Anda di halaman 1dari 6

Diftong:

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk


bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku
kata atau satu sebutan bunyi.
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan
sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga
jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal
iaitu ai, au, oi.
Secara lebih terperinci, Diftong ialah:
1.
Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara
berterusan dalam satu hembusan nafas.
2.
Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan
cepatnya ke suatu vokal lain.
3.
Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh
dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah
pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana
membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah
membunyikan vokal yang lain.
4.
Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.
5.
Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan
sebagaimana membunyikan vokal a, dan secara cepat
geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal i pula. Begitu
juga cara membunyikan diftong au, dan oi.
Contoh perkataan yang mengandungi diftong
ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai,
cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
au - aurat, saudara, harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau,
limau, hijau, bangau
oi - boikot, sekoi, koboi, kaloi

Vokal berganding (Vokal Rangkap):


Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk
bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan
bunyinya dalam suku kata.

Secara ringkasnya:
Diftong:
Dibaca sebagai satu suku kata dan melafazkan dengan cepat.
Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi
Vokal berganding:
Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.
baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as

Anda mungkin juga menyukai