Anda di halaman 1dari 8

Digraf dan Konsonan Bergabung

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest`2q


Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut
yang mewakili satu bunyi dalam perkataan.

Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa
Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:

1. gh mewakili // (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya:


ghairah, Afghan dan baligh.
2. kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya:
khidmat, akhbar dan tarikh.
3. ng mewakili // (sengauan velar)
4. ny mewakili // (sengauan lelangit)
5. sy mewakili // (geseran belakang gusi tak bersuara)

Contoh perkataan digraf:


ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib
Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang
hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam
suku kata yang berlainan. Ia adalah gabungan 2 konsonan selain daripada gabungan
konsonan yang membentuk digraf.

Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah dipinjam daripada


Bahasa Inggeris.

Contoh perkataan konsonan bergabung:


kompleks, konkrit, skuter, traktor, drama, teks, stadium, strawberi, dll
Diftong dan Vokal Berganding
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Diftong:

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan
disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.

Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran.
Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf
vokal iaitu ai, au, oi.

Secara lebih terperinci, Diftong ialah:

1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan
nafas.
2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak
sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan
sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah
membunyikan vokal yang lain.
4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.
5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan
vokal a, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal i pula.
Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.

Contoh perkataan yang mengandungi diftong

ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai,
lantai, rantai, teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau
oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi
Vokal berganding (Vokal Rangkap):
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam
perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Secara ringkasnya:

Diftong:
Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat.

Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi

Vokal berganding:
Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.

baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as

- See more at: http://cikguhijau.blogspot.my/2014/06/perkataan-diftong-dan-vokal-


berganding.html#sthash.0cy9rWaF.dpuf

Anda mungkin juga menyukai