Anda di halaman 1dari 6

BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

NILAI PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja


rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja
sekolah/buat latihan

TOLONG- MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh


MENOLONG pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di
sekolah/

BEKERJASAMA bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/


bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu
tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan


derma/belanja kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/ Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan


MURAH HATI makan/menolong/membantu/berkongsi…

JUJUR bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta


benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu


bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/


BERKORBAN secara sukarela

MENGHARGAI Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran


MASA /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu
belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

MENGHARGAI / Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/


MEMBALAS memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit
JASA

PRIHATIN Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma


/menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

BERDISIPLIN Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi


peraturan dan undang-undang.

GURU CEMERLANG BM SKPHT

1
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)

MENJAGA KEBERSIHAN Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam


sekitar/menebas rumput/membakar sampah

MENJAGA KESIHATAN Makan makanan berkhasiat/ makanan


seimbang/bersukan/berjoging/
bermain badminton

MENJAGA KESELAMATAN Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang


ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/


melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/ Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/


CEKAL dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH Bertanya khabar/menyapa kawan


MESRA

IKHLAS Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu


tanpa mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/


menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONAL Melakukan sesuatu setelah memikirkan


kebaikannya

TAAT / PATUH Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru


Mengikut peraturan

SEMANGAT Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit


BERMASYARAKAT Ziarah kematian – ucap takziah
/ KEJIRANAN Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB Memulangkan harta benda orang / melaksanakan


tugas / menegur perbuatan negatif

BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa


mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

GURU CEMERLANG BM SKPHT


BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)
2
KEBEBASAN Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan,
mencadangkan sesuatu…

BERSIKAP SEDERHANA Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-


megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA / Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu


BIJAK BERFIKIR / setelah berfikir.
BIJAK MEMBUAT
KEPUTUSAN

BERWAWASAN / Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah


BERCITA-CITA TINGGI / nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke
BERJIWA BESAR menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI Berminat dan rela mengorbankan masa dan


tenaga dalam melakukan sesuatu yang
berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-
sungguh

BERDIKARI Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa


mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel


BERTOLAK ANSUR kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan
rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi


cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas /


berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri

HORMAT / Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa


MENGHORMATI seseorang dengan baik / bangun apabila guru
masuk ke dalam kelas.

GURU CEMERLANG BM SKPHT

3
KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH

Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli
makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh
membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnya
membawa banyak kebaikan kepada kita.

4
Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat
menjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh
disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kita
akan bertambah, seperti kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-lama menjadi
bukit”.

Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu kita semestinya sedap
dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan kita daripada terkena keracunan
makanan. Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang
dimasak oleh ibu pada waktu rehat.

Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk
membeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang
dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masih
ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-


kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan
menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibu
juga akan bertambah erat.

Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan


banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita
lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.

KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar
sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya
mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.

Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang


pelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”.
Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta
dengan bantuan kawan-kawan kita.

5
Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara
berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan
penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak
memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan
penerangan yang dimintanya.

Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk.
Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan
dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,
Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan


kawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah
dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akan
menjadi lebih erat.

Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan


banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara
berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai