Anda di halaman 1dari 4

Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan


(FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian
dan kemakmuran negara

Elemen pertama dalam FPK ialah “ Pendidikan suatu usaha berterusan”.


Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan
yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses
pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.

Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan


asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di
sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja,
sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institut
pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara
kendiri berbentuk ICT,secara on-line dan melalui media massa. Pendidikan
sepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagai
pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan
hasrat utama FPK.

Elemen seterusnya ialah “Memperkembang potensi individu”. Mengikut


kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek,
jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam
dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi
individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek
memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas
3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk
kemajuan negara.

Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah


kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap
keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah
dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan
cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan
masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi
sumbangan kepada kemajuan negara.

Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang


sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal,
memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat
kekitaran yangmuhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran
menilai dan menghargai keindahan dan kesenian.

Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat


kejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati
adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat
memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.

Dalam elemen perkembangan potensi secara menyeruluh dan


bersepadu, perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika
dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan
bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga
mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi
penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat
optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di
antara satu sama lain.

Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk insan yang
seimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang dan
harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak
mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang
tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selain
itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek,
jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh,
bersepadu dan dalam tahap optimum. Di samping itu, insan ini juga adalah individu
yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan
negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah
yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang
berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Seterusnya, dalam elemen kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan ini


merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri
tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh
itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan
alamnya.

Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti


mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh
penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang
ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam atau
menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri
dan seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan.

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang


ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka
membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat
diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat
yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca,
sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan
dan menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk
kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan


dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan
dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara
dengan cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan
rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang
sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang
sesuai dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma.

Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat


perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang
mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada
perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat
menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta
mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.

Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana


rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa
dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti
menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna,
sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan
dan undang-undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat,
bangsa, negara dan agama.

Rakyat Malysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga


disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi
individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk
memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat
Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki
keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup
dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang
sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.

Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah “rakyat Malaysia
yang dapat memberi sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh
menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia
yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk
keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah,
tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk
perkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat
mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan
mempertahankan Perlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-
prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik dan cintakan negara.
Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi,
berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum.
Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan
ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul
keadaan kemakmuran masyarakat dan negara. Maka, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 3.1, dengan menggambarkan
falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.

Anda mungkin juga menyukai