Anda di halaman 1dari 3

Rendah Diri

Daripada Surah Al-Takwir antara ayat 1 hingga 14, di mana menerangkan tentang ancaman dan
kisah pada hari kiamat yang patut diimani oleh setiap orang Islam. Antara kisah seperti pada ayat
10-14:

ْ َ‫﴾ َو ِإذَا ْال َجنَّةُ أ ُ ْز ِلف‬١٢﴿ ‫ت‬


﴾١٣﴿ ‫ت‬ ُ ‫﴾ َو ِإذَا ْال َج ِحي ُم‬١١﴿ ‫ت‬
ْ ‫س ِعِّ َر‬ َ ‫س َما ُء ُك ِش‬
ْ ‫ط‬ َّ ‫﴾ َو ِإذَا ال‬١٠﴿ ‫ت‬
ْ ‫ف نُش َِر‬ ُّ ‫َو ِإذَا ال‬
ُ ‫ص ُح‬
﴾١٤﴿ ‫ت‬ َ ْ‫س َّما أَح‬
ْ ‫ض َر‬ ٌ ‫ت نَ ْف‬
ْ ‫ع ِل َم‬
َ

“Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; Dan apabila Syurga didekatkan; (Setelah semuanya
itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.”

Oleh yang demikian, ancaman tersebut perlu dijadikan sebagai iktibar oleh hamba-Nya untuk
sentiasa ingat dan berasa rendah diri sebagai hamba Allah yang lemah lagi kerdil.

Allah SWT Maha Berkuasa mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki. Itulah yang
diterangkan di dalam surah ini pada ayat terakhir iaitu pada ayat ke-29:

﴾٢٩﴿ َ‫َو َما تَشَا ُءونَ إِ اَّل أَن يَشَا َء اللاـهُ َربُّ ْالعَالَ ِمين‬
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan
cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.”

Sikap rendah diri (humility) yang mana terpancar daripada lidah dan juga perbuatan adalah
mustahak bagi memelihara hubungan silaturahim. Sikap ini juga dapat dipanggil sebagai al-
tawaddu’. Di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan rendah diri juga bermaksud sebagai
tidak angkuh. Oleh sebab itu, dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, seseorang yang memiliki
sikap ini akan taat atau setia mengerjakan sesuatu perintah. Manusia yang mampu mengawal diri
mereka dengan sentiasa merendahkan diri sesama manusia akan diangkat darjatnya di sisi Allah,
serta mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya. Sifat tawaddu’ ini yang mana dihayati menerusi
ibadat turut digunapakai dan diaplikasi dalam urusan kehidupan kita seharian. Mereka bukan
sahaja mendapat kemanisan ibadah tetapi juga dihormati, disegani dan disenangi oleh
masyarakat apabila sentiasa mengamalkannya secara konsisten.
Budaya sikap kerja yang ditekankan ini mempunyai nilai yang tersendiri dalam memastikan daya
saing organisasi berada pada tahap yang tertinggi dan bukan sahaja bersifat persaingan luaran
tetapi ia juga bersifat dalaman. Daya saing luaran ini sudah tentu daya saing diantara organisasi
yang lain, manakala persaingan dari aspek dalaman ini pula adalah persaingan yang menekankan
persaingan di antara pekerja itu sendiri yang sihat dan mampu memupuk dan mendorong pekerja
untuk melaksanakan pekerjaan dengan sebaik mungkin.

Takabbur dan riak adalah sangat dibenci oleh Allah SWT dan mendapat balasan setimpal di
akhirat kelak. Sifat ini merupakan lawan bagi sikap rendah diri yang mana sangat digalakkan
dalam Islam. Warga organisasi bukan sahaja perlu bersikap rendah diri kepada-Nya dan sesama
mereka, tetapi turut meliputi pihak-pihak yang berhubung secara langsung ataupun tidak
langsung.

Sikap rendah diri juga disebut di dalam surah lain secara langsung yang mana penekanan
terhadap sikap rendah diri ini perlu diikuti sebagai nasihat kepada manusia. Firman Allah di
dalam Surah Luqman, ayat 18:

ٍ ‫ض َم َر ًحا ۖ ِإ َّن اللَّـهَ ََل ي ُِحبُّ ُك َّل ُم ْخت َا ٍل فَ ُخ‬


﴾١٨﴿ ‫ور‬ ِ ‫اس َو ََل ت َْم ِش فِي ْاْل َ ْر‬ َ ُ ‫َو ََل ت‬
ِ َّ‫ص ِعِّ ْر َخدَّكَ ِللن‬

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia,
dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak
suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.”

Apa yang dapat dilihat dalam sesebuah organisasi, pemimpin memainkan peranan penting dalam
mengutamakan sikap rendah diri ini. Ia agar dapat dicontohi oleh orang bawahan dan mampu
dijadikan sebagai ikutan dalam pekerjaan seharian. Pemimpin yang rendah diri agak sukar untuk
dicari pada zaman sekarang kerana terdapat pelbagai cabaran dan dugaan dalam
mempraktikkannya.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Syu’ara’ ayat 215:

﴾٢١٥﴿ َ‫ض َجنَا َحكَ ِل َم ِن اتَّبَعَكَ ِمنَ ْال ُمؤْ ِمنِين‬ ْ ‫َو‬
ْ ‫اخ ِف‬
“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang
beriman.”

Pemimpin yang rendah diri akan sentiasa menjadikan dirinya sebahagian dalam kelompok ahli
bawahan yang mana mampu memberi dorongan dan bimbingan kepada orang yang dipimpin,
tanpa ada rasa berat hati untuk memberikan mereka penghargaan dan hak-hak mereka. Selain itu,
ia juga menjadi salah satu faktor penentu seseorang itu akan menjayakan amanah yang diberikan
dengan sebaik mungkin.

Sikap yang mesra, berpewatakan peramah, berkomunikasi dengan cara yang sopan dan
penampilan yang sederhana perlu ditonjolkan terutama apabila berurusan dengan orang ramai.
Pembudayaan dengan selalu mengamalkan sikap rendah diri ini memberi banyak faedah dan
implikasi yang baik serta positif.

Antara kesannya ialah sikap rendah diri mampu mewujudkan ketelusan dalam pengurusan. Ia
juga dapat memupuk suasana saling menghormati dalam organisasi dan persaingan sihat dalam
kalangan ahli organisasi tersebut. Selain itu, apabila kita sentiasa mengamalkan sikap ini, secara
tidak langsung boleh memupuk sikap saling berlumba-lumba untuk berbuat baik serta
memperbaiki segala bentuk kelemahan dan kekurangan diri. Ini dapat dilihat apabila kita merasa
diri ini sentiasa dibawah dan inginkan kemajuan diri dengan bersaing dengan cara yang sihat
tanpa menunjukkan sebarang kesan negatif di hadapan ahli yang lain.

Anda mungkin juga menyukai