Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56


Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Bil Acara Teks


Umumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan
VIP Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli Dewan
Paluan kompang Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang
Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali, Guru Penolong Kanan dan AJK PIBG SK
Batang Kali.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK
Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Batang
Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK
Batang Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Batang Kali
yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita
hormat saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang
hormat dari Kali untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
peserta perbarisan
MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang
Bendera diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin Azhari. Pembawa bendera
kejohanan Malaysia ialah adik Mohd Shahrulnizam Bin Osman,pembawa bendera
Selangor ialah adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa bendera
sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik


Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l Dominic, adik Adam Norzailani
Zidan Bin Ismail dan adik Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan mottonya Biru
Biru Boleh. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel Syauqi bin Izlan dan
dianggotai seramai 145 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Biru
ialah adik Nurul Anisah bt Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn
Umi Kalsom bt Zainal Abidin.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang dianggotai seramai
Merah 135 orang peserta perbarisan dengan mottonya Lawan Tetap Lawan.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa
sepanduk bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd
Lokman. Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt Mustakim.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai
Kuning 130 orang peserta perbarisan dengan mottonya Kuning Dipersada.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Arif Iqbal bin Shaarani. Pembawa
sepanduk rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua
kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Rumah Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya Hijau Sapu
Hijau Habis. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan Ikhwan bin Zailan dan
disertai seramai 130 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau
ialah adik Amyla Atiqah bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau
ialah Pn Rohaida bt Md Isa.

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini
Prasekolah adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah
1 seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan
Prasekolah 2 seramai 25 orang murid di bawah bimbinganPn. Siti Hawa bt
Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan Pn. Siti
Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita
sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. .
(Bacaan doa)..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar
serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
Negaraku seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-
56. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan Mat


Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-
tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan. Untuk
menaikkan itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk menyempurnakan upacara
bendera menaikkan bendera kejohanan.
.. LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali


ke-56 bagi tahun 2014.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju


pembawa bendera ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan
mengiringi diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin bin Azhari.
pembaca ikrar

Lafaz ikrar Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
kejohanan
Persembahan Silat Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini, marilah
kita sama-sama saksikan Persembahan Silat daripada Pasukan Silat SK
Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri daripada adikMohd Suhael bin
Alpian, adik Mohd Izz Dabiel bin Mohd Izham,adik Mohd Najmirul Aiman
bin Jalaludin, adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul Azhar dan adik
Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK Batang Kali. Untuk
makluman semua, Pasukan Silat ini dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin
Ahmad.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
padang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

MUZIK PERBARISAN
.

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan


Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis merakamkan terima kasih kepada
peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing


kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari bin Ahmad
Dahlan untuk ke tengah padang bagi merasmikan acara pertama.
Dipersilakan.

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamilmengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlanuntuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara
Pingat emas dimenangi oleh adik..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adikdari rumah.
Pingat gangsa menjadi milik adikdari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad
Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu
tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan cenderamata kepada Tuan
Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas kesudian merasmikan kejohanan dan
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin Jamil kerana sudi
menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada
upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha


Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.
Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan
cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah ..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali
kali ke-56, jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan
kejohanan dan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba ke
penyampian penghujungnya.
hadiah ketegori
khas(6) Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang mengikut rumah
masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang


Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru
Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih


kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................

Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke tengah padang


untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai penutup
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

#Teks pengacara majlis perasmian sukan tahunan sekolah

Anda mungkin juga menyukai