Anda di halaman 1dari 16

2.

0 ORIENTEERING

2.0 PENGENALAN
Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu
tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan
mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik
kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah
ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering
bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas
desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai
bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran
dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk
menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul
kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara
panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan
bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air
ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah
tiupan angin.

3.0 Sejarah dan perkembangan


3.1 Sejarah permulaan
Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major
Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan
diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model
Killander merangkumi beberapa aspek iaitu dalam aktiviti orienteering bagi Ernst Killander ialah
seseorang itu memerlukan daya ketahanan diri yang tinggi dalam melakukan aktiviti ini. Aspek
stamina merupakan aspek yang diutarakan oleh beliau yang mengatakan stamina memainkan
peranan selepas daya ketahanan tanpa stamina yang tinggi maka aktiviti yang terdapat dalam
orienteering ini tidak dapatberjalan dengan lancar. Selain daripada itu aspek kecekapan berlari juga
merupakan aspek yang penting kerana seseorang itu perlu tahu bagaimana hendak menggunankan
teknik berlari dengan betul kerana aktiviti orienteering ini dijalankan di atas permukaan yang
berbagai-bagai contoh cara lari menaiki bukit, cara lari turun bukit dan cara lari pada permukaan yang
mendatar semua itu memerlukan aspek kecekapan berlari yang betul bagi memudahkan aktiviti
berjalan..

Aspek kekuatan mental juga merupakan aspek yang penting dalam aktiviti orienteering kerana
kekuatan mental akan menentukan tahap kesabaran seseorang itu semasa menghadapi liku-liku dan
cabaran dan dugaan dalam mencapai objektif atau tujuan awal yang dirancang sebelum menggapai
kejayaan. Selain penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar.

IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Antara-antara Kejohanan-kejohanan dunia
yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti World Orienteering Championships (WOC), World Cup (WC),
Junior World Orienteering Championships (JWOC), Asia-Pacific Orienteering Championships
(APOC), World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas. Acara orienteering
terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara
15000 hingga 25000 orang.

3.2 Perkembangan di Malaysia

Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr),
Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan
Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983. Diikuti dengan penubuhan Persatuan
Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka
Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF
dalam tahun 1992 melalui WOA. Penubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun
1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah
Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan
pada tahun 1997.

4.0 JENIS-JENIS ORIENTEERING


Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering
Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang
mudah untuk dilakukan, antaranya adalah

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)


• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
• Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering)
• Norwegian Event

4.1 Kebaikan sukan orienteering


• Sukan untuk semua
• Meningkatkan kecergasan fizikal
• Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan
• Memberi cabaran & keseronokan
• Membina sikap positif & keyakinan diri
• Menggunakan persekitaran yang sihat
• Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas
• Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas
5.0 TERMINOLOGI DAN ALATAN
Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu terminologi alatan-alatan yang digunakan bagi menjalankan
aktiviti ini antara alatan-alatan yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)


• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

ii. Penanda kawalan (Control marker)


• Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang
diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
• Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

iii. Kad kawalan (Control card)


• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acarasebagai bahan
bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-
petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga
masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

iv. Peta utama (Master map)


• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.
v. Keterangan kawalan (Control description)
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang
disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik
kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk
kod/gambarajah.

vi. Landasan (Course)


• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain
hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah
- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
- Titik kawalan dengan tanda bulatan.
- Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih.
- ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan

vii. Kompas (Compass)


• Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.
• Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

6.0 PENGETAHUAN ASAS


Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah
dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan
dengannya, iaitu:
i. Teknik membaca peta
ii. Teknik membaca kompas
iii. Boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

6.1 Teknik Membaca PetaTopo


6.1.1 Definisi

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari
udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala,
petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat
mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

Membaca peta ialah proses menafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat
sebenar yang diwakilinya. Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas
sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman,
bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya. Peta yang selalu digunakan
untuk aktiviti orienteering ialah peta topographi.

6.1.2 Jenis-jenis peta


Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan dalam aktiviti orienteering. Antara peta-pta yang
diterbitkan ialah peta topo, peta panduan jalanraya, peta khusus, atlas, peta imejan satelit dan peta
orienteering. Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing tempat yang hendak ditujui. Peta yang
sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah mempunyai tajuk
peta, Arah Utara Mempunyai skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000,petunjuk peta, garisan
melaras utara-selatan, Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.

6.1.3 Warna-warna dalam peta


Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah :-
• Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu
• Perang - kontor & jalanraya
• Kuning - keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka
• Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari
• Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah
• Biru - kawasan berair
Rajah 1: Contours

Rajah 2: Peta Orienteering

6.1.4 Bentuk muka bumi


Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi
keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :-
• Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar
• Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit
• Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang
• Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit
• Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit)

6.1.5 Maklumat Peta


Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:
i. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang terdapat di luar dari gambar peta seperti gambarajah 1
dibawah:

Gambarajah 3: Bingkai Peta

ii. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang menerangkan gambaran sebenar keadaan muka
bumi dan kegunaan tanah.

Rajah 4: Maklumat gambar peta

Dalam aktiviti pandu arah maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah penafsiran
garisan kontur yang menggambarkan keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit,
permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai. Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur
di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50
kaki atau 100 kaki. lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan
mengikut cerun atau lereng bukit. Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan
bentuk dan keadaan cerun. Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini berertibahawa cerun adalah curam.
Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam. Selalunya
garis kontur berbentuk "V" menunjukkan lurah dan "U" menunjukkan permatang. Arah "V" selalunya
menuju ke atas bukit. Keadaan ini boleh diterangkan seperti di gambarajah 3.

6.1.6 Skala
Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah.
Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan
bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu. Contohnya skala peta 1 : 50,000
bermaksud setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali
pembesaran di atas tanah seperti 1 em di atas peta bersamaan dengan 50,000 em (5 km) di atas
tanah.

6.1.7 Garisan Grid


Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis
melintang dan membujur. Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai
nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja. Angka yang terkecil ialah 00 sementara
yang terbesar ialah 99. Garisan girid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan
tepat lokasi di mana kita berada. Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timuran
dahulu dan diikuti dengan angka utara contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang
(utara).

6.1.8 Utara peta


Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang
ditunjukkan oleh kornpas. Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan
meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di
dalam peta tersebut.

6.1.9 Mengukur Jarak


Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh diukur dengan menggunakan kayu pembaris skil kompas
dan mendarabkan jarak mendatar 200 m dari atas peta.

6.2 Kompas
Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai
dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering.
Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu tempat sama ada di atas peta atau di permukaan
bumi. Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah
dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan besi dan magnet. Dua jenis kompas yang selalu
digunakan ialah kompas prismatik dan kompas silva. Kompas dari jenis silva adalah yang paling
sesuai untuk digunakan di dalam aktiviti orienteering.

6.2.1 Jenis kompas


Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya
adalah Kompas Tentera, Kompas Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat, Kompas Digital.
Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate
compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal. Dua
jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden.
6.2.2 Anatomi kompas orienteering

Gambarajah Kompas Silva

PETUNJUK
1. Skala dalam mm dan inci
2. Kepingan tapa telus cahaya
3. Utara dial
4. Jarum magnetik Utara
5. Bekas kompas mengandungi cecair dengan dial berpengukur dan garisan pengarah.
6. Anak panah arah perjalanan
7. Kanta pembesar
8. Petunjuk indeks (untuk menetap dan membaca bering)
9. Anak panah
10. Dial
11. Lubang untuk ikat tali

6.2.3 Mengukur, bearing di atas peta


Pengukuran bearing dari satu titik kawalan ke titik kawalan yang lain yang ditandakan di atas peta
boleh dibuat melalui beberapa peringkat contohnya di antara titik K dan titik L.

a) Letakkan kompas di atas garis penghubung diantara titik K dan titik L yang ditanda di peta. Jika
garisan penghubung sukar dilihat kerana dilindungi oleh kompas, aturkan supaya satu daripada
bahagian tepi kornpas selari dengan garisan penghubung K dan L. Pastikan anak panah mara
menghala ke arah titik yang hendak dicari bearing. Dalam contoh ini titik yang bearingnya hendak
dicari ialah L. Oleh itu anak panah mara hendaklah menghala ke L dan bukan ke K.
b) Tanpa mengubah kedudukan kompas di atas peta, pusingkan dial sehingga anak panah kompas
dan garisan girid selari dengan garisan penghubung K dan L.Pada masa yang sama jarum utara
kompas hendaklah sama arah dengan utara peta.
c) Bacaan bearing K ke L didapati dari garisan indeks.

6.2.4 Mencari Bearing Objek Di Atas Tanah


Cara mencari bearing kompas dengan menggunakan kompas orienteering adalah seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek yang akan dicari bearingnya.


b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak tangan denqan kedudukan tapak tangan rata.
Tentukan kedudukan anak panah mara menghala ke arah objek yang hendak dicari bearing. Selepas
itu pusingkan badan anda perlahan-Iahan sehingga anak panah mara betul-betul menghala kepada
objek yang tuju.
c) Tanpa membuat apa-apa perubahan kedudukan kornpas,pusingkan dial sehingga jarum kornpas
bertindih selari dengan anak panah kompas. Tentukan utara jarum kompas sehala dengan utara anak
panah. Bearing kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan yang ada di garisan indeks.

6.2.5 Menentukan Kedudukan Peta dengan menggunakan kompas


a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta
tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran
di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah
kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

6.3 Panduan Lazim


Bagi pengembaraan yang tidak menggunakan peta dan kompas, terdapat cara lain yang boleh
digunakan untuk menunjuk arah. Walaubagaimanapun cara ini memerlukan pengalam dan penelitian
yang terang dan jelas. Di antara panduan lazim yang biasa digunakan ialah:

a) Matahari
Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di barat. Arah ini boleh diketahui melalui bayang-
bayang. Jika kita dapat mengetahui arah barat dan timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang
hendak kita tuju.

b) Bulan
Bulan juga terbit di sebelah timur. Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui arah mata angin
dengan berpandukan bulan pada waktu malam

c) Bintang
Bintang bergerak arah ke barat

d) Sungai
Air mengalir kehilir, selalunya ke hilir sungai ada terdapat perkampungan. Oleh yang demikian, jika
kita menghilir sungai, kita akan berjumpa dengan manusia, dan dari situ dapatlah kita menentukan
semula arah.

Gambar rajah 7 : Cara Menunjukkan Peta

7.0 BERGERAK KE TEMPAT DITUJU


7.1 Perancangan Perjalanan
Sebelum bergerak ke tempat yang dituju sedikit perancangan perlu dilakukan untuk memastikan
perjalan akan menjadi lebih mudah dan selamat. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam
perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan tepat.


b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui di
hadapan kita.
c) Kita hendaklah mencatit apa-apa yang luarbiasa atau mercutanda yang boleh ditemui di sepanjang
perjalan sebagai rujukan.
d) Bagi kawasan tinggi dan berbukit-bukau, mengikut permatang akan memudahkan perjalanan.
Tidak ada gunanya menyusur sungai kerana tebing sungai curam di kawasan gunung. Ada baiknya
mendaki dari kawasan A, mengikut permatang dengan ini kawasan menurun yang curam dapat
dielakkan. Di kawasan B, boleh dijadikan tempat berhenti dan rehat diwaktu malam kerana ada air.
Kawasan baik sebagai tempat perlindungan. Perjalanan ke C, mengikut permatang sebelum ke
kawasan lurah. Ikut susuh bukit menuju sungai.

e) Bagi kawasan landai dan rata, menyusur sungai menjadi lebih mudah, walaubagaimanapun patut
mengambil perhatian bahawa kawasan sungai biasanya berpaya, berbelit dan mudah banjir.

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat
tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah haluan perjalan yang disesuaikan dengan keadaan
muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya tidak menyimpang daripada matlamat asal. Jika
kehilangan haluan kita hendaklah berhenti dengan segera, berehat sebentar, tenangkan fikiran dan
menyemak semula arah laluan.

7.2 Kaedah Pergerakan


7.2.1 Bergerak dalam kumpulan.
a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi yang teratur.
b) Adakan perbineangan sebelum perjalanan dibuat.
c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan berpecah terutamanya pada waktu malam gelap.
Tiap pandangan hendaklah sentiasa berada dalam jarak yang mudah dilihat dan didengar
panggilannya.
d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar, boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk mencari
jalan, rintis dan (jika perlu) menyediakan tapak khemah untuk rehat.
e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat. Jika ada rintangan perhatikan semua telah
melepasinya dan mendapatkan rehat yang cukup.
f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam dan bergerak perlahan kerana ini kurang
memenatkan. Sebaik-baiknya hendaklah melenggang dan jangan memasukkan tangan di dalam
saku.
g) Kerapkali mengambil rehat dan bertanya keadaan setiap orang. Jika membawa galas, hendaklah
sentiasa dibetulkan dan disusun semula supaya kemas dan seimbang.

7.2.2 Bergerak waktu malam


Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana
penglihatan yang terhad dan kurang jelas. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan
arah yang dituju. Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah
perlu. Di samping itu hendaklah sentiasa menggunakan pendengaran dan hiduan, di samping
melangkah dengan perlahan dan menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

7.2.3 Bergerak dikawasan bukit dan gunung


Di kawasan berbukit dan melereng, adalah baik bergerak di kawasan yang tinggi iaitu mengikut
permatang. Perjalanan mengikut sungai adalah memakan masa kerana ianya mungkin menempoh
jeram, tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak dilalui dengan berjalan kaki. Di kawasan lereng
curam, langkah hendaklah dipendekkan. Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni
lereng licin amatlah digalakkan. Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzig adalah
digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut. Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah
sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.

7.2.4 Bergerak di dalam hutan


Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu membuat rintis dan menebas tumbuhan untuk
memudahkan perjalanan. Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah dibuat seberapa rapat
ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh
membahayakan, terutamanya jenis buluh. Jika terdapat tumbuhan duri Mengkuang dan Asam paya
yang tebal, jangan cuba dirintis tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

7.2.5 Menyeberengi sungai


Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan
a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat dengan keadaan air pasang surut. Cuba
elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.
b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air dan kekuatan aras.
c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju, ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-
batu.
d) Jangan mengharung air jika terlau sejuk, ini mung kin menyebabkan terjadinya ketegangan otot.
Boleh menyeberang jika air kurang dari paras lutut dan segera keringkan seluar selepas sampai ke
darat.
e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman dan kelajuan air.
f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.
g) Hendaklah menyeberang secara mengereng di kawasan air dalam, jika air laju hendaklah
membelakarigkan tebing yang dituju kerana tolakan air laju akan memudahkan kita menyeberang.

7.2.6 Panduan Jarak dan Tempoh Masa Perjalanan


Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain. Bagi
membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah
digunakan.

7.2.7 Keadaan muka bumi Kelajuan


tanah lapang ………………………………………….4 - 5 kmj
mendaki ……………………………………………….2 -2.5 kmj
meredah hutan rata………………………………….. 2.5 - 3.5 kmj
meredah hutang lereng ………………………………1 - 1.5 kmj
meredah lalang tebal …………………………………0.5 - 0.8 kmj
meredah resam tebal………………………………… 0.1 - 0.3 kmj
meredah hutan pava dalam………………………… 0.1 - 0.2 kmj
Gambarajah 9 : Menggunakan tongkat mengukur kedalaman dan kelajuan air.

8.0 TINDAKAN APABILA SESAT JALAN


8.1 Tanda-tanda awal yang menunjukkan berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila kita didak
sampai ke tempat yang dituju dalam masa yang sewajarnva. Dalam keadaan ini
Langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:
a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.
b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.
c) Berpatah balik ke belakang ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika kita tidak dapat memastikan di
tempat sebenar kita berada.
d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir juga tidak dapat membantu mencati sasaran, maka
gunakan deria untuk menetap dan mencari kawasan yang ada manusia. Gunakan kompas untuk
mengambil bearing ke arahnya.
e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke sungai
dan berjumpa perkampungan.

8.2 Langkah pencegahan daripada sesat jalan


Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan dari berlakunya sesat jalan.
a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.
b) Selalu semak arah perjalanan menggunakan peta dan kompas dengan keadaan muka bumi yang
ditempuhi.
c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke titik kawalan yang lain dan menandakan ciri-ciri muka
bumi yang ditemui
d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan berlaku, maka pergerakan hendaklah dihentikan segera.
Selepas semakan dan• pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta dibuat, perjalanan bolehlah
diteruskan.

9.0 PERSEDIAAN SUKAN

9.1 Persediaan Peserta


Maklumat-maklumat berkaitan persediaan peserta hendaklah diedarkan semasa pengambilan borang
permohonan. Maklumat ini mengandungi tempoh masa dan jarak perjalanan, keperluan makanan dan
minuman serta keperluan yang patut dibawa, jenis pakaian yang perlu dipakai.

9.2 Pemilihan Peserta


Peserta-peserta yang dipilih adalah yang sihat dan cergas. Bagi peserta di bawah umur 18 tahun
hendaklah mendapat kebenaran ibu bapa. Keutamaan akan diberi kepada peserta yang boleh
membaca peta dan menggunakan kompas.

9.3 Peralatan
a. Kad perlumbaan
Kad ini merupakan kad yang "standard" digunakan untuk menentukan peserta-peserta sampai ke
titik-titik kawalan yang ditetapkan. Kad ini juga memberi maklumat seperti nama, alamat/ institusi,
nombor permulaan, kelas, waktu permulaan, waktu tam at, jumlah masa menamatkan pertandingan
dan tempat penamat. kad ini hendaklah diberikan kepada setiap peserta yang mengikut perlumbaan.

b. Kertas Rekod
Kertas ini disediakan untuk menyenaraikan maklumat-maklumat mengenai semua peserta, nombor
permulaan dan masa, alamat/ institusi, tempat dan markah. lanya dipegang dan disimpan oleh pihak
penganjur di tempat perlumbaan.

c. Peta
Peta mesti disediakan lebih awal. Garis Utara dan Selatan, pembetulan dan tambahan mesti
dimasukkan ke dalam setiap peta. Setiap titik kawalan ditanda atau dibulatkan di dalam peta dan
disambung dengan garis arah laluan mengikut susunan dan setiap titik itu diberi nombor.

d. Kertas Penerangan
Kertas yang menerangkan tempat di mana setiap titik kawalan berada yang mesti ditemui oleh setiap
peserta. lanya diberi kepada para peserta sebelum pertandingan dimulakan.

e. Jam Randik
Sekurang-kurangnya dua jam randik digunakan untuk mencatatkan masa permulaan dan penamat.

f. Kompas
Penganjur metilah menyediakan kompas yang baik dan mencukupi

g. Sepanduk
Digunakan untuk menandakan tempat berhimpun, garis permulaan dan penamat.

h. Penanda Kawalan
Penandan berwarna atau mempunyai kod adalah perlu di setiap titik kawalan.

i. Papan Hitam/Putih
Diperlukan untuk memberi keterangan mengenai keputusan setiap peserta untuk pengetahuan
umum.

j. Keperluan Lain
Walaupun barang ini tidak begitu diperlukan tetapi ra boleh melicinkan pengurusan dan keseronokan
untuk para peserta seperti wisel, pembesar suara, minuman dan lain-lain.

9.4 Kemahiran asas


Kemahiran asas yang perlu ada oleh setiap peserta adalah pengetahuan membaca peta dan
menggunakan kompas dengan betul supaya dapat mengemudi arah dengan berkesan dalam
perlumbaan jika para peserta tidak mempunyai kemahiran asas tersebut maka pihak penganjur perlu
memberi penerangan terlebih dahulu supaya dapat mengelak daripada berlaku sebarang kejadian
yang tidak dingini berlaku semasa pertandingan sedang berlangsung.

Gambar rajah: Kad Perlumbaan

10.0 PENGENDALIAN SUKAN


10.1 Perkara-perkara Yang Perlu Dibuat Sebelum Sukan Dimulakan
i. Letakkan penanda-penanda di setiap titik kawalan di tempat yang telah dipilih. Sediakan pegawai di
tempat yang tersorok di setiap titik kawalan untuk memastikan peserta mematuhi peraturan
ii. Tandakan tempat berhimpun, perlumbaan dan penamat.
iii. Kumpulkan semua peserta di kawasaan perhimpunan untuk memberi penerangan mengenai
syarat-syarat pertandingan dan maklumat-maklumat lain yang perlu.
iv. Mulakan perlumbaan dengan peserta pertama mestilah bermula dengan waktu 0 : 00 dan peserta
berikutnya di dalam jangka waktu beberapa minit kemudian dan seterusnya.

10.2 Taklimat Peserta


Taklimat kepada semua peserta hendaklah diadakan sebelum perlumbaan bermula. Taklimat ini
diadakan di suatu kawasan lapang yang sesuai untuk peserta berhimpun. Semasa taklimat ini segala
maklumat mengenai pertandingan seperti peraturan, syarat, maklumat ringkas kawasan perlumbaan
dan maklumat-maklumat lain yang difikirkan perlu akan diberitahu kepada semua peserta.
Penerangan sepintas lalu mengenai penggunaan kompas dan membaca peta hendaklah diberi
kepada peserta.

10.3 Pengadilan

Pengadil-pengadil yang dilantik hendaklah dari kalangan mereka yang mahir dan berpengalaman
dalam sukan orienteering.Bila peserta sampai ke tempat penamat, kumpulkan perlumbaan dan isikan
waktu ia sampai ke dalamnya. Periksakan penanda-penanda dari setiap titik kawalan yang dilalui
peserta tersebut. Jika terdapat kesilapan atau penipuan, peserta tersebut dianggap batal. Sebaliknya
jika semuanya betul kirakan masa yang diambil oleh peserta tersebut untuk menghabiskan
perlumbaan. selepas itu rekodkan masa tersebut ke dalam kertas rekod peserta itu. Dengan itu
peserta boleh mengetahui jangka masa yang diperolehi dan kedudukannya berbanding dengan
peserta lain. Pemenang pertandingan adalah peserta menamatkan perlumbaan dalam jangkamasa
yang pendek.

10.4 TEMPAT BERHIMPUN/PERMULAAN/AKHIR

Kawasan berhimpun adalah tempat di mana semua peserta melapor diri dan menerima segala
maklumat mengenai pertandingan. kawasan ini boleh disediakan di mana-mana tempat yang lapang
dan jauh dari tempat permulaan.

Tempat permulaan hendaklah disediakan jauh dari tempat berhimpun. Jalah dari kawasan berhimpun
ke tempat permulaan hendaklah dltanda dengan jelas. Disini peserta akan diberi semua keperluan
yang dlgunakan dalam sukan ini iaitu peta, kompas dan kertas penerangan. Tempat penamat sebaik-
baiknya berdekatan dengan kawasan permulaan. Di slnl juga merupakan tempat semua pegawai
penjaga waktu, rekod dan pengadil berkumpul.

11.0 PERTOLONGAN CEMAS


Semasa perlumbaan peserta adalah terdedah kepada berbagai bahaya seperti kemalangan dan
kecederaan. Oleh ltu langkah-Iangkah keselamatan pertolohgan cemas hendaklah diambil. Peti
pertolongan cemas hendaklah disediakan sebagai bantuan awal kepada peserta yang mendapat
cedera ringan.
Jika perlumbaan ini melibatkan ramai peserta dan masa yang panjang, kehadiran pertolongan cemas
amat digalkkan.

12.0 CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI ORIENTERING


12.1 Aktiviti 1: Pandu Arah dan Orienteering
Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan pemerhatian alam
semulajadi disesuatu stesen. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam
semulajadi memberikan satu peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia
ada pada aktiviti ini adalah ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu
kumpulan dan individu. Di samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu
bagi sesiapa yang terlibat.

Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka kepada
alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan cari.
Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada mereka.

OBJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

PERALATAN
• Kompas
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel

CARA PERLAKSANAAN
1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik
seorang ketua.

2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas
terdapat beberapa ‘check point’yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ pelajar dikehendaki membuat
pemerhatian di stesen tersebut serta menjawab soalan yang telah disediakan.

3. Contohnya mungkin di stesen 1, pelajar dikehendaki mengkaji bentuk-bentuk daun yang ada dan
terangkan fungsi daun. I stesen 2, pelajar dikehendaki membandingkan corakcorak akar banir dan
fungsinya.

4. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk
mencari arah.

5. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .


6. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.

7. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.

8. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan
dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau
kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang
akan diberikan).

Check Point 1
Bearing : 156

Pembayang : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa


Tempat orang berehat

Soalan : Bandingkan bentuk daun-daun yang ada dan fungsi-fungsi


daun kepada tumbuhan.

12.2 Aktiviti 2: Pencarian Dan Penjelajahan Alam Semulajadi

Aktiviti ini menggunakan konsep sukan ‘orienteering’ dan digabungkan dengan ‘environmental hunt’.
Kesedaran dan keprihatinan masyarakat masa kini terhadap alam semulajadi memberikan satu
peluang yang baik untuk aktiviti ini berkembang. Kelebihan yang sedia ada pada aktiviti ini adalah
ianya merangkumi penglibatan dan pengujian mental dan fizikal sesuatu kumpulan dan individu. Di
samping itu, ia menguji semangat berpasukan serta komitmen yang perlu bagi sesiapa yang
terlibat.Aktiviti ini membentuk motivasi dan kepimpinan para pelajar dan juga mendekatkan mereka
kepada alam semulajadi berlandaskan soalan-soalan dan pencarian yang perlu mereka jawab dan
cari. Dengan ini, mereka akan lebih prihatin dan sedar akan kepentingan alam sekitar kepada
mereka.

OBJEKTIF
• Meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan kompas
• Menggalakkan semangat berpasukan dikalangan pelajar
• Meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai khazanah hutan.

Peralatan
• Kompas ‘Suunto”
• Kad kompas dan soalan
• Peta kawasan
• Wisel

CARA PERLAKSANAAN

1. Para pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang sama bilangan. Setiap kumpulan akan melantik
seorang ketua
2. Kad kompas dan soalan serta peta kawasan diberikan kepada setiap kumpulan. Pada kad kompas
terdapat beberapa ‘check point’ yang perlu dicari. Setiap ‘check point’ akan dipandu dengan “bearing”
serta clue. Di setiap “check point” juga ada disediakan soalan-soalan untuk dijawab.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan kompas dan wisel. Kumpulan akan menggunakan kompas untuk
mencari arah.
4. Fasilitator akan menerangkan penggunaan kompas sebelum aktiviti dijalankan .
5. Wisel digunakan sekiranya kumpulan itu hilang atau sesat.
6. Kumpulan akan dilepaskan satu per satu mengikut masa.
7. Kumpulan yang terawal dari segi masa menamatkan gerak kerja dan menjawab semua soalan
dengan betul akan dikira pemenang.

Contoh Kad kompas dan soalan yang perlu disediakan (Fasilitator terlebih dahulu melalui denai atau
kawasan tersebut menjalankan aktiviti untuk menentukan kesemua ‘check point’ dan soalan yang
akan diberikan).
Check Point 2
Bearing : 156
Clue : Anda harus melangkah sebanyak 60 langkah biasa
Tempat orang berehat

Soalan : Apakah jenis akar pokok berkenaan dan apakah


kepentingannya kepada pokok serta ekologi kawasan berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai