Anda di halaman 1dari 38

Mengenali helang

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan


pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari
melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar
oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'.

Helang ialah haiwan pemangsa yang berada di tangga teratas sekali dalam rantaian
makanan. Metabolisme badan helang adalah seperti seorang atlit. Ia perlu bersenam &
sentiasa mengekalkan 'fitness'. Naluri helang adalah seperti pembunuh & ia perlu
membunuh untuk makan. Sukan falconry menitikberatkan soal bersenam & memburu
untuk membunuh bagi tujuan mencari makanan. Ia akan membuatkan helang muda
yang dilatih lebih cekap dan handal setelah dilepas untuk hidup bebas.

Helang bukanlah haiwan yang hidup secara berkumpulan. Biasanya helang hidup
bersendiri atau bersama pasangannya yang biasanya kekal sepanjang hayat. Ia bukan
spesis yang bertukar2 pasangan. Ini menunjukkan bahawa helang bukanlah spesis
haiwan yang bersosial seperti burung macaw, cockatoo atau gagak. Spesis yang
bersosial atau hidup secara berkumpulan lebih mudah menerima manusia sebagai
kawan. Manakala spesis yang tidak bersosial seperti helang, sama sekali tidak mahu
menerima manusia sebagai kawan. Maka latihan helang agak berbeza berbanding
latihan terhadap spesis lain yang bersosial seperti kucing, anjing, macaw, cockatoo &
lain2.

Bagi helang, falconer adalah orang yang memudahkannya untuk mencari makan. Tidak
lebih dari itu. Sekiranya ia merasakan tidak perlu lagi kepada falconer, ia akan terbang
pergi & tidak akan pulang lagi. Jadi, amatlah penting bagi falconer untuk menjadi
seorang rakan memburu yang berkesan bagi mengelakkan rakan memburu anda iaitu
si helang menjadi bosan dengan anda & mengakibatkannya terbang pergi.

Layanan yang baik kepada helang seperti memandikannya seminggu sekali/dua kali
terutama pada hari yang panas akan membuatkannya suka untuk bersama falconer.
Tempat tinggal yang sesuai yang melindunginya dari hujan & panas jugak salah satu
faktor yang membuatkan helang lebih suka tinggal bersama falconer. Makanan yang
baik atau sentiasa mendapat makanan merupakan faktor terbesar untuk helang tinggal
bersama falconer.

Terdapat bbrp kes diluar negara dimana helang yang telah dibebaskan oleh falconer
pulang semula kepada tuannya. Mungkin kerana faktor kesukaran untuk mendapatkan
makanan semasa memburu bersendirian. Boleh jadi helang tersebut merasakan lebih
mudah untuk memburu bersama falconer.

Memburu sendirian bermakna helang terpaksa berlegar2 diudara pada suatu


jangkamasa yang lama sebelum menemui mangsa. Atau bertenggek berjam2 di dahan
pokok & berpindah dari satu dahan ke dahan lain sampai petang namun tak dapat hasil.
Sekiranya memburu bersama falconer, mangsa akan dihambat keluar dari tempat
persembunyian oleh falconer. Ini bermakna, hanya beberapa minit berjalan-jalan di
padang bersama falconer, helang sudah boleh mendapatkan makanan.

Memilih helang yang sesuai untuk falconry

Dalam bahasa Melayu, semuanya helang atau lang. Tapi, dalam bahasa Inggeris, ada
eagle, falcon, hawk, kite, buzzard dan beberapa jenis lagi namun kurang popular.
Setiap jenis ada "perangai" atau sikap tersendiri. Terdapat perbezaan antara setiap
jenis yang disebutkan dari segi fizikal, cara terbang & cara/tabiat memburu.

Eagle

Kebiasaannya besar & berat. Cara mencari makan ialah berlegar2 tinggi diudara &
menjunam terus kepada mangsa. Sekiranya terlepas, ia akan cuba mengejar. Mangsa
jenis lincah yang bole mengelak ke kiri/kanan akan menyebabkan eagle gagal. Ia akan
cepat penat & akan berehat atau naik semula keudara & kembali berlegar. Tempat
mencari makan biasanya di kawasan lapang & terdedah dimana eagle bole mencari
mangsa dari kedudukan tinggi diudara tanpa disedari oleh mangsa.

Saiz badan yang besar & berat serta sayap yang lebar & panjang tidak membolehkan
eagle terbang dengan lincah & tidak boleh membuat pergerakan mengejut dari
kedudukan bertenggek. Secara ringkas, eagle ialah sebuah pesawat kargo atau
pesawat komersial yang memerlukan runway panjang utk take-off & mengambil masa
yang lama untuk sampai ke ketinggian yang diperlukan.

Falcon

Kebiasaannya saiz sederhana, sayap yang kecil tetapi panjang. Falcon terkenal
sebagai haiwan yang paling laju dibumi. Kemampuannya menjunam dengan kelajuan
200mph (batu sejam) tidak boleh ditandingi oleh mana2 haiwan lain. Ini membolehkan
ia mengejar burung lain & menyerang diudara. Sekiranya aksi mengejar tidak berhasil,
falcon akan naik tinggi di udara utk mencari mangsa. Kemudian menjunam dengan
kelajuan tinggi & terus menghentam mangsa.

Saiz badan yang sederhana/kecil & sayap kecil yang panjang membolehkan falcon
membuat pergerakan mengejut & terbang amat laju. Tetapi kekurangan falcon ialah
tidak dapat membuat pergerakan lincah. Walaupun falcon bole memecut laju dari
kedudukan bertenggek, sekiranya mangsa mengelak ke kiri atau kanan, falcon akan
terlepas mangsa tersebut kerana kelajuannya & sayapnya yang panjang tidak
membolehkan falcon membelok dengan cepat. Secara ringkas, falcon ialah sejenis
peluru berpandu roket yang bole terbang laju & tepat ke sasaran tetapi tidak lincah
seperti jet pejuang.
Hawk

Kebiasaannya saiz sederhana atau kecil & mempunyai sayap yang tidak terlalu lebar &
tidak terlalu panjang. Hawk mempunyai kelincahan pergerakan aerobatik. Pergerakan
hawk amat lincah & bole membelok secara mengejut, menyelit di ruang sempit bahkan
melanggar apa sahaja rintangan semata2 mahu mendapatkan mangsa. Cara hawk
mencari makan adalah diam ibarat patung menunggu mangsa keluar. Sebaik sahaja
mangsa keluar, ia akan memecut laju mengejar tanpa mengira keselamatan diri asalkan
mangsa dapat ditangkap. Secara ringkas, hawk adalah sebuah jet pejuang yang bole
menyerang dari pelbagai sudut.

Saya kurang memerhatikan sikap Kite & Buzzard. Kedua2 jenis ini kurang popular
dalam falconry. Sebelum memilih helang untuk falconry, kita hendaklah memilih jenis
mangsa buruan terlebih dahulu.

Jenis eagle seperti Golden Eagle digunakan di Mongolia untuk memburu di padang
pasir atau kawasan lapang. Mangsa buruan biasanya musang. Termasuk jugak
haiwan2 liar seperti rusa atau arnab dikawasan padang rumput. Malangnya di Malaysia
tiada arnab liar di kawasan padang rumput. Kawasan lapang yang ada ialah sawah
bendang. Mangsa di sawah boleh jadi pelbagai burung, ular & tikus di sawah.

Jenis falcon digunakan hampir di seluruh dunia & menjadi pilihan hampir semua
falconer. Mangsa buruan adalah pelbagai jenis burung, itik & angsa liar. Malangnya
falcon tiada di Malaysia melainkan ia datang semasa penghijrahan burung dari musim
sejuk di negara asalnya ke negara tropika. Ada juga yang diimport masuk namun falcon
bukanlah spesis tempatan.

Jenis hawk dan variansnya, hawk-eagle banyak terdapat di Malaysia sesuai dengan
bentuk mukabumi Malaysia yang banyak hutan, ladang, semak samun & belukar.
Mangsa pilihan semestinya ayam hutan, burung wak2, puyuh & pelbagai spesis burung
di sawah yang biasa dijadikan makanan.

Saranan saya, dapatkan jenis hawk atau hawk-eagle kerana ia lebih sesuai untuk
tujuan falconry.

Mengapa saya tekankan memecut dari kedudukan bertenggek?

Semasa memburu, falconer akan membawa helang secara bertenggek diatas glove.
Tugas falconer adalah "mengacau" semak samun untuk mengeluarkan mangsa dari
tempat persembunyian. Sebaik sahaja mangsa melompat keluar dari semak, helang
hendaklah memecut laju dan mengejar mangsa secepat mungkin sebelum mangsa
masuk ke semak & bersembunyi lagi.

Sekiranya anda memburu menggunakan eagle, 3-4 kali mengepak yang pertama hanya
untuk 'take-off', belum mengejar lagi. Sebaik saja ia mencapai kelajuan mengejar,
mangsa dah pon masuk semula ke dalam semak. Oleh itu, sekiranya anda memilih
eagle sebagai teman memburu, anda hendaklah memilih kawasan yang lapang untuk
memburu. Semak samun & belukar bukan tempat yang sesuai untuk anda & eagle
anda.

Menyediakan keperluan asas

Berikut adalah beberapa perkara asas yang mesti disediakan sebelum anda memiliki
helang.

1) Mew (pondok/bangsal yang selamat)


2) Perch (tempat bertenggek di kawasan terbuka)
3) Bath pan (bekas mandi yang besar & selesa untuk mandi & minum)
4) Set anklet (mengikat kaki burung dengan cara yang betul & tidak mencederakan)
5) Glove (mengelakkan kecederaan pada tangan & memudahkan latihan)
6) Alat penimbang

1) Mew

Mew atau bangsal untuk helang (org Kedah kata reban) mestilah disediakan. Helang
tidak boleh dimasukkan kedalam sangkar macam sangkar kucing. Ia akan melanggar
sangkar & menyebabkan luka pada bahagian atas paruh serta kepala. Bulu ekor &
sayap helang akan patah & rosak apabila termasuk di celah lidi besi sangkar. Sekiranya
anda ingin mendapatkan helang, mew adalah perkara pertama yang mesti disediakan.
Saiz mew minima adalah pada ukuran yang sesuai dengan saiz helang anda.

Panjang = lebih panjang dari panjang depa sayap dari ujung ke ujung. Katakan
panjang depa sayap dari ujung ke ujung ialah 1.3m. Maka panjang mew minima ialah
1.5 atau 1.6m

Lebar = lebih panjang dari ujung paruh ke ujung ekor. Katakan dari ujung paruh ke
ujung ekor ialah 60 cm, maka lebar mew minima ialah 80cm. Ini kerana helang akan
membongkokkan diri ketika hendak berak. Kita takmau kepala atau ekor tersentuh
dinding mew

Tinggi = ketinggian yang sesuai asalkan kepala helang tidak menyentuh bumbung
mew & ekor helang tidak mengena lantai semasa ia bertenggek dalam mew. Maka
kedudukan tempat bertenggek bagi helang hendaklah sesuai. Katakan dari ujung paruh
ke ujung ekor ialah 60cm & tempat bertenggek ialah 40cm dari lantai supaya ekor tidak
mengena lantai, maka tinggi mew sekurang2nya ialah 1m.

Bahan untuk membuat mew ialah plywood kerana ia tidak panas & murah. Mew
hendaklah ditutup rapat seolah2 bilik gelap & dibuat beberapa lubang udara di sekeliling
mew untuk mendapatkan aliran udara yang baik.

Anggaran yang disebut diatas adalah saiz minima bagi kita yang secara umumnya
mempunyai ruang terhad. Sekiranya anda mempunyai kawasan yang luas, sediakan
mew bersaiz 3m panjang x 3m lebar x 2m tinggi dengan dua lapisan pintu supaya
helang tidak terlepas keluar ketika anda membuka pintu untuk keluar/masuk.

Sekiranya mew bersaiz kecil & mempunyai hanya satu pintu, maka helang hendaklah
sentiasa ditambat didalam mew supaya tidak terlepas keluar semasa pintu dibuka.

2) Perch

Perch atau tempat bertenggek bagi helang digunakan apabila meletakkan helang di
kawasan terbuka. Ia juga digunakan semasa melatih helang. Perch boleh dibuat dari
besi atau paip PVC. Bahagian untuk helang bertenggek hendaklah dibalut dengan
bahan lembut & kesat seperti tali guni/jerami/sabut atau tiub motorsikal. Perch juga
boleh dibuat dari tunggul kayu yang besar.
3) Bath pan

Bekas air yang besar & sesuai untuk helang turun mandi & minum. Bath pan hendaklah
sentiasa dicuci & air dalam bath pan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.
Sebaik2nya bath pan adalah berbentuk bulat supaya leash atau jesses tidak tersangkut
di bucu bath pan.

Gambar dibawah menunjukkan mew, perch PVC & bath pan. Bath pan akan turut
dimasukkan kedalam mew sekiranya helang disimpan.

4) Set anklet

Set anklet diperlukan untuk mengikat kaki helang supaya kawalan terhadapnya lebih
mudah. Ia amat penting untuk menambat helang di perch atau ketika latihan Fly To The
Fist (FTTF)
Video dibawah menunjukkan cara2 pemasangan set anklet di kaki helang. Pastikan
lubang kecil untuk loceng dipasang dibahagian atas bagi mengelakkan dari kuku helang
termasuk ke lubang tersebut.

Beginilah rupanya setelah dipasangkan anklet.


5) Glove

Glove amat penting ketika mengendalikan helang. Kuku helang amat tajam & bole
mengoyak bukan sahaja kulit malah isi lengan kita. Sekiranya helang sekadar
bertenggek, ia tidak akan melukakan tangan/lengan. Sekiranya helang mencengkam
tangan/lengan atas sesuatu sebab tertentu, sekurang2nya akan tercalar jugak. Lebih2
lagi kalau helang yang kita dapat tu masih liar, sudah tentu ia akan menyerang kita.

Glove yang terbaik ialah falconry glove. Biasanya dibuat dari dua lapisan kulit. Namun
harga glove ini mahal. Biasanya terdapat dalam dua saiz iaitu pendek & panjang. Saiz
pendek hanya setakat separuh lengan manakala saiz panjang biasanya sampai ke siku.
Tertakluk kepada panjang lengan masing2.

Untuk menjimatkan kos, welding glove juga boleh digunakan kerana welding glove agak
tebal & biasanya dibuat dari kulit sintetik.

Gambar dibawah menunjukkan glove panjang 45cm yang dibuat dari dua lapisan kulit
lembu & hood bersaiz 45mm untuk Mountain Hawk Eagle

6) Alat penimbang

Alat penimbang berat badan amat penting dalam falconry. Ia digunakan semasa
membesarkan anak helang & lebih penting lagi semasa latihan. Sekiranya anda
mendapatkan anak helang yang masih kecil, penimbang berat diperlukan untuk
memastikan yang berat badan anak helang semakin bertambah. Semasa melatih
helang yang mencecah usia remaja atau awal usia dewasa, alat penimbang menjadi
lebih penting lagi kerana kita perlu mencari berat badan ideal dimana helang menjadi
rajin untuk terbang ke tangan untuk mengambil upah dlm bentuk makanan atau
dipanggil titbits.

Semasa melatih helang, kelaparan atau kebuluran bukanlah motivasi untuk menjadikan
ia rajin terbang ke tangan. Kelaparan atau kebuluran juga bole menyebabkan helang
menjadi lemah & tidak dapat atau tidak mahu terbang ke tangan. Sekiranya ia lemah &
tidak mahu terbang ke tangan, kebanyakan falconer menambahkan lagi tahap
kebuluran dengan tidak memberikan makanan kerana menyangka ia masih
kekenyangan. Terdapat bbrp kes teknik latihan berdasarkan kelaparan/kebuluran yang
berakhir dengan kematian.

Saya mencadangkan penggunaan alat penimbang elektronik kerana lebih tepat &
mudah dibaca. Alat penimbang mekanikal biasanya memberikan bacaan yang tidak
tepat kerana spring dalam alat tersebut akan menjadi lemah setelah digunakan untuk
jangkamasa yang lama. Ini bermakna sedikit penambahan/pengurangan berat akan
memberikan bacaan yang besar pada penimbang mekanikal.
MENYEDIAKAN DIET YANG SESUAI

Amaran: JANGAN SEKALI2 MEMBELI AYAM/PUYUH DARI SUPERMARKET


KERANA BAHAN PENGAWET YANG DIGUNAKAN AKAN MEMBAHAYAKAN
HELANG. Belilah ayam dari kedai runcit & belilah puyuh hidup yang dijual di kedai
haiwan.

Diet yang akan saya ceritakan adalah sesuai untuk semua helang yang berusia
lebih sebulan. Bagi helang yang masih kecil atau 'eyeass', saiz makanan & jenis
makanan mungkin berbeza.

Secara umumnya, semua jenis helang boleh diberi makan ayam. Isi ayam akan
membekalkan nutrien yang hampir cukup untuk helang. Akan tetapi, isi ayam tidak
mengandungi kalsium. Kalsium amat penting bagi helang untuk menguatkan tulang,
kuku & paruh. Sekiranya anda hanya memberikan helang anda makan isi ayam
semata2, kemungkinan besar tulang, kuku & paruh helang anda rapuh & mudah patah.

Kalsium untuk helang diperolehi dari tulang ayam. Bagi anak helang, seluruh kepak
ayam termasuk kulit, isi & tulang bole dipotong pendek pada kadar panjang puntung
rokok. Bagi helang dewasa, hulur jer kepak seketul. Biar dia patahkan & makan sendiri.

Bahagian dada ayam yang ada tulang rusuk pon bole dibagi. Untuk anak helang,
potong pendek dada ayam sekali dengan tulang rusuk. Buat potongan pendek pada
kadar puntung rokok. Untuk helang dewasa, bagi jer dada ayam tu sekali dengan tulang
rusuk.

Ayam sebagai diet harian tidak lengkap. Seminggu sekali kena bagi sekurang2nya
seekor puyuh atau dua ekor tikus. Sekiranya anda memberikan tikus kepada helang
anda, biarkan helang anda makan keseluruhan tikus tersebut termasuk isi perut, tulang
& bulu. Sekiranya anda memberikan puyuh kepada helang anda, cabut semua bulu
pelepah, cabut hampir semua bulu badan & tinggalkan bbrp helai & biarkan helang
anda makan keseluruhan puyuh tersebut.

Tujuan diet seminggu sekali (minima) keseluruhan seekor puyuh atau keseluruhan dua
ekor tikus adalah untuk memastikan helang mendapat nutrien yang cukup untuk badan.
Tulang puyuh/tikus untuk kalsium, isi & organ dalaman untuk nutrien lain, manakala
bulu puyuh/tikus adalah untuk mencuci sistem penghadaman helang.

Bulu puyuh/tikus berfungsi sebagai pencuci sistem penghadaman tetapi ia tidak dapat
dihadamkan. Bulu ini akan dimuntahkan semula sebagai bebola bulu yang dipanggil
'pallet'
Gambar dibawah menunjukkan pallet bulu tikus

Gambar dibawah menunjukkan pallet bulu anak ayam

Faren, posting anda yang meminta bantuan untuk hawk-eagle anda telah dipadam di fb Asian
Falconry, saya tak tahu kenapa. Jadi, saya akan menjawabnya disini kerana daging lembu
bukanlah diet lengkap bagi burung yang membesar.
Ia MESTI mendapat diet yang lengkap dengan memakan keseluruhan haiwan termasuk bulu,
tulang kecil dan sedikit air pada makanan. Berikan sedikit vitamin yang boleh dibeli di kedai
haiwan peliharaan mengikut sukatan yang terdapat pada bungkusan.

Memakan daging lembu sepenuhnya tidak membekalkan vitamin yang cukup serta tidak
membekalkan kalsium untuk tulang. Berikan helang anda makan keseluruhan haiwan seperti
mamalia kecil (tikus putih), burung, anak ayam atau anak itik. Tanpa kalsium untuk tulang, ia
boleh mendapat penyakit yang dipanggil rickets atau tulang yang tidak berbentuk sempurna
bahkan boleh menyebabkan tulang patah. Ia perlukan bulu haiwan untuk mencuci perutnya
sekurang2nya sekali setiap 2-3 hari. Helang akan memuntahkan semula bulu tersebut dalam
masa lebih kurang 24 jam selepas makan. Letakkan sedikit air pada makanan setiap kali
memberikannya makan dan mandikan ia. BUANG SELURUH SALURAN PENGHADAMAN
HAIWAN DARI MULUT KE DUBUR, tanpa terpotong mana2 bahagian saluran tersebut.
Saluran tersebut mengandungi parasit dan bakteria yang boleh menyebabkan helang anda
sakit. Berikan helang anda makan organ dalaman seperti limpa kerana limpa mengandungi
banyak vitamin. Jangan tunggu, mulakan sekarang.

Adalah lebih baik untuk mempunyai pengetahuan terlebih dahulu sebelum mendapatkan
helang. Saya cadangkan anda membeli buku yang mengandungi maklumat mengenai
membesarkan anak helang.

Menjinakkan helang

Terdapat dua kaedah yang biasa digunakan untuk menjinakkan helang.

1) Kaedah paksa-rela
2) Kaedah bilik gelap

Saya suka kaedah paksa-rela berbanding kaedah bilik gelap. Buleh pilih mana2 kaedah
yang kita mau. Takdak betoi/salah. Cuma pilih mengikut kesesuaian saja.

Kaedah paksa-rela

Kaedah ni ringkas saja. Letak helang di dalam rumah. Kalau bole, kat ruang tamu
dimana dia akan sentiasa nampak kita. Mula2 mmg dia gelabah. Lama2 gelabah dia
akan hilang. Kalau bole, siang malam bagi dia nampak kita atau ahli keluarga. Elakkan
sebarang pergerakan mengejut atau bunyi kuat. Biarkan anak2 berlari dalam rumah &
bermain seperti biasa. Cuma jangan bagi anak2 sergah helang.

Letak makanan dekat helang. Biar dia amek sendiri. Mula2 dia akan protes takmau
makan. Biar jer. Bila kita tinggalkan dia sendirian, dia akan makan jugak. Lama2 dia
akan terima kita sebagai org yg bagi dia makanan. Setiap kali nak letak makanan,
bunyikan wisel. Pilih satu nada bunyi wisel & gunakan nada tersebut selama-lamanya
sehinggalah kita membebaskan helang ke persekitaran liar.
Setelah helang mau makan makanan yang kita letakkan, cuba pakai glove, letakkan
makanan atas glove, bunyikan wisel & hulurkan. Letak sehabis dekat. Kalau dia takmau
amek, biar dulu. Lepas 2-3 jam, cuba lagi. Lama kelamaan dia akan amek. Apabila dia
mau amek makanan dari atas glove, cuba naikkan helang ke atas glove.

Cara untuk menaikkan helang keatas glove ialah dengan meletakkan glove di perut
helang atau lebih tepat lagi, pangkal peha. Kendian tolakkan glove kebelakang
perlahan2 seolah2 nak bagi dia terlentang. Apabila dia rasa ditolak kebelakang,
otomatik sebelah kaki dia akan pijak ataih glove. Apabila sebelah kaki naik atas glove,
angkat perlahan2 & dia akan angkat kaki sebelah lagi. Bunyikan wisel & letakkan
makanan atas glove.

Keseluruhan proses ini mengambil masa lebih kurang seminggu. Kita perlu banyak
bersabar. Sedangkan manusia pon susah nak diajar, apatah lagi haiwan. Sabar, sabar
dan sabar.

Kaedah bilik gelap

Secara peribadi, saya belum pernah cuba kaedah ni. Apa yang akan saya ceritakan
adalah dari pembacaan & dari dokumentari di YouTube. Caranya ialah dengan
meletakkan helang didalam sebuah bilik yang gelap gelita macam waktu malam. Kalau
tak dpt nak sediakan sebuah bilik khas utk tujuan ini, bole guna hood & tutup kepala
dia. Tujuan diletakkan dalam bilik gelap (atau pakai hood) adalah supaya helang tak
nampak sekeliling. Jika tak nampak, maka tak gelabah. Objektifnya ialah untuk
membuatkan helang jadi tenang.

Biarkan dulu seketika sampai helang diam macam patung. Apabila tiba waktu makan,
bunyikan wisel & hulurkan makanan. Letak jer dekat kaki atau paruh. Dia akan makan
apabila lapar. Bagi makan hendaklah dilakukan dalam kegelapan jugak.

Apabila helang dah biasa dengan bunyi wisel yang disusuli dengan makanan, barulah
diberikan cahaya kat dlm bilik tu. Saya pernah baca di salah satu sumber di internet
yang falconer Arab akan tutup cermin dengan langsir gelap. Kendian langsir dibuka
sedikit demi sedikit setiap hari sampailah helang tahu siapa yang membunyikan wisel &
menghulurkan makanan kepadanya. Dia akan terima org tersebut sebagai tuan.

Falconer Pakistan pula menggunakan hood. Setelah bbrp lama, hood tersebut akan
dilubangkan sedikit supaya helang dapat melihat sedikit. Kemudian lubang pada hood
dibesarkan lagi. Apabila helang sudah biasa menerima orang yang memberikan
makanan kepadanya, hood akan dibuka sepenuhnya.

Kedua2 kaedah diatas biasanya diikuti dengan membiasakan helang dengan kehadiran
manusia. Falconer Barat mencadangkan kita buat parti di rumah. Letakkan helang kat
ruang tamu & ajak kengkawan datang bersembang, makan minum, riuh rendah &
sebagainya. Manakala falconer Pakistan pula meletakkan helang di tengah2 pasar yang
sibuk dengan orang ramai.
Saya lebih suka helang yang hanya boleh menerima saya & tidak menerima kehadiran
manusia lain. Ini boleh mengelakkan kejadian helang dicuri orang.

Pengurusan berat badan

Untuk melatih helang, pengurusan berat badan helang amat penting. Helang yang
terlalu berat akan menjadi malas untuk terbang sekiranya dipanggil. Falconer perlu
mencari berat badan yang sesuai untuk helang masing2. Cam manusia jugak, masing2
ada berat badan sendiri. Walaupun dari spesis yang sama, setiap helang mempunyai
berat badan ideal tersendiri. Adalah menjadi tugas falconer untuk mencari berapa berat
badan ideal untuk helang anda.

Proses ini kelihatan rumit & leceh, tetapi berat badan ideal akan menjamin tindakbalas
yang tepat serta dapat mengelakkan masalah helang terbang pergi tak kembali. Video
dibawah menunjukkan hasil latihan dari penjagaan berat badan ideal.

Teknik mengawal berat badan

Kawalan berat badan dibuat keatas helang yang sedia untuk dilatih iaitu helang yang
jinak dan sudah biasa dengan Feed On Fist (FOF).

1) Dapatkan berat badan helang anda. Katakan 330g

2) Kurangkan berat tersebut sebanyak 3%-5% dengan cara mengurangkan jumlah


makanan yang diberikan.

Dalam contoh diatas sasaran penurunan berat badan adalah antara 320.1g (3%) dan
313.5g( 5%). Penurunan berat akan mengambil masa yang agak lama bagi helang jenis
besar tetapi bagi helang jenis kecil, penurunan ini dapat dicapai dalam sehari atau dua
hari.

3) Setelah penurunan berat berjaya dicapai, mulakan latihan Jump To The Fist (JTTF)
dengan jarak permulaan antara 30cm-60cm. Sekiranya helang membuat lompatan,
catatkan berat tersebut sebagai berat ideal yang mesti dikekalkan. Sekiranya helang
tidak membuat lompatan, berat badannya hendaklah dikurangkan sebanyak 3%-5%
lagi.

Penurunan berat badan hendaklah dibuat dengan cara mengurangkan jumlah makanan
yang diberikan setiap hari, bukan dengan cara puasa. Berikan makanan setiap hari
tetapi dalam jumlah yang sedikit dari biasa. Penurunan berat badan hendaklah dicatat &
dikawal dengan berhati2.

Helang yang dah biasa dengan FOF lebih mudah melakukan lompatan. Cuma dia akan
teragak2 kerana tidak yakin untuk hinggap ditangan. Anda perlu sabar dengan keadaan
ini. Helang akan memerhatikan glove & umpan dalam glove. Ia akan membongkok
untuk melompat tapi tidak melompat. Anda perlu bersabar kerana ia akan melompat
juga akhirnya.

Sebaik sahaja helang melompat ke tangan, timbang berat badan helang dengan
segera. Berat ini dinamakan berat 'rajin' + 'lapar'. Teruskan latihan sampai helang
berhenti melompat dan timbang lagi berat badannya. Berat ini dinamakan berat 'malas'.

Contoh:

Berat asal = 330g


Penurunan berat kali pertama = 313.5g (5% dari 330g)
Keputusan latihan = Tidak melompat

Penurunan kali kedua = 297.8g (5% dari 313.5g)


Keputusan latihan = Tidak melompat

Penurunan kali ketiga = 282.9g (5% dari 297.8g)


Keputusan latihan = Melakukan lompatan pertama

Ini bermakna 282.9g adalah berat 'rajin' + 'lapar'. Ia telah melompat buat kali pertama
kerana telah 'lapar'. Berat ini sebenarnya berat yang tidak sihat. Setelah berjaya
membuat lompatan kali pertama, biasanya helang akan berani melompat lagi. Teruskan
latihan sehingga helang berhenti membuat lompatan dan timbang berat badannya lagi.
Berat akhir latihan ini dinamakan berat 'malas'.

Untuk sesi latihan seterusnya, turunkan semula berat badan seperti kali pertama. Pada
kebiasaannya, ia akan mula melompat pada berat yang lebih tinggi.

Contoh:

Berat malas = 330g


Penurunan berat kali pertama = 313.5g (5% dari 330g)
Keputusan latihan = Tidak melompat

Penurunan kali kedua = 297.8g (5% dari 313.5g)


Keputusan latihan = Membuat lompatan pertama bagi sesi kali ini

Ini bermakna 297.8g adalah berat 'rajin' atau berat ideal. Berat ini hendaklah dikekalkan
pada setiap masa untuk mendapatkan tidakbalas terbaik dari helang. Teruskan latihan
sehingga mencecah berat 'malas' & rehatkan helang.
Jenis makanan yang menyumbang kepada naik/turun berat badan

Daging merah seperti puyuh, atau daging hitam seperti merpati akan menambah berat
badan. Manakala daging putih seperti ayam tidak akan menyebabkan berat badan
bertambah.

Melatih helang untuk JTTF/FTTF

Disini saya cadangkan program latihan yang boleh dijadikan panduan. Saya telah
melatih helang melalui pembacaan di internet & perkembangan latihan adalah terlalu
perlahan. Setelah mendapat bantuan dari En. M. Alan Jenkins barulah latihan menjadi
lebih berkesan.

Perkara pertama yang mesti dibuat ialah sasaran latihan mingguan. Jangan meletakkan
sasaran terlalu tinggi atau terlalu rendah. Jangan terlalu memaksa helang. Sabar, sabar
& sabar.

1) Minggu pertama - 1m JTTF


2) Minggu kedua - 4m JTTF
3) Minggu ketiga - 10m FTTF
4) Minggu keempat - Free fly

Berikut adalah langkah untuk memulakan latihan:

Minggu pertama

1) Timbang berat helang setiap kali sebelum memulakan latihan. Pastikan berat badan
berada pada berat ideal
2) Letakkan helang supaya bertenggek di perch
3) Panggil dari jarak 30cm-60cm. Umpan dalam glove ditunjukkan dengan jelas supaya
helang tahu bahawa sesi latihan telah bermula
4) Tambahkan jarak lompatan sedikit demi sedikit setiap hari hingga mencapai sasaran
untuk minggu pertama
5) Timbang berat badan setiap kali tamat latihan untuk mengesan sebarang perubahan
pada berat 'malas'.

Minggu kedua

Latihan pada minggu kedua dan seterusnya hendaklah dilakukan dengan


menggunakan creance. Creance adalah seutas tali panjang yang direntangkan diatas
lantai/tanah. Leash ditukarkan dengan tali yang lebih panjang sekurang2nya 1.5m
Setiap kali glove dihulurkan & wisel dibunyikan, helang hendaklah datang ke tangan
dalam masa kurang 10 saat. Sekiranya ia tidak datang dlm masa 10 saat, sembunyikan
glove dibelakang anda & rehat dulu seminit/dua sebelum panggilan seterusnya.

1) Timbang berat helang setiap kali sebelum memulakan latihan. Pastikan berat badan
berada pada berat ideal
2) Letakkan helang supaya bertenggek di perch
3) Panggil dari jarak 30cm-60cm hanya untuk kali pertama. Umpan dalam glove
ditunjukkan dengan jelas supaya helang tahu bahawa sesi latihan telah bermula
4) Panggilan kedua hendaklah dimulakan pada jarak sasaran minggu pertama
5) Tambahkan jarak lompatan setiap hari hingga mencapai sasaran untuk minggu
kedua
6) Timbang berat badan setiap kali tamat latihan untuk mengesan sebarang perubahan
pada berat 'malas'.

Minggu ketiga

Pada minggu ketiga, latihan hendaklah dilakukan di tempat terbuka. Latihan akan
menjadi sukar kerana helang akan memerhatikan suasana persekitaran, burung2 kecil
berterbangan, tupai yang melompat dari dahan ke dahan, kenderaan yang lalu lalang
dan sebagainya.

Objektif latihan adalah helang tetap dapat dipanggil ke tangan walaupun dalam
suasana yang mengganggu perhatiannya terhadap umpan yang dihulurkan serta tiupan
wisel.

Dalam persekitaran terbuka, perhatian helang akan terganggu. Anda hendaklah


menunggu masa yang sesuai sebelum meniup wisel.

1) Timbang berat helang setiap kali sebelum memulakan latihan. Pastikan berat badan
berada pada berat ideal
2) Perkenalkan helang dengan tempat bertenggek yang berubah2 misalnya pokok
rendah, tiang pagar dan sebagainya.
3) Panggil dari jarak 30cm-60cm hanya untuk kali pertama. Umpan dalam glove
ditunjukkan dengan jelas supaya helang tahu bahawa sesi latihan telah bermula
4) Panggilan kedua hendaklah dimulakan pada jarak sasaran minggu kedua
5) Tambahkan jarak lompatan setiap hari hingga mencapai sasaran untuk minggu
ketiga
6) Timbang berat badan setiap kali tamat latihan untuk mengesan sebarang perubahan
pada berat 'malas'.

Latihan intensif turut diperkenalkan pada minggu ketiga. Cara latihan intensif adalah
seperti berikut:
Bagi setiap kali lompatan dalam satu sesi latihan:

1) Ada upah
2) Ada upah
3) TIADA upah
4) Ada upah
5) TIADA upah
6) TIADA upah
7) Ada upah
8) TIADA upah
9) Ada upah
10) Habiskan makanan yang disediakan & tamat latihan

Anda bebas memilih mana2 lompatan yang hendak diberi upah & mana lompatan yang
tiada upah. Lompatan pertama WAJIB ada upah sebagai menandakan latihan telah
dimulakan.

Konsep ini adalah sama seperti konsep mesin judi. Ia akan membuatkan helang ketagih
untuk lompat ke glove untuk mendapatkan upah dalam keadaan dia taktau lompatan
mana yang ada upah.

Minggu keempat

Sebelum anda mencuba free fly, pastikan syarat berikut dipenuhi:

1) Boleh dipanggil datang dari jarak melebihi 10m


2) Boleh dipanggil datang dari sebarang tempat bertenggek
3) Datang dalam masa kurang 10 saat sebaik wisel dibunyikan

Sekiranya ketiga2 diatas dipenuhi, anda boleh cuba melakukan free fly. Sudah tentu
dengan berat ideal.

Latihan memburu

Latihan memburu dimulakan dengan memperkenalkan helang kepada haiwan hidup. Ia


akan teragak2 untuk menyerang untuk kali pertama.

Setelah beberapa lama, latihan diteruskan lagi dengan serangan dari jarak jauh

Latihan akan menjadi lebih menarik setelah helang boleh free fly

Helang sedia untuk memburu sekiranya dapat memberikan response seperti dalam
video dibawah dimana ia terus memecut dari kedudukan bertenggek diatas glove
sebaik sahaja puyuh dilemparkan.
Pengurusan berat badan cara tradisional

Pengurusan berat badan merupakan elemen penting dalam mendisiplinkan helang bagi
memastikan latihan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang kita
kehendaki. Sebelum wujudnya alat penimbang, kaedah merasa/meraba tulang rawan
(keel bone) di dada helang digunakan. Kaedah ini mungkin masih digunakan oleh
falconer Mongolia yang mengekalkan tradisi falconry dalam kehidupan mereka.

Rajah diatas diambil dari internet. Walaubagaimanapun, cara untuk mengetahui dengan
tepat ialah dengan merasa/meraba dada helang anda. Berikut adalah cara saya
mencari berat ideal dengan cara merasa/meraba keel bone.

1) Bagi makan sampai kenyang setiap hari. Ini bertujuan untuk mendapatkan berat
maksimum & membuatkan helang jadi gemuk. Setelah beberapa lama (seminggu/dua
minggu), raba keel bone & rasai 'breast muscle'. Ini adalah kegemukan yang
membuatkan helang tidak mahu terbang ke tangan.

2) Turunkan berat badan dengan cara mengurangkan jumlah makanan & cuba panggil
ke tangan. Jika tidak datang, kurangkan lagi jumlah makanan

3) Ulang langkah (2) sehingga helang terbang ke tangan jika dipanggil. Raba keel bone
& rasai 'breast muscle'. Ini adalah tahap kurus yang membuatkan helang mahu terbang
ke tangan.
Konsepnya masih sama. Cuma alat penimbang menentukan berat malas/rajin seseekor
helang manakala meraba keel bone menentukan gemuk/kurus seseekor helang.

Gemuk/berat = malas
Kurus/ringan = rajin

Perkara paling penting dalam mencari berat ideal ialah elakkan dari membuatkan
helang berpuasa kecuali keadaan terlalu mendesak. Itupon sekadar maksimum 36 jam.
Sebaik2nya ialah dengan memberikan helang makan setiap hari tetapi sedikit sahaja.

Molting a.k.a salin bulu

Makluman: Semua maklumat yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan


pengalaman sendiri. Teknik yang digunakan hanyalah salah satu teknik yang dipelajari
melalui pelbagai sumber di internet & sebahagiannya dari khidmat nasihat & tunjuk ajar
oleh En. M. Alan Jenkins.

Nota Khas: Saya tidak layak digelar seorang 'Falconer' apatah lagi 'Master Falconer'.

Disini saya kongsikan pengalaman saya semasa proses molting Crested Goshawk.
Molting bermula sekitar penghujung November 2014 atau awal Disember 2014.
Menurut En. Alan Jenkins, molting mengambil masa antara 4-6 bulan mengikut spesis
& lokasi atau iklim setempat. Biasanya molting kali pertama akan berlaku apabila
burung mencecah usia dewasa atau tahun pertama. Ia akan menukar bulu juvana ke
bulu dewasa.

Memandangkan CG saya mula molting pada Disember 2014, saya andaikan dia adalah
telur yg menetas pada Disember 2013 atau Januari 2014. Sehingga hari ini, April 17,
2015, proses molting masih berjalan. CG anda mungkin akan mula molting pada tarikh
yang berbeza mengikut usia masing2.

Apa yang berlaku semasa molting?

Bulu burung akan luruh satu persatu. Biasanya bermula dgn bulu yg rosak. Bulu-bulu
halus macam kapas akan keluar. Kadang2 atas kepala, kadang2 kat atas kepak, kaki &
dimana2 saja bahagian badan akan ada bulu sehalus kapas. Burung akan kerap
menggoncang badan & bulu utk buang bulu kapas ni. Org Kedah kata mengelepiaq.
Macam kucing basah nak keringkan badan.

Selain tu, akan ada serpihan kecik warna putih macam kelemumur. Saya andaikan
serpihan kecik ni mungkin dari pangkal bulu pelepah yg luruh. Secara berperingkat2
bulu baru akan tumbuh & warna burung akan bertukar.
Perhatikan bulu putih halus pada bahu CG

Apa nak buat semasa molting?

Rehat. Bagi makan byk makanan berkhasiat, kurangkan latihan & semua aktiviti
terbang bebas (free fly) dibekukan. Helang perlukan banyak protein untuk proses
menggantikan bulu yang rosak atau menumbuhkan bulu baru. Untuk memastikan
kelancaran proses molting, helang hendaklah direhatkan supaya banyak protein dapat
digunakan untuk molting. Helang akan menjadi terlampau berat & malas. Sekiranya
anda membenarkan helang terbang bebas, ada berhadapan risiko kehilangan helang
anda.

Walaubagaimanapun, latihan yang mudah mesti diteruskan. Helang perlu kembali


kepada latihan dengan menggunakan creance. Helang mesti diterbangkan sebanyak
bbrp kali mengikut kesesuaian. Mungkin sekadar 3-4 penerbangan pendek dan diakhiri
dengan makan besar.

Permulaan molting. Perhatikan bulu ekor yang baru dibahagian tengah. Ia dipanggil
deck feather. Di kiri & kanan adalah bulu ekor yang rosak.
Adakah molting memberikan kesan terhadap latihan?

Ya, molting memberikan kesan 'sampingan' terhadap latihan. Helang menjadi berat &
malas. Pengalaman saya, mmg mengecewakan. Setelah dilatih, bole free fly, bole
hunting practice/simulation, tetiba jadi tak ikut arahan. Paling rajin dia nak melompat
pon sekadar 1m-2m. Tu pon sekadar lompatan pertama dari perch ke glove. Lebih dari
tu mmg takmau mai. Tengok sana, tengok sini, buat pekak, buat tak tahu, tiup wisel
sampai abih napas pon dia tak mai. Macam nak baling selipar, nak lempang, nak halau,
macam2 rasa ada... Sakit ati...

Pada peringkat permulaan molting, mmg bole dipanggil macam biasa. Masuk bulan
kedua, turun kepada 3-4 panggilan. Dah masuk bulan ketiga/keempat, panggil sekali jer
pastu buat pekak badak. Hampeh...

Perbezaan bulu ekor lama & baru. Nampaknya semua bulu ekor CG yang lama patah
separuh dari panjang yang sepatutnya.
Bagaimana mengatasi masalah degil selepas molting?

Training semula. Kembali semula ke Day 1. Cuma progress lebih cepat sebab dia cuma
mengulangkaji pelajaran. Turunkan semula berat badan kepada berat ideal & mulakan
latihan seperti hari pertama. Saya mengambil masa 4 hari untuk menurunkan badan
CG ke berat ideal. Caranya adalah seperti berikut:

1) Puasa sehari (hari sebelumnya makan sampai kenyang maksimum)


2) Hari ke2-3-4:

- Timbang berat (untuk check kadar penurunan)


- Panggil ke glove & makan tidbit bbrp ketul, sekadar alas perut.
- Timbang semula (untuk memastikan tak mencecah berat malas)
- Simpan dlm mew

3) Hari kelima: Latihan pengukuhan disiplin bermula. Timbang untuk memastikan berat
badan ideal dah dicapai. Kemungkinan lebih berat dari berat ideal sblm molting atau
mungkin lebih ringan.
Dulu
Sekarang

Pada hari kelima, CG masih menunjukkan kedegilan. Panggilan pertama berjawab. Dia
mai kat glove & amek tidbit. Pastu buat pekak pada panggilan kedua. Setelah 15-20
minit, simpan dlm mew terus. Tinggalkan 1/2 jam. Ini akan membuatkan dia "berfikir
sejenak"

Walaupun sudah mencapai berat badan ideal seperti sebelum molting, dia masih degil.
Seolah2 lupa pada latihan sebelum molting. Selepas ditinggalkan 1/2 jam, latihan
dilakukan sekali lagi. Dia seolah2 baru teringat yang dia kena lompat banyak kali.
Tidbit dikecilkan (1cm x 1cm) supaya dia tak puas makan setiap kali amek kat glove. Ini
membuatkan dia nak amek lagi. Selepas 5-6 kali lompatan, saya bagi dia makan besar.
Setiap lompatan cuma mengambil 2-3 saat setelah wisel dibunyikan. Sekiranya tak
datang, semunyikan glove selama 10-20 saat. Ini akan memberikan isyarat "Hang nak
makan, mai cepat. Lambat kalu, aku simpan".

Disebabkan berat badan ideal telah dicapai & dia telah menerima hukuman supaya
"memikirkan kesalahan", mmg response dia cepat. Tiup wisel 2-3 saat terus lompat ke
glove. Dengan berat badan ideal, ini gerenti berlaku.

Berikut adalah kronologi lompatan:

1) Lompat 1m (tidbit halus)


2) Lompat 1m (tidbit halus)
3) Lompat 2m (tidbit halus)
4) Lompat 2m (tidbit halus)
5) Lompat 3m (tidbit halus)
6) Lompat 3m & habiskan makan

Upah tidbit pada setiap lompatan dinamakan positive reinforcement. Ada kerja, ada
upah.

Disini menunjukkan latihan hari pertama sudah mencecah 3m. Besar kemungkinan
setelah seminggu akan boleh free fly semula. Tapi saya tak akan benarkan dia free fly
kerana molting masih berbaki sebulan lagi.

Perhatikan perbezaan warna bulu. Semua bulu sayap yang baru berwarna hitam
manakala bulu lama berwarna coklat. Bulu sayap yang baru telah menunjukkan
panjang asal bulu sayap lama yang telah patah. Ini bermakna, selama ini CG saya
terbang tanpa panjang sayap yang sepatutnya. Bulu hujung sayap dipanggil primary
feathers. Ia umpama bilah kipas kapal terbang yang menentukan kelajuan pergerakan
kapal terbang (Sumber: En. Alan Jenkins). CG saya seolah2 kapal terbang yang
terbang dengan bilah kipas pendek yang menyebabkannya tidak dapat terbang laju &
lincah.
Adakah molting memberikan kesan terhadap berat badan ideal?

Dalam kes CG saya, TIDAK. Mungkin kerana ini adalah molting pertama. Molting
seterusnya mungkin ada penambahan berat badan. Pengalaman anda mungkin
berbeza. Berikut adalah rekod berat ideal:

Sebelum molting
- Latihan pertama ketika mencari berat ideal: 270g (rajin + lapar)
- Latihan seterusnya: 280g (sangat rajin), 290g (rajin), 320g (malas)
Semasa molting*
- Latihan pertama ketika mencari berat ideal: 273g (rajin + lapar)
- Berat malas selepas latihan pengukuhan disiplin: 320g

* Molting masih berjalan ketika ini cuma sudah hampir sampai ke penghujungnya

Kalau dah molting, akan molting lagi tak?

Ya, akan molting lagi mengikut keperluan, pemakanan, faktor usia & iklim setempat*
(Sumber: Alan Jenkins).

* En. Alan Jenkins selalu merujuk kepada latitude & longitude iaitu kedudukan geografi
sesuatu kawasan. Pada pemahaman saya, ia merujuk kepada iklim pada koordinat
tersebut.

Beliau tidak dapat memberikan rujukan kajian saintifik bagi negara beriklim tropika. Ini
bermakna kajian mat saleh hanya meliputi iklim negara mereka. Amat menyedihkan
kerana kita tidak mempunyai sumber rujukan kajian terhadap raptor di negara beriklim
tropika. Mungkin hanya disimpan di perpustakaan di IPT untuk rujukan pelajar, bukan
untuk bacaan umum.

Pengalaman En. Alan Jenkins selaku ornitologis (pakar burung) dan falconer boleh
digunakan sebagai rujukan dan panduan umum. Namun bagi kita di negara beriklim
tropika, saya berpendapat bahawa kita kena buat eksperimen sendiri terhadap raptor
yang ada.

Perhatikan warna muka & kepala yang seakan2 kelabu berbanding warna coklat pada
leher & keseluruhan badan. Ini adalah warna CG dewasa.
Lamanya molting. Boringnya takleh nak free fly. Bole bagi cepat ka?

Menurut En. Alan Jenkins, molting berlaku secara semulajadi. Jangan dicabut bulu
yang rosak. Biarkan sistem badan helang melakukan tugasnya. Protein yang tinggi
dalam badan akan membuatkan sistem badan helang membuang bulu rosak mengikut
turutan yang betul & menumbuhkan bulu baru mengikut turutan yang sepatutnya. Selain
dari itu, perbanyakkan berjemur. En. Alan Jenkins mencadangkan agar kita memasang
lampu UV kat dlm mew untuk mewujudkan keadaan seolah2 siang & berjemur supaya
molting berlaku dengan cepat.
Saya cakap kat En. Alan Jenkins, di negara tropika, kita ada 12 jam malam & 12 jam
siang. Kalau matahari terbit sekitar jam 0700, maka terbenam pon lebih kurang tu jugak
sekitar 1900-1910. Kalau terbit pada 0720, maka terbenam lebih kurang 1920-1930. Dia
tak terkata apa2 sbb cadangan lampu UV dlm mew tak berguna utk negara beriklim
tropika.

Kat negara sejuk, kadang2 malam lebih panjang dari siang. Maka mew mat saleh
dipasang lampu UV. Panas tghari kat negara depa pon macam pukoi 10-11 kat negara
kita. Bole la berjemur sepanjang hari. Kalau kita jemur helang kat sini tghari, mau jadi
burung kering...

Bath pan hendaklah sentiasa diisi dengan air bersih. Helang akan lebih kerap mandi &
membersihkan diri kerana terdapat banyak bulu halus & "kelemumur" dari pangkal bulu
pelepah yang luruh. Semasa molting, bulu halus & kelemumur ini hendaklah sentiasa
dibersihkan. Ia mungkin mendatangkan penyakit seperti alahan yang menyebabkan
selsema, batuk atau lelah.

Hasil molting pada April 27, 2015


Kembali selepas molting

Seperti yang telah diceritakan dalam topik Molting, helang yang melalui proses molting
akan menjadi berat, malas & degil. Untuk membuatkan helang kembali taat pada
arahan, proses pengukuhan disiplin perlu dibuat.

* Berat badan ideal bagi CG saya (jantan) ialah 280g-290g. Berat ini berbeza mengikut
CG masing2. Anda boleh menggunakan berat CG saya sebagai rujukan untuk mencari
berat badan ideal CG anda. CG betina lebih berat dari CG jantan.

** Berat badan ideal adalah kunci kejayaan latihan. Sekiranya anda tidak tahu berat
badan ideal helang anda, anda tidak boleh mengikut kaedah latihan seperti yang
diterangkan dibawah.

Pengukuhan disiplin

Tujuan latihan pengukuhan disiplin adalah untuk membuatkan helang memberikan


response terhadap bunyi wisel dalam masa kurang 10 saat selepas wisel dibunyikan.
Sekiranya ia memberikan response selepas 10 saat atau langsung tidak memberikan
response, ini bermakna helang anda terlampau berat. Latihan pengukuhan disiplin
hanya boleh dilakukan sekiranya berat badan helang adalah ideal.

Kaedah pengukuhan latihan adalah seperti berikut:

1) Hulurkan glove & bunyikan wisel


2) Sekiranya helang datang dlm masa 10 saat = berjaya
3) Sekiranya helang tidak datang dlm masa 10 saat, turunkan glove & sembunyikan
glove di belakang badan
4) Tunggu selama 10-20 saat
5) Ulang semula langkah 1-4. Sekiranya helang masih degil & tidak mahu datang
setelah 10-20 minit, tamatkan latihan
6) Masukkan helang ke dalam mew & tinggalkan selama 1/2 jam
7) Ulang semula langkah 1

Berikut adalah kronologi proses pengukuhan disiplin:

Sebelum molting:

Berat rajin + lapar = 270g


Berat sangat rajin = 280g
Berat rajin = 290g
Berat malas = 320g
Selepas* molting:

* Molting masih berbaki lagi sebulan

Sehari sebelum latihan:


Berat "akibat" molting: 320g, malas & lompat sekali saja & jarak dekat. Bagi makan
sampai kenyang sepenuhnya

Hari pertama:
Puasa untuk menurunkan berat badan

Hari kedua-ketiga-keempat:
- Timbang berat badan untuk memerhatikan penurunan berat.
- Makan hanya 2-3 tidbit bersaiz puntung rokok sekadar alas perut
- Timbang semula berat badan untuk memastikan tidak mencecah berat malas.
- Berat badan CG lambat turun kerana makan puyuh berlebihan. Daging merah (puyuh)
/ hitam (merpati) akan menyebabkan berat badan naik & lambat turun. Daging putih
(ayam*) tidak menyebabkan berat badan naik & akan cepat turun.

* Lemak ayam domestik akan menyebabkan helang menjadi gemuk & lambat turun
berat badan (Sumber: Alan Jenkins)

Hari kelima (April 17, 2015):


- Berat turun kepada 273g. Dah mencecah berat rajin + lapar tapi masih degil. Lompat
sekali & buat pekak terhadap wisel.
- Selepas 10-20 minit buat pekak terhadap wisel, latihan ditamatkan
- Hukuman bilik gelap dikenakan. Kena kurung dalam mew selama setengah jam
- Latihan dimulakan semula. Kali ni CG seolah2 telah "insaf". Panggilan wisel mendapat
response dlm 2-3 saat.
- Setelah 4-5 kali lompatan yang mencecah jarak +-3m, latihan ditamatkan dengan
makan besar
- Berat selepas latihan & makan besar, 320g. Berat malas

Hari keenam (April 18, 2015):


Puasa untuk menurunkan berat badan. Puasa hanya dilakukan sekiranya helang diberi
makan sampai penuh temolok pada hari sebelumnya.

Hari ketujuh (April 19, 2015):


- Berat turun kepada 267g. Latihan dimulakan
- Response terhadap wisel amat bagus. Melompat setelah 2-3 saat wisel dibunyikan
- Latihan ditamatkan setelah 4-5 kali lompatan
- Berat selepas latihan & makan besar, 301g
Sila ambil perhatian bahawa kesan sehari puasa telah menurunkan berat badan
sebanyak +-50g jika diberi makan ayam. Sehari puasa telah menyebabkan berat turun
kepada 267g, lebih rendah dari berat ideal (280g-290g).

Pada April 17, 2015, berat badan akhir ialah 320g.


Pada April 18, 2015, puasa untuk menurunkan berat.
Pada April 19, 2015, berat telah turun kepada 267g, kurang 3g dari berat rajin + lapar
iaitu 270g. Lebih kurang 50g telah hilang.

Sekiranya puasa dilakukan secara berlebihan, lebih banyak kehilangan berat akan
berlaku & helang akan jadi lemah & tidak mampu terbang. Anda akan menyangka
bahawa ia masih malas & menyambung puasa. Kesudahannya mati.

Berat badan ideal akan membolehkan helang diterbangkan setiap hari. Apa yang perlu
dilakukan ialah menghadkan makanan supaya ia tidak mencecah berat malas &
beratnya akan kembali kepada berat ideal keesokan harinya.

Hari ke 13 (April 25, 2015):


- Tak timbang berat. Fly on creance utk tangkap anak ayam. Anak ayam tak abih
dengan sekali makan. Cuma separuh badan anak ayam kena makan.
- Pada hari Ahad, separuh lagi kena makan. Tinggal kedua2 belah kaki
- Pada hari Isnin, kedua2 kaki abih dimakan diikuti casting pada sebelah petang.

Hari ke 16 (April 28, 2015):


- Berat 310g setelah makan anak ayam pada hari Sabtu, April 25, 2015.
- Menunjukkan tanda malas total. Jenuh nak panggey. Amek dua tidbit (2 kali jump) &
terus jadi patung. Latihan ditamatkan
- Selepas melompat ke glove, ia cuma mengambil tidbit & diam. Tidak meminta2
makanan seperti biasa. Hanya bertenggek di glove & memerhati sekeliling. Nampaknya
kena turunkan berat semula.

Nota khas:
Kawalan berat badan tidak memberikan kesan terhadap molting sekiranya dilakukan
pada fasa terakhir. Bulu baru masih memanjang, bulu lama/rosak dah kurang luruh
serta bulu baru dah tak byk keluar. Ia mungkin memberikan kesan sekiranya dilakukan
ketika molting baru bermula atau sedang berlaku dengan aktif. Sekiranya helang
kekurangan zat akibat kawalan berat badan ketika molting, bulu yang tumbuh tidak elok
& mungkin mudah patah.

Hari ke 17 (April 29, 2015)


- Puasa sehari utk turunkan sket berat badan

Hari ke 18 (April 30, 2015)


- Berat 284g. Amek satu tidbit & buat pekak. Latihan ditamatkan
- Sepatutnya response dia baguih. Ntah apa angin dia arini. Mungkin dia lebih berminat
dengan burung2 liar yang dok melintas depan dia
- Hukuman utk degil ni senang saja.... Tamatkan latihan arini. Esok pulak makan.
Lantak hang laaa berlapaq mlm ni

Latihan intensif setelah molting

Selepas molting, helang akan berada dalam keadaan lembab. Dalam keadaan ini,
helang tidak mampu mengejar mangsa dan besar kemungkinan akan cepat letih kerana
kekurangan stamina. Latihan intensif diperlukan untuk mengembalikan kecergasan
helang.

Hari Pertama (April 30, 2015)

- Latihan dibuat menggunakan 'tiring' iaitu ketulan makanan yang liat atau sukar
dimakan seperti bahagian leher atau kepak ayam.
- Tidbits tidak memberikan motivasi kepada helang untuk melompat & terus melompat.
Mungkin kerana cebisan tidbits terlalu kecik.
- Tiring adalah ketulan yang besar & dapat dilihat dengan jelas. Ia memberikan motivasi
yang lebih kuat kepada helang untuk melompat.
- Cara pengunaan tiring dalam latihan adalah dengan memanggil helang ke glove &
biarkan ia makan sedikit. Kemudian sembunyikan tiring & letakkan helang di mana2
tempat bertenggek & panggil semula.
- Hampir 10 kali lompatan sejauh 3m dibuat & helang berada dalam keadaan
tercungap2

Hari Kedua (Mei 5, 2015)

- Setelah direhatkan selama bbrp hari, latihan intensif hari kedua memberikan
keputusan yang lebih baik
- Helang melompat hampir 10 lompatan 3m serta 3 lompatan menegak setinggi 1m.
- Lompatan menegak disebut 'power jump'. Ia membuatkan helang bekerja lebih keras
untuk mendapatkan makanan
- Lompatan terakhir diakhiri dengan rampasan tiring oleh helang. Mungkin kerana leher
ayam dah jadi semakin pendek & genggaman di glove semakin tidak kemas.
- Helang menunjukkan sedikit tanda penat tetapi tidak tercungap2. Selepas rehat pada
lompatan ke5-6, lompatan seterusnya hingga terakhir menunjukkan helang semakin
cergas.

Hari Ketiga (Mei 8, 2015)

- Upgrade ke 2m menegak. Saya berdiri atas kerusi & tegakkan tangan. Helang terbang
menegak dari perch.
- Pada anggaran saya, ia lebih dari 2m. Ketinggian kerusi +-60cm. Tinggi saya 162cm.
Tangan diluruskan keatas, tambah lagi 60cm. Oleh itu jumlah ketinggian dari lantai +-
280cm. Tolak kedudukan helang bertenggek di perch +-45cm dari lantai, maka
ketinggian terbang menegak +-2.4m
- Setelah melebihi 5 lompatan, pernafasan helang sedikit laju seperti org baru lepas
berlari tetapi tidak menunjukkan tanda2 penat. Setelah lebih 10 lompatan pon masih
kuat lagi & tidak menunjukkan tanda2 penat. Pernafasan normal, tidak tercungap2
- Kesimpulannya, stamina helang telah bertambah jauh lebih baik dari keadaan sblm
molting
- Berat sblm latihan = 274g. Berat selepas latihan = 284g.
- Latihan dihentikan untuk mengekalkan berat ideal

BAHAGIAN PERTAMA
Anak helang (yang dibela sejak kecil) telah bersedia untuk Jump To The Fist (JTTF) sebaik
saja diajar untuk makan Feed On Fist (FOF); ia amat mudah. Untuk helang 'passage' (anak
helang yang sudah boleh terbang semasa diperolehi) biasanya mengambil masa seminggu
untuk dijinakkan. Ia berbeza mengikut spesis, lebih muda anak helang tersebut; lebih mudah
untuk dijinakkan dan diajar untuk datang ke tangan. Cara saya untuk JTTF kali pertama selepas
ia FOF ialah dengan meletakkannya diatas sebatang tiang/kayu dan membiarkannya berjalan
diatas tiang tersebut sejauh beberapa inci ke tangan; dengan meletakkan sedikit makanan di
tangan (hanya cebisan kecil, bukan saiz besar). Sekiranya ia berjalan sekali atau dua kali diatas
tiang/batang kayu tersebut sejauh beberapa inci, ia akan lebih mudah melompat. Biasanya ia
akan mengambil masa seminggu ke 10 hari, bukan berminggu-minggu SEKIRANYA berat
badannya ideal, tidak terlalu gemuk.
Secara ringkas, masa yang diambil untuk melatih burung tidaklah berapa penting berbanding
kemajuan latihan berdasarkan sikap burung dan berat badannya. Setiap burung berbeza.
Adalah lebih baik sekiranya ada falconer berpengalaman untuk membantu sebagai mentor.
Sekiranya anda perlukan panduan bertulis, ini adalah yang terbaik yang saya tahu

Untuk membuatkan burung melompat lebih cepat buat kali pertama, cuba berikan dia
sedikit makanan (sebelum lompat) yang susah dimakan (tiring dalam istilah falconry)
seperti bahagian kepak ayam. Setelah ia makan sedikit, simpan makanan tersebut.
Kemudian, arahkan dia untuk melompat pada jarak sekaki. Ia patut datang dengan
cepat kerana sudah tahu bahawa waktu makan dah sampai. Selepas lompatan jarak
pendek, sambung latihan dengan jarak lompatan seperti hari sebelumnya untuk
lompatan kedua dan seterusnya.

Saya juga mencadangkan supaya anda berdiri semasa melatih burung tersebut kerana
anda akan berdiri ketika melatihnya menggunakan creance. Selain itu, anda juga tidak
perlu memberikan makanan SETIAP kali dia terbang kepada anda. Sebenarnya cara
yang lebih baik ialah dengan memberikan ganjaran secara sekali sekala. Sembunyikan
tidbit didalam glove & benarkan ia mengambilnya (dengan membuka genggaman glove)
setiap sekali, dua kali atau tiga kali lompatan secara rawak (inilah puncanya kenapa
manusia yang berjudi akan tetap berjudi walaupun tak menang kerana mengharap akan
menang juga). Saya berpendapat menggunakan wisel amat berguna terutamanya
ketika burung sudah hilang dari pandangan.
Tindakbalasnya adalah bagus, dan saya merasakan anda melatihnya terlalu perlahan dengan
peningkatan 30cm. INI ADALAH PENTING: Saya akan menggunakan berat badannya untuk
mengetahui bila ia akan bersedia untuk terbang, bukan berapa lama ia kebuluran. 48 jam
adalah terlalu lama untuk burung bersaiz kecil. Saya akan amek tahu berat badannya terlebih
dahulu sekiranya ia lambat atau tidak mahu bertindakbalas dan kurangkan sedikit berat
badannya. Setelah berat badannya turun sedikit, cuba lagi.
BAHAGIAN KEDUA
Dalam bahasa Inggeris, raptor dewasa yang diambil dari persekitaran liar dipanggil haggard.
Haggard sangat takut dengan manusia dan sukar untuk dilatih. Sekiranya anda tidak
mempunyai pengalaman dalam melatih raptor, ia mungkin sukar tetapi tidak mustahil.

Pada pendapat saya, ia berjalan dengan baik bagi burung yang pertama kali melihat
mangsa hidup. Saya berpendapat, pada latihan seterusnya ia akan menyerang mangsa
lebih cepat dan dari jarak yang lebih jauh. Anda telah melakukannya dengan baik
apabila membiarkannya memakan keseluruhan ayam tersebut. Anda sepatutnya tidak
membenarkannya makan terlalu banyak. Sekiranya ia makan terlalu banyak, beratnya
akan naik dan anda tidak dapat menerbangkannya antara 1-3 hari.

Saya tidak pasti kalau saya pernah memberitahu anda untuk menggunakan wisel setiap
kali ia menelan makanan pada bbrp minggu pertama. Dengan meniup wisel, ia akan
tahu bahawa bunyi tersebut ialah isyarat untuk makanan dan ia akan lebih mudah
datang ke tangan.

Ketika ia sedang makan diatas tanah, anda sepatutnya meletakkan sedikit makanan
diatas glove dan berikan kepadanya bbrp kali. Dengan cara ini ia akan biasa dengan
kehadiran anda dan tidak menganggap anda cuba mencuri makanannya.

Video anda tidak menunjukkan bagaimana anda menaikkan helang anda kembali
keatas glove. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, ia akan menyebabkan helang
cuba untuk melarikan diri. Ia akan cuba untuk terbang pergi bersama2 dengan mangsa
(carry) yang ditangkap dan makan di tempat lain yang jauh dari anda dan tidak akan
bertindakbalas sekiranya anda meniup wisel kerana ia telah kenyang. Anda mungkin
akan kehilangan helang anda. Mengangkatnya dari mangsa yang ditangkap dipanggil
'making in'. Berikut adalah sebahagian bahan bacaan dari Modern Apprentice
mengenai 'making in'

(Artikel yang diambil dari Modern Apprentice tidak diterjemahkan kerana terlalu
panjang)

Selain itu, saya jugak sepatutnya memberitahu anda untuk menimbang burung tersebut
sebelum dan selepas makan dan rekodkan, termasuk jenis makanan yang diberikan.
Setelah beberapa lama, anda akan tahu berapa banyak makanan yang boleh diberikan
supaya burung tersebut kekal berada pada berat yang sama, turun berat atau naik
berat mengikut keperluan. Setelah menjalani latihan beberapa lama, ia akan dapat
diterbangkan dengan berat yang lebih tinggi.
Biasanya haiwan yang berdaging hitam seperti itik, merpati dan pipit mempunyai nutrisi
yang lebih tinggi berbanding kuang atau ayam yang mempunyai warna daging lebih
cerah. Daging hitam akan membuatkan berat badan helang meningkat berbanding
daging putih (warna cerah). Ayam ternakan biasanya mempunyai banyak lemak
terutama di bahagian kepak. Ini akan membuatkan berat helang bertambah dan
menjadi gemuk.

Sekiranya ia lambat datang ke tangan, turunkan tangan setelah memanggil selama 10


saat. Sekiranya anda memanggilnya secara berterusan sedangkan ia tidak datang, ia
sedang melatih anda untuk menunggunya!

Sekiranya ia berpaling kearah lain, ini bermakna ia belum bersedia untuk terbang
kepada anda. Anda perlu menunggu sehingga ia berpaling semula kearah anda. Anda
harus mampu membaca gerak/bahasa badannya (body language). Raptor akan
mengambil masa yang lebih lama untuk datang sekiranya sedang bertenggek di tempat
tinggi seperti pelepah sawit berbanding bertenggek di tempat rendah seperti di rumah
anda. Ini perlu dipelajari melalui pengalaman. Anda perlu sentiasa mengingati apa
yang berlaku dan apa yang ia lakukan supaya anda bole merancang langkah
seterusnya untuk memastikan yang ia lakukan apa yang anda mahu ia lakukan. Lebih
senang bercakap dari membuat bukan?

Kemungkinan beratnya perlu diturunkan, tetapi saya tidak dapat memperkatakannya


dari sini. Saya perlu merasa (meraba) tulang rawannya (keel bone) untuk mengetahui
samaada ia terlalu gemuk atau tidak. Kemungkinan ia sedang memerhatikan mangsa
lain yang lebih menarik --- makanan yang lebih besar yang boleh diperolehi dengan
hanya satu pernerbangan berbanding penerbangan berkali2 cuma untuk mengambil
tdbit.

Walaubagaimanapun, ia melakukannya dengan baik pada peringkat latihan kali ini. Ia


akan bertambah baik

BAHAGIAN KETIGA

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan yang anda tidak boleh mengendalikan helang
anda ketika molting. Ia akan lebih jinak & terlatih sekiranya anda memberinya makan
diatas glove setiap hari serta berada dalam keadaan sihat dan cergas sekiranya latihan
harian diteruskan. Rujuk link dibawah dibahagian Jump-ups

http://www.themodernapprentice.com/games.htm

Secara asasnya burung akan terbang ke tangan dari kedudukan yang lebih rendah
semasa bertenggek di perch (bukan dari atas tanah, yang boleh merosakkan bulu
ekor). Tangan ditinggikan melebihi kepala dan anda hendaklah berdiri cuma beberapa
kaki dari kedudukan helang bertenggek supaya ia terpaksa terbang secara mendaki
untuk mendapatkan makanan. Helang anda tidak dapat melakukan terlalu banyak
Jump-up kerana ia kurang diterbangkan dan akan menjadi gemuk semasa proses
'molting' (menyalin bulu). Biarkan helang anda melakukan yang terbaik dan tambahkan
kesukaran dalam latihan secara berperingkat. Saya pernah menggunakan tangga untuk
membuatkan helang terbang secara menegak setinggi hampir 10 kaki. Ini akan
membuatkannya lebih kuat, pantas dan mengekalkannya setiasa jinak. Anda sedang
melatihnya seperti atlit -- itulah yang sepatutnya bagi seekor helang.

Saya tidak merasakan bahawa ia akan menjadi tegang. Sebaliknya, kadangkala helang
menderita kerana kekurangan aktiviti dan kebosanan semasa 'molting'.

Saya tidak tahu apakah jenis pemangsa yang ada di tempat tinggal anda, tetapi di U.S,
kerap berlaku raptor terlatih yang dibiarkan tinggal di luar pada waktu malam dibunuh
oleh Great Horned Owl serta burung hantu jenis lain yang sama saiz dengan helang
tersebut. Burung hantu kelihatan mesra tetapi mereka adalah pemangsa yang kuat. Di
Africa, terdapat reptilia besar yang memburu diwaktu malam yang boleh membunuh
helang. Mungkin cerpelai juga boleh mendatangkan masalah? Sekiranya helang anda
tidak kembali kepada anda, kemungkinan anda memberinya makan terlalu banyak
sebelum memanggilnya pulang pada penghujung sesi latihan atau boleh jadi ia terlalu
berat.

Membiarkannya di luar sepanjang malam tidak memberikan kesan terhadap latihan,


cuma kemungkinan terdapat ancaman bahaya kepadanya.
Ya, kumpulan gagak juga merupakan ancaman.

Raptor yang sedang 'molting' biasanya disimpan di dalam. Ia bole ditambat di perch di
luar untuk mandi atau berjemur dibawah pengawasan, atau diterbangkan ke tangan
dengan menggunakan creance. Tanpa pengurusan berat, diikat di perch atau
menggunakan creance, anda sebenarnya tidak mempunyai kawalan keatas burung
yang gemuk.

Anda mungkin juga menyukai