Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah destinasi pelancongan terbaik di dunia.


Negara ini amat bertuah kerana mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum tetapi
masih boleh berkongsi budaya untuk hidup dalam satu negara dengan semangat 1
Malaysia. Di samping itu Malaysia juga dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan
yang lazat, gugusan pulau-pulau yang menarik dan tempat-tempat pelancongan
yang bertaraf dunia. Buktinya saban tahun statistik ketibaan para pelancong ke
Malaysia menunjukkan pergerakan yang positif. Badan yang diberi mandat memancu
industri ini agar lebih maju ialah Lembaga Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali
sebagai Tourism Malaysia. Sehingga ke hari ini, Tourism Malaysia terus menabur
bakti dan ternyata masih berdiri teguh, kukuh serta terus didukungi oleh sekelian
warga pekerja dari pelbagai generasi. Jika dilihat dari satu sudut interpretasi, ini pasti
satu pencapaian yang berprestasi tinggi. Kejayaan demi kejayaan yang diukir oleh
entiti ini sememangnya wajar mendapat pengiktirafan oleh semua pihak (Majalah
Libur,2011). Warga kerja yang berkecimpung dalam industri pelancongan perlu
dijaga hak dan kebajikan mereka sejajar dengan bakti yang ditabur kepada negara.
Ironinya, masih terdapat sesetengah pihak yang tidak menjaga kebajikan para
pekerja pusat-pusat pelancongan yang beroperasi khasnya di Semenanjung
Malaysia.

Oleh itu sebuah kesatuan sekerja telah ditubuhkan di bawah Ordinan


Kesatuan Sekerja 1959. Kesatuan yang dikenali sebagai Kesatuan Pekerja-Pekerja
Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia telah ditubuhkan dan didaftarkan pada
tahun 1999. Kewujudannya adalah untuk mewakili warga kerja dalam industri
pelancongan di Semenanjung Malaysia. Objektif utamanya penubuhannya adalah
untuk menjamin hak dan kebajikan para pekerja yang menjadi duta kecil negara dari
kacamata para pelancong. Ianya adalah sejajar dengan pertambahan dan
kepelbagaian bidang kerja ekoran dengan peningkatan bilangan pelancong yang
datang ke Malaysia. Di mana peranan penting sesebuah kesatuan sekerja adalah
untuk menyelesaikan sebarang pertikaian atau konflik yang wujud dalam hubungan
perindustrian di antara majikan dengan pekerja. Dengan kata lain, sesebuah
kesatuan sekerja merupakan orang ketiga dalam konteks hubungan perusahaan
dalam sesebuah organisasi.
DEFINISI KESATUAN SEKERJA

Menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, kesatuan sekerja boleh


ditakrifkan sebagai mana-mana kesatuan sekerja atau kesatuan yang didaftarkan di
bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran
kesatuan sekerja. Oleh itu sesebuah kesatuan sekerja bukan sahaja milik para
pekerja malah kesatuan kerja juga boleh dianggotai kesatuan majikan-majikan.
Walau bagaimanapun, di negara kita pihak majikan tidak menggunapakai istilah
kesatuan kerana ianya bercanggah atau bertentangan dengan peruntukan statut.
Lantaran itu pihak majikan kebiasaanya menggunakan perkataan persatuan untuk
kesatuan mereka.

SEJARAH PENUBUHAN

Seksyen 2 Ordinan Kesatuan Sekerja 1995 mentakrifkan kesatuan sekerja


sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan
yang berada di Malaysia Barat, Sabah dan Serawak. Di mana lokasi para pekerja di
sesebuah organisasi mesti terletak di Malaysia Barat, Sabah atau Serawak atau
majikan-majikan yang mengambil para pekerja di Malaysia Barat, Sabah atau
Serawak.

Manakala menurut Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula mendefinisikan


kesatuan sekerja sebagai mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan dengan
pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja, Jabatan Kesatuan Sekerja, Kementerian
Sumber Manusia. Justeru sesebuah kesatuan sekerja boleh terdiri daripada
kesatuan pekerja-pekerja di sesebuah organisasi atau sebuah kesatuan yang
dianggotai oleh majikan-majikan ( ILBS, 2001).

Oleh yang demikian, sesebuah kesatuan sekerja di Malaysia dapat


dikelasifikasikan kepada tiga (3) jenis utama yakni kesatuan sekerja sektor awam,
kesatuan sekerja sektor swasta dan kesatuan sekerja majikan.

Kesatuan sekerja sektor awam boleh dianggotai oleh kakitangan atau majikan
yang berkhidmat di sektor kerajaan, badan berkanun dan kerajaan tempatan.
Kakitangan yang bertugas di sektor awam hanya boleh menubuh dan menganggotai
kesatuan dalam kementerian, jabatan atau bidang pekerjaan yang serupa. Contoh
kesatuan sekerja di sektor kerajaan ialah Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC).

Manakala kesatuan sekerja sektor swasta merupakan sebuah kesatuan yang


bersifat kebangsaan atau bersifat kesatuan dalaman. Kesatuan yang bercorak
kebangsaan adalah mereka yang berada dalam tred dan industri yang sama.
Sebaliknya kesatuan dalaman ialah sebuah kesatuan yang terdiri daripada
kakitangan yang bekerja di sesebuah organisasi. contohnya Kesatuan Sekerja
Pengangkutan (TWU), Kesatuan Kebangsaanb Pekerja-Pekerja Bank (NUBE),
Kesatuan Sekerja Pekerja Telekom (NUTE) dan lain-lain lagi.

Akhir sekali kesatuan majikan atau lebih dikenali sebagai peraturan. Akta
Kesatuan Sekerja memberi hak yang sama terhadap majikan untuk menubuh dan
menganggotai kesatuan sekerja majikan. Namun majikan tidak boleh menganggotai
kesatuan sekerja pekerja dan begitulah sebaliknya, pekerja tidak boleh
mengamggotai kesatuan sekerja yang anggotai oleh majikan atau kesatuan sekerja
majikan (ILBS,2001). Contoh kesatuan majikan ialah The Malayan Agricultural
Producers Association (MAFA).

Seterusnya berdasarkan klasifikasi tersebut maka Kesatuan Pekerja-Pekerja


Lembaga Pelancongan Malaysia di Semenanjung Malaysia merupakan sebuah
kesatuan yang terletak di bawah kesatuan sekerja sektor swasta. Sebagai mana
yang dijelaskan sebelum ini, kesatuan sekerja pekerja merupakan sebuah organisasi
yang mewakili para pekerja dalam rangka kerja hubungan di antara pekerja dengan
majikan. Peranan utama sesebuah kesatuan sekerja ialah untuk mewakili dan
melindungi pekerja tanpa wujudnya diskriminasi serta memperjuangkan hak dan
keperluan ahli-ahlinya. Ringkasnya, penubuhan sesebuah kesatuan sekerja adalah
untuk menyelesaikan sebarang masalah pekerja dengan majikan jika berlaku konflik
atau perselisihan yang boleh memudaratkan kepentingan kedua-dua pihak. Di mana
kesatuan sekerja bertindak sebagai pernyataan terancang hak-hak utama para
pekerja bagi mengatur diri mereka, melindungi dan memajukan kepentingan mereka
melalui tindakan kolektif. Justeru, semakin ramai keanggotaan para pekerja dalam
sesebuah kesatuan menjadikan kesatuan tersebut semakin kuat dan berpengaruh.
Pepatah Melayu ada menyatakan Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Matlamat utama sesebuah kesatuan sekerja adalah untuk memelihara hak


dan kebajikan ahli-ahlinya disamping berperanan mewakili mereka sekiranya wujud
sebarang tindakan perusahaan dalam perhubungan antara majikan dengan pekerja
di sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, penubuhan sesebuah kesatuan sekerja
adalah ekoran daripada terbentuknya suatu masalah atau pertikaian yang tidak
dapat diselesaikan secara terus di antara majikan dengan para pekerja. Maka
sebagai satu kaedah penyelesaian jangka panjang para pekerja telah bersepakat
menubuhkan sebuah kesatuan sekerja sebagai wakil mereka untuk berunding
dengan pihak pengurusan. Selain berurusan secara terus dengan pihak pengurusan
sesebuah kesatuan sekerja juga berperanan untuk mengadakan perundingan
dengan pihak kerajaan seandainya mereka berdepan dengan suatu isu yang
memerlukan jawapan daripada mahkamah perusahaaan atau pihak kerajaan.
Sekiranya konflik tersebut dibiarkan berlanjutan tanpa adanya tindakan daripada
kesatuan sekerja atau organisasi tersebut tidak mempunyai kesatuan sekerja maka
dibimbangi isu tersebut menjadi semakin serius seperti satu wabak apabila ia mula
dimanipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan atau dihebahkan kepada
masyarakat umum oleh media-media massa sama ada media elektronik atau media
cetak. Masalah utama yang timbul dikalangan pekerja-pekerja sektor pelancongan
ialah masalah tangga gaji mimimum, perlindungan insuran untuk pemandu-pemandu
pelancong sama ada pemandu bot pelancongan atau pemandu pelancong bagi
aktiviti lasak seperti meredah hutan, mendaki gunung, peminat hidupan liar,
penyelam scuba dan sebagainya, mereka juga berdepan dengan sikap majikan yang
mandang remeh atau mengambil sikap acuh tidak acuh aspek kesihatan dan
keselamatan pekerja-pekerja di sektor pelancongan seperti mereka yang berkhidmat
sebagai house kiping di hotel-hotel.
CARTA ORGANISASI KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LPPM

YANG DIPERTUA :
HASRIZAL
MUHAMMAD SYAWAL
TUKIJAN

NAIB YANG DIPERTUA


:
ASMAUL ABU BAKAR

AHLI JAWATANKUASA
SETIAUSAHA : BENDAHARI : (AJK)
HASLINA HASSAN JAILIS MAJUKIN

PENOLONG SETIAUSAHA
: AJK :
AMIRAH NADIAH ZAKARIA YAAKOB
MAZLAN

AJK :
HASLINA HADI

AJK :
KELVIN JANTAN ANAK
ROBERT

AJK :
MUHD RUZAINI

AJK :
ISMI IZAD

Anda mungkin juga menyukai