Anda di halaman 1dari 8

DIALOG PRESTASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING BIL.

4/2016

Tarikh : 27 April 2016 (Rabu)


Masa : 8.30 pagi 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Pengerusi : Encik Md Jais bin Samat
(Pegawai Pendidikan Daerah Mersing)
Sasaran : Semua Guru Besar dan GPK1 (Pentadbiran)
Sekolah-Sekolah Daerah Mersing

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Besar dan GPK
Pentadbiran Sekolah Rendah kerana dapat hadir ke Dialog Prestasi PPD Mersing
Bil. 4/2016.

1.2 Memperingatkan semua sekolah agar dapat membayar kos pengurusan


mendapatkan Salinan Hakmilik Tanah Milikan KPM sebanyak RM100.00 dengan
segera. Unit Pembangunan PPD Mersing telah membantu menyelesaikan beberapa
isu pengurusan berkaitan bagi pihak sekolah dengan Pejabat Tanah Mersing.
Sekolah-sekolah yang terlibat :
SJK (C) Jemaluang
SK Pusat Air Tawar
SK Telok Lipat
SJK(C) Kg. Hubong
SK Pulau Aur
SK Pulau Pemanggil
SK Sawah Dato
SK Air Papan
SMK Sri Mersing
SJK(C) Pai Chee
MRSM
SK Pulau Sibu
Tindakan : Pengetua atau Guru Besar sekolah-sekolah berkenaan.

1.3 Mengingatkan sekolah agar dapat menghantar laporan pelaksanaan Dialog Prestasi
setiap bulan dan takwim Dialog Prestasi Peringkat Sekolah supaya beliau atau
pegawai di PPD dapat melihat kesesuaian tarikh untuk hadir sama dalam dialog
tersebut. Mohon semua pihak memahami objektif Dialog Prestasi yang diadakan.

Tindakan : Semua Sekolah

1|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016


1.4 Mohon semua jentera sekolah perlu bekerjasama dalam memajukan anak-anak
murid.
Akauntabiliti pihak sekolah adalah diharapkan bagi memastikan isu yang timbul
diselesaikan secara deep dive sehingga ke akar umbi.
Makluman

2.0 PEMBENTANGAN PELAPORAN DIALOG PRESTASI

2.1 Membentangkan analisis pencapaian Ujian Sumatif 1 Calon-calon UPSR 2016.


Calon seramai 1,156 pelajar. Seramai 340 calon menguasai (29.41%), 816 (70.59%)
calon tidak menguasai dan tiada calon cemerlang.

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
1156 0 0.00 -0.08 340 29.41 -16.00 816 70.59 3.72 0.04

2.2 SK Bandar Mersing :

TIDAK/
BIL. CEMERLANG 7A/5A MENGUASAI A,B,C,D BELUM GPS
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
77 0 0.00 0.00 25 32.47 -12.40 52 67.53 3.65 0.31

2.2.1. Respon En.Mohd. Rashidi, Guru Besar SK Bandar Mersing :


Pencapaian matematik agak kritikal berpunca daripada teknik pengajaran
yang kurang cekap digunakan oleh guru baharu. Guru tersebut telah
diberikan latihan in house teknik Pembelajaran Abad ke 21.

i) 48/77 calon tidak menguasai mata pelajaran matematik. Beliau sendiri dan
dengan bantuan guru-guru lain juga akan membantu guru tersebut untuk
menaikkan prestasi kelulusan murid.
ii) Murid kurang menguasai asas dalam matematik sejak dari tahun 4.
Makluman

2.2.2. Pihak sekolah diminta menyediakan Pelan Intervensi Jangka Pendek


Kemajuan Matematik UPSR 2016.
Tindakan : Guru Besar SK Bandar Mersing

2.2.3. Pengerusi meminta semua GPK sekolah agar mengadakan post mortem
untuk mengenal pasti kelemahan, masalah dan melaksanakan intervensi
kepada pelajar yang belum menguasai ujian sumatif 1 tahun 6 dan fokus
kepada topik yang tidak dikuasai.
Tindakan : Semua GPK 1 (Pentadbiran)

2|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016


2.3 SK Lembaga, Endau

TIDAK/
BIL. CEMERLANG 7A/5A MENGUASAI A,B,C,D BELUM GPS
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
18 0 0.00 0.00 1 5.56 -35.62 17 94.44 3.94 -0.90

2.3.1. Respon En. Zawawi Bin Muda, Guru Besar SK Lembaga :


Beliau telah mengingatkan semua guru bahawa keputusan Sumatif 1 adalah
sama pentingnya dengan peperiksaan sebenar UPSR. Penandaan dan
penskoran perlu dilakukan mengikut garis panduan peperiksaan sebenar.

Beliau memaklumkan bahawa pelajar banyak bergantung kepada guru dan


pelajar yang lain.

Penguasaan murid dalam asas matematik sangat lemah. Murid dikesan tidak
faham soalan dan tidak tahu operasi yang perlu dibuat. Guru yang mengajar
adalah guru opsyen tetapi tahun pertama mengajar subjek matematik. Tiada
back up kerana guru lama yang didampingkan sebelum ini telah dinaikkan
pangkat dan bertukar ke sekolah lain.
Makluman
2.3.2. Pengerusi meminta pihak sekolah menyediakan Pelan Intervensi Jangka
Pendek Kemajuan UPSR 2016.
Tindakan : Guru Besar SK Lembaga

2.3.3. Pengerusi juga meminta satu pasukan khas diwujudkan daripada kalangan
pegawai PPD bagi membantu dan mengenalpasti isu sebenar di SK
Lembaga.
Tindakan : PPPD Kurikulum

2.3.4. Pengerusi mengingatkan bahawa JKD matapelajaran perlu terlibat dan


memainkan peranan untuk tingkatkan kemahiran guru untuk menghadapi
format baru Peperiksaan UPSR.
Tindakan : Pengerusi JKD Matapelajaran
Matematik, BM, BI dan Sains SR

2.3.5. Pengerusi juga mencadangkan supaya sekolah melaksanakan program


kolaboratif dengan guru-guru sekolah lain untuk membantu sekolah yang
menghadapi masaalah bagi subjek tertentu.
Tindakan : Yang Dipertua MGB Mersing

2.4 SK Seri Pantai :

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
55 0 0.00 -1.85 16 29.09 -7.95 39 70.91 3.58 0.38

2.4.1. Respon Pn. Azimah, Guru Besar SK Seri Pantai :


16/55 orang calon menguasai dan 39/55 orang calon belum menguasai.
3|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016
Menghadapi jurang peratus menguasai yang sangat tinggi terutama dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris. Prestasi BI Penulisan lebih rendah daripada
BI Pemahaman.

i) Pelajar tidak mampu membuat karangan panjang.


ii) Bagi pelajar tahun 5 diberi kelas tambahan fokus kepada penulisan
dalam Bahasa Inggeris kerana pelajar tidak mahir membina ayat.
iii) Pencapaian pelajar tahun 5 lebih baik dari pelajar tahun 4.
iv) Sekolah mensasarkan seramai 10 orang murid cemerlang keseluruhan A.
(6A) dalam UPSR 2016.
v) Murid hanya belajar BI dalam kelas dan tiada budaya penggunaan BI di
luar kelas.
Makluman
2.4.2. Pengerusi meminta pihak sekolah menyediakan Pelan Intervensi
Jangka Pendek bagi meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris UPSR
2016.
Tindakan : Guru Besar SK Seri Pantai

2.5 SK LKTP Tenggaroh 1 :

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
33 0 0.00 0.00 8 24.24 -27.37 25 75.76 3.78 -0.29

2.5.1. Respon En. Rashid, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01 :


Terdapat 8/33 orang calon menguasai dan 25/33 orang calon belum
menguasai.
i) Memaklumkan bahawa murid-murid tahun 6 dipecahkan kepada dua
kumpulan besar P&P.
ii) Sekolah mensasarkan 5 orang murid cemerlang dalam UPSR 2016.
Makluman
2.5.2. Pengerusi meminta pihak sekolah membentangkan prestasi sumatif 2 dalam
dialog prestasi akan datang.
Tindakan : Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01

2.6 SK LKTP Tenggaroh 02 :

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
24 0 0.00 0.00 5 20.83 -16.20 19 79.17 3.65 0.23

2.6.1. Respon Pn. Miskiah, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 02 :


Terdapat 24 calon, 5 menguasai dan 19 tidak menguasai.
i) Pelajar kurang menguasai kemahiran dari tahun 4 dan tahun 5.
ii) Kelas malam diadakan kepada 2 kelas.

4|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016


iii) Pihak sekolah telah melaksanakan ujian pra sebelum UPPM1 dan
didapati ada peningkatan peratus menguasai dalam UPPM1 (Sumatif 1)
berbanding Ujian Pra UPPM1.
Makluman.
2.7 SK Sawah Dato :

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
71 0 0.00 0.00 17 23.94 -21.89 54 76.06 3.92 -0.28

2.7.1. Respon En. Mohd. Azhar Shahruddin, GPK Pentadbiran SK Sawah Dato :
17/77 orang calon telah menguasai dan 54/77 orang calon belum menguasai.
i) Pihak sekolah telah melaksanakan program dan aktiviti mengikut acuan
Program Sekolah Transformasi.
ii) Pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan.
iii) Masalah ketidakhadiran menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai.
Makluman
2.7.2. Beliau mencadangkan satu program motivasi bersama Tuan PPD Mersing
dibuat kepada semua guru tahun 6 mengikut zon.
Tindakan : PPPD Kurikulum
2.8 SK Pulau Aur :

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
3 0 0.00 0.00 0 0.00 0.00 3 100.00 4.06 -1.86

Respon En. Nordin, Guru Besar SK Pulau Aur.


Isu penguasaan Matematik dan Bahasa Inggeris Penulisan.
Pihak sekolah akan cuba memperbaiki prestasi tersebut dengan kerjasama
rakan-rakan guru di sekolah. Tambahan lagi dua orang calon UPSR
berkenaan adalah anak guru.
Makluman
2.9 SK Pulau Sibu

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
3 0 0.00 #DIV/0! 0 0.00 #DIV/0! 3 100.00 3.61 -3.61

Respon En. Ahmad Tahshim, Guru Besar SK Pulau Sibu :


Isu kritikal murid ialah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Penulisan.(semua
murid gagal)
Pihak sekolah akan bekerja lebih keras bagi memastikan semua murid sekurang-
kurang menguasai semua mata pelajaran dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
2016 (UPPM2 Sumatif 2)
Makluman

5|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016


2.10 SK Mersing Kanan

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
79 0 0.00 0.00 15 18.99 -3.23 64 81.01 4.10 -0.14

2.10.1. Respon Pn. Leda, GPK 1 SK Mersing Kanan :


Isu penguasaan Matematik dan Bahasa Inggeris.
2.10.2. Tuan PPD meminta SISC+ dapat menyusun jadual bimbingan masing-
masing dan cuba membantu SK Mersing Kanan.
Tindakan : SISC+ Rendah

2.11 SK Kem Iskandar

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
40 0 0.00 0.00 4 10.00 -25.29 36 90.00 3.67 -0.19

Respon En. Wan Mohd. Ghazali, Guru Besar SK Kem Iskandar.


Penguasaan murid dalam Bahasa Melayu dan Sains agak memberangsangkan tapi
mereka didapati kurang menguasai dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris Penulisan. Pihak sekolah berjanji akan cuba atasi masalah tersebut dengan
Pelan Intervensi yang telah dirangka di peringkat sekolah.
Makluman
2.12 SK Sri Mersing

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
129 0 0.00 0.00 25 19.38 -12.68 104 80.62 3.98 -0.16

Tuan PPD memakluman bahawa SK Sri Mersing adalah sekolah yang mempunyai
pemberatan yang tinggi dalam pencapaian UPSR. Beliau meminta pihak sekolah
membentangkan prestasi dan pencapaian sekolah dalam dialog prestasi akan
datang.
Tindakan : Guru Besar SK Sri Mersing

2.13 Sek. Rendah Agama Bersepadu (SRAB)

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
45 0 0.00 0.00 14 31.11 -36.97 31 68.89 3.10 0.43

6|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016


Tuan PPD mengucapkan tahniah atas pencapaian yang baik mata pelajaran Bahasa
Melayu (100% menguasai dan 35% cemerlang A)
Pencapaian Bahasa Inggeris Penulisan lebih baik daripada Bahasa Inggeris
Pemahaman (84.44% berbanding 42.22%).
Makluman
2.14 SJKC Jemaluang

TIDAK/
CEMERLANG MENGUASAI
BIL. BELUM GPS
7A/5A A,B,C,D
AMBIL MENGUASAI
BIL % BEZA BIL % BEZA BIL % CAPAI BEZA
7 0 0.00 0.00 2 28.57 -14.29 5 71.43 3.57 0.06

Pencapaian 100% menguasai dalam Matematik dan Sains.


Pencapaian yang baik 85.71% menguasai dalam Bahasa Cina Penulisan dan
Bahasa Inggeris Penulisan. Namun murid-murid kurang menguasai Bahasa Melayu.
Pihak sekolah diminta meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu.

Tindakan : Guru Besar SJKC Jemaluang

3.0 PEMBENTANGAN RUMUSAN DIALOG DAN CADANGAN INTERVENSI


Seperti lampiran.

4.0 HAL-HAL LAIN

4.1 En. Hasan Abd. Rashid, Timbalan PPD Mersing memaklumkan Pengarah
Pendidikan Negeri Johor meminta PPD Mersing menyiapkan satu laporan khas
strategi meningkatkan prestasi kecemerlangan peperiksaan awam untuk
dibentangkan dalam Mesyuarat KS/PPD pada 29 31 Mei 2016.
Tindakan : PPPD Kurikulum

4.2. Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada semua Guru Besar yang telah menyertai group telegram
Akademik@MGB Mersing. Namun hanya dua sekolah sahaja yang belum sertai
group tersebut iaitu SRAB dan SK Tanjung Resang.
Tuan PPD membuat penegasan bahawa semua Guru Besar diwajibkan menyertai
group tersebut bagi memantapkan sistem penyampaian akademik.
Tindakan : Guru Besar SK Tanjung Resang dan SR Arab Bersepadu.

4.3. Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum turut memaklumkan bahawa
Minit Curai Penuh dan Rumusan Keputusan serta Maklumbalas Dialog Prestasi PPD
Mersing Bil. 4 Tahun 2016 akan dimuatkan dalam email
bahanakademikmg@gmail.com dan Akademik@MGB_Mersing oleh pihak Urus
Setia Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 4 Tahun 2016.
Tindakan : PPPD Sains Matematik, Penyelaras Dialog Prestasi.

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN

5.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keberadaan dan komitmen semua dalam
menjayakan Dialog Prestasi pada kali ini. Pengerusi juga mengharapkan supaya
semua Guru Besar dan GPK bersama-sama meningkatkan lagi prestasi
kecemerlangan UPSR 2016.
7|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016
Makluman
5.2. Tuan PPD mengingatkan keberadaan Pemimpin sekolah dalam semua Dialog
Prestasi perlu diutamakan.
Makluman
5.3. Tuan PPD juga meminta semua GPK 1 (Pentadbiran) meletakkan KPI masing-
masing dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Percubaan UPSR 2016.
Tindakan : Semua GPK 1 (Pentadbiran)

Dialog prestasi ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh :
Urus Setia Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 4 Tahun 2016.

8|Dialog Prestasi PPD Mersing Bil.4/2016

Anda mungkin juga menyukai