Anda di halaman 1dari 2

APAKAH DAKWAT SOTONG ITU SUCI?

Jawapan kami;

Menurut al-Allamah al-Sayyid Abdullah bin Umar bin Abu Bakr bin Yahya al-Hadhrami, cecair hitam
(dakwat) yang keluar daripada perut ikan atau sotong hukumnya adalah najis berdasarkan ungkapan
Kitab Tuhfah al-Muhtaj "sesungguhnya setiap sesuatu yang ada pada batin, yang keluar dari bahagian
haiwan adalah NAJIS".

Malah, cecair tersebut juga adalah merupakan buangan yang telah berubah di dalam perut, maka
hukumnya adalah najis.

Menurutnya lagi, sesiapa yang mengatakan ianya suci, maka dia telah melakukan kesilapan (Bughyah al-
Mustarsyidin).

Disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani;

"Segala sesuatu yang keluar dari sebahagian jenis haiwan laut yang berwarna hitam seperti dakwat
untuk menulis maka hukumnya adalah najis. Kerana sesungguhnya cairan itu adalah bahan buangan yang
keluar dari rongga perut."(Sullam al-Munajat).

‫اليسع‬

Wallahu a'lam.

USRAH SOLAT (Q&A FIQH IBADAT)

�by:

https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

Anda mungkin juga menyukai