Burung Terbang Dipipiskan Lada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
A. SINOPSIS:
- Negara Siam mendengar Melaka sebuah negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh sesiapa. Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil berjumpa Sultan
Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah (membayar ufti) kepada raja Siam.
Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah dan menghantar hulubalangnya iaitu
Awi Cakri menyerang Melaka.
- Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan
keluarga mereka dengan tujuan supaya mereka berperang dengan bersungguh-
sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan.
Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka
serta dilantik sebagai bentara.
- Ada seorang Kelang iri hati kepada Tun Perak dan memfitnahnya kepada Sultan
bahawa Tun Perak mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk
ditanya. Tun Perak berkata dia bertugas untuk negara. Dia meminta sultan
memecatnya jika percaya fitnah orang Kelang itu. Sultan sangat gembira dengan
percakapan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran
Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri
Nara Diraja di balai perjumpaan.
- Orang Melaka berpecah dua. Sebahagian berpihak Paduka Raja dan sebahagian
berpihak Seri Nara Diraja. Mereka berdua saling berselisih faham dan tidak
bermaufakat hingga boleh membinasakan negara. Sultan sedih dan bercadang
mendamaikan mereka berdua.
- Baginda telah menceraikan isterinya Tun Kudu iaitu anak bendahara Seri Wak Raja
iaitu saudara Paduka Raja supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun
Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja dengan tanggungan sultan. Sejak
dikahwinkan, hubungan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi erat. Seri Nara
Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.
- Pada waktu itu terdapat tiga pembesar yang bijaksana di wilayah ini iaitu Paduka Raja
dan Seri Nara Diraja di Melaka, Patih Aria Gajah Madja di Majapahit dan Orang Kaya
Kanayan di Pasai.
- Siam di bawah Awi Dicu menyerang Melaka lagi. Paduka Raja mengetuai pertahanan
Melaka untuk menentang Siam, Seri Bija Diraja telah mengetuai tentera Melaka untuk
menyerang Siam yang sudah sampai dekat Batu Pahat. Tun Umar pula telah menaiki
perahu dan melanggar banyak perahu Siam hingga mereka kalah. Tentera Siam sangat
hairan.
- Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan supaya pokok kayu bakau, nyirih
dan tumpu api-api dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera
Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam ketakutan melihat banyaknya askar
Melaka lalu mereka balik ke Siam dan tidak jadi menyerang Melaka.
- Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar memerintahkan seorang yang warak
(kuat ugama) iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia menggunakan
panahnya mengarahkan ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam,
Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan
menghadiahkan Tuan Sidi Arab dengan pelbagai anugerah.
B. TEMA:
C. PERSOALAN:
4. Kepentingan ilmu dalam kehidupan - Contohnya, Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang
tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan
panahnya dari Melaka.
6. Taat setia kepada pemimpin - Contohnya, rakyat Melaka setia dan memberikan
daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan
maju.
1. Tun Perak:
- bijaksana - mengarahkan lelaki Kelang membawa anak isteri ketika menentang Siam.
- baik hati - menjaga Tun Kudu yang telah diceraikan sultan sebelum Tun Kudu
berkahwin semula.
- berani - memimpin askar Melaka menentang askar Siam yang hendak menyerang
Melaka.
- Tidak terburu-buru - tidak menghukum Tun Perak setelah Tun Perak difitnah
sebaliknya memanggil Tun Perak menceritakan keadaan yang sebenarnya.
- menghargai rakyatnya - memberi anugarah dan pujian kepada Tun Sidi Arab yang
telah membunuh Cau Pandan.
E. LATAR:
1. Latar tempat:
- Melaka - cerita berkisar di negeri Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah.
- Muar - askar Siam di bawah pimpinan Awi Dicu berada di Muar selepas menyerang
Melaka.
- Batu Pahat - askar Siam berada di Batu Pahat untuk menyerang Melaka di bawah Awi
Dicu.
- Kelang - tempat tinggal Tun Perak sebelum dilantik menjadi bendahara Melaka.
2. Latar masa:
- Zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka - semasa Melaka sedang maju dan
kuat.
- Zaman Tun Perak menjadi bendahara Melaka - Tun Perak dilantik menjadi bendahara
dengan gelaran Paduka Raja. Ketika itu Melaka sangat kuat.
F. NILAI:
1. kebijaksanaan - Tun Perak bijaksana apabila membakar bokok bakau pada waktu
malam hingga cahaya api itu disangka askar Melaka yang ramai dan menakutkan askar
Siam.
2. baik hati - Sultan Muzaffar memberikan askarnya yang menang peperangan dengan
sepasang persalinan.
3. bersatu padu - Semua lelaki Kelang berkumpul dan bersatu untuk mengalahkan
askar Siam.
4. Keikhlasan - Seri Nara Diraja sepakat menyokong Paduka Raja dengan ikhlas untuk
menjadi bendahara supaya rakyat Melaka bersatu padu dan kuat.
5. keberanian - Tun Perak berani menentang askar Siam yang ramai jumlahnya hingga
dua kali percubaan Siam menyerang Melaka menemui kegagalan.
G. PENGAJARAN:
1. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh demi negara. Contohnya ............
5. Kita mestilah bersatu padu supaya negara menjadi kuat dan maju.
Contohnya, ...............
6. Kita mestilah menghargai jasa dan usaha yang telah dilakukan oleh orang lain
kepada kita. Contohnya, Sultan Muzaffar ..................................