat diperlukan, warna yang berkesan akan menjadikan iklan lebih dinamik dan
menarik. Pilihan warna mesti bersesuaian dengan fungsi iklan, jika iklan perlu disiarkan dalam
warna hitam putih sahaja atau monokrom, perhatian haruslah diberi kepada pengurusan dan
pengolahan unsur seni supaya dapat menghasilkan iklan yang berkesan.

Grafik adalah elemen yang penting untuk menarik perhatian atau persepsi orang lain untuk menilai
sesuatu hasil kerja yang dijalankan. Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza dari segi:

Latarbelakang (3D/2D)
Kombinasi Warna yang digunakan

Susunan Teks pada halaman grafik yang dibina

Jumlah Objek yang terdapat pada satu halaman

Sudut pandangan terhadap objek atau teks yang disusun

Elemen-elemen Grafik

Dengan menggunakan teknologi komputer, elemen-elemen grafik boleh ditukarkan kepada pelbagai
bentuk. Untuk menghasilkan grafik yang berkualiti, pembangun perlu faham tentang elemen-elemen yang
terdapat dalam grafik. Di antaranya ialah:

Garisan
Bentuk

Ruang

Tekstur

Warna

1.0 Prinsip rekaan


Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur
seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu.
Terdapat 7 prinsip rekaan iaitu :

keseimbangan
keharmonian
kesatuan
komposisi
penegasan
kontra
pergerakan.
1.1 KESEIMBANGAN

Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

A. Keseimbangan simetr
Unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan axis dilukis di
tengah-tengah pembahagian tersebut)

B. Keseimbangan tidak simetri


Unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan
kesan keseimbangan.

1.1.1 Panduan Menentukan Keseimbangan


Penggunaan mata adalah cara yang terbaik menentukan keseimbangan
Elakkan meletakkan objek yang gelap diatas objek yang cerah @ Objek yang besar di
atas objek yang kecil.
Objek yang gelap lebih berat daripada objek yang cerah dan objek yang lebih besar lebih
berat daripada objek yang kecil.
Hukum graviti perlu diaplikasi disini.

1.2 KEHARMONIAN

Keharmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah
sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual
mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkankesan yang menarik. Dalam konteks
seni, ulangan garisan, rupa,bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau
berpandukangarisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan
harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam danselesa pandangan
mata

Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai


Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai
dan seimbang
Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
1.3 KESATUAN

Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur didalamnya


mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.Penggunaan unsur seni, tema serta
rekaan yang baik dapat mewujudkankesatuan pada sesuatu gubahan seni visual.
Mengaplikasikan prinsip kesatuandalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih
lengkap, teratur dansempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak
darisegi kekuatan karya.
Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.

1.5 PENEGASAN

Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di
dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai enter of Interest,Focal Point dan Eye
Catcher. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan
kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau
asingkan objek yang hendak ditegaskan

Dalam proses penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara
menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan
meletakkan objekpenegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid
berpancaran.Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat
menimbulkanfocus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan.

1.6 KONTRA

Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau
bercanggahan dalam suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri
bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan
menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan,
Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat
memberi penegasan dan tumpuan. Ia juga dapat mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil
seni pelbagai serta menjadi lebih menarik.
Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam
sesuatu gubahan
Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan
dan kesan pergerakan
Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

1.7 PERGERAKAN

Pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur
seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip pergerakan dalam kegiatan
menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan gambar
lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup,
realistik dan berkesan.
Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar
Fungsi pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu
gubahan
Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan

Anda mungkin juga menyukai