Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN BAGI PENGHASILAN ROTI JOHN, ROTI PIZZA DAN ROTI ARAB OLEH GU-XPBU

ENTERPRISE DAN PENGHASILAN ‘BES JAGUNG’ OLEH ALICIA FOOD SERVICES .


Pengenalan .
Gu-XPBU Enterprise sudah menjalankan operasinya masuk tahun yang ke tiga.Pada peringkat awal
penubuhannya, fokus utama adalah menghasilkan produk- produk berasaskan roti dan kek . Dari segi
pasaran pula, ianya tertumpu kepada jualan secara terus sama ada jualan ke sekolah – sekolah , pejabat
– pejabat kerajaan dan syarikat juga aktif menyertai jualan – jualan ekspo bukan sahaja di negeri
Terengganu malah ke negeri – negeri lain seperti Kelantan dan Kuala Lumpur. Dalam tempoh masa ini,
syarikat sebenarnya masih tercari – cari produk yang benar – benar sesuai untuk dihasilkan secara
‘komersial’ dan dapat dipasarkan secara lebih meluas di pasaran terbuka.

Pada awal tahun 2011 ini, syarikat telah mengambil inisiatif untuk lebih memfokuskan ‘pasaran’ produk
syarikat melalui jualan di Kedai Wani’s n Deli Shoppe milik Jabatan Pertanian. Produk yang dihasilkan
adalah ‘Roti Arab Oat’ yang mana kualiti dari segi rasa amat dititik beratkan. Alhamdulillah, setelah
ianya dijual kepada pelanggan , maklum balas atau ‘respons’ yang diterima adalah amat baik . Disamping
itu juga, syarikat masih meneruskan penghasilan ‘mini pizza’ yang mendapat tempahan secara tetap di
sekolah- sekolah di sekitar Kuala Terengganu dan juga ‘ little pizza’ yang dijual terus di kedai ‘Wani’s n
Deli Shoppe’ ini.

Hasil penelitian dan maklum balas dari pengguna, dari segi pasaran dan permintaan ‘produk- produk’ ini
, masih ada banyak ruang dan peluang yang perlu diambil oleh syarikat bagi meningkatkan jumlah
pengeluaran dan meluaskan pasaran bagi ‘produk- produk’ ini terutamanya bagi usahawan- usahawan
bumiputera. Syarikat merasakan, dari segi kualiti produk dan rasa itu sendiri , syarikat mampu untuk
bersaing di pasaran tetapi yang menjadi halangan cuma dari segi ‘kuantiti’ yang mampu dihasilkan dan
juga ‘packaging dan penjenamaan’ produk itu sendiri. Syarikat percaya, sekiranya ini dapat dibuat,
syarikat mampu untuk bersaing dipasaran terbuka dengan produk- produk syarikat lain dan seterusnya
meningkatkan pendapatan secara konsisten melalui strategi –strategi pasaran yang dilakukan kelak.

Oleh kerana itu, syarikat merasakan sudah sampai masanya bagi syarikat untuk menghasilkan produk-
produk ini secara berskala besar dan bersifat ‘ komersial’. Setelah diteliti dari pelbagai aspek seperti
aspek teknikal seperti mesin yang sedia ada, tenaga kerja dan kepakaran yang ada yang penting aspek
pasaran dan permintaan, syarikat memutuskan untuk menghasilkan produk seperti yang tersenarai di
bawah.

1. Roti Arab ‘Oat’.


2. Roti John.
3. Roti Pizza.

Produk- produk yang disenaraikan ini mempunyai permintaan yang amat baik dan pasaran yang luas dan
sekiranya ia dapat secara dibekalkan secara konsisten, syarikat percaya ianya akan dapat dikembangkan
dimasa hadapan.
Aspek Teknikal.

Syarikat bercadang untuk menghasilkan produk- produk ini di ‘Wanis n Deli Shoppe’ bertempat
di Taman Sri Tembesu, Jalan Gong Badak. Disamping mesin- mesin dan peralatan yang ‘hampir’
lengkap dan mencukupi, tempat ini juga dijadikan oleh syarikat sebagai tempat bagi jualan
secara terus jualan bagi produk- produk ini. Bagi peringkat awal penghasilan ini, syarikat hanya
memerlukan ‘tambahan’ bagi bekas acuan bagi menghasilkan roti arab ‘oat’, roti john dan roti
‘pizza’ yang lebih sesuai bagi menghasilkan roti yang menepati ‘standard’ dari segi rupa bentuk.
Faktor ini dirasakan amat penting bagi memastikan pemborong, peruncit mahupun pengguna
‘berpuashati’ dan percaya kepada produk keluaran syarikat ini dan tanggungjawab syarikat pula
bagi memastikan ianya berkualiti, tahan lama ‘mengikut’ tempoh yang dinyatakan dan yang
sepatutnya.

Di bawah ini dinyatakan ‘anggaran perbelanjaan’ bagi bekas acuan yang diperlukan.

1. Bekas Acuan ‘Roti John’.

Unit yang diperlukan 100 unit.(cadangan).

Harga bagi seunit = RM 45.OO.(anggaran dan belum muktamad)

Kos yang diperlukan = RM 4,500.

 Satu bekas acuan akan menghasilkan 9 buku ‘Roti John’.

2. Bekas Acuan ‘Roti Pizza dan Roti Arab’.( kedua- dua menggunakan bekas acuan yang sama).

Unit yang diperlukan 100 unit (cadangan).

Harga bagi seunit =RM 18.OO (anggaran dan belum muktamad).

Kos yang diperlukan = RM 1,800.

3. Rak Roti ‘steel’ beroda.

Unit yang diperlukan ( 2 unit).

Harga bagi seunit =RM 1,000.00

Kos yang diperlukan =RM 2,000.00

 Semua kos yang dinyatakan cuma anggaran awal dan belum muktamad baik dari segi harga dan kuantiti
.
Pelabelan dan Penjenamaan.

Bagi produk ‘bes jagung’ ini, ianya akan menggunakan botol plastic bersaiz ‘500ml’ . Label yang akan digunakan
adalah berbentuk ‘sticker’ yang akan memaparkan semua info- info yang berkaitan mengenai produk ini yang
mengikut spesifikasi ‘pelabelan’ produk yang disyorkan. Jenama yang akan digunakan adalah jenama ‘alicia’ yang
mana jenama ini juga akan digunakan bagi produk- produk minuman lain keluaran Alicia Food Services. Syarikat
percaya jenama ‘alicia’ ini akan mampu dikomersialkan dan menarik perhatian pengguna bila ianya berada
dipasaran nanti. Jumlah kuantiti ‘sticker’ yang dicetak adalah bergantung pada persetujuan bersama antara
pencetak dan pihak syarikat.

Pasaran.

Dari segi pasaran produk bes jagung , untuk negeri Terengganu ini , sudah ada 2 pengedar yang amat-
amat berminat dan bersedia untuk menjadi pengedar ke seluruh negeri Terengganu. Kerjasama ini
sebenarnya sudah berjalan sejak produk jenama ‘alicia’ ini berada di pasaran pada 2009 cuma ianya
terhenti kerana faktor kekurangan produk dan label. Produk ini juga akan dipasarkan di Sabasun yang
mana hanya menanti bagi produk ini dihasilkan. Syarikat berhasrat, sekiranya mampu menghasilkan
dalam kuantiti yang banyak secara konsisten, syarikat ingin membawa produk ini di luar negeri
Terengganu terutamanya di Kelantan yang mana pasaran bagi produk – produk halal muslim seperti ini
adalah amat baik.

Kesimpulan.

Syarikat amat berharap perancangan yang direncanakan ini akan dapat dapat dilaksanakan dalam
tempoh masa yang terdekat ini hasil kerjasama daripada pihak Jabatan Pertanian sendiri. Syarikat
percaya mempunyai cukup kemampuan melaksanakannya bagi memastikan ianya berjaya mengikut
perancangan yang dibuat.
Pembungkusan dan Penjenamaan.

Dari aspek ini, syarikat merasakan ianya amat penting bagi memastikan setakat mana kemampuan
produk yang dihasilkan ini mampu untuk bersaing bersama produk-produk lain di pasaran. Selain
daripada jenama yang akan menjadi ‘trademark’ kepada syarikat, pembungkusan yang sesuai akan
mempastikan pengguna ‘mengingati’ , ‘mempercayai’ dan ‘tertarik’ bagi membeli dan mencuba produk
yang dipasarkan nanti. Syarikat akan cuba sedaya upaya bagi mempastikan pembungkusan yang akan
dihasilkan nanti setanding ataupun lebih baik dan mampu menarik perhatian pengguna.

Dari segi kos yang akan digunakan, syarikat akan bergantung sepenuhnya kepada peruntukan daripada
pihak Jabatan Pertanian yang mana difikirkan sesuai baik dari segi kuantiti dan juga ‘kualiti’
pembungkusan yang diputuskan nanti. Syarikat percaya ianya akan bergantung kepada harga yang
diberikan oleh pihak ‘pencetak’ tetapi syarikat akan cuba sedaya upaya untuk meminimumkan kos yang
terlibat bagi memastkan ketiga-tiga produk yang dihasilkan ini mempunyai ‘plastik pembungkusan’ yang
sesuai bagi membolehkan ianya dipasarkan. (contoh pembungkusan, saiz dan jenama yang dikenalpasti
akan diberikan secara terperinci ).

Kesimpulan.

Syarikat amat berharap apa yang dinyatakan dikertas cadangan ini dapat dipertimbangkan dengan
sewajarnya oleh pihak Jabatan Pertanian . Syarikat percaya dengan langkah seterusnya ini, ianya mampu
untuk melonjakkan lagi kemampuan syarikat dari segi penghasilan dan pemasaran produk berasaskan
roti ini seterusnya meningkatkan pendapatan syarikat. Pihak syarikat akan berusaha sebaik mungkin
meningkatkan kemampuan daripada semua segi termasuk pengurusan, operasi, pemasaran dan
kewangan bagi mempastikan ianya berjalan lancar dan mengikut perancangan .
Pengenalan Penghasilan Bes Jagung.
Produk Bes jagung ini sebenarnya dihasilkan oleh Alicia Food bermula pada tahun 2009 . Ianya dihasilkan
setelah melalui beberapa kali proses ‘R & D’ yang ketika itu dibuat di Pusat Bimbingan Usahawan ,
Kompleks Pertanian Negeri, Ajil. Setelah melihatkan kualiti dan rasa produk- produk berasaskan jagung
terutamanya jenis minuman yang dijual dipasaran, syarikat terpanggil untuk cuba mengeluarkan produk
berasaskan minuman jagung ini dengan lebih berkualiti dan rasa yang lebih sedap dari yang berada di
pasaran ketika ini. Alhamdulillah, pada tahun 2009 itu juga, syarikat telah diberi kesempatan untuk
mewakili daerah Hulu Terengganu ketika itu dipameran Ekspo SDSI (Satu Daerah Satu Industri)
peringkat Kebangsaan yang berlangsung di MITC Melaka. Sepanjang ekspo dan jualan ini berlangsung,
sambutan yang diterima bagi produk berasaskan jagung ini amat baik terutamanya jus jagung yang
menggunakan bes jagung ‘alicia’ ini. Ketika itu juga, syarikat menerima pelbagai pertanyaan bagi pihak
individu dan pihak pengedar malah pasaraya besar juga berminat bagi memasarkan produk ini sekiranya
pihak mampu untuk mengeluarkannya dalam kuantiti yang besar dan konsisten.

Masa berlalu dan dari ketika itu, syarikat memang meletakkan produk ini antara produk yang akan
dihasilkan ditempat pemprosesan yang ‘baru’ di Chendering selepas semuanya sedia dari segi
kelengkapan peralatan, pembungkusan, tenaga kerja dan sebagainya. Walaubagaimanapun, setelah
meneliti secara terperinci, pembuatan ‘bes jagung’ ini akan menggunakan ruang yang agak luas dan
masa yang agak lama disamping agak kurang efektif sekiranya dihasilkan sekali dengan produk- produk
minuman yang lain. Oleh kerana itu, pihak syarikat merasakan adalah wajar, ianya dihasilkan berasingan
dan tumpuan boleh diberikan sepenuhnya ke atas penghasilan produk ini.

ASPEK TEKNIKAL.

Syarikat bercadang untuk menghasilkan produk ini di ‘Wanis & Deli Shoppe’ di mana ruang yang ada di
belakang kedai ini, cukup dan mempunyai kelengkapan secara manual yang ‘agak’ lengkap. Persetujuan
bersama telah dicapai bersama pihak ‘GU-XPBU ‘ bagi sama- sama berganding bahu menghasilkan
produk ini dan memasarkannya. Walaupun agak sukar sebenarnya menghasilkan produk ini secara
‘manual’, tetapi syarikat percaya,pada peringkat permulaan ini, dengan kemampuan yang dimiliki dan
usaha keras yang berterusan, ianya akan dapat dijayakan tanpa banyak masalah. Syarikat akan cuba
sedaya upaya memastikan penghasilan produk ini dilakukan mengikut kaedah- kaedah penyediaan
makanan yang disarankan kerana syarikat percaya itu faktor yang ‘terpenting’ bagi memastikan produk
yang dihasilkan nanti, selamat, bersih dan rasa yang sedap. Bagi memastikan penghasilan produk ini
berjaya, beberapa alatan dan mesin yang penting perlu disediakan bagi memastikan semuanya nanti
berjalan dengan baik dan lancar.
Di bawah ini disenaraikan mesin, alatan dan alat yang perlu bagi penghasilan ‘Bes Jagung’.

1) Mesin ‘hemoginizer’ bersaiz kecil.( mesin yang memastikan campuran bahan- bahan sebati)
 Harga pasaran terkini bagi mesin ini tidak dapat dipastikan.

2) Mesin Pengisar ‘ heavy duty’ ( 1 unit).


 RM 950.00 seunit.

3) Periuk Besar bersaiz 50 cm. ( 2 unit).


 RM 600.00 seunit.

4) Thermometer Pengukat suhu ( 1 unit).


 RM 700.00 seunit.

5) Alatan- alatan sampingan yang lain.(seperti senduk, penapis dan sebagainya).


 RM 500.OO.

6) Botol plastik ( 500 ml).


 RM 0.70 sebotol.

*Segala harga yang diberikan di atas adalah aggaran sahaja dan ianya adalah bergantung kepada
pembekal , kuantiti dan cara pembayaran.

Anda mungkin juga menyukai