Anda di halaman 1dari 8

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk
mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
(SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan
indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada
empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan
"Jangkauan Melunjur"

Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal murid.

Konstruk yang diukur:


 Perkembangan fizikal murid
 Kecergasan
 Senaman

Pelaksanaan Pentaksiran SEGAK:


 Ujian SEGAK ditadbir oleh guru Pendidikan Jasmani dua kali setahun.
 Ujian ini dilaksanakan kepada semua murid sekolah rendah Tahap 2 dan peringkat
menengah rendah.
 Ujian SEGAK dilaksanakan sejurus selepas BMI dijalankan.
 Keempat-empat aktiviti SEGAK hendaklah dilaksanakan pada hari yang sama.
 Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani menggunakan borang
Rekod SEGAK seperti dilampiran A mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama
dan mulai Jun sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
 Skor ujian SEGAK direkodkan oleh guru Pendidikan Jasmani dalam Sistem
Pengurusan Sekolah mulai Januari sehingga 31 Mac untuk penggal pertama dan mulai Jun
sehingga 31 Ogos bagi penggal kedua.
 Pelaporan ujian SEGAK dicetak oleh Guru Pendidikan Jasmani dari aplikasi Sistem
Pengurusan Sekolah.
Keselamatan mengendali Ujian SEGAK:

1.Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :


(a)disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasanfizikal;
(b)mengidap penyakit kronik; dan
(c)tidak sihat pada waktu ujian.

2.Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik.

3.Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan.

4.Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5.Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.


6.Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

Komponen Kecergasan

Antara komponen kecergasan berasaskan kesihatan iaitu;


 Komposisi badan
 Daya tahan kardiovaskular
 Daya tahan otot
 Kekuatan otot
 Kelenturan

Item Bateri Ujian

1. Indeks jisim badan


2. Naik turun bangku
3. Tekan tubi
4. Ringkuk tubi separa
5. Jangkauan Melunjur

Ujian Indeks Jisim Badan

Nama Ujian:
Indeks Jisim Badan (BMI-for-age)

Tujuan:
Menilai komposisi badan

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Pengukur tinggi
2. Penimbang berat
3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:


Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan


mengukur ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:


Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

* (Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)

Ujian Naik Turun Bangku

Nama Ujian:
Naik Turun Bangku 3 minit
Tujuan:
Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm
2. Jam Randik
3. Borang Skor
4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:


1. Aktiviti dijalankan berpasangan.
2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak
bergerak semasa ujian dijalankan.)
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:
1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai.
2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku.
3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.
4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun
diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).
5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome
dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.
6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta.
7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan.
8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.

Ujian Tekan Tubi (Lelaki)


Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi

Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki

Alatan dan kemudahan:


1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
3. Rakaman/ Metronome

Pengurusan dan organisasi:


1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.

Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh
span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur
oleh guru.

Ujian Tekan Tubi (Perempuan)

Nama Ujian:
Ujian Tekan Tubi
Tujuan:
Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Kawasan lapang dan rata.
2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm )
3. Rakaman/Metronome

Pengurusan dan organisasi:


1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.
2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.
3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit

Prosedur:
1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh
tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan.
2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan
kadar 40 detik seminit.
3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh
span.
4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;
a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.
b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua
ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.

Ujian Ringkuk Tubi Separa

Nama Ujian:
Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :
Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen
Tahap :
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina :
Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan :

1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm


2. Pita ukur
3. Rakaman / CD/ Metronome
4. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah
10 cm.
2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 50 detik seminit.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.


2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.
3. Buka kaki seluas bahu.
4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat
pertama.
5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome dengan kadar
40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah
kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.
6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal
(ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.
7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai
tanpa memberi bantuan kepada murid A.
9. Murid B mengira ulangan perlakuan.
10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :-
10.1 Berasa tidak selesa.
10.2 Tidak dapat mengikut rentak rakaman cd atau metronome.
10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-
turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.
10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua.
10.5 Tumit diangkat

Panduan guru

Lakuan rengkuk yang tidak sempurna:


1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai.
2. Tumit diangkat.
3. Badan/ bahu senget.
4. Punggung terangkat.
5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul

1. Rapatkan belakang ke lantai.


2. Bahu sentuh lantai.
3. Rapatkan tumit ke lantai.
4. Seimbangkan bahu/badan.
5. Buka kaki.
6. Bengkokkan lutut.

Ujian Jangkauan Melunjur

Nama Ujian:
Jangkauan Melunjur (Seat and reach test)

Tujuan:
Mengukur fleksibiliti

Tahap:
Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:
Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:


1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah)
2. Borang skor.

Pengurusan dan organisasi:


1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:
1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda
23 sentimeter.
2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.
3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat
ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita
pengukur.
4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.
5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira
sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.
6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menghalang perlakuan.

Anda mungkin juga menyukai