Anda di halaman 1dari 99

1

Judul
Ibn Ishaq, Fakta & Analisis : Autoriti Ibn Ishaq
Menurut Ulama Hadith

Ahmad Saifuddin Yusof 2013


Edisi pertama 2013

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar


ulang atau mengedarkan percuma mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara
sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis daripada penulis. Sebarang catatan
untuk tujuan ilmu adalah dibenarkan dan disertakan
bersama rujukan dari buku ini. Mencetak ebook ini
atas tujuan bacaan peribadi adalah dibenarkan.

Muka taip teks :


Palatino Linotype, saiz teks 14
Garamond, saiz teks 12
Traditional Arabic, saiz teks 20

Nota : Sebarang penambahbaikan terhadap


terjemahan, ejaan dan sebarang kesilapan teknikal
mohon memaklumkan kepada penulis.

2
KANDUNGAN

Biografi Muhammad bin Ishaq 9

Karya Ibn Ishaq 19

Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn Hisyam 24

Hadith-hadith Riwayat Ibn Ishaq 32

Pandangan Ulama Terhadap Ibn Ishaq 38

Analisis Kritikan Terhadap Ibn Ishaq 62


Kritikan Imam Malik bin Anas (m. 179H)
Kritikan Hisyam bin Urwah (m. 145H)
Kritikan Yahya bin Said al-Qattan (m. 189H)

Analisis Pandangan Ulama Terhadap


Ibn Ishaq 84

Bibliografi 89

3
SENARAI KEPENDEKAN

b. Bilangan

c. Cetakan

v. volum

Dr Doktor Falsafah

Ed Editor

Et.al Penulis melebihi 3 orang

h. Halaman

H Tahun Hijrah

ibid Ibidem. Pengarang dan tajuk buku yang

sama dengan rujukan sebelumnya

j. Jilid/juzuk

M Tahun Masihi

op.cit Opere Citato. Pengarang dan tajuk buku

yang sama dengan rujukan sebelumnya

yang diselangi dengan rujukan lain.

idem Penulis yang sama dengan rujukan

sebelumnya tetapi rujukan yang berbeza.

r.a. Radiya Allah anhu

s.a.w Salla Allah alayh wasallam

terj. Terjemahan
4
t.p. Tanpa penerbit

t.t. Tanpa tahun

t.t.p. Tanpa tempat penerbit

t.t.m. Tanpa tahun meninggal dunia

m. Meninggal dunia

S
esungguhnya segala puji bagi Allah, kami
memuji, meminta tolong dan meminta ampun
kepada-Nya, kami memohon dijauhkan
daripada keburukan diri kami, daripada jahat
amalan kami, sesiapa yang Allah beri hidayah
kepadanya, dia tidak akan sesat, sesiapa yang
disesatkan, tidak ada hidayah untuknya. Aku
bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah yang Esa, tidak sekutu bagi-Nya,
dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya.




6
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada
Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam
segala perkara). Supaya Dia memperelokkan bagi kamu
amalan-amalan kamu, dan mengampunkan dosa-dosa
kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan
Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya
mencapai sebesar-besar kejayaan. [Al-Ahzab (33): 70-71]

Kajian ini merupakan sebahagian daripada sub-bab


kajian penulis di peringkat sarjana. Kajian peringkat
sarjana tersebut adalah, Metodologi Penerimaan
Riwayat Sejarah Antara al-Bukhari dan Ibn Ishaq :
Kajian Perbandingan. Kajian ini dibawah seliaan
Prof. Madya Dr. Fauzi bin Deraman daripada Jabatan
Al-Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya.

Format Penulisan

i. Format dan margin ebook ini adalah 6 kali 9


inci bagi memudahkan pembaca membaca
melalui gajet elektronik.
ii. Kaedah susunan ayat dan perenggan diolah
dan diubah daripada tulisan asal bagi
memudahkan pembaca.
iii. Beberapa istilah dan nama tokoh tertentu diberi
penerangan tambahan serta rujukan bagi

7
memudahkan pembaca melakukan semakan
lanjut.
iv. Sebarang istilah khusus dalam ilmu hadith
tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu
bagi tujuan ilmu dan mengekalkan maksud
istilah berkenaan.
v. Penilaian tambahan dalam buku ini adalah
berdasarkan kajian peribadi penulis. Ia tidak
dipengaruhi oleh kumpulan, mazhab dan
tokoh tertentu.

8
BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ISHAQ

Pada permulaan, penulis akan

memperkenalkan tentang biografi Muhammad bin

Ishaq atau lebih dikenali dengan Ibn Ishaq. Tokoh

yang terkenal dalam bidang sejarah dan

pensejarahan bahkan lebih dikenali sebagai Sahib al-

Sirah al-Nabawiyyah (Pemilik Sirah Nabi).

Nama dan Keturunan

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin

Ishaq bin Yasar bin Khiyar al-Madani. Terdapat

pendapat yang berbeza pada nama moyang beliau,

iaitu sama ada Khiyar atau Kuthan. Terdapat

perbezaan terhadap nama moyang Ibn Ishaq iaitu

Kuthan. Terdapat pendapat lain mengatakan nama

9
moyang beliau Kutan dan ada pendapat mengatakan

Kuman.1

Namun begitu, menurut Muhammad

Hamidullah (m. 2002M)2 kedua-dua nama tersebut

1
Syams al-Din Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Dhahabi
(1988/1409), Siyar Alam al-Nubala, j. 7, c. 2, Bayrut : Muassasah al-
Risalah, h. 33. Selepas ini disebut Siyar.
2
Muhammad Hamidullah dilahirkan pada 1908 di Hyderabad Deccan,
Benua Kecil India. Beliau memulakan pengajian menengah di Darul
Ulum, kemudian meneruskan di Kolej Nizam, seterusnya di University
Osmania dan mendapat ijazah peringkat sarjana dan LLB dalam bidang
Undang-undang Antarabangsa. Pada tahun 1933-1935 beliau
meneruskan pengajian di Eropah dan mendapat doktor falsafah di
Universiti Bonn, Jerman. Kemudian beliau menetap di Perancis setelah
berlaku pergolakan politik di Benua Kecil India sehingga tahun 1996.
Pada tahun 1996, disebabkan oleh kesakitan yang dialami, adik beliau
Sadida terpaksa membawa beliau ke Amerika Syarikat untuk dijaga
dengan sepenuhnya. Beliau tidak mempunyai ahli keluarga kerana
beliau tidak berkahwin sehingga akhir usia. Tokoh ini menguasai
sebanyak dua puluh dua (22) bahasa seluruh dunia. Ketika beliau
berusia lapan puluh empat (84) tahun, beliau telah mempelajari Bahasa
Thai. Beliau mempunyai karya-karya dalam pelbagai bidang serta dalam
pelbagai bahasa, iaitu Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Urdu
dan Bahasa Arab. Tulisan-tulisan beliau direkodkan sebanyak 250 karya
dalam pelbagai bidang termasuk sejarah Islam. Beliau juga
menterjemahkan al-Quran ke dalam Bahasa Perancis serta karya-karya
masyhur Islam ke dalam bahasa-bahasa di Eropah. Antara karya beliau
dalam bidang hadith ialah beliau telah mentahqiq Sahifah Hammam bin
Munabbih yang mana beliau menerbitkan tulisan ini dalam Bahasa
Inggeris dan Bahasa Perancis. Manuskrip sahifah ini diambil di Syria
dan di Berlin, Jerman dan dibuat beberapa perbandingan. Selain itu,
10
adalah tepat, ini kerana Kuthan telah ditawan di

dalam peperangan pada tahun 12H. Apabila dia

memeluk Islam maka namanya ditukar kepada

Khiyar.3

Al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H) menukilkan

beberapa riwayat yang menjelaskan tentang kunyah

Ibn Ishaq. Ada pendapat yang mengatakan kunyah

beliau ialah Abu Bakr manakala pendapat lain

mengatakan Abu Abd Allah.4 Beliau dilahirkan pada

beliau juga telah mentahqiq Sirah Ibn Ishaq yang diterbitkan sehingga
kisah Peperangan Uhud. Muhammad Hamidullah telah meninggal
dunia pada 17 Disember 2002 dalam usia 95 tahun di Jacksonville,
Amerika Syarikat.
Lihat, http://www.albalagh.net/general/dr_hamidullah.shtml, 22 April
2009.
3
Muhammad Hamidullah (1967), Muhammad Ibn Ishaq The Biographer of
the Holy Prophet, t.c., Karachi : Pakistan Historical Society, h. 2.
4
Abi Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit al-Khatib al-Baghdadi
(2001/1422), Tarikh Madinah al-Salam wa Akhbar Muhaddithiha wa Dhikr
Quttaniha al-Ulama min Ghayr Ahliha wa Waridiha, j. 2, c. 1, Bayrut : Dar
al-Gharb al-Islami, h. 9-11.
11
tahun 80H5 atau 85H6 di al-Madinah al-

Munawwarah.7

Nenek moyang Ibn Ishaq telah ditawan dalam

Peperangan Ayn al-Tamar pada tahun 12H.8

Peperangan ini berlaku semasa kepimpinan Khalifah

Abu Bakr al-Siddiq. Moyang Ibn Ishaq (m. 151H)

telah ditawan oleh Khalid al-Walid r.a.9 Perselisihan

berlaku antara ulama tentang individu yang ditawan

dalam peperangan tersebut, ada berpendapat

bahawa individu yang ditawan itu adalah Yasar.


5
Syams al-Din Muhammad bin Ahmad bin Uthman al-Dhahabi
(1988/1409), Siyar Alam al-Nubala, j. 7, c. 2, Bayrut : Muassasah al-
Risalah, h. 33. Selepas ini disebut Siyar.
6
Menurut Mustafa al-Saqa dan lain-lain, tahun 85H adalah yang paling
tepat. Lihat, Ibn Hisyam (t.t.), al-Sirah al-Nabawiyyah, j. 1, t.c., t.t.t. :
Turath al-Islam, h. 14; Muhammad Surur bin Nayif Zin al-Abidin
(1988/1408), Dirasat fi al-Sirah al-Nabawiyyah, c. 2, Birmingham : Dar al-
Arqam, h. 88; Fuad Sizkin (1991/1411), Tarikh al-Turath al-Arabi, j. 1,
t.c. Riyad : Idarah al-Thaqafah wa al-Nasyr bi al-Jamiah, h. 87.
7
Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 14.
8
ibid.
9
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 33-34; Abi al-Abbas
Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan
(t.t.), Wafayat al-Ayan wa Anba Abna al-Zaman, j. 4, t.c., Bayrut : Dar al-
Sadir, h. 276.
12
Pendapat ini dinukilkan oleh Ibn Sad (m. 230H), Ibn

Khallikan (m. 681H), al-Dhahabi (m. 748H) dan lain-

lain.10 Manakala menurut riwayat di dalam al-Tarikh

al-Baghdadi, individu berkenaan adalah Khiyar.11

Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M),

pendapat yang lebih tepat adalah adalah Khiyar.

Tambah beliau, Khiyar telah ditawan dalam

peperangan tersebut pada tahun 12H semasa masih

kanak-kanak lagi.

Kemudian, beliau dikurniakan anak bernama

Yasar lebih kurang pada tahun 20H, seterusnya Yasar

mendapat anak bernama Ishaq pada tahun 53H, dan

Ibn Ishaq dilahirkan pada tahun 85H. Sekiranya

Yasar telah ditawan pada tahun 12H, maka beliau

10
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 33; Abi al-Abbas
Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan
(t.t.), op. cit., j. 4, h. 276; Muhammad bin Sad bin Muni Abu Abd Allah
al-Basri Al-Zuhri (1968M), al-Tabaqat al-Kubra, j. 7, c.1, Bayrut : Dar
Sadir, h. 321.
11
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 9.
13
harus menunggu sehingga tahun 53H untuk

mendapat anak bernama Ishaq, ayah kepada Ibn

Ishaq.12

Kembara Ilmu, Guru dan Murid Ibn Ishaq

Muhammad bin Ishaq (m. 151H) telah

dilahirkan di Madinah dalam suasana ilmu yang

sedang berkembang pada ketika itu. Beliau hidup

dalam biah dan suasana keilmuan khususnya di

Masjid Nabawi.13 Beliau juga sempat bertemu dengan

para sahabat r.a. pada ketika itu seperti Anas bin

Malik r.a. sewaktu beliau masih kanak-kanak.14

Oleh kerana kesungguhan beliau terhadap

ilmu, beliau banyak belajar dan mengambil riwayat

daripada tokoh terkemuka kibar al-tabiin, seperti

12
Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 2.
13
Abd al-Syaqi Muhammad Abd al-Latif (2007/1428), Buhuth fi al-
Sirah al-Nabawiyyah wa al-Tarikh al-Islami, c. 1, al-Qahirah : Dar al-Salam,
h. 32-33.
14
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 11.
14
Aban bin Uthman (m. 101H-105H), Al-Qasim bin

Muhammad bin Abu Bakr al-Siddiq (m. 107H),

Muhammad bin Ali bin al-Husayn bin Ali bin Abi

Talib (m. 110H), Asim bin Umar bin Qatadah bin al-

Numan al-Ansari (m. 129H) dan ramai lagi.15

Selama beberapa tahun, Ibn Ishaq telah

mengembara untuk menuntut ilmu. Tempat pertama

beliau mengembara ialah ke Mesir.16 Pernah

diriwayatkan bahawa beliau telah singgah ke

Iskandariyyah pada tahun 115H. Di sana beliau telah

belajar dengan tokoh terkemuka di Mesir pada masa

itu, termasuk Yazid bin Abi Habib (m. 128H).17 Jika

dikira, usia beliau pada ketika itu adalah dalam

lingkungan 30 tahun.

15
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 34; Jamal al-Din Abi al-
Hajjaj Yusuf al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib al-Kamal fi Asma al-Rijal, c.
1, Bayrut : Muassasah al-Risalah, j. 24, h. 406-410; Huda Ali Jawad al-
Syamri (2004) al-Hadith al-Nabawi al-Syarif Riwayah Muhammad bin Ishaq,
c. 1, Oman : Muassasah al-Waraq, h. 37-58.
16
Abd al-Syaqi Muhammad Abd al-Latif (2007/1428), op. cit., h. 34.
17
al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 424.
15
Seterusnya, beliau dikatakan telah kembali ke

Madinah pada tahun 123H dan diperkenalkan oleh

al-Zuhri (m. 124H) kepada orang ramai. Kemudian

beliau bertemu Sufyan bin Uyaynah (m. 198H) pada

tahun 132H.18

Seterusnya beliau telah mengembara ke tempat

utama dunia Islam seperti, al-Jazirah, al-Ray, al-

Hirah dan berakhir di Baghdad.19 Di tempat-tempat

ini beliau juga banyak mengajar dan menyampaikan

riwayat kepada orang ramai sehingga bilangan

murid beliau lebih ramai daripada murid beliau di

Madinah.20

Senarai murid-murid beliau terlalu ramai

untuk disenaraikan satu persatu, namun antara

18
Josef Horovitz (April 1928), The Earliest Biographies of The
Prophet and Their Authors, Islamic Culture, v. 2, Hyderabad : t.p.,h.
170.
19
Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 14.
20
Josef Horovitz (April 1928), op. cit., h. 172.
16
murid-murid beliau yang terkemuka yang telah

meriwayatkan sirah beliau ialah;

Ibrahim bin Sad al-Zuhri (m. 183H), Yunus bin

Bukayr al-Syaybani (m. 199H), Salamah bin Fadl al-

Razi (m. 191H), Muhammad bin Salamah al-Harrani

(m. 191H), Ziyad bin Abd Allah al-Bakkai (m.

187H), Abd Allah bin Idris al-Awdi (m. 192H),

Yahya bin Said bin Aban al-Umawi (m. 194H), Jarir

bin Hazim bin Zayd al-Azdi (m. 170H) dan Harun

bin Abi Isa al-Syami (m. 190H).21 Selain itu, ramai

lagi murid-murid beliau seperti mana yang

dikemukakan oleh al-Mizzi (m. 742H) dan al-

Dhahabi (m. 748H).22

21
Mutaal-Tarabisyi (1994/1414) Ruwwat Muhammad bin Ishaq bin Yasar fi
al-Maghazi wa al-Siyar wa Sair al-Marwiyyat, c. 1, Dimasyq : Dar al-Fikr,
h. 57; Muhy al-Din Dib Mastu (2000/1420), Manahij al-Talif fi al-Sirah
al-Nabawiyyah Khilal al-Qurun al-Arbaah al-Ula min al-Hijrah al-
Nabawiyyah, c. 1, Bayrut : Dar al-Kalim al-Tayyib, h. 261-264.
22
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 35; al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 410-411.
17
Ibn Ishaq Meninggal Dunia

Ibn Ishaq telah meninggal dunia di Baghdad,

Iraq. Ulama telah berselisih tentang tahun beliau

meninggal dunia. Ada pendapat menyatakan beliau

meninggal dunia pada tahun 144H,23 149H,24 150H,

151H, 152H25 dan 153H.26

Walau bagaimanapun, Ibn Khallikan (m. 681H)

berpendapat bahawa tahun 151H adalah lebih

tepat.27 Jenazah Ibn Ishaq telah dikebumikan di

sebuah tempat di Baghdad bernama al-Khayzuran.28

Nota : Khayzuran tempat yang diberi nama sempena


nama ibu Khalifah Harun al-Rasyid.

23
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 34.
24
Ibn Qanfadh al-Qasnatini, Abi al-Abbas Ahmad bin Hasan bin Ali
bin al-Khatib (1984/1403), al-Wafiyat, c. 4, Bayrut : Dar al-Afaq al-
Jadidah, h. 128
25
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 55.
26
Abi al-Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin Muhammad bin Abi
Bakr bin Khallikan (t.t.), op. cit., j. 4, h. 288.
27
ibid.
28
ibid.
18
KARYA IBN ISHAQ

Beberapa maklumat tentang karya-karya Ibn

Ishaq telah diambil, antaranya daripada tulisan Dr.

Fuat Sezgin. Beliau telah menyenaraikan beberapa

karya Ibn Ishaq termasuk karya-karya lain yang

dinisbahkan kepada Ibn Ishaq.29 Karya-karya

berkenaan ialah :

1. Kitab al-Maghazi : Karya ini terbahagi kepada tiga

(3) bahagian iaitu al-Mubtada, al-Mabath dan al-

Maghazi.30 Karya ini merupakan naskah daripada

riwayat Yunus bin Bukayr (m. 199H). Manuskrip

karya ini terletak di al-Maktabah al-Qarawiyyin di

Faz, Maghribi bernombor 202, sebanyak 150

halaman. Selain itu, terdapat di al-Maktabah al-


29
Fuad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 89-91.
30
Wan Kamal Mujani telah memperincikan maklumat tentang
kandungan karya ini. Lihat, Wan Kamal Mujani (1999/1419),
Pandangan Ulama Terhadap Karya dan Ketokohan Muhammad Ibn
Ishaq, Islamiyyat, Bil. 20, Bangi : Fakulti Pengajian Islam,Universiti
Kebangsaan Malaysia, h. 24-25; ___________ (2009) : Ibn Ishaq
Perawi Kisah-kisah Israiliyyat. Al-Islam, Mei, h. 37-38.
19
Zahiriyyah, Syria bernombor 150, sebanyak 157

hingga 173 halaman.31

Ibn Hisyam (m. 183H) telah melakukan semakan

pada Sirah Ibn Ishaq yang diriwayatkan daripada

murid Ibn Ishaq iaitu Ziyad bin Abd Allah al-

Bakkai (m. 187H). Ibn Hisyam (m. 183H) telah

menyaring kembali riwayat-riwayat serta syair-syair

yang terdapat pada riwayat Ibn Ishaq. Ini menepati

apa yang dikemukakan oleh Ibn Hisyam (m. 183H)

di dalam manhaj beliau terhadap penulisan kembali

karya ini. Beliau berkata,

Insya Allah saya memulakan buku ini dengan menyebut


Ismail bin Ibrahim, dan orang yang melahirkan
Rasulullah s.a.w. daripada anaknya [Ismail], dan anak-
anak mereka dan keturunan mereka. Pertama sekali adalah
[tentang] daripada Is mail [hingga] kepada Rasulullah
s.a.w. dan apa yang berlaku [dalam kalangan] mereka.
[Saya] meningggalkan kisah tentang orang lain dalam
kalangan anak-anak Ismail adalah untuk meringkaskan

31
Fuad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 1, h. 89.
20
[tulisan ini] kepada kisah sirah Rasulullah s.a.w. dan
[saya] tinggalkan sebahagian daripada kenyataan Ibn Ishaq
di dalam buku ini daripada apa yang bukan daripada
Rasulullah s.a.w. yang disebutnya. [Termasuk] apa-apa
peristiwa yang tidak diturunkan Al-Quran mengenai
peristiwa berkenaan. Serta tidak ada sebab [yang wajar]
yang terkandung dalam buku ini, tiada penafsiran
padanya dan tidak ada hujah [yang kuat] padanya.
Penyataan saya ini adalah untuk meringkas [sahaja].
Syair-syair yang terkandung di dalamnya, saya dapati
tiada seorang pun dalam kalangan ahli ilmu yang
mengetahuinya, sebahagiannya tidak sesuai dibincang,
sebahagian yang lain menghina orang lain, sebahagiannya
tidak diakui oleh al-Bakkai dalam periwayatannya. Saya
[hanya] mengemukakan insya Allah riwayat yang lain
adalah diakui [oleh Ibn Ishaq] adalah hasil periwayatan
dan keilmuan [beliau] dengannya. 32

2. Tarikh al-Khulafa : Menurut Ibn Nadim, ia

diriwayatkan oleh al-Umawi.33 Al-Duri telah

membuat salinan kembali riwayat yang terkandung

dalam kitab ini. Ia adalah berkisar tentang

32
Abi Muhammad Abd al-Malik bin Hisyam al-Maafiri (1998/1418),
al-Sirah al-Nabawiyyah, j. 1, c. 1, Riyad : Maktabah al-Ubaykan, h. 64-65.
33
Ibn Nadim tidak menjelaskan dengan lebih lanjut identiti al-Umawi
itu. Lihat, Muhammad bin Ishaq al-Nadim (1971/1391), Kitab al-Fihrist,
j. 2, t.c. t.t. : t.p. h. 105.
21
pembunuhan Saydina Umar bin al-Khattab r.a. serta

pembentukan ahli majlis syura.34

3. Kitab al-Futuh : Kitab ini dikenal pasti sebagai salah


satu karya Ibn Ishaq . Ia menjadi kerangka asas

dalam penulisan karya-karya tentang al-futuh yang

ditulis oleh al-Waqidi (m. 207H). Karya al-Futuh

tulisan al-Waqidi (m. 207H) adalah seperti, Futuh al-

Syam, Futuh Misr, Futuh al-Jazirah wa al-Khabur wa

Diyar Bakr fi al-Iraq, Futuh al-Bahnasa, Futuh

Afriqiyyah, Futuh al-Iraq dan Futuh Amid. 35

4. Akhbar Kulayb wa Jassas : Manuskrip karya ini

terdapat di Maktabah Ali Sayyid Isa al-Atar yang

terletak di Baghdad, Iraq.36

34
Abd al-Aziz Al-Duri (1993), Bahth Nasyah Ilm al-Tarikh ind al-Arab,
c. 2, Bayrut : Dar al-Masyriq, h. 182-183.
35
Fuad Sizkin (1991/1411), op. cit., j. 2, h. 91 & 102-106.
36
ibid., h. 91.
22
Selain daripada karya-karya di atas, terdapat

beberapa lagi karya Ibn Ishaq yang lain. Antaranya,

Kitab Hurrab, Siyar al-Arab al-Arba, Hadith Isra wa al-

Miraj dan Akhbar Siffin. 37 Sebagai seorang yang

diiktiraf sebagai ahli sejarah yang berautoriti, semua

karya yang dinyatakan di atas, adalah berkisar

tentang sejarah.

37
ibid.
23
SIRAH IBN ISHAQ DAN SIRAH IBN HISYAM

Sirah Ibn Ishaq adalah merujuk kepada riwayat

daripada murid Ibn Ishaq iaitu Yunus bin Bukayr (m.

199H) manakala Sirah Ibn Hisyam adalah riwayat

daripada Ziyad bin Abd Allah al-Bakkai (m. 187H)

kepada Ibn Hisyam.38 Kedua karya ini telah melalui

beberapa proses penerbitan. Kali pertama, Sirah Ibn

Hisyam telah ditahqiq dan diusahakan untuk

penerbitan oleh Dr. Ferdinand Westernfield pada

tahun 1857M hingga 1860M di Jerman dalam dua

jilid.

Penulis berjaya memperoleh edisi cetakan ini.

Edisi ini mengandungi sebanyak 340 halaman (tidak

termasuk kulit hadapan dan belakang). Ia ditulis

dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Arab dan Bahasa

Jerman. Namun teks asal manuskrip Sirah Ibn Hisyam

38
Akram Diya al-Umari (1995), al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah
Muhawalah li Tatbiq Qawaid al-Muhaddithin fi Naqd Riwayat al-Sirah al-
Nabawiyyah. Riyad : Maktabah al-Ubaykan j. 1, h. 59.
24
tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Jerman. Di

awal buku ini, Dr. Ferdinand membincangkan

dengan panjang lebar tentang biografi Muhammad

bin Ishaq (m. 151H) dengan mengambil daripada

pelbagai sumber seperti Wafayat al-Ayan karya Ibn

Khallikan (m. 681H), Tabaqat al-Huffaz karya al-Suyuti

(m. 911H), Uyun al-Athar karya Ibn Sayyid al-Nas

(m. 734H) dan sebagainya.

Di samping itu, beliau juga membuat ulasan yang

agak panjang terhadap kritikan para ulama terhadap

Ibn Ishaq dari segi al-jarh wa al-tadil. Penulis juga

sukar untuk meneliti karya ini kerana metodologi

tahqiq yang dilakukan agak berbeza dengan

kebiasaan edisi tahqiq masa kini. Kajian lanjut

berkaitan karya ini perlu dilakukan untuk mengenal

25
pasti metodologi Dr. Ferdinand Westernfield dalam

menerbitkan Sirah Ibn Hisyam ini buat kali pertama. 39

Nama penuh beliau ialah Heinrich Ferdinand Westernfield. Beliau


dilahirkan pada tahun 31 Julai 1808M di Munden, Jerman. Beliau
menyambung pengajian di Universiti Gottingen sehingga mendapat
doktor falsafah pada tahun 1831. Seterusnya beliau bertugas di
universiti yang sama sebagai pensyarah bahasa seperti bahasa Arab,
Parsi, Siryani, Sanskrit dan lain-lain. Beliau dianugerahkan profesor
pada tahun 1853 oleh Universiti Gottingen. Beliau banyak melakukan
tahqiq terhadap karya-karya sejarah seperti karya tabaqat, tarajim al-rijal,
sirah dan tulisan sejarah yang lain. Antara karya-karya yang
diusahakan beliau ialah, Wafayat al-Ayan karya Ibn Khallikan (m.
681H) tahun 1837, Kitab Tabaqat al-Huffaz karya al-Dhahabi (m. 748H)
tahun 1833, Kitab Tahdhib al-Asma karya al-Nawawi (m. 676H) tahun
1832, al-Maarif karya Ibn Qutaybah (m. 276H) tahun 1850, Mujam al-
Buldan karya Yaqut al-Hamawi tahun 1866-1873, al-Sirah karya Ibn
Ishaq (m. 151H) tahun 1857-1860 dan banyak lagi. [Abd al-Rahman
Badawi, (1993), Mawsuah al-Mustasyriqin, c. 3, Dar al-Ilm li al-Malayin,
h. 399-402.]

39
Abd el-Malik Ibn Hischm (1860), Kitab Sirah Rasulullah : Das Leben
Muhammeds nach Muhammed Ibn Ishk, t.c., Gttingen : Dieterichsche
Universitats Buchhandlung.
26
27
Kemudian edisi ini telah diterbitkan oleh

Matbaah al-Amiriyyah di Bulaq pada tahun 1295H

dalam tiga jilid dan Matbaah al-Khayriyyah di Mesir

dalam tiga jilid pada tahun 1329H40 bersama taliq

oleh Syaykh Muhammad al-Tahtawi.41

Kemudian, Prof. A. Guillaume telah

menterjemahkan karya ini ke dalam Bahasa Inggeris

pada tahun 1953M42 berdasarkan edisi ringkasan oleh

Gustav Weil dalam Bahasa Jerman cetakan tahun

1864M.43 Terdapat kritikan terhadap terjemahan

karya ini, di mana Prof. A. Guillaume dilihat

40
C. A. Storey (1935), Persian Literature : A Bio-bibliography Survey,
Seksyen 2, London : Luzac & Co., h. 172-173.
41
Laman blog Khazanah al-Turath al-Arabi.
http://khizana.blogspot.com/2008/12/blog-post_1726.html, 18 Jun
2009.
42
Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M), A. Guillame telah
menterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dengan dengan membuang
semua catatan Ibn Hisyam (m. 183H) dan menambah riwayat yang
diriwayatkan oleh al-Tabari (m. 310H) bersumberkan riwayat Ibn Ishaq
(m. 151H) yang lain. Lihat, Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h.
23-24.
43
C. A. Storey (1935), op. cit., h. 172-173.
28
melakukan kesilapan terjemahan dalam menterjemah

perkataan-perkataan tertentu sehingga mengubah

maksud sebenar kandungan riwayat-riwayat di

dalam Sirah Ibn Hisyam. 44

Sirah Ibn Ishaq pula dilihat agak terlewat dalam

proses penerbitannya. Terdapat edisi tahqiq oleh Dr.

Muhammad Hamidullah (m. 2002M) pada tahun

1981M45 dan tahqiq Suhayl Zakkar pada tahun

1978M.46 Selain itu, terdapat tahqiq Ahmad Farid al-

Mazidi pada tahun 1424H/2004M.47

44
R. B. Serjeant (1958), Professor A. Guillaume's Translation of the
"Sirah", Bulletin of the School of Oriental and African Studies, University of
London, v. 21, b. 1/3, Cambridge : Cambridge University Press, h. 1-
14.
45
Ibn Ishaq (1981), Sirah Ibn Ishaq al-Musamma bi Kitab al-Mubtada wa al-
Mabath wa al-Maghazi, t.c., Konya : Khidmah al-Khayriyyah.
46
Muhammad bin Ishaq (1978/1398), Siyar wa al-Maghazi, c. 1, Bayrut :
Dar al-Fikr
47
Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-Matlibi al-Madani, (2004/1424),
al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Ishaq, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.
29
Seterusnya, Sirah Ibn Hisyam melalui beberapa

edisi tahqiq dan penerbitan lain. Pada tahun

1938M/1356H, Syaykh Muhammad Muhy al-Din

Abd al-Hamid dan lain-lain telah mentahqiq Sirah

Ibn Hisyam. Kemudian, Mustafa al-Saqa, Ibrahim al-

Abyari dan Abd al-Hafiz Syalabi telah mentahqiq

karya ini pada tahun 1955H.48 Edisi tahqiq ini melalui

beberapa proses percetakan dan ia masih dicetak

sehingga ke hari ini.

Di tangan penulis, terdapat beberapa edisi

tahqiq yang lain, antaranya tahqiq Majdi Fathi al-

Sayyid49 dan tahqiq al-Syaykh Adil Ahmad Abd al-

Mawjud bersama al-Syaykh Ali Muhammad

Muawwid dibantu oleh Prof. Dr. Fathi Abd al-

48
Muhammad Faisal Ismail (2003), Keprihatinan Ulama Hadith Terhadap
Sanad Hadith : Suatu Kajian Terhadap Aplikasinya Dalam Kitab al-Sirah al-
Nabawiyyah, Karya Ibn Hisham. Disertasi Sarjana Usuluddin. Jabatan Al-
Quran dan Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian
Islam. Universiti Malaya, h. 144.
49
Abi Muhammad Abd al-Malik bin Hisyam (1995/1416), Sirah al-Nabi
s.a.w., c. 1, Tanta : Dar al-Sahabah li al-Turath.
30
Rahman Ahmad Hijazi, Profesor di Fakulti Bahasa

Arab, Universiti al-Azhar yang diterbitkan oleh

Maktabah al-Ubaykan tahun 1998M/1418H.50 Selain

itu, Sirah Ibn Ishaq dan Sirah Ibn Hisyam ini melalui

beberapa fasa terjemahan kepada bahasa lain.

Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M),

terjemahan ke dalam Bahasa Parsi telah dilakukan

oleh Abu Bakr bin Sad bin Zangi pada kurun

ketujuh hijrah. Manakala terjemahan Bahasa Urdu

oleh Mr. Shattari telah diterbitkan oleh Universiti

Osmania, Hyderabad.51

50
Pada pendapat penulis, kedua-dua tahqiq yang dinyatakan di atas
adalah tahqiq yang terbaik. Pentahqiq menyatakan dengan jelas sumber-
sumber riwayat yang terkandung di dalam karya ini dan memberi status
terhadap riwayat berkenaan. Kadang kala, terdapat juga riwayat yang
tidak dinyatakan apa-apa status, tetapi hanya dinyatakan sumber sahaja.
51
Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 23.
31
HADITH-HADITH RIWAYAT IBN ISHAQ

Ibn Ishaq sebagai seorang tabiin yang banyak

meriwayatkan hadith daripada kibar al-tabiin lain

sudah tentu hadith beliau banyak terdapat di dalam

karya-karya hadith. Karya-karya hadith berkenaan

termasuk al-Sunan al-Arbaah, Musnad Ahmad bin

Hanbal, Sunan al-Kubra karya al-Bayhaqi (m. 458H)

dan sebagainya.

Nota : al-Kutub al-Sittah adalah merujuk kepada enam kitab


hadith utama iaitu, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan
Abu Dawud, Jami al-Tirmizi, Sunan al-Nasai dan Sunan Ibn
Majah.

Hadith Riwayat Ibn Ishaq di Dalam al-Kutub al-

Sittah

Hadith-hadith yang diriwayatkan di dalam al-

Kutub al-Sittah direkodkan dalam pelbagai bentuk.

Ini disebabkan manhaj muhaddithin bagi setiap karya

32
berkenaan adalah berbeza. Bagi al-Bukhari (m.

256H), riwayat-riwayat Ibn Ishaq dinukilkan hanya

dalam bentuk hadith muallaq dan mutabaat. Ini

menunjukkan riwayat Ibn Ishaq tidak mencapai

tahap piawaian yang ditetapkan oleh al-Bukhari

menurut penilaian beliau yang tersendiri.

Berikut adalah senarai jumlah hadith di dalam

al-Kutub al-Sittah. Senarai hadith ini telah disemak

oleh Dr. Huda Ali Jawad al-Syamri di dalam kajian

beliau :52

Karya Hadith Bil. Hadith


Sahih al-Bukhari (Muallaq & Mutabaat) 17*
Sahih Muslim (Syawahid dan Mutabaat) 6
Sunan al-Tirmidhi 50
Sunan Abu Dawud 165
Sunan al-Nasai 39
Sunan Ibn Majah 78
Jumlah 354

52
Huda Ali Jawad al-Syamri (2004) op. cit., h. 83-96.
33
*Jumlah 17 hadith bagi Sahih al-Bukhari di atas adalah semakan
daripada Dr. Awwad al-Khalaf di dalam tesis Ph.D beliau
(diterbitkan) berbanding semakan Dr. Huda Ali Jawad al-Syamri
yang menyatakan sebanyak 16 hadith. Dr. Awwad
membahagikan jumlah berkenaan kepada dua bahagian, iaitu
lima (5) hadith adalah riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) dengan lafaz
Sima yang jelas dan dua belas (12) hadith adalah riwayat Ibn
Ishaq (m. 151H) secara Ananah. Semua riwayat ini dinukilkan
secara muallaq dan mutabaat. [Awwad al-Khalaf (1421H),
Riwayat al-Mudallisin fi Sahih al-Bukhari Jamuha, Takhrijuha, al-
Kalam Alayha, t.c., t.t.p. : Dar al-Basyair al-Islamiyyah, h. 579-582;
Huda Ali Jawad al-Syamri (2004) op. cit., h. 83-85.]

Berdasarkan jadual di atas, jumlah keseluruhan

riwayat hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq

termasuk hadith yang berstatus muallaq atau sebagai

syawahid dan mutabaat adalah 354 hadith.

Peratusan riwayat Ibn Ishaq di dalam al-Kutub

al-Sittah adalah seperti graf di bawah;

34
Peratus Hadith Riwayat Ibn Ishaq
di Dalam Kutub al-Sittah Sahih al-Bukhari (Mu'allaq
& Mutaba'at)
2% Sahih Muslim (Syawahid
4%
22% dan Mutabaat)
14%
Sunan al-Tirmidhi

Sunan Abu Dawud

11% Sunan al-Nasa'i


47%

Sunan Ibn Majah

Hadith Riwayat Ibn Ishaq Selain al-Kutub al-Sittah

Jumlah hadith-hadith riwayat Ibn Ishaq yang

direkodkan di dalam kitab hadith selain daripada al-

Kutub al-Sittah telah dikenal pasti. Karya-karya

tersebut ialah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Sunan al-

Darimi dan Sunan al-Bayhaqi. Berikut adalah jumlah

hadith riwayat Ibn Ishaq yang direkodkan di dalam

35
karya-karya tersebut. Jumlah ini telah disemak oleh

Dr. Huda Ali Jawad al-Syamri :53

Karya Hadith Bil. Hadith

Musnad Ahmad bin Hanbal 593

Sunan al-Darimi 66

Sunan al-Bayhaqi 478

Jumlah 1137

Jumlah keseluruhan riwayat Ibn Ishaq yang

terdapat di dalam tiga karya ini adalah sebanyak

1137 hadith. Jurang bilangan hadith yang jauh

berbeza adalah disebabkan jumlah riwayat yang

terkandung di dalam karya-karya tersebut.

Maka, jumlah keseluruhan hadith riwayat Ibn

Ishaq di dalam Musnad Ahmad bin Hanbal adalah

lebih banyak berbanding Sunan al-Bayhaqi dan Sunan

al-Darimi.

53
ibid., h. 97-102.
36
Bagi Musnad Ahmad bin Hanbal, banyak hadith-

hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq daripada

tokoh-tokoh terkemuka, seperti al-Zuhri (m. 124H),

Abd Allah bin Bakr bin Amru bin Hazm (m. 135H),

Hisyam bin Urwah (m. 145H) dan ramai lagi.

Sebagai contoh, banyak terdapat di dalam riwayat-

riwayat daripada Aisyah r.a. Hampir semua riwayat

ini dinilai sahih oleh pentahqiq. 54

54
Lihat, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), al-Musnad, j.
18 c. 1, al-Qahirah : Dar al-Hadith h. 195-205, No. Hadith 26216,
26217, 26218, 26219, 26220, 26223, 26224, 26225, 26226, 26227,
26228, 26230, 26233, 26234, 26235, 26236, 26237, 26238, 26239,
26240, 26241, 26242 dan 26243.
37
PANDANGAN ULAMA TERHADAP IBN

ISHAQ

Apabila diteliti di dalam kitab-kitab rijal, dapat

penulis simpulkan bahawa perbincangan tentang

kedudukan Ibn Ishaq sebagai satu perbahasan yang

kontroversi dalam kalangan para ulama al-jarh wa al-

tadil. Wujud pelbagai pandangan yang bercanggah

sesama mereka, bahkan pandangan daripada ulama

yang sama juga kelihatan bercanggah pada waktu

yang berbeza.

Secara mudah, al-Jarh dalam ilmu hadith bermaksud


kritikan terhadap perawi hadith. Manakala al-Tadil ialah
pengiktirafan autoriti ulama hadith kepada seseorang
perawi hadith

Penulis telah meneliti dengan sedaya upaya

bagi mengenal pasti kedudukan Ibn Ishaq dengan

membuat penelitian dengan bersungguh-sungguh

38
bagi mengabsahkan kedudukan sebenar tokoh

sejarah ini. Di sini penulis mendapati pandangan

para ulama al-jarh wa al-tadil terbahagi kepada tiga

(3) kelompok.

Pengiktirafan Autoriti Kepada Ibn Ishaq

Terdapat ramai para ulama yang mengiktiraf

ketokohan Ibn Ishaq dalam bidang sejarah dan

periwayatan hadith. Selain daripada pujian dan

sanjungan, banyak pendapat-pendapat ini adalah

untuk menjawab kritikan yang dibuat terhadap Ibn

Ishaq. Berikut adalah beberapa pujian dan sanjungan

para ulama kepada Ibn Ishaq.

Ibn Main (m. 223H) telah ditanya tentang Ibn

Ishaq, beliau menjawab, Thiqah dan hasan al-

39
hadith.55 Abu Zurah al-Dimasyqi (m. 281H) telah

bertanya kepada Yahya bin Main (m. 223H),

:
.
Jika sekiranya seseorang berkata [bahawa] Muhammad

bin Ishaq [individu yang boleh dijadikan] hujjah [adakah

dia] salah [dalam pendapatnya itu]? Ibn Main

menjawab, Tidak, beliau [merupakan seorang] yang

thiqah.56

Ali bin al-Madini (m. 234H) telah menyatakan

bahawa,

- -
:
.
55
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 35, al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 411.
56
al-Sayyid Abu al-Maati Al-Nuri, et. al (1992/1412), al-Jami fi Jarh wa
al-Tadil, j. 2, c. 1, Bayrut : Alam al-Kutub, h. 449.
40
Hadith Rasulullah s.a.w. telah tersebar di kalangan enam

orang. Lalu beliau memberitahu nama-nama mereka [yang

berkenaan]. Beliau menyambung, Ilmu enam orang

[tersebut] telah tersebar di kalangan dua belas orang dan

salah seorang [dalam kalangan] mereka adalah Ibn

Ishaq.57

Ibn al-Madini (m. 234H) berkata,

. :
Bahawa Ibn Syihab telah ditanya tentang maghazinya

(Ibn Ishaq). Lalu Ibn Syihab menjawab, [Orang] ini

adalah orang yang paling alim tentangnya (maghazi).58

Asim bin Umar bin Qatadah (m. 120H) telah

berkata,

57
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36; al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 412; Al-Baghdadi (2001/1422), op.
cit., j. 2, h. 13; al-Asqalani (1995/1416), Tahdhib op. cit., j. 3, h. 504.
58
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36; al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 412-413; al-Baghdadi
(2001/1422), op. cit., j. 2, h. 14.
41

Tiada sesiapa dalam kalangan manusia yang mencapai

ilmu seperti mana Ibn Ishaq.59

Al-Bukhari berkata,

.
Saya telah melihat (mendapati) Ali bin Abd Allah

berhujjah dengan hadith Ibn Ishaq.60

Selain itu, Al-Bukhari juga berkata,

:

.

59
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36; al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 413; Al-Baghdadi (2001/1422), op.
cit., j. 2, h. 15.
60
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 39; Muhammad bin
Ismail al-Bukhari (t.t.), Khayr al-Kalam fi al-Qiraah Khalf al-Imam, (t.c.),
Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 36-37.
42
Ibrahim bin Hamzah telah berkata kepada saya; Di sisi

[riwayat] Ibrahim bin Saad daripada Ibn Ishaq adalah

sebanyak tujuh belas ribu (17,000) hadith yang

merangkumi hadith ahkam termasuk maghazi.61

Al-Dhahabi (m. 748H) menambah, Yakni

[jumlah hadith riwayat Ibrahim bin Sad daripada Ibn

Ishaq] adalah pengulangan turuq (rantaian sanad) hadith-

hadith [tersebut], manakala matan-matan berkaitan

hukum-hakam yang diriwayatkan [oleh Ibrahim bin Saad]

hanya merangkumi satu persepuluh (1/10) sahaja (lebih

kurang 1,700 hadith).62

Al-Syafii (m. 204H) berkata,

61
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 39-40.
62
ibid.
43
Sesiapa yang ingin luas ilmunya tentang maghazi, maka

dia akan terhutang budi dengan Muhammad bin Ishaq.63

Ali bin al-Madini (m. 234H) pula berkata,


Hadith beliau (Ibn Ishaq) bagi saya [adalah]

sahih.64

Manakala Syubah (m. 160H) berkata,


Ibn Ishaq [adalah] amir al-muminin fi al-

hadith.65

Selain itu, di tempat lain, Syubah (m. 160H)

pula berkata, Beliau [adalah] saduq (benar).66 Al-Ijli

63
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 36; al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 413; Al-Baghdadi (2001/1422), op.
cit., j. 2, h. 15.
64
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
65
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 26; Al-Dhahabi
(1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
66
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
44
(m. 261H) di dalam Tarikh al-Thiqat telah

mengklasifikasikan Ibn Ishaq sebagai thiqah.67

Sufyan bin Uyaynah (m. 198H) berkata,


Saya tidak melihat seorang [pun] menuduh Ibn Ishaq

[dengan apa-apa tuduhan].68

67
Ahmad bin Abd Allah bin Salih Abi al-Hasan al-Ijli (1985/1405),
Tarikh al-Thiqat, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 400, No.
Biografi 1433.
68
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57; al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 416; Al-Baghdadi (2001/1422), op.
cit., j. 2, h. 25.
45
Kenyataan Sufyan bin Uyaynah (m. 198H) ini dilihat bercanggah
keterangan beliau yang lain. Al-Dhahabi (m. 748H) di dalam Mizan
al-Itidal telah menukilkan ucapan tersebut, Sufyan bin Uyaynah (m.
198H) berkata,
.
Saya telah melihat Ibn Ishaq di dalam masjid al-Khayf, saya berasa malu
jika seseorang melihat saya bersamanya. [Mereka] menuduh beliau
[berfahaman] Qadariyah.

Di sini penulis membuat andaian bahawa Sufyan bin Uyaynah (m.


198H) masih lagi sangsi dengan tuduhan yang dilemparkan kepada
Ibn Ishaq (m. 151H). Justeru, beliau berasa malu sekiranya dilihat
bersama Ibn Ishaq (m. 151H) pada ketika itu kerana bimbang
sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu adalah benar. Tetapi
kenyataan di atas menggambarkan bahawa Sufyan bin Uyaynah
(m. 198H) benar-benar yakin bahawa Ibn Ishaq (m. 151H) bersih
daripada tuduhan berkenaan. [Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op.
cit., j. 6, h. 57.]

Manakala Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H)

berkata, Beliau hasan al-hadith.69 Tetapi di tempat

lain, Imam Ahmad (m. 241H) menyatakan pendapat

yang bercampur-campur. Antara kenyataan Imam


69
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57; Al-Baghdadi
(2001/1422), op. cit., j. 2, h. 20.
46
Ahmad (m. 241H) ialah beliau mengatakan Ibn Ishaq

seorang daif. Pada tempat lain beliau telah berkata,

Beliau (Ibn Ishaq) adalah saleh al-hadith dan [dibolehkan]

berhujah dengannya juga.70

Selain itu, apabila diminta membuat pilihan di

antara dua orang tokoh iaitu Musa bin Ubaydah (m.

153H)71 dan Muhammad bin Ishaq (m. 151H), Imam

Ahmad (m. 241H) memilih Muhammad bin Ishaq (m.

151H).72

Apabila ditanya tentang riwayat Muhammad

bin Ishaq (m. 151H) daripada al-Zuhri (m. 124H),

70
al-Sayyid Abu al-Maati al-Nuri, et. al (1997/1417), Mawsuah Aqwal
al-Imam Ahmad bin Hanbal fi Rijal al-Hadith wa Ilalihi, j. 3, c. 1, Bayrut :
Alam al-Kutub, h. 236.
71
Musa bin Ubaydah ialah Musa bin Ubaydah bin Nasyit bin Amru
al-Harith al-Rabzi. Beliau adalah mawla Umar al-Khattab r.a. Beliau
meninggal di Madinah pada tahun 153H. Kebanyakan ulama hadith
menghukum beliau sebagai daif, munkar al-hadith dan sebagainya. Lihat,
al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 29, h. 104-114, No. Biografi
6280.
72
al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 421 Al-Baghdadi
(2001/1422), op. cit., j. 2, h. 29; al-Asqalani (1995/1416), Tahdhib op. cit.,
j. 3, h. 506.
47
Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) menjawab,

Beliau thiqah, tetapi Mamar dan Malik, kedua-duanya

lebih thiqah daripada beliau (Ibn Ishaq).73 Banyak lagi

pendapat-pendapat Imam Ahmad (m. 241H) yang

bercampur-campur antara menerima dan menolak

periwayatan Ibn Ishaq.

Walaupun terdapat banyak pendapat para

ulama yang memberi pujian dan sanjungan atas

kredibiliti Ibn Ishaq terhadap periwayatan hadith,

tetapi dapat dilihat bahawa rata-rata ulama memberi

sanjungan atas keilmuan beliau terhadap sirah dan

maghazi.

Kritikan dan Tuduhan Terhadap Ibn Ishaq

Oleh kerana Ibn Ishaq merupakan seorang

tokoh yang diperselisih wibawanya di dalam bidang

hadith, ramai juga dalam kalangan ulama al-jarh wa

73
Al-Sayyid Abu al-Maati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 240.
48
al-tadil yang mengkritik beliau. Antaranya, Imam

Malik bin Anas (m. 179H) berkata, Dajjal di antara

dajjal-dajjal (Dajjajilah).74 Manakala Al-Nasai (m.

303H) pula berkata, Laysa bi al-qawi (tidak kuat)75

Al-Daraqutni (m. 385H) berkata, La yuhtaj bihi

(Tidak boleh dijadikan hujah dengannya).76

Kemudian Hisyam bin Urwah (m. 145H) berkata,

Ibn Ishaq pendusta.77

Abd al-Rahman bin Mahdi (m. 198H) pula

berkata, [Bahawa] Yahya bin Said al-Ansari dan Malik

mengkritik Ibn Ishaq.78 Selain itu, Ibn Ishaq juga

didakwa berfahaman Muktazilah79 dan Qadariyah.80

74
Abi Ahmad Abd Allah bin Adi al-Jarjani (1988/1409), al-Kamil fi
Duafa al-Rijal, j. 6, c. 3, Bayrut : Dar al-Fikr, h. 103.
75
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57; al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 424.
76
idem, (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
77
idem, (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 48.
78
idem, (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
79
Al-Sayyid Abu al-Maati al-Nuri, et. al (1992/1412), op. cit., j. 2, h. 446.
80
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 23.
49
Manakala Abu Hatim al-Razi (m. 277H)

mengklasifikasikan Ibn Ishaq sebagai daif.81 Imam

Ahmad bin Hanbal (m. 241H) pula berkata, Ibn Ishaq

laysa bi hujjah (tidak dijadikan hujah).82 Selain itu, Ibn

Ishaq (m 151H) juga dilihat mengambil kisah dan

riwayat daripada ahl al-kitab. Al-Dhahabi (m. 748H)

menyatakan bahawa mengambil kisah dan riwayat

daripada ahl al-kitab dibenarkan oleh Rasulullah

s.a.w. dan tiada larangan dalam soal ini. Tetapi

dengan syarat riwayat tersebut tidak melibatkan

hukum-hakam. 83 Al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H)

mengatakan bahawa Ibn Ishaq berfahaman Syiah.84

81
Al-Sayyid Abu al-Maati al-Nuri, et. al (1992/1412), op. cit., j. 2, h. 446.
82
Al-Sayyid Abu al-Maati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 239;
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 29.
83
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 52.
84
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 29.
50
Menurut Muhammad Hamidullah (m. 2002M), pendapat yang
mengatakan bahawa Ibn Ishaq (m. 151H) seorang Syiah adalah
kerana beliau berpendapat Ali bin Abi Talib r.a. adalah individu
yang lebih layak berbanding Uthman bin Affan r.a. bagi jawatan
khalifah selepas Umar bin al-Khattab r.a. Pendapat ini sudah
cukup untuk beliau dikatakan sebagai seorang Syiah. Tambahan
pula, pada ketika itu adalah pemerintahan Bani Umayyah yang
mana dilihat berselisih antara pihak penyokong Ali pada ketika
itu. [Muhammad Hamidullah (1967), op. cit., h. 4-5.]

Selain itu Ibn Ishaq dikatakan berfahaman

Qadariyah dan juga mengamalkan tadlis pada

hadith.85 Muhammad bin Ismail al-Bukhari

menyatakan,

85
al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 416.
51
Ibn Ishaq mempunyai [sebanyak] seribu hadith [yang

beliau meriwayatkannya] bersendirian dan tidak

[diriwayatkan] bersama dengan riwayat orang lain.86

Maksudnya, Ibn Ishaq (m. 151H) tafarrud

(bersendirian) dalam periwayatan dengan

meriwayatkan secara bersendirian tanpa sokongan

daripada riwayat orang lain pada hadith yang sama.

Oleh kerana itu, Imam Ahmad bin Hanbal (m.

241H) telah ditanya, sekiranya Ibn Ishaq tafarrud

ketika meriwayatkan hadith sama ada beliau

menerimanya atau tidak. Imam Ahmad (m. 241H)

menjawab,

86
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 25; al-Mizzi (1982/1402),
Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 419.
52
Tidak, demi Allah, sesungguhnya saya telah melihat

[hadith beliau] yang diriwayatkan daripada sekumpulan

[perawi] dengan meletakkan di dalam satu hadith. Tidak

menjelaskan ucapan perawi dengan perawi [yang lain].87

Yahya bin Main (m. 223H) telah ditanya

beberapa kali tentang kedudukan Ibn Ishaq. Beliau

telah memberi kenyataan yang pelbagai, antara

kenyataan beliau ialah; Muhammad bin Ishaq laysa

bihi bas (tidak ada masalah dengannya),88 Laysa

bidhaka, daif (Dia bukanlah seperti mana yang disangka,

beliau dhaif), Muhammad bin Ishaq di sisi (pada

pandangan) saya saqim (dusta) laysa bi al-qawi,

Muhammad bin Ishaq daif, Muhammad bin Ishaq

thiqah, wa laysa bi hujjah (thiqah tetapi tidak dijadikan

hujjah),89 dan;

87
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 30; al-Mizzi, (1982/1402),
Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 422.
88
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
89
al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 423.
53


Janganlah kamu bergantung sedikit pun daripada hadith

Ibn Ishaq kerana sesungguhnya Ibn Ishaq bukan seorang

yang tidak kuat dalam (riwayat) hadith.90

Majoriti kenyataan Yahya bin Main (m. 223H)

di atas adalah tidak menerima Ibn Ishaq sebagai

perawi hadith yang berautoriti. Selain itu, pada suatu

hari, Yahya bin Said al-Qattan (m. 189H) telah

bertanya kepada Ubayd Allah;91

. :
. :
Anda mahu ke mana? Beliau (Ubayd Allah) menjawab,

Saya mahu menuju ke [tempat] Wahb bin Jarir, saya

90
Abi Ahmad Abd Allah bin Adi al-Jarjani (1988/1409), op. cit., j. 6, h.
104.
91
Penulis tidak mengenal pasti siapakah identiti sebenar Ubayd Allah
yang dimaksudkan di atas kerana nama tersebut dinukilkan terlalu
umum untuk disemak.
54
[mahu] menulis al-sirah. Yahya berkata, [Maka akan]

ditulis dusta yang banyak.92

Al-Dhahabi (m. 748H) membuat penjelasan

pada kenyataan Yahya bin Said (m. 189H) di atas.

Al-Dhahabi (m. 748H) menyatakan,




Wahb meriwayatkan daripada bapanya, [dan] daripada

Ibn Ishaq. Yahya al-Qattan mahu mengisyaratkan kepada

apa yang terkandung di dalam Sirah [Ibn Ishaq] berkenaan

[nukilan] yang lemah berkaitan syair dan daripada

sebahagian athar yang munqati dan munkar, jika

sekiranya [nukilan tersebut] dibuang daripadanya (al-

sirah), maka [kandungan al-sirah itu] menjadi elok.93

92
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 52.
93 ibid.
55
Yahya al-Qattan (m. 189H) menegaskan lagi

bahawa beliau tidak menerima riwayat Ibn Ishaq,

kata beliau;


Saya tidak tinggalkan hadith beliau (Ibn Ishaq) kecuali

kerana Allah, [dan] saya bersaksi bahawa beliau seorang

pendusta (kadhdhab).94

Hammad bin Salamah (m. 167H) pula berkata,

.
Saya tidak meriwayatkan [hadith] daripada Ibn Ishaq

kecuali [dalam keadaan] terpaksa.95

Selain daripada kenyataan di atas, masih

banyak lagi pendapat daripada ulama al-jarh wa al-

tadil yang mengkritik kredibiliti dan autoriti Ibn

94
Jamal al-Din Abi al-Farraj Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad
Ibn Jawzi (1986/1406), Kitab al-Duafa wa al-Matrukin, j. 3, c. 1, Bayrut :
Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 41.
95
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 52.
56
Ishaq dalam periwayatan hadith sama ada sirah,

maghazi dan sebagainya. Keterangan daripada para

ulama dalam hal ini dilihat banyak percanggahan

antara satu sama lain.

Justeru, penulis telah meletakkan satu kriteria

pendapat-pendapat yang lain sebagai penerimaan

bersyarat. Ini kerana wujud keterangan yang lebih

jelas tentang kedudukan Ibn Ishaq dalam

periwayatan dengan meletakkan syarat-syarat

tertentu bagi membentuk satu penanda aras dalam

menerima atau menolak riwayat daripada Ibn Ishaq.

Penerimaan Bersyarat

Kenyataan ulama hadith pada bahagian ini

dilihat bercampur-campur sama ada ia adalah

kritikan atau sebaliknya. Contohnya, kenyataan

daripada Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H)

tentang kriteria periwayatan Ibn Ishaq yang dilihat

57
kontradik dengan kenyataan sebelum ini. Antara

keterangan beliau;


.
Beliau (Ibn Ishaq) sangat banyak [melakukan] tadlis,

tetapi hadith beliau baik (hasan) disisi saya [sekiranya]

beliau berkata akhbarani dan samitu.96

Imam Ahmad (m. 241H) juga berkata;


. : . :

Ibn Ishaq [melakukan] tadlis, kecuali [daripada] tulisan

Ibrahim bin Sad, jika sekiranya [dengan lafaz] Sima

(dengar) [iaitu] lafaz, haddathani (menyampaikan kepada

96
Al-Sayyid Abu al-Maati al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 238.
58
kami), jika berlaku sebaliknya beliau berkata lafaz qala (dia

berkata).97

Antara kenyataan yang jelas ialah daripada

anak Imam Ahmad (m. 241H) sendiri iaitu, apabila

ditanya seorang lelaki tentang Muhammad bin Ishaq

(m. 151H), Abd Allah bin Ahmad (m. 290H)

memberitahu,


: . " "
. :
Ayah saya telah menyelidiki hadith beliau (Ibn Ishaq) dan

banyak menulisnya (hadith) [daripada] sanad ali dan

nazil. Beliau (Ahmad bin Hanbal) memasukkan di dalam

al-Musnad dan saya tidak lihat beliau menafikan hadith

[riwayat]nya sekalipun. [Kemudian] ditanya kepada

beliau (Abd Allah), [Adakah boleh] dijadikan hujah

97
ibid., h. 239.
59
dengannya (hadith)? [Abd Allah] berkata, Tidak boleh

sekali-kali berhujah dengannya (hadith) dalam soal al-

sunan (hadith-hadith hukum).98

Selain daripada kenyataan Imam Ahmad (m.

241H) di atas, terdapat beberapa keterangan

daripada ulama lain berkenaan sempadan

penerimaan riwayat Ibn Ishaq. Muhammad bin Abd

Allah bin Numayr (m. 281H) berkata,


.
Apabila beliau (Ibn Ishaq) mendengar hadith daripada

kalangan orang yang dikenali, maka ia adalah hadith yang

baik (hasan al-hadith) dan benar (saduq). Sekiranya

98
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 29; Al-Sayyid Abu al-Maati
al-Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 239.
60
[hadith berkenaan] dibawa daripada kalangan yang tidak

dikenali maka hadith-hadith [berkenaan adalah] batil.99

Dapat difahami daripada kenyataan di atas,

bahawa para ulama al-jarh wa al-tadil bukan

menerima periwayatan Ibn Ishaq secara total. Tetapi,

mereka meletakkan beberapa syarat seperti lafaz

sima yang jelas, tidak tafarrud pada riwayat dan

sebagainya.

99
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 24-25; Al-Dhahabi
(1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 43.
61
ANALISIS KRITIKAN TERHADAP IBN ISHAQ

Variasi pendapat yang dinyatakan di atas

hanyalah simpulan daripada sekian banyak

pandangan. Pada penelitian umum penulis,

kebanyakan karya membahaskan dengan panjang

lebar pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh

ulama al-jarh wa al-tadil terhadap Muhammad bin

Ishaq (m. 151H).

Contohnya, Siyar Alam al-Nubala karya al-

Dhahabi (m. 748H) menukilkan pelbagai pandangan

para ulama sehingga mencecah dua puluh (20)

halaman termasuk huraian biografi, manakala al-

Tarikh al-Baghdadi karya al-Khatib al-Baghdadi (m.

463H) mencecah dua puluh lapan (28) halaman

termasuk ulasan biografi.

Terdapat beberapa perbincangan utama yang

difokuskan oleh ulama al-jarh wa al-tadil di dalam

62
karya-karya mereka. Antara perbincangan penting

yang dikemukakan adalah kritikan yang diutarakan

oleh Imam Malik bin Anas (m. 179H), Hisyam bin

Urwah (m. 145H) dan Yahya Said al-Qattan (m.

189H).

Kritikan Imam Malik bin Anas (m. 179H)

Seperti mana dinyatakan di atas, Imam Malik

bin Anas (m. 179H) telah mengkritik Ibn Ishaq

dengan mengatakan Ibn Ishaq sebagai dajjal.100

Kritikan ini menjadi perbahasan di antara para

ulama al-jarh wa al-tadil. Ulama al-jarh wa al-tadil

cuba mencari punca yang menyebabkan Imam Malik

(m. 179H) mengkritik Ibn Ishaq sedemikian rupa.

Ramai berpendapat bahawa ia berpunca dari kata-

100
Menurut pembahagian para ulama, lafaz Dajjal ini adalah lafaz al-
Tajrih yang paling keras di samping lafaz-lafaz yang lain. Lafaz ini
berada di peringkat yang keenam daripada enam peringkat kesemuanya.
Lihat, Abi al-Hasan Mustafa bin Ismail (1991/1411), Syifa al-Alil bi
Alfaz wa Qawaid al-Jarh wa al-Tadil, c. 1, al-Qahirah : Maktabah Ibn
Taymiyyah, h. 261.
63
kata Ibn Ishaq yang merendah-rendahkan kredibiliti

beliau. Kisah tersebut adalah seperti mana yang

dinyatakan oleh Abd Allah bin Idris al-Zaafiri al-

Kufi (m. 192H), katanya;

: :
: .
.
Suatu ketika saya bersama Malik, lalu diceritakan kepada

beliau bahawa sesungguh Ibn Ishaq berkata, Tunjukkan

kepada aku ilmu Malik [kerana] sesungguhnya aku adalah

pembedahnya (penyemak ilmu tersebut). Lalu Malik

berkata, Lihatlah kepada dajjal daripada dajjal-dajjal (al-

Dajjajilah).101

Peristiwa ini berlaku adalah disebabkan

pertikaman lidah yang berlaku sebelum ini yang

mana Ibn Ishaq sebagai seorang yang banyak

mengkaji sejarah, beliau telah mendakwa, bahawa


101
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
64
Imam Malik (m. 179H) berketurunan Raja Yaman

Dhi Asbah secara muwalah102 bukan secara pertalian

darah. Tetapi Imam Malik (m. 179H) tetap bertegas

bahawa beliau berketurunan secara pertalian darah.

Kemudian apabila Imam Malik (m. 179H) menulis al-

Muwatta, Ibn Ishaq pula mengungkapkan kata-kata

seperti di atas.103

Ramai dalam kalangan ulama yang tidak

menerima kritikan Imam Malik (m. 179H) terhadap

Ibn Ishaq. Antaranya, Ali bin Madini (m. 234H),

Khatib al-Baghdadi (m. 463H), al-Dhahabi (m. 748H),

al-Bukhari dan lain-lain. Ali bin Madini (m. 234H)

telah ditanya tentang kritikan Imam Malik bin Anas

(m. 179H) kepada Ibn Ishaq beliau menjawab,

102
Muwalat adalah jama daripada perkataan Mawla yang bermaksud
seseorang (pada asalnya bukan Islam) yang memeluk Islam di tangan
seorang Islam dan menjadi hubungan kekeluargaan antara mereka.
Lihat, Ibn Manzur (t.t.), op. cit., j. 6, h. 4921.
103
Ibn Sayyid al-Nas (t.t.), op. cit., j. 2, h. 66.
65

Malik tidak duduk [bersama]nya (Ibn Ishaq) dan tidak

mengenalinya.104

Manakala al-Khatib al-Baghdadi (m. 463H)

mengemukakan kritikan keras daripada para ulama

terhadap pendapat Imam Malik (m. 179H) itu,

katanya,

:
.
Sesetengah pihak menyebut, sesungguhnya Malik telah

memalukan jamaah daripada ahli ilmu pada zamannya

disebabkan oleh kata-kata beliau kepada kumpulan yang

telah dikenali sebagai [orang yang] baik, beragama, thiqah

dan amanah.105

104
al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 420.
105
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 38.
66
Tetapi al-Dhahabi (m. 748H) menegur

kenyataan tersebut. Al-Dhahabi (m. 748H) berkata,


.
Tidak sekali-kali, beliau (Imam Malik) tidak memalukan

mereka kecuali mereka berselisih pendapat dengan beliau

dalam isu tersebut. [Tindakan] itu mendapat ganjaran atas

perkara tersebut, dan sesungguhnya [beliau] tersalah pada

ijtihadnya, [semoga] Allah merahmati ke atas beliau.106

Walau bagaimanapun al-Bukhari dan al-

Dhahabi (m. 748H) telah membuat beberapa

perbahasan terhadap isu ini. Di dalam Khayr al-Kalam

fi al-Qiraah Khalf al-Imam karya al-Bukhari dan Siyar

Alam al-Nubala karya al-Dhahabi (m. 748H), al-

Bukhari berkata;

106
ibid.
67
:




.
Ibrahim bin Munzir berkata kepada saya, Umar bin

Uthman menyampaikan kepada kami, bahawa al-Zuhri

telah mengambil al-Maghazi daripada Ibn Ishaq yang

diriwayatkan daripada Asim bin Umar. Manakala apa

yang dinyatakan oleh Malik tentang Ibn Ishaq tidak

dapat memberi keterangan yang jelas. [Dan] Ismail

bin Abi Uways adalah di antara orang yang bersetuju

dengan pandangan kami terhadap Malik. Apabila

ditunjukkan kepada saya kitab-kitab Ibn Ishaq daripada

bapanya berkenaan al-Maghazi dan sebagainya, maka saya

68
mengambil banyak apa yang terkandung padanya (kitab)
107

Al-Bukhari menyambung;






Kebanyakan manusia tidak selamat daripada pandangan

manusia yang lain kepada mereka. Contohnya apa yang

disebut oleh Ibrahim al-Nakhai di dalam pendapat beliau

terhadap al-Syabi dan pandangan al-Syabi terhadap

Ikrimah. Mereka mengambil kira dari sudut pandangan

peribadi dan maruah diri. Ahli ilmu tidak menerima

perkara ini kecuali dengan penjelasan dan hujah, serta

tidak gugur Adalah (keadilan) mereka [yang dikatakan

107
Al-Bukhari (t.t.), al-Qiraah, op. cit., h. 36; Al-Dhahabi (1988/1409),
Siyar, op. cit., j. 7, h. 36.
69
itu] melainkan dengan keterangan yang kukuh dan hujah.

Pendapat dalam hal ini banyak [diperkatakan].108

Al-Dhahabi (m. 748H) menambah, [Nama] Ibn

Ishaq tidak dinyatakan [oleh] Abu Abd Allah al-Bukhari

di dalam kitab al-Duafa [tulisan] beliau.109 Oleh yang

demikian, al-Dhahabi (m. 748) telah memberi kata

muktamad berkenaan perkara ini. Menurut beliau,

kata-kata di antara dua orang tokoh ini adalah

bersifat sentimen yang mana wujud di sesetengah

pihak untuk menjatuhkan pihak yang lain. Kata-kata

Ibn Ishaq itu tidak merendahkan sedikit pun

kredibiliti Imam Malik (m. 179H).

Manakala kedudukan Ibn Ishaq juga tidak

berganjak atas kritikan Imam Malik (m. 179H).


108
Al-Bukhari (t.t.), al-Qiraah, op. cit., h. 36; Al-Dhahabi (1988/1409),
Siyar, op. cit., j. 7, h. 36-37; Syams al-Din Abi Abd Allah Muhammad
bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz al-Dhahabi (2004/1425), Tadhhib
al-Tahzib al-Kamal fi Asma al-Rijal, j. 8, c. 1, al-Qahirah : al-Fazuq al-
Hadithah, h. 30, No. Biografi 5774; Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op.
cit., j. 7, h. 40.
109
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 58.
70
Namun, autoriti beliau (Ibn Ishaq) dalam

periwayatan hadith tidak mencapai tahap sahih tetapi

hanya bertaraf hasan kecuali jika terdapat beberapa

kecacatan maka riwayat berkenaan tidak boleh

diterima.110

Menurut Ibn Hibban (m. 739H), kritikan Imam

Malik (m. 179H) itu adalah kerana beliau tidak

bersetuju terhadap Ibn Ishaq tentang cara

pengambilan riwayat Ibn Ishaq. Ibn Ishaq telah

membuat penyelidikan tentang peristiwa

peperangan pada zaman Nabi s.a.w. dengan

mengambil riwayat daripada kanak-kanak Yahudi

yang telah memeluk Islam yang masih mengingati

peristiwa berkenaan seperti Peperangan Khaybar

dan sebagainya.111

110
idem, (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 39-40.
111
al-Asqalani (1995/1416), Tahdhib op. cit., j. 3, h. 507-508.
71
Ibn Sayyid al-Nas (m. 734H), merekodkan satu

peristiwa di mana sewaktu Ibn Ishaq mahu

mengembara ke Iraq. Imam Malik (m. 179H) datang

berjumpa Ibn Ishaq dan memberi lima puluh (50)

dinar kepada beliau sebagai bekalan musafir.112

Kritikan Hisyam bin Urwah (m. 145H)

Hisyam bin Urwah (m. 145H) merupakan

salah seorang tokoh yang berautoriti dalam

periwayatan hadith dan al-jarh wa al-tadil. Beliau

telah mengkritik Ibn Ishaq sebagai pendusta

(kadhdhab). Ulama al-jarh wa al-tadil telah mengenal

pasti faktor yang menyebabkan Hisyam bin Urwah

(m. 145H) membuat kritikan berkenaan.

Apabila diceritakan kepada Hisyam bin

Urwah (m. 145H) bahawa Ibn Ishaq telah

meriwayatkan hadith daripada isteri beliau Fatimah

112
Ibn Sayyid al-Nas (t.t.), op. cit., j. 2, h. 66; Wan Kamal Mujani (1999),
op. cit., h. 30.
72
bin al-Mundhir (t.t.m.),113 Hisyam menyangkalnya

dan menuduh Ibn Ishaq berdusta.114 Yahya bin Said

al-Qattan (m. 189H) menceritakan, apabila

dikhabarkan kepada Hisyam bin Urwah (m. 145H)

berkenaan Ibn Ishaq meriwayatkan hadith daripada

isterinya, beliau berkata, Musuh Allah itu berdusta,

dia meriwayatkan daripada isteriku[?] Di manakah dia

melihatnya (Fatimah)?!115

Kata-kata ini dilihat oleh para ulama sebagai

pendapat yang bersifat peribadi kerana kebanyakan

ulama mengiktiraf periwayatan Ibn Ishaq daripada

113
Beliau ialah Fatimah bint al-Mundhir bin al-Zubayr bin al-Awwam
al-Qurasyiyyah al-Asadiyyah. Beliau ialah saudara kepada Asim bin al-
Mundhir dan cucu kepada al-Zubayr bin al-Awwam r.a. Dilahirkan
pada tahun 48H. Sering mengambil riwayat daripada Asma bint Abi
Bakr r.a., Amrah bin Abd al-Rahman al-Ansariyyah dan Um Salamah
isteri Nabi s.a.w. Majoriti ulama hadith menerima periwayatan beliau.
Penulis tidak mengenal pasti tahun kematian beliau kerana tidak
dinyatakan di dalam mana-mana kitab rijal yang dirujuk. Lihat, al-Mizzi
(1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 35, h. 265-266; Al-Dhahabi
(1988/1409), Siyar, op. cit., j. 3, 381.
114
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 51; al-Asqalani
(1995/1416), Tahdhib op. cit., j. 3, h. 505.
115
Al-Baghdadi (2001/1422), op. cit., j. 2, h. 19.
73
Fatimah bin al-Mundhir. Antaranya, Sufyan bin

Uyaynah (m. 198H), Ahmad bin Hanbal (m. 241H),

al-Dhahabi (m. 748H) dan lain-lain. Apabila

diceritakan kritikan Hisyam bin Urwah (m. 145H)

ini kepada Sufyan bin Uyaynah (m. 198H), beliau

berkata,


Ibn Ishaq telah menyampaikan kepada kami daripada

Fatimah seperti mana Hisyam menyampaikan kepada kami

[daripada Fatimah juga].116

Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H) berkata,



Kemungkinan besar beliau (Ibn Ishaq) mendengar

daripadanya (Fatimah) [ketika] keluar menuju ke masjid

atau [sewaktu] keluar [rumah], wa Allah alam.117


116
Al-Sayyid Abu al-Maati al-Nuri, et. al (1992/1412), op. cit., j. 2, h.
446.
74
Al-Dhahabi (m. 748H) menegaskan bahawa

perkara ini biasa berlaku antara para tabiin dan

sahabiyah r.a. Mereka mengambil riwayat daripada

para sahabiyah r.a. sewaktu mereka masih kanak-

kanak atau muda remaja. Para tabiin ini menghafaz

apa yang mereka riwayati.

Selain itu, keadaan para sahabiyah r.a. pada

ketika itu sudah lanjut usia dan mungkin tidak

mampu untuk keluar menyampaikan hadith. Begitu

juga dengan isu Fatimah bint Mundhir ini. Jarak usia

antara beliau dan Ibn Ishaq agak jauh,118 dan

menurut al-Dhahabi (m. 748H), sewaktu beliau

meriwayatkan hadith kepada Ibn Ishaq (m. 145H),

117
idem, (1997/1417), Mawsuah, op. cit., j. 3, h. 238.
118
Apabila dilihat tahun kelahiran Ibn Ishaq iaitu pada 85H dan
Fatimah bint Mundhir pula 48H. Beza usia mereka adalah 37 tahun.
Namun Fatimah bint Mundhir bukanlah tergolong dalam kalangan
sahabiyah r.a. Lihat, al-Mizzi, (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 35, h. 266;
Ibn Hisyam (t.t.), op. cit., j. 1, h. 14; Muhammad Surur bin Nayif Zin al-
Abidin (1988/1408), op. cit., h. 88.
75
usia Fatimah adalah dalam lingkungan enam puluh

(60) tahun.119

Bagi penulis, apa yang dikritik oleh Hisyam bin

Urwah (m. 145H) kepada Ibn Ishaq adalah bersifat

peribadi dan bukan dalam isu periwayatan hadith.

Bahkan apabila diteliti di dalam kitab-kitab hadith,

terdapat hadith-hadith yang ditemui, di mana Ibn

Ishaq meriwayatkan hadith daripada Fatimah bint al-

Mundhir120 dan Hisyam bin Urwah (m. 145H)

sendiri.121

119
Al-Dhahabi (1988/1409), Siyar, op. cit., j. 7, h. 42.
120
Contoh hadith riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) daripada Fatimah bin al-
Mundhir. Lihat, Abi Dawud Sulayman al-Sajastani (2000/1421),
Mawsuah al-Hadith op. cit., Kitab al-Taharah, h. 1250, No. Hadith 360.
121
Contoh hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Ishaq (m. 151H) daripada
Hisyam bin Urwah (m. 145H). Hadith ini dinilai sahih oleh pentahqiq.
Lihat, Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), op. cit., j. 18, h.
195 & 202, No. Hadith 26217 dan 26236.
76
Kritikan Yahya bin Said al-Qattan (m. 189H)122

Di antara pendapat yang mendapat perhatian

para ulama al-jarh wa al-tadil, ialah pendapat yang

dikemukakan oleh Yahya bin Said al-Qattan (m.

189H) terhadap Ibn Ishaq.

Yahya bin Said al-Qattan bin Farukh al-Tamimi. Beliau seorang


tokoh dalam bidang ilm rijal dan hadith. Ulama hadith
mengiktiraf autoriti beliau di dalam hadith. Yahya bin Said
lahir pada tahun 120H dan meninggal dunia pada tahun 198H.
Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 31, h. 329, No.
Biografi 6834

Seperti mana dinyatakan di atas, Yahya al-

Qattan (m. 189H) telah mengkritik Ibn Ishaq dengan

mengatakan Ibn Ishaq seorang pendusta

122
Yahya bin Said al-Qattan bin Farukh al-Tamimi. Beliau seorang
tokoh dalam bidang ilm rijal dan hadith. Ulama hadith mengiktiraf
autoriti beliau di dalam hadith. Yahya bin Said lahir pada tahun 120H
dan meninggal pada tahun 198H. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib.
op. cit., j. 31, h. 329, No. Biografi 6834.
77
(kadhdhab).123 Kritikan ini mendapat perhatian ulama

al-jarh wa al-tadil kerana Yahya al-Qattan (m. 189H)

ini adalah salah seorang ulama yang berkredibiliti

dan berautoriti dalam membuat kritikan terhadap

perawi hadith.

Namun, ramai ulama melihat kritikan yang

dilakukan oleh Yahya al-Qattan (m. 189H) terhadap

Ibn Ishaq sebagai satu kritikan yang keras. Oleh

kerana itulah, Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H)

memberi komentar terhadap isu ini, beliau berkata;



Tidak pernah saya melihat kritikan keras Yahya bin Said

kepada [mana-mana] individu [selain] kepada Layth,124

123
Ibn al-Jawzi (1986/1406), op. cit., j. 3, h. 41.
124Beliau ialah Layth bin Abi Sulaym bin Zunaym. Kunyah dan laqab
beliau adalah Abu Bakr al-Qurasyi al-Kufi. Beliau telah mengambil
riwayat daripada Asyath bin al-Syatha, Thabit bin Ajlan, Abd al-
Rahman bin al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Siddiq, Ata bin
78
Muhammad bin Ishaq dan Hammam125. Tiada sesiapa pun

yang dapat memujuk beliau untuk menyemak kembali

[kritikan] kepada mereka.126

Selain daripada itu, Yahya bin Said al-Qattan

(m. 189H) merupakan seorang ulama al-jarh wa al-

tadil yang keras (syadid) dalam sesetengah keadaan.

Ulama menetapkan sekiranya Yahya al-Qattan dan

Abi Rabah, Ikrimah mawla Ibn Abbas, Muhammad bin Bisyr al-
Hamdani, Syahr bin Khawsyab dan ramai lagi.
Manakala ramai individu yang mengambil riwayat daripada Layth bin
Abi Sulaym, iaitu Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al-Fazari, Dawud
bin Isa al-Nakhai, Muhammad bin Fudayl bin Ghazwan, Mamar bin
Rasyid dan ramai lagi. Ramai di kalangan tokoh jarh wa tadil
mendaifkan Layth bin Abi Sulaym. Antaranya, Yahya bin Said al-
Qattan, Abu Zurah, Yahya bin Main, Ibn Uyaynah, Ahmad bin
Hanbal, Ibn Hibban dan lain-lain. Layth meninggal dunia pada tahun
138H. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 279-288,
No. Biografi 5017; Ibn al-Jawzi (1986/1406), op. cit., j. 3, h. 29, No.
Biografi 2815.
125
Hammam ialah Hammam bin Yahya bin Dinar al-Awzi al-Mahlami.
Kunyah dan laqab beliau adalah Abu Abd Allah atau Abu Bakr al-Basri.
Keluarga beliau adalah mawla kepada Bani Awdh bin Sawd.
Kebanyakan ulama mentadil beliau, antara ulama berkenaan ialah
Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H), Yahya bin Main (m. 223H), Abd
al-Rahman al-Mahdi (m. 98H) dan lain-lain. Hammam meninggal pada
163 atau 164H. Lihat, al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 30, h.
302-310, No. Biografi 6602.
126
Al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 282.
79
Abd al-Rahman bin Mahdi (m. 198H) mengkritik

(jarh) seseorang perawi, maka kritikan tersebut

diterima dan perawi tersebut ditolak

periwayatannya.

Sekiranya, Yahya al-Qattan (m. 189H) mentajrih

seorang perawi manakala Abd al-Rahman bin

Mahdi (m. 198H) pula mentadilkan perawi tersebut,

maka para ulama akan mengambil pendapat Abd

al-Rahman bin Mahdi (m. 198H) kerana Yahya al-

Qattan (m. 189H) telah tasyaddud dalam kritikan127

serta perawi berkenaan akan dibincangkan dengan

lebih mendalam oleh para ulama.128

Dalam kes Ibn Ishaq ini, seperti mana

dinyatakan di atas, Abd al-Rahman al-Mahdi (m.

127
Muhammad Diya al-Rahman al-Azami (1995/1415), Dirasah fi Jarh
wa Tadil, c. 1, Bayrut : Alam al-Kutub, h. 271.
128
Abu Lubabah Hussein (1988), al-Jarh wa al-Tadil (Kritteria Bagi
Memastikan Keadilan/Kecurangan Para Perawi Hadith Nabawi), terj., Ismail
bin Mohd. Hassan, t.c. Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu,
h. 47.
80
198H) dilihat tidak memberi apa-apa komentar,

sebaliknya mengatakan bahawa Yahya al-Qattan (m.

189) dan Malik bin Anas (m. 179H) mengkritik Ibn

Ishaq129 setakat itu sahaja.

Namun, berdasarkan kenyataan Imam Ahmad

bin Hanbal (m. 241H) di atas, boleh dibuat

kesimpulan bahawa Yahya bin Said al-Qattan (m.

189H) dilihat keras ketika membuat kritikan

terhadap Ibn Ishaq.

Para ulama mutaakhirin (selepas kurun ke-3H)

telah membuat beberapa ketetapan bagi mengatasi

isu pertindihan pendapat dan kritikan terhadap

perawi-perawi hadith. Mereka dapat mengenal pasti

gaya dan manhaj sebahagian ulama al-jarh wa al-

tadil yang dilihat mutasyaddid (terlalu ketat) dan

mutadil (sederhana) sekiranya terdapat

percanggahan. Ketetapan ini dibuat bagi

129
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
81
menentukan penanda aras (benchmark) sekiranya

berlaku taarud atau percanggahan pendapat al-jarh

wa al-tadil antara ulama yang berkredibiliti.

Ulama hadith telah menetapkan pasangan atau

regu antara ulama al-jarh wa al-tadil bagi melihat

pertindihan pandangan mereka dalam melakukan al-

jarh wa al-tadil. Ketetapan tersebut adalah seperti

berikut :

Mutadil Mutasyaddid
Sufyan al-Thawri (m. 161H) Syubah bin al-Hajjaj (m. 160H)
Abd al-Rahman bin Mahdi Yahya bin Said al-Qattan (m.
(m. 198H) 189H)
Ahmad bin Hanbal (m.
Yahya bin Main (m. 223H)
241H)
Al-Bukhari (m. 256H) Abu Hatim al-Razi (m. 327H)

Sekiranya kedua-dua pihak melakukan jarh ke

atas seseorang perawi, maka perawi tersebut ditolak

periwayatannya. Sekiranya bercanggah, maka

kelompok mutasyaddid dilihat keras dalam kritikan


82
(jarh) mereka dan kelompok mutadil dilihat benar

pada pendapat mereka.

Contohnya, sekiranya Abu Hatim al-Razi (m.

327H) mengkritik (jarh) terhadap seorang perawi,

manakala al-Bukhari mentadilkan perawi yang sama.

Maka, Abu Hatim al-Razi (m. 327H) telah syadid

dalam kritikan beliau dan pandangan al-Bukhari

akan diterima atau kedudukan perawi berkenaan

perlu diteliti dengan lebih mendalam lagi.130 Walau

bagaimana pun, kaedah ini tidak boleh diaplikasikan

dalam semua keadaan. Ia perlu kepada penelitiann

yang lebih halus dan teliti.

130
Faruq Hamadah (1989/1409), al-Manhaj al-Islami fi al-Jarh wa al-Tadil
Dirasah Manhajiyyah fi Ulum al-Hadith, c. 2, al-Rabat : Dar li Nasyr al-
Marifah, h. 36; al-Jawwabi, Muhammad Tahir (1997M), al-Jarh wa al-
Tadil Bayna al-Mutasyaddidin wa al-Mutasahilin, t.c., t.t.t. : al-Dar al-
Arabiyyah li al-Kitab, h. 449-459; al-Syarif Hatim bin Arif al-Awni
(1421H), Khulasah al-Tasil li Ilm al-Jarh wa al-Tadil, c. 1, Makkah al-
Mukarramah : Dar Alam al-Fawaid, h. 31-32.
83
ANALISIS PANDANGAN ULAMA TERHADAP

IBN ISHAQ

Justeru, dapat dibuat kesimpulan bahawa Ibn

Ishaq merupakan seorang tokoh yang diterima

periwayatan beliau secara umum tetapi haruslah

diteliti dan disokong oleh riwayat yang lain,131 serta

beliau menggunakan lafaz sima yang jelas.132

Pengiktirafan ini dapat kita lihat, apabila al-

Bukhari juga menukilkan riwayat Ibn Ishaq secara

muallaq dengan matan yang penuh, serta meletakkan

riwayat Ibn Ishaq sebagai mutabaat kepada riwayat

yang dinukilkan oleh beliau.

Jika sekiranya Ibn Ishaq merupakan seorang

perawi yang merbahaya dan membawa dakyah-

131
Seperti mana pendapat Imam Ahmad bin Hanbal (m. 223H)
terhadap riwayat Ibn Ishaq (m. 151H). Lihat, al-Sayyid Abu al-Maati al-
Nuri, et. al (1997/1417), op. cit., j. 3, h. 238.
132
Muhammad Abd Allah Abu Saaylayk (1994 / 1415), Muhammad
bin Ishaq Imam Ahl al-Maghazi wa al-Siyar, c. 1, Dimasyq : Dar al-Qalam,
h. 61.
84
dakyah negatif kepada umat Islam, sudah tentu al-

Bukhari awal-awal lagi menolak sepenuhnya

periwayatan Ibn Ishaq walaupun secara muallaq.133

Manakala Imam Muslim (m. 261H) pula

meletakkan riwayat Ibn Ishaq sebagai syawahid pada

beberapa tempat di dalam Sahih Muslim. Beliau juga

menukilkan syawahid riwayat Ibn Ishaq dengan

membawa sanad yang penuh.134

Pengiktirafan ini disokong oleh Muhammad

bin Tahir al-Maqdisi (m. 507H) apabila beliau

meletakkan Muhammad bin Ishaq (m. 151H) dalam

kalangan perawi Muslim (m. 261H) di dalam tulisan

133
Sila rujuk riwayat Ibn Ishaq (m. 151H) yang dinukilkan secara
muallaq dan pentahqiq meletakkan nombor bagi riwayat ini. Lihat,
Muhammad bin Ismail al-Bukhari (2000/1421), Mawsuah al-Hadith al-
Syarif al-Kutub al-Sittah, c. 3, Riyad : Dar al-Salam, Kitab al-Maghazi, h.
338, No. Hadith 4127.
134
Lihat, Muslim bin al-Hajjaj (2000/1421), Mawsuah al-Hadith, op. cit.,
Kitab al-Jumah, h. 814, No. Hadith 2015.
85
susunan beliau.135 Selain itu, Ibn Qayyim al-

Jawziyyah (m. 751H) juga menerima periwayatan Ibn

Ishaq dan mengiktiraf sanjungan ulama terhadap

Ibn Ishaq. Tetapi beliau dilihat berhati-hati kerana

dibimbangi berlaku tadlis di dalam riwayat.136

Oleh yang demikian, Ibn Adi al-Jarjani (m.

365H) telah membuat semakan terhadap hadith-

hadith Ibn Ishaq dan beliau mengatakan bahawa

beliau tidak menemui hadith-hadith yang

diriwayatkan daif secara qati.

Tetapi menurut beliau, Ibn Ishaq juga

melakukan kesalahan seperti mana yang dilakukan

oleh orang lain. Namun, riwayat-riwayat Ibn Ishaq

banyak diriwayatkan oleh orang lain termasuk dalam


135
Abi al-Fadl Muhammad bin Tahir bin Ali al-Maqdisi Ibn al-
Qaysarani al-Syaybani (1405H), Kitab li Jam Bayn Kitabay Abi Nasr al-
Kalabadhi wa Abi Bakr al-Asfahani Rahimahuma Allah Taala fi Rijal al-
Bukhari wa Muslim, j. 2, c. 2, Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 468.
136
Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub Ibn Qayyim al-Jawziyyah,(t.t.),
Jila al-Afham fi Fadl al-Salah wa al-Salam ala Khayr al-Anam s.a.w., (t.c.),
(t.t.p) : Dar Ilm al-Fawaid, h. 7-9.
86
kalangan ulama yang berkredibiliti dan

berwibawa.137

Berdasarkan ulasan Imam al-Bukhari (m. 256H)

terhadap kritikan Imam Malik (m. 179H) terhadap

Ibn Ishaq (m. 151H), kita dapat kenal pasti bahawa

kritikan tersebut tidak dipersetujui oleh Imam al-

Bukhari dan kebanyakan nuqqad (pengkritik) salaf

tidak memberi apa-apa komentar lanjut. Mereka

tidak menjadikan kritikan Imam Malik (m. 179H)

sebagai sandaran untuk mengkritik Ibn Ishaq.

Abd al-Rahman bin Mahdi (m. 198H) hanya

memaklumkan hal ini, katanya Yahya bin Said al-

Ansari dan Malik mengkritik Ibn Ishaq.138 Beliau tidak

memberi apa-apa ulasan lanjut. Bahkan Ali bin

Madini (m. 234H) telah menerangkan situasi ini

apabila ditanya tentang kritikan Imam Malik (m.


137
Abi Ahmad Abd Allah bin Adi al-Jarjani (1988/1409), op. cit., j. 3, h.
112.
138
Al-Dhahabi (1995/1416), Mizan. op. cit., j. 6, h. 57.
87
179H) kepada Ibn Ishaq. Beliau berkata, Malik tidak

duduk (belajar) [bersama]nya (Ibn Ishaq) dan tidak

mengenalinya.139

Penutup

Kajian ini hanya memaparkan maklumat berkenaan

tokoh yang kontroversi dalam periwayatan hadith. Ia

masih terbuka untuk diwacana dengan lebih lanjut.

Apa yang sahih ia akan kekal benar dan apa yang

terlepas pandang, Allah jua yang Maha Pengampun.

139
al-Mizzi (1982/1402), Tahdhib. op. cit., j. 24, h. 420.
88
BIBLIOGRAFI

Mawsuah al-Hadith al-Syarif al-Kutub al-Sittah, Ed.,


Salih bin Abd al-Aziz bin Muhammad bin Ibrahim
Ali al-Syaykh, c. 3, Riyad : Dar al-Salam.

Abu Lubabah Hussein (1988), al-Jarh wa al-Tadil


(Kritteria Bagi Memastikan Keadilan/Kecurangan Para
Perawi Hadith Nabawi), terj., Ismail bin Mohd. Hassan,
t.c. Kuala Terengganu : Yayasan Islam Terengganu.

Mohd Asri Zainul Abidin (1997), Al-Sahabah


Kontradiksi Antara Nas-nas Islam Dengan Riwayat
Sejarah. Disertasi Sarjana. Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.

_____________________ (2001 M), Kaedah


Pengambilan Riwayat Sejarah al-Sahabah : Satu
Kajian Terhadap Tarikh al-Tabari, Jurnal Usuluddin,
Bil 13, Jamadil al-Awwal 1422 H / Julai 2001.
Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian
Islam. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

______________________ (2003), Pertelingkahan Para


Sahabat Nabi s.a.w. Antara Ketulenan Fakta dan
Pembohongan Sejarah, Kuala Lumpur : Pustaka
Yamien Sdn. Bhd.

89
Muhammad Asri Yusoff (2004), Ibnu Ishaq Peranannya
Dalam Penyebaran Fahaman Syi`ah di Kalangan Ummah,
c. 2, Kelantan : Pustaka Bisyarah.

Muhammad Faisal Ismail (2003), Keprihatinan Ulama


Hadith Terhadap Sanad Hadith : Suatu Kajian Terhadap
Aplikasinya Dalam Kitab al-Sirah al-Nabawiyyah, Karya
Ibn Hisham. Disertasi Sarjana Usuluddin. Jabatan Al-
Quran dan Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam. Universiti Malaya.

Wan Kamal Mujani (1999), Pandangan Ulama


Terhadap Karya dan Ketokohan Muhammad Ibn
Ishaq, Islamiyyat, Bil. 20, 1999 M/1419 H. Fakulti
Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor.

Wan Yahya Wan Ahmad (1992), Pensejarahan Awal


Islam. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Abd al-Syaqi Muhammad Abd al-Latif (2007/1428),


Buhuth fi al-Sirah al-Nabawiyyah wa al-Tarikh al-Islami,
c. 1, al-Qahirah : Dar al-Salam.

Abi al-Abbas Syams al-Din bin Ahmad bin


Muhammad bin Abi Bakr bin Khallikan (t.t.), Wafayat
al-Ayan wa Anba Abna al-Zaman, tahqiq, Ihsan
Abbas, t.c., Bayrut : Dar al-Sadir.

90
Abi al-Hasan Mustafa bin Ismail (1991/1411), Syifa
al-Alil bi Alfaz wa Qawaid al-Jarh wa al-Tadil, c. 1, al-
Qahirah : Maktabah Ibn Taymiyyah.

Abi Muhammad Abd al-Malik bin Hisyam


(1995/1416), Sirah al-Nabi s.a.w., tahqiq, Majdi Fathi al-
Sayyid, c. 1, Tanta : Dar al-Sahabah li al-Turath.

Al-Adnadawi, Ahmad bin Muhammad (1997/1417),


al-Tabaqat al-Mufassirin, tahqiq, Sulayman bin Salih
al-Khazi, c. 1, al-Madinah al-Munawwarah :
Maktabah al-Ulum wa al-Hikam.

Ahmad bin Muhammad bin Hanbal (1995/1416), al-


Musnad, tahqiq, Ahmad Muhammad Syakir, Hamzah
Ahmad al-Zayn, c. 1, al-Qahirah : Dar al-Hadith.

Ahmad bin Hanbal (1995/1416), Musnad al-Imam


Ahmad bin Hanbal, tahqiq, Syuayb al-Arnaut, Adil
Mursyid, c. 1, Bayrut : Muassasah al-Risalah.

Al-Asqalani, Ahmad bin Hajar (2001/1421), Fath al-


Bari bi Syarh Sahih Abi Abd Allah Muhammad bin
Ismail al-Bukhari, tahqiq, Abd al-Qadir Syaybah al-
Hamd, c.1, Riyad : Maktabah al-Malik Fahd al-
Wataniyyah.

___________, Ibn Hajar (t.t), Tahdhib al-Tahdhib,


tahqiq, Ibrahim al-Zaybaq, Adil Mursyid, c. 1, t.t.p. :
Muassasah al-Risalah.
91
___________, Ahmad bin Ali bin Hajar (1985/1405),
Taghliq al-Taliq ala Sahih al-Bukhari, tahqiq, Said
Abd al-Rahman al-Qazqi, c. 1, al-Maktab al-Islami.

___________, Ahmad bin Ali bin Hajar (1413H),


Taqrib al-Tahdhib, tahqiq, Abu al-Asybal Saghir
Ahmad Syaghif al-Bakistani, t.c. t.t.t : Dar al-Asimah.

Awwad al-Khalaf (1421H), Riwayat al-Mudallisin fi


Sahih al-Bukhari Jamuha, Takhrijuha, al-Kalam Alayha,
t.c., t.t.p. : Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Al-Awni, al-Syarif Hatim bin Arif (1421H), Khulasah


al-Tasil li Ilm al-Jarh wa al-Tadil, c. 1, Makkah al-
Mukarramah : Dar Alam al-Fawaid.

Al-Azami, Muhammad Diya al-Rahman


(1995/1415), Dirasah fi Jarh wa Tadil, c. 1, Bayrut :
Alam al-Kutub.

Badawi, Abd al-Rahman (1993), Mawsuah al-


Mustasyriqin, c. 3, Dar al-Ilm li al-Malayin.

Al-Baghdadi, Abi Bakr Ahmad bin Ali bin Thabit al-


Khatib (2001/1422), Tarikh Madinah al-Salam wa Akhbar
Muhaddithiha wa Dhikr Quttaniha al-Ulama min Ghayr
Ahliha wa Waridiha, tahqiq, Basysyar Awad Maruf, c.
1, Bayrut : Dar al-Gharb al-Islami.

92
Al-Bayhaqi, Abi Bakr Ahmad bin al-Husayn
(1988/1408), Dalail al-Nubuwwah wa Marifah Ahwal
Ashab al-Syariah, tahqiq, Abd al-Muti al-Qalaji, c. 1,
Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

_________, Abi Bakr Ahmad bin al-Husayn bin Ali


(2003/1424), al-Sunan al-Kubra, tahqiq, Muhammad
Abd al-Qadir Ata c. 3, Bayrut : Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail (t.t.), Khayr al-


Kalam fi al-Qiraah Khalf al-Imam, (tanpa nama
pentahqiq), (t.c.), Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Dhahabi, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad


bin Uthman (1988/1409), Siyar Alam al-Nubala,
tahqiq, Syuayb al-Arnaut et. al., c. 2, Bayrut :
Muassasah al-Risalah.

_________, Abi Abdullah Muhammad bin Ahmad


bin Uthman (t.t.), Mizan al-Itidal fi Naqd al-Rijal,
tahqiq, Ali Muhammad Muawwad et. al., Bayrut :
Dar al-Marifah.

_________, Syams al-Din Abi Abd Allah Muhammad


bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz (2004/1425),
Tadhhib al-Tahzib al-Kamal fi Asma al-Rijal, tahqiq,
Ghunaym Abbas Ghunaym, Majdi al-Sayyid Amin,
c. 1, al-Qahirah : al-Fazuq al-Hadithah.

93
Al-Dimasyqi, Imad al-Din Abi al-Fida Ismail bin
Umar bin Kathir al-Qurasyi (1997/1417), Bidayah wa
al-Nihayah, tahqiq, Abd Allah bin Abd al-Muhsin al-
Turki, c. 1, t.t.p. : Hijr.

Al-Duri, Abd Aziz (1983), Bahth fi Nash'at Ilm al-


Tarikh Inda al-Arab. Bayrut : Dar al-Masyriq.

Faruq Hamadah (1989/1409), al-Manhaj al-Islami fi al-


Jarh wa al-Tadil Dirasah Manhajiyyah fi Ulum al-
Hadith, c. 2, al-Rabat : Dar li Nasyr al-Marifah.

_____________ (2004), Masadir al-Sirah al-Nabawiyah


wa Taqwimuha. Dimasyq : Dar al-Qalam.

Fuad Sizkin (1991/1411), Tarikh al-Turath al-Arabi, t.c.


Riyad : Idarah al-Thaqafah wa al-Nasyr bi al-Jamiah.

Ibn Abi Syaybah, Abi Bakr Abd Allah bin


Muhammad bin Ibrahim (2004/1425), al-Musannaf,
tahqiq, Hamad bin Abd Allah al-Jumah, Muhammad
bin Ibrahim al-Lihyadan, c. 1, Riyad : Maktabah al-
Rusyd.

Ibn Ishaq (1981), Sirah Ibn Ishaq al-Musamma bi Kitab


al-Mubtada wa al-Mabath wa al-Maghazi, tahqiq,
Muhammad Hamid Allah, t.c., Konya : Khidmah al-
Khayriyyah.

94
Ibn al-Jawzi, Jamal al-Din Abi al-Farraj Abd al-
Rahman bin Ali bin Muhammad (1986/1406), Kitab
al-Duafa wa al-Matrukin, tahqiq, Abu al-Fida Abd
Allah al-Qadi, c. 1, Bayrut : Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.

Ibn Kathir (t.t.), al-Baith al-Hathith fi Ikhtisar Ulum al-


Hadith, tahqiq, Ahmad Muhammad Syakir, c. 1,
Bayrut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-Arab, tahqiq, Abd Allah


Ali al-Kabir, Muhammad Ahmad Hasb Allah et. al.,
t.c., al-Qahirah : Dar al-Maarif.

Ibn Qanfadh al-Qasnatini, Abi al-Abbas Ahmad bin


Hasan bin Ali bin al-Khatib (1984/1403), al-Wafiyat,
tahqiq, Adil Nuwayhad, c. 4, Bayrut : Dar al-Afaq al-
Jadidah.

Ibn al-Qaysarani al-Syaybani, Abi al-Fadl


Muhammad bin Tahir bin Ali al-Maqdisi (1405H),
Kitab li Jam Bayn Kitabay Abi Nasr al-Kalabadhi wa Abi
Bakr al-Asfahani Rahimahuma Allah Taala fi Rijal al-
Bukhari wa Muslim, c. 2, Bayrut : Dar al-Kutub al-
Ilmiyyah.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad bin Abi Bakr


bin Ayyub (t.t.), Jila al-Afham fi Fadl al-Salah wa al-
Salam ala Khayr al-Anam s.a.w., tahqiq, Zaid bin
Ahmad al-Nusyayri, t.c., t.t.p. : Dar Ilm al-Fawaid.
95
Al-Jawwabi, Muhammad Tahir (1997M), al-Jarh wa al-
Tadil Bayna al-Mutasyaddidin wa al-Mutasahilin, t.c.,
t.t.t. : al-Dar al-Arabiyyah li al-Kitab.

Al-Maafiri, Abi Muhammad Abd al-Malik bin


Hisyam (1998/1418), al-Sirah al-Nabawiyyah, tahqiq,
Adil Ahmad Abd al-Mawjud, Ali Muhammad
Muawwid et. al., c. 1, Riyad : Maktabah al-Ubaykan.

Al-Madani, Muhammad bin Ishaq bin Yasar al-


Matlibi (2004/1424), al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Ishaq,
tahqiq, Ahmad Farid al-Mazidi, c. 1, Bayrut : Dar al-
Kutub al-Ilmiyyah.

Mahdi Rizq Allah Ahmad (1992), al-Sirah al-


Nabawiyyah fi Daw al-Masadir al-Asliyyah Dirasah
Tahliliyyah, c. 1, Riyad : Markaz al-Malik Faysal.

Al-Mizzi, Jamal al-Din Abi al-Hajjaj Yusuf


(1982/1402), Tahdhib al-Kamal fi Asma al-Rijal, tahqiq,
Basyar Awwad Maruf, c. 1, Bayrut : Muassasah al-
Risalah.

Muhammad Abd Allah Abu Saaylayk (1994),


Muhammad ibn Ishaq Imam Ahl al-Maghazi wa al-Siyar,
Dimasyq : Dar al-Qalam.

Muhammad bin Ishaq (1978/1398), Siyar wa al-


Maghazi, tahqiq, Suhayl Zakkar c. 1, Bayrut : Dar al-
Fikr.
96
Muhammad Surur bin Nayif Zin al-Abidin
(1988/1408), Dirasat fi al-Sirah al-Nabawiyyah, c. 2,
Birmingham : Dar al-Arqam.

Al-Nadim, Muhammad bin Ishaq (1971/1391), Kitab


al-Fihrist, tahqiq, Ibn Ali bin Zayn al-Abidin al-
Haira al-Mazandarani, t.c. t.t. : t.p.

Al-Nuri, al-Sayyid Abu al-Maati, et. al (1997/1417),


Mawsuah Aqwal al-Imam Ahmad bin Hanbal fi Rijal al-
Hadith wa Ilalihi, c. 1, Bayrut : Alam al-Kutub.

___________________________, et. al (1992/1412), al-


Jami fi Jarh wa al-Tadil, c. 1, Bayrut : Alam al-Kutub.

Al-Sanani, Abu Bakr Abd al-Razzaq bin Hammam


(1972/1392), al-Musannaf, tahqiq, Abd al-Rahman al-
Azami, c. 1, Johannesburg : al-Majlis al-Ilmi.

Sayuti Abd al-Manas et. al. (2006), Manahij al-


Muhaddithin min al-Qarn al-Thani ila al-Qarn al-Khamis
al-Hijri Qiraah fi Tatawwur al-Tadwin li al-Sunnah al-
Nabawiyyah Jaman wa Tasnifan wa Takhrijan, c. 1,
Kuala Lumpur : Markaz al-Buhuth al-Jamiah al-
Islamiyyah al-Alamiyyah Maliziya.

Al-Syamri, Huda Ali Jawad (2004) al-Hadith al-


Nabawi al-Syarif Riwayah Muhammad bin Ishaq, c. 1,
Oman : Muassasah al-Waraq.

97
Al-Tabari, Abi Jafar Muhammad bin Jarir (t.t.),
Tarikh al-Tabari, tahqiq, Muhammad Abu al-Fadl
Ibrahim, c. 2, Misr : Dar al-Maarif.

Al-Tarabisyi, Muta (1994/1414) Ruwwat Muhammad


bin Ishaq bin Yasar fi al-Maghazi wa al-Siyar wa Sair al-
Marwiyyat, c. 1, Dimasyq : Dar al-Fikr.

Al-Umari, Akram Diya (1995), al-Sirah al-


Nabawiyyah al-Sahihah Muhawalah li Tatbiq Qawaid al-
Muhaddithin fi Naqd Riwayat al-Sirah al-Nabawiyyah, c.
1, Riyad : Maktabah al-Ubaykan.

Yusuf bin Muhammad bin Umar bin Qadi Syahbah


(1991/1412), Ahadith Muntkhabah min Maghazi Musa
bin Uqbah, tahqiq, Masyhur Hasan Salman, c. 1,
Bayrut : Muassasah al-Rayyan.

Horovitz, Josef (1927), The Earliest Biographies of


The Prophet and Their Authors, Islamic Culture, v. 1,
Hyderabad : t.p.

____________ (Januari 1928), The Earliest


Biographies of The Prophet and Their Authors,
Islamic Culture, v. 2, Hyderabad : t.p.

____________ (April 1928), The Earliest Biographies


of The Prophet and Their Authors, Islamic Culture, v.
2, Hyderabad : t.p.

98
Muhammad Hamidullah (1967), Muhammad Ibn Ishaq
The Biographer of the Holy Prophet, t.c., Karachi :
Pakistan Historical Society.

Serjeant, R. B. (1958), Professor A. Guillaume's


Translation of the "Sirah", Bulletin of the School of
Oriental and African Studies, University of London, v.
21, b. 1/3, Cambridge : Cambridge University Press.

Khazanah al-Turath al-Arabi, khizana.blogspot.com

99

Anda mungkin juga menyukai