Anda di halaman 1dari 3

Masalah Pertima

Masalah adalah perkara yang sentiasa ada dan dihadapi oleh semua ahli dalam industri.
Hal ini juga berlaku terhadap pengeluar sardine pertima. Antara masalah yang dihadapi oleh
pertima dalam mengeluarkan produk sardine mereka antaranya , kilang pertima kurang
mendapat pengiktirafan sijil, dimana hal ini menyebabkan produk mereka sukar menebusi
pasaran kerana kekurangan sijil pengiktirafan. Pertima juga kurang menghasilkan kepelbagaian
produk dimana pertima hanya memfokuskan terhadap pengeluaran sardine sahaja. Hal ini
menyebabkan produk yang dikeluarkan oleh pertima kurang mendapat sambutan di pasaran.
Pertima juga kurang berkoleberasi dengan peruncit bagi memasarekan produk mereka hal ini
menyebabkan produk sardine yang di keluarkan oleh pertima sukar untuk didapati dan
menembusi pasaran. Produk pertima juga kurang dikenali di Negara Malaysia kerana strategi
pemasaran yang kuranf efektif dalam memasarkan produk mereka. Pertima juga menghadapi
masalah kekurangan mesin di kilang mereka menyebabkan pengeluaran produk mereka tidak
mampu untuk menampung permintaan dalam pasaran. Akhir sekali pertima juga hanya
mempunyai satu sahaja kilang di Malaysia, hal ini menyebabkan produk yang dikeluarkan oleh
pertima tidak mampu memenuhi pasaran di Malaysia.
Cadangan dan penambahbaikan

Bagi cadangan pengkaji, produk sardine yang dihasilkan oleh Pertima boleh
mendapatkan lebih sijil halal daripada pihak berwajib. Tujuan pensijilan ini untuk
meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan oleh sardine
Pertima. Pensijilan halal juga dapat membantu Pertima untuk berkembang lebih luas apabila
pengiktirafan halal terhadap produk yang dikeluarkan dapat menarik minat pelanggan yang
pelbagai kaum di Malaysia. Pertima juga perlu manambah bilangan pekerja untuk memastikan
proses pengeluaran produk dapat dihasilkan dengan banyak dan lancar..

Selain itu, Pertima juga perlu mempelbagaikan lagi produk keluaran mereka. Dengan ini
Pertima dapat meningkatkan imejnya di pasaran selain dapat meningkatkan jualan dan dapat
menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk keluaran Pertima.

Di samping tu juga, Pertima juga perlu membuat koloborasi dengan syarikat pengandali
makanan lain contohnya pengusaha kantin sekolah atau tempat kerja yang berdekatan.
Koloborasi ini juga dapat memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan yang baru
mengenali produk Pertima dan jika Pertima dapat menghasilkan produk dan perkihdmatan
yang baik kepada pelanggan, sudah tentu menambat hati ramai pelanggan.

Seterusnya, Pertima juga perlu mengambil tempahan dalam aktiviti perniagaannya. Dengan
cara ini, Pertima dapat mengembangkan pasarannya ke seluruh negeri. Dengan ini, Produk
Pertima akan lebih dikenali di seluruh Negara.

Pertima juga dicadangkan untuk menambah bilangan mesin yang digunakan dalam proses
pembuatan sardin. Penambahan ini perlu memandangkan permintaan terhadap produk Pertima
meningkat. Dengan penambahan mesin ini, dapat membantu untuk meningkatkan pengeluaran
dan memenuhi permntaan pelanggan jika mempunyai tempahan yang tinggi.

Selain itu, Pertima perlu mencari peluang pasaran di dalam Malaysia dengan lebih luas. Ini
kerana produk yang dihasilkan oleh sardine Pertima berpotensi untuk dterima oleh semua
masyarakat dalam Malaysia. Seterusnya Pertima juga digalakkan untuk membuka francis di
negeri-negeri lain di Malaysia. Cara ini dapat membantu produk sardine meluaskan pasaran
dan memperkenalkan produknya ke seluruh negeri. Kaedah ini dapat membantu mengukuhkan
lagi jenama sardine Pertima di seluruh Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai