Anda di halaman 1dari 3

1.

Membaiki koordinasi dan keseimbangan tangan dan mata

Memanah melatih tangan anda untuk bekerjasama dengan mata ketika menjalankan tugasan yang berbeza, iaitu
menyasar dan melepaskan anak panah berdasarkan input daripada mata anda.

Koordinasi atau keselarasan dapat ditingkatkan menerusi latihan yang berulang.

Keseimbangan juga adalah penting untuk berjaya dalam sukan memanah kerana badan perlu pegun untuk
mencari keseimbangan bagi membuat sasaran dan panahan.

Dari semasa ke semasa, teras tersebut akan menjadi lebih baik untuk mengawal keseimbangan badan dan
membantu panahan yang lebih jitu.

2. Tangan dan jari menjadi lebih fleksibel

Kekuatan jari dan tangan akan semakin bertambah dalam sukan memanah.

Ia juga akan menjadi lebih fleksibel kerana mereka digunakan sepenuhnya untuk membuat sasaran.
3. Membina kekuatan

Lengan, teras, tangan, dada dan bahu kesemuanya digunakan dalam latihan memanah yang betul.

Sama seperti mengangkat berat, ketegangan pada bahagian otot biasanya dikekalkan untuk beberapa saat
sebelum pemanah melepaskan tali untuk menembak anak panah.

Dengan latihan yang berulang, perlakuan menyasar dan menembak panah boleh membantu untuk pembentukan
otot pada kumpulan tisu otot yang utama yang majoritinya terletak di bahagian atas badan.

4. Meningkatkan kesabaran

Pelajaran adalah penting untuk menimba kemahiran sesuatu perkara yang baru. Begitu juga bagi sukan
memanah yang memerlukan pelajaran untuk latihan kesabaran.

Ia adalah sukan yang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia bukan tentang kelajuan tetapi ianya soal
kejituan dan kejituan boleh memakan masa.
5. Meningkatkan tahap fokus

Pemanah perlu menghilangkan semua gangguan dan mengosongkan minda mereka serta memberi tumpuan
kepada sasaran mereka supaya panahan menjadi lebih konsisten.

Latihan daya fokus ketika latihan memanah boleh membantu dalam menghadapi situasi yang bertekanan
tinggi dan permasalahan kehidupan seharian.

6. Relaksasi

Melepaskan anak panah dan melihat ia menepati sasaran boleh membantu untuk melegakan tekanan.

Memberi fokus yang tinggi terhadap pembinaan kekuatan dan keyakinan boleh menjadi keseluruhan
pengalaman yang memuaskan dan menyenangkan

Anda mungkin juga menyukai