Anda di halaman 1dari 8

Diftong

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk


bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata
atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan gabungan dua
huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu
bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal
yang kedua. Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih
lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua.

Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang


dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;
1. ai
2. au
3. oi
Secara lebih terperinci, diftong ialah:
1. Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara
berterusan dalam satu hembusan nafas.
2. Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur
dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
3. Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan
oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya,
lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana
membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke
arah membunyikan vokal yang lain.
4. Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.
5. Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah
berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal a, dan
secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal
i pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.
Contoh perkataan diftong

ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai,


cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai

au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau,


limau, hijau, bangau

oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi, amboi,


Vokal berganding (Vokal Rangkap)

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk


bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan
bunyinya dalam suku kata.
Secara ringkas diftong - vokal berganding:

Diftong:
Dibaca sebagai satu suku kata dan dilafazkan dengan cepat.

Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi

Vokal berganding:
Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.

baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as

Anda mungkin juga menyukai