Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN KENALI DIRI DAN RAKAN

Masa : 1 Jam 30 Minit


Alatan : Kertas A4 dan pen

OBJEKTIF
1) Memastikan murid lebih mengenali antara satu sama lain.
2) Memberi peluang kepada murid untuk memahami personaliti murid lain bagi memupuk
kerjasama antara mereka.
3) Memberi peluang kepada murid mengingati perkara-perkara tentang rakan-rakannya.

KAEDAH PERTAMA
1) Peserta diberikan sehelai kertas A4.
2) Kertas tersebut hendaklah dipotong mengikut bilangan ahli kumpulan.
3) Tuliskan “First Impression” diri kepada setiap ahli lain dalam kumpulan tersebut.
4) Kertas-kertas tersebut hendaklah dikumpulkan kembali dan diletakkan di tengah-tengah
kumpulan.
5) Setiap ahli akan mengambil kertas yang bertulis nama sendiri.
6) Kemudian mereka akan membacakan apa “First Impression” orang lain kepadanya dengan
menjelaskan sifat sebenar dirinya.
PENGAJARAN
Kita tidak akan tahu sifat sebenar seseorang itu dengan hanya melihat pada luarannya.

KAEDAH KEDUA
1) Murid berada di dalam halaqah.
2) Kemudian, murid diberikan sehelai kertas A4.
3) Murid dikehendaki melukis satu objek yang menggambarkan identiti diri sendiri.
4) Murid diberi masa 5 minit (ikut keperluan) untuk melukis.
5) Setelah selesai, murid diminta menerangkan perkaitan antara objek tersebut dengan diri
sendiri.
6) Sementara murid lain diberi peluang untuk bertanyakan soalan.
7) Seboleh-bolehnya cuba lahirkan situasi/keadaan bahawa objek yang dilukis tersebut adalah
realiti diri mereka.
PENGAJARAN
Penting untuk kita mengenali diri sendiri untuk menambahbaik potensi diri serta memperbaiki
kelemahan diri.

KAEDAH KETIGA
1) Murid berada di dalam halaqah.
2) Murid di dalam halaqah dibahagikan mengikut nombor mengikut bilangan ahli kumpulan
tersebut.
3) Murid yang mendapat nombor genap dikehendaki masuk ke dalam halaqah. Yang ganjil
berada di luar.
4) Murid di dalam dan di luar hendaklah saling mengadap, lalu diberi masa 2 minit untuk
berkenalan sesama pasangan masing-masing.
5) Selepas itu murid diluar hendaklah beralih kepada murid yang lain pula sehingga murid
yang pertama akan tiba ke giliran terakhir. (bergerak di dalam bulatan)
6) Murid hendaklah mengingati apa yang telah diberitahu oleh sahabat mereka.
7) Seterusnya, guru akan akan menyoal murid untuk menguji sama ada murid sudah
mengenali atau tidak tentang rakannya.
PENGAJARAN
Islam menggalakkan kita saling berkenalan untuk mengeratkan tali persaudaraan antara sesama
muslim

‫اس إ ِ ن َّا َخ ل َقْ ن َا كُ ْم ِم ْن ذ َكَ ٍر َو أ ُنْ ث َ ٰى َو َج ع َلْ ن َا كُ ْم‬


ُ َّ ‫ي َا أ َي ُّ َه ا ال ن‬
‫َّللا ِ أ َت ْ ق َا كُ ْم ۚ إِ َّن‬
َّ َ ‫ار ف ُوا ۚ إ ِ َّن أ َ ْك َر َم كُ ْم ِع نْ د‬
َ َ ‫شُ ع ُو ب ًا َو ق َ ب َا ئ ِ َل لِ ت َع‬
َّ
ٌ ِ ‫َّللا َ عَ لِ ي ٌم َخ ب‬
‫ير‬
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa
diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Anda mungkin juga menyukai